Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Tuesday, March 22, 2011

Please Don't Go-Bab 24

Kini sudah hampir 4 bulan selepas ikatan pertunangan antara Ilya dan Izzul berlangsung.Meriah juga waktu pertunangan mereka.Ditambah lagi dengan kehadiran semua keluarga Izzul.Siap angkut kaum kerabatnya tak kira jauh dekat.Datuk saudara,nenek saudara,,pak cik,mak cik,sepupu,adik sepupu,kawan kepada adik sepupu,semuanya Izzul angkut sekali.

Katanya biar meriah sikit.
’Hello Dr Izzul,kita nie bertunang bukannya bernikah!’Tapi Izzul hanya senyih bahagia.Ilya pun rasa benda yang sama.Bahagia sangat.

Hidupnya juga terasa semakin lengkap dengan adanya Izzul.
Ilya tersenyum.Gambar kenangan Mama dan abahnya ditatap tak jemu.Sekaligus membawa ingatannya  kembali dengan situasi sehari sebelum majlis pertunangan mereka.


****************************************************************************
(flashback)

Pagi itu Ilya mengenakan baju kurung putih dan bertudung hitam seringkas yang mungkin.Tikar mengkuang,Surat Yassin dan air mawar dalam jag di ambil lalu di masukkan ke dalam kereta.
Destinasinya hanya satu,kubur arwah mama dan abahnya.
Sepanjang perjalanan ke tanah perkuburan dari rumah Ibu Erma, di rasakan sangat panjang.Sesekali hatinya di sapa gementar.Entah kenapa dia rasa begitu.

Sesudah memakirkan kereta di tepi jalan,Ilya meneruskan langkahnya menuju ke arah kubur arwah orang tuanya.Salam di beri perlahan tatkala kakinya melangkah memasuki pintu pagar besi di kawasan sepi itu.Hanya pepohon berbunya putih saja yang mengeluarkan bunyi desiran  ketika di sapa angin lembut.

Langkahnya diteruskan lagi .Namun seketika cuma,apabila dia kaku melihatkan  senyuman  ikhlas lelaki berbaju melayu warna hitam yang segak berdiri tak jauh darinya.Langkah kaki lelaki itu yang mendekatinya membuatkan Ilya rasa gugup.

“Assalamualaikum.”salam di beri.Ilya menjawab perlahan.Mahu juga dia tanya kenapa Izzul berada disini.Mahu melawat kuburan ahli keluarganya jugakah?Tapi bibirnya bagaikan terkunci rapat.

“Saya datang melawat kubur bakal mama dan abah mentua saya.Bolehkan?”Izzul bertanya perlahan sambil mengambil tikar mengkuang dan jag air mawar dari tangan Ilya.Dilihatnya,Izzul juga membawa surat yassin bersama.

Ilya hanya mengganguk sambil tersenyum.Rasa macam mahu menangis saja dek terharu dengan tingkah Izzul yang tak lupa dengan arwah mama dan abahnya.Tapi dia tertanya-tanya juga,macamana Izzul tahu dia akan ke sini hari ini?

Izzul kemudiannya mengekori langkah Ilya menuju ke kubur abah dan mama yang terletak bersebelahan.Kubur yang  bersih tanpa rumput yang memanjang ditatap penuh rindu.
Dengan pantas Izzul membentangkan tikar  mengkuang sederhana besar itu.

Bacaan yassin yang sungguh merdu di ketuai oleh Izzul.Sebak Ilya rasa waktu itu,dadanya yang sebu diurut perlahan.Bibirnya masih mengekori bacaan yassin oleh Izzul.Tenggelam timbul suara Ilya yang sudah mengalirkan air mata.Dia yakin arwah mama dan abahnya pasti gembira dengan pilihan jodohya.Baru kini Ilya yakin betapa bertuahnya dia jika mempersuamikan Izzul.

Selesai bacaan yassin dan menyiram air mawar,Izzul masih berteleku di hadapan kubur orang tua Ilya.Ilya jadi pelik namun dia tak menghalang Izzul untuk duduk lebih lama lagi di situ.Sambil menggusap-usap batu nisan di hadapannya,bibir Izzul bergerak-gerak seperti mahu mengatakan sesuatu.

“Assalamualaikum pak cik,mak cik.Saya Izzul,Insyaallah bakal suami Ilya Darisya.”tutur Izzul perlahan.
Ilya terkaku di situ.Apa yang Izzul ingin lakukan?

“….dekat dunia nie tiada siapa yang sempurna,pak cik,mak cik.Tapi insyaallah selagi saya masih bernyawa saya akan berusaha  untuk menjadi suami yang terbaik buat Ilya.Menjaga segala keperluannya,keselamatan dan kebahagian Ilya seperti yang pernah kalian lakukan dahulu.Menjadi iman dalam setiap solat Iya,menjadi pemimpin dalam hidup Ilya dan menjadi pohon rendang untuk Ilya kekal berteduh.”

“..selagi kudrat masih ada,saya akan tak akan lupakan janji saya…..”Izzul menarik nafas perlahan.
Lama dia berjeda sebelum menyambung ayatnya.
Tanpa Ilya sedari,setitis air mata Izzul gugur.Izzul cuba mengawal suaranya yang mulai serak.

“….dan selagi Ilya…..masih memerlukan saya,takkan sesekali saya abaikan segala tanggungjawab kepadanya….”Ilya mengalirkan air mata,mendengar semua luahan dan janji Izzul yang membuatkan hatinya terharu.

Ayat yang paling menyentak hati Ilya ialah ‘selagi Ilya memerlukan saya.’

‘Ketahuilah Izzul,selagi saya masih hidup,saya amat memerlukan awak untuk memimpin  dan mencintai saya.’itu janji Ilya.

“…Pak cik,mak cik satu saja yang saya mahukan…restuilah hubungan kami.Doakan kami bahagia dunia dan akhirat.Insyaallah saya akan pastikan Ilyalah ketua bidadari buat saya di akhirat kelak..”

(end of flashback )



Ilya menyeka air mata perlahan.Masih rasa terharu dengan segala bait-bait janji Izzul 4 bulan lalu di hadapan kubur orang tuanya.Dan yang pasti hidupnya kini semakin tenang dan semakin yakin dengan pilihan hati.


P/s:sorry semua..mira x pkar sangat bab2 nak karang ayat masa Izzul buat janji dia kat atas 2...xtaulah sedap ke x,bce ayat 2..huhu
komen yea...

12 comments:

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Syahdu dgr Izzul ckp mcm tu. :')

amira aihara said...

huhu..mira pun nangis mse wat n3 nie sbb asyik dgr lagu sedih..nak mbik feel la ktakan...haha...tp xtau la sedih mna n3 nie..

iZzuDdin said...

ni kena baca start dari bab 1 ni...hehe

WITHOUT A SOUND said...

izzul sgt kachak bler dia berkata bgitu!!!

hohohoh..sgt terharu..

kkulfy said...

gud job...hehe...i like
x sia-sia tunggu lma tuk baca n3 nie...

amira aihara said...

izzu:haha..sila2

WAS:heehe..betul2..nmpak sooo gentleman...

fitrah:TQ dear..heeee

si.tudung.ungu said...

mmg takkan lepas lelaki cm Izzul ni... huhu :P

amira aihara said...

kiwi:betul 2 kiwi..tp problm nya ssh nk jmpa llaki yg mcm nie..hihii

Zass said...

wuwuw.. sedey ar...

HIDAYAH MD SALLEH said...

best la citer nie mira...baru bace part nie jer...sweetz nyer ader laki y memahami sebegitu...:) terharu..

sailor said...

hu3...sdey...hahahah, anda berjya wat sy terharu!!thniah2
=p

Afifah said...

izzul sangat best...suka3x..moga mereka bahagia..

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥