Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Thursday, March 17, 2011

You're My Lollipop-Bab 2

“Opocot mak kau melompat.”Aku melatah laju bila ada tangan yang gatal sangat menolak bahuku dari belakang.Carl ketawa riang.Mahu aja aku hempuk kepala dia dengan buku setebal yellow page ni.
Carl?tak ingat ke?Dialah lelaki yang kutuk lollipop kesayangan aku.Spoil jer aku dulu bila tahu dia sekelas denganku di UKM dulu.Tapi lama-lama ok pulak perangai mamat ni.Sekurang-kurangnya dia tak adalah duk memperlekehkan lollipop chupa chups aku lagi.Dia kata,sudah insaf.

“Shhhh.”Serentak aku dan Carl mmenoleh ke arah seorang pelajar yang duduk di meja hujung .

Pantas aku dan Carl memohon maaf atas kebisingan kami tadi.Sempat juga aku menjeling tajam dekat Carl.Ini semua dia punya pasal.Kalaulah Aiman tahu aku melatah,mahu malu setahun aku dengan dia.

“Kau nie memang suka memalukan rakyat Malaysia la.”Aku berbisik sambil menjeling tajam kea rah Carl yang sudah duduk bertentangan dengan aku.
Carl buat tak tahu aja.Naik geram aku di buatnya.

“Mana Aiman?”Carl bertanya bila dilihat aku hanya bersendirian di perpustakaan University of Edinburgh.
Tak percaya?Haha..percayalah sekarang memang aku,Carl dan Aiman berada di bumi United Kingdom demi segulung ijazah.Dulu aku pun tak percaya jugak bila kami bertiga ditawarkan untuk masuk ke universiti yang sama bila habis ijazah pertama di UKM.Aish,jodoh kitorang bertiga memang ketat la.

Mulanya aku menolak tawaran tersebut sebab aku tak sanggup nak membebankan abah dan ibu semata-mata nak berlajar ke oversea.Bagi aku dengan ijazah pertama pun aku yakin aku mampu memiliki pekerjaan yang sesuai.Bukan kerana bangga dengan PNGK yang aku dapat,tapi aku yakin akan ada rezeki yang datang kalau ada usaha.

Tapi Alhamdullilah peluang untuk aku menyambung belajar  terbuka luas bila papa Carl,Dato’ Chairil mahu memberikan biasiswa buat aku tapi dengan syarat aku kena mengikat kontrak dengan syarikat Uncle Chairil selama 3 tahun selepas aku tamat belajar.Bak kata orang,kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan.Bak kata aku pulak,kecik tapak tangan,seluruh Malaysia aku tadahkan.

“Entah.Dia busy kot.”Aku jawab acuh tak acuh saja.

Geram jugak aku dengan Aiman bila hampir berpuluh call dia tak jawab.Mesej pun dia tak balas.Nak kata tak ada kredit,tipulah.
Carl hanya menjongketkan bahu.Mungkin dia pun malas mahu melayan aku dan Aiman yang bagaikan bermain tarik tali.

“Aku nak balik Malaysia hujung bulan nie.”Carl tersengih sambil menyatakan hasratnya itu.Erm nama aja anak sulung tapi tiap-tiap bulan nak balik duduk bawah ketiak mama dia.

“So?”aku bertanya ringkas.Cemburu bila tengok Carl tiap-tiap bulan balik Malaysia.Sudah tu sempat pulak dia online Facebook.Siap letak status “Hai Qish.aku online kat Malaysia nie.Kau online kat mne?”

Huh sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula.Naik angin betulah aku kalau ternampak status macam itu dekat wall facebook aku.Mahu aja aku block facebook Carl.Saja jer dia nak buat aku tension.

“Kau tak nak ikut balik ke?”Laju aku mendongak memandang Carl.
Rasanya lagi lagu dari kelajuan cahaya.Huhh hiperbolanya aku.Macam tak percaya aja Carl tanya aku macam tu.Tapi lama-lama aku hanya mampu mengeluh.

“Tak naklah,malas.”

“Alah jom la teman aku naik flight ke Malaysia.”Carl mengenyitkan matanya.
Aku jadi pelik.Temankan dia naik flight balik Malaysia?Habis tu,lepas flight dah mendarat dekat KLIA,aku kena patah blik ke UK la ye?Haish apalah punya bahasa yang dia guna?Kesian cikgu Bahasa Melayu Carl dulu.

“Aku malaslah.”

“Malas ?ke kau tak ada duit tambang balik?”Aku terkesima dengan pertanyaan Carl.
Memang jawapan untuk soalan dia,’ya’.Tapi tak boleh ke kalau dia tak Straight to the point sampai macam tu sekali?

“Kau tak teringin ke nak jumpa abah dengan ibu kau?Pasal tambang kau tak payah risaulah aku boleh tanggung.”aku rasa macam nak menangis aja dengar ayat yang keluar dari mulut Carl.Bukan kerana terharu,tapi kerana sakit hati.

“Jomlah.Tambang pergi balik kau,aku bayar.”Carl masih cuba memujuk.
Dan jangan harap aku akan terpujuk.

“Aku tak nak simpati kau.”kataku perlahan namun tegas.Mata aku kembali menatap buku Master of Modern Architecture.Yelah takkan aku nak baca buku Neurology sedangkan aku ambil bidang arkitek.Carl?erm dia pun satu bidang dengan aku dan Aiman.Yang membezakan antara Aiman dan Carl dengan aku,diorang berdua memilih Architectural Project Management.Aku pula lebih kepada Consultants service in Architecture.

“Qistina,aku bu….”

“Kan aku dah cakap aku tak perlukan simpati kau.”Tetiba saja aku ada kekuatan menengking Carl.Not suara aku waktu itu sememangnya not yang tertinggi.Lupa bahawa aku berada di perpustakaan ketika itu.
Pantas saja aku mengemas segala buku yang berselerah di atas meja.Tangan aku mencapai beg sandang dengan rakusnya dan segera berlalu pergi.Carl pandang aku tak percaya.

Mahu saja aku menangis ketika itu.Ya,memang aku tak ada duit,tapi aku tak perlukan simpati sesiapa pun terutamanya Carl yang sudah selalu sangat menghabiskan duitnya demi aku.Aku masih boleh berdikari.

‘Ibu,abah maafkan Qish sebab dah lama Qish tak jenguk ibu dan abah dekat Malaysia.Qish Cuma nak ibu dab abah tahu,walaupun kita jauh,tapi Qish sentiasa ingat dan sayang dengan ibu dan abah.’

p/s:sory sbb lmbt post..n3 nie pun rsenya mcm bosan jer...
skrang nie tgh busy dengan lab report bagai..xde masa nak garap idea untuk novel nie sgat..huhu
kalu ada ang nak kasi idea untuk LC nie.dpersilakan ..heeee

jgan lupa komen yea...


11 comments:

S. said...

nak ag lolipop!!gian dah ni!!

amira aihara said...

hahah..seram dgr ayat awin..heee

si.tudung.ungu said...

lor... pernah sekelas ke? mcm mnelah leh xperasan.. haha XD

amira aihara said...

eh kiwi...mse dia jmpa carl kat giant 2..diorg xkenal lgi..tpi bila msuk UKM rupanya diorg ditakdirkan duduk 1 kelas yg sme n couses pun sme...
skrg nie diorg dh further study kat UK..Hikhik

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Qis suka Aiman ke?

WITHOUT A SOUND said...

truskan!!!
nak bce agi hihihi

aina safi said...

heeee? adakah sye terlompat 1 chap???
awin!sebok je nak gian lolipop...haha....
tetba teringt RADHA...carl duke=kaduk...haha

amira aihara said...

heee..tq semua yg komen...hikhik

yup qish suka aiman tp jodoh dia dengan Carl...heee

Nurfazzy said...

hehe...lagi..lagi...
ermmm yummynya lolipop..!

Wild Cherry said...

Owh da bjar ke UK ke... Ptot la WC tpikir gak bkn ke carl tu bdk kt giant tu.. Rupe2nye bjar same2... Sorry lmbt sikit bce

amira aihara said...

wc:heee...no biggie

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥