Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Thursday, November 3, 2011

Jangan Cintai Aku 2

“Hai.”Iman Izwani yang beratur di belakang seorang pelajar lelaki kacak,segera bertegur sapa.Senyuman yang lagi manis melebihi kemanisan gula tersungging di ulas bibirnya yang bersalut lip gloss warna peach.
“Setahu saya nie barisan untuk pendaftaran lelaki.”ujar Isyraff dingin sambil memandang ke belakang.Memerhatikan riak muka gadis yang tanpa segan silu beratur di belakangnya.Perasaan marahnya kembali menerpa.Mungkin tempias daripada kelakuan kawan biliknya,Saiful yang sengaja memaksanya datang ke sini.Huh..sungguh dia tak rela.
“Owh ya ke?”
“Iya.dan dekat sebelah sana tu untuk pendaftaran golongan HAWA!”Tegas suara Isyraff.Jelek melihatkan riak gadis ini yang hanya memakai selendang ala-ala datin yang masih menampakkan rambutnya.Pantas,jarinya telunjukkanya segera ditunjukkan ke sebelah kanannya.
“Saya tahu,tapi dekat situ ramai sangat.Dekat barisan lelaki nie tinggal awak dan kawan awak kat depan tu aja.”
“Hello miss-yang-saya-tak-tahu-nama…”
“Iman.Nama saya Iman Izwani.”Iman Izwani tersengih.
Isyraff merengus.Suka hati aja potong ayat aku,bebelnya.”Whatever…tapi yang pastinya kita nie datang kursus kahwin bukannya datang ujibakat Malaysian Idol.So pleaseeeeee,behave yourself.”
“Saya memang behave apa.”balasnya dengan senyuman dan kening yang terangkat.
“Seorang perempuan yang pandai jaga tingkah laku,punyai perasaan malu.Tak sesuka hati aja nak beramah mesra dengan lelaki yang dia tak kenal.And one more think,perempuan tu takkan sesuka hati nak beratur di barisan yang sememangnya untuk lelaki!”Isyraff terpaku dengan ayatnya sendiri.Sebenarnya dari dia mula ber’sembang’ dengan gadis ini lagi,dia sudah rasa dirinya pelik!Macam tak percaya bahawa dirinya mampu berkata-kata bagaikan dialah bakal ustaz yang Berjaya.Padahal solatnya pun bukan jaga sangat.Memanglah cukup 5 kali sehari tapi selalunya diakhir waktu.Mengaji al-Quran pun seminggu sekali.Tapi bersyukur jugak sebab dalam sekali dia baca sampai bermuka-muka suratnya.Kalau bab berpacaran pula?Dia masih single. Jangan terkejut!Bukan kerana dia tak laku.Tetapi kerana baru sahaja putus cinta untuk kali…errr…15 kot?ke 16?
“Alah yang tu pun nak marah.”Iman Izwani segera berlalu mendapatkan Azira yang beratur di sebelah sana.Bukan dia kecik hati tapi dia malas mahu mencari publisiti murahan dekat sini.Nanti kalau dia yang bersuara lunak dan lelaki tadi yang bersuara macam T-rex itu masih melansungkan ‘sesi perkenalan’ karang ada jugak yang tertoleh-toleh sambil berkata’eh hensem giler lelaki tu,siapa ya dia?’Haah,nanti dia jugak yang terpaksa bersaing.Jadi,sebelum semua orang perasankan kehenseman lelaki tadi yang bersuara lantang sehingga mencuri tumpuan orang lain,baik dia diamkan mulut lelaki itu dengan segera berlalu,bisik Iman Izwani.
“Kenapa?”Azira bertanya apabila Iman Izwani sudah masuk ke barisan kaum hawa.
“Tak ada apa-apa.Dia cakap bahaya kalau aku beratur dekat barisan lelaki.Nanti kena mengorat.”
“Iya lah tu,kena mengorat.Ke kena halau?”Azira ketawa.
“Diamlah kau.”
*********
“Ehh..dia duduk sama barisan dengan kita la.”Azira memberitahu.
“Mana-mana?”Teruja Iman Izwani sebentar.
“Tu.”Bibir Azira di muncung ke sebelah kiri.Iman Izwani segera melemparkan pandangnya ke arah itu.Memang betul lelaki tadi duduk satu barisan dengan meraka.Cuma dihalang antara tempat duduk lelaki dan wanita dengan laluan sebesar 1 meter ditengahnya.Dan yang paling manarik lelaki itu duduk betul-betul ditempat duduk paling hujung iaitu bersebelahan laluan.Di sebelah laluan sini pula iaitu bahagian wanita di hujungnya ialah Azila.
“Zilaaaaa…..”
“Ermm..aku dah agak dah.Cepat.”Azila segara bangun untuk bertukar tempat duduk dengan Iman Izwani.Nasib baiklah dia nie kawan aku,kalau tak…
Sepanjang sesi ceramah kursus kahwin,Iman Izwani hanya memandang sebelah kirinya saja.Malah tangannya ditongkatkan ke dagu.Kerap juga Azila menegurnya apabila penceramah bagaikan memandang kea rah mereka,tetapi Iman Izwani hanya buat-buat tidak dengar.
“Haishh..penat aku nak nasihatkan orang yang tengah angau nie.”bisik Azila di telinga Iman Izwani.
Iman Izwani hanya tersenyum.Matanya masih galak memerhatikan tingkah laku lelaki tadi yang sibuk mencatitkansesuatu pada buku notanya.Nota yang bersaiz  A4 itu dikoyak  dan dilipat-lipat kecil dan terus dibalingnya ke kanan.Eh..ke kanan?Macam untuk aku aja kertas tu,bisik Iman Izwani.Pandangannya kaku pada kertas yang sudah melayang dan parking betul-betul disebelahnya di atas lantai.Wajah lelaki itu dipandangnya.Mimiknya jelas menyuruh Iman Izwani membaca nota tersebut.
Dengan hatinya yang penuh dengan kembangan bunga setaman dan senyuman yang boleh dikatakan sampai ke telinga,dengan ayu dan penuh sopan-santunya,Iman Izwani menunduk mencapai kertas warna putih itu.Dengan perlahan-lahan dia membuka ‘surat cinta’ itu.Mula membaca bait-bait cinta,mungkin.
Leher kau terkehel erk?Asyik pandang dekat sini aja dari tadi.Aku ingatkan dah insaf .Rupanya kau jenis yang tak makan saman.Tension aku dengan perangai kau.Kalau suka dekat aku pun cubalah control sikit persaan tu.Jangan tunjuk sangat.Remember kau tu perempuan.Memang tak salah perigi cari timba.Tapi tolong..tolonglah jaga maruah kaum kau itu baik-baik.
‘Erk?’Iman Izwani terkesima.Pedas juga kata-kata lelaki itu.Tapi dia tak kesah,asalkan tulisan tangan yang berangkai-rangkai ini dapat dimilikinya.Sekurang-kurangnya ada juga bukti diri lelaki itu.
 Dengan berhati-hati,kertas A4 yang sudah berbekas lipatan itu diselitkan dalam celahan bukunya yang juga bersaiz A4.Balik nanti dia mahu bingkaikan kertas itu dalam bingkai gambar dan digantung pada dinding warna ungu biliknya.Biar tiap-tiap hari kertas A4 itu jemu melihatnya.Iman Izwani ketawa dengan kata hatinya sendiri.
Dia kembali menatap lelaki itu tanpa segan silu.

*******
“Ehhh..dia buat hal lagi la.Aku rasa ayat yang kau tulis tadi dah macam ceramah ustaz yang nak menghalang gejala sosial dah.Takkan dia tak terasa kot.”Ujar Saiful serius.Tetapi tatkala matanya bertemu pandang dengan gadis itu,terus senyuman kambing diberikan.
 Isyraff yang terlihat perangai playboy Saiful segera menumbuk bahu kawannya itu.”Agak-agaklah kalau nak mengorat pun.Kita nie dekat majlis kursus kahwin.”
Saiful mengaduh.Selamat Ustaz di depan sana tak perasan.
“Aku serius respect kau la Isy.Baru datang kursus kahwin tak sampai 2 jam,tapi perangai dah macam bakal suami mithali.”usik Saiful.Sememang dia tak sangka, dalam keterpaksaan Isyraff datang ke sini,boleh ia pulak mengubah perangai Isyraff.Bukan dia kata,Isyraff nakal,tapi dia pun nakal juga,tapi Isyraff pun nakal.Ishhhh..macamana tu,bisik Saiful sambil garu kepalanya.



p/s:enovel nie ok ke??sbb klu xok sgt rse mcm xnak smbung aja sbb enovel yg len pun msih tergantung..tapi gedik nak wat enovel bru...hahah

3 comments:

Noor Azaham said...

gatal betul la Iman Izwani ni..hahaha..tapi kelakar..

Nurfazzy said...

mak ai..gatalnya iman ni..

NoR f@rH@n@n! OM@r said...

best citer ni di awal citer mesti best citer ni.....kan,santai je bca citer ni

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥