Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Wednesday, November 23, 2011

Please Don't Go-Bab 30+++

p/s:sekali lagi BAB YG DI LANGKAU (sambungan selepas BAB 30++)...hehhe..jgan marah.

“Ibu,”panggil Ilya Darisya dari kejauhan.
Ibu Erma yang sedang berbincang sesuatu dengan pekerja restoran mereka, segera berpaling.Melihatkan Ilya Darisya yang muncul di hadapan restoran,membuatkan dia berjalan laju mendapatkan  gadis itu.Lalu tubuh Ilya Darisya dipeluknya erat.
“Ilya rindukan Ibu.”luah Ilya Darisya.Ada sendu dalam nada suaranya.
“Ibu pun rindu dengan Ilya.”ucap Ibu Erma pula.Belakang gadis itu di usap lembut.
“Kenapa Ibu bukak restoran?”Ilya Darisya bertanya  sambil meleraikan pelukan.Air mata yang baru ingin lahir,diseka perlahan.Dalam bersedih,dia hairan bila tadi Ibu Erma tiada di rumah.Rupanya wanita itu di sini.Sibuk menguruskan restoran.
“Ibu rasa lagi selesa bila bukak restoran.Lagipun tak adalah ibu teringat arwah Rina sangat.”Ucap Ibu Erma perlahan.Bibir tuanya menguntum senyum nipis.Senyum yang ternyata dia gunakan untuk sembunyikan sendu.
Ilya Darisya tahu Ibu Erma cuba menyembunyikan perasaan sayunya.Untuk diakah?Supaya dia juga kuat seperti Ibu Erma?
“Izzul mana?”sambung Ibu Erma.Matanya melilau-lilau melihat keluar restoran.Mencari-cari kelibat Tengku Izzul.
“Ilya datang sorang.”beritahu Ilya Darisya perlahan bagaikan berbisik.Dia menunduk.Entah kenapa dia rasa sensitif bila sebaris namamilik suaminya  itu disebut.
Ibu Erma terkejut.Datang seorang diri?Mustahil Tengku Izzul akan membiarkan Ilya Darisya datang sini seorang diri dengan  keadaan gadis ini yang masih dalam kesedihan.
“Ilya tak bagitau Izzul ya nak datang sini?”Ibu Erma cuba menebak.
Ilya Darisya mengganguk.
Ibu Erma mengeluh perlahan.Dia dapat merasakan bahawa Ilya Darisya menyalahkan Tengku Izzul atas semua yang terjadi kepada arwah Arina.Dia jadi risau.Takut rumahtangga anak angkatnya itu akan hancur dek kerana sikap Ilya Darisya yang sukar memaafkan.Sejak dahulu lagi,gadis itu jadi begitu.Sejak kejadian menyayat hati yang meragut dua nyawa orang tuanya.Ilya Darisya jadi pendendam.Walaupun tak ditunjukkan tetapi Ibu Erma tahu bahawa Ilya Darisya masih tidak boleh memafkan,kanak-kanak lelaki yang menyebabkan dia memaksa Mama dan Abahnya keluar membawanya membeli anak patung baru mengantikan anak patung yang dirosakkan kanak-kanak lelaki itu.Bagi Ilya Darisya kanak-kanak lelaki itu yang memusnahkan kebahagiaannya.
Ibu Erma menghela nafas dalam.Dia pernah mencuba menasihatkan Ilya Darisya supaya menerima semua yang terjadi dengan hati yang redha sewaktu anak angkatnya itu berusia 10 tahun.Sehinggakan dia pernah meninggikan suara memarahi Ilya Darisya yang sering menyalahi orang lain atas kesalahan sendiri ataupun atas takdir yang terjadi.Tetati itu semua hanya sia-sia.Dia tahu Ilya Darisya seorang yang sukar untuk marahkah seseorang secara serius.Tetapi sekali dia marah,sukar untuk memaafi.Tetapi Ibu Erma yakin,sekeras hati Ilya Darisya,masih ada lembutnya.Sekeras-keras dendamnya terhadap Tengku Izzul,pasti akan cair dengan kasih sayang lelaki itu terhadapnya.Ibu Erma yakin itu.
“Jom kita duduk sana,sayang.”Ibu Erma menarik tangan Ilya Darisya mendekati meja di suatu sudut terlindung.
“Ilya,semua yang berlaku nie bukan salah Izzul sayang.Sudah takdir tersurat macam tu.Kita tak boleh menghukum orang yang tak bersalah.”Ibu Erma cuba menasihati Ilya Darisya.
“Dia bersalah,ibu.Dia salah sebab tak pernah bagitau keadaan Arina pada kita.”
“Ilya,itu bukan kehendak Izzul.Itukan pemintaan Rina sendiri.Ibu yakin Rina buat semua ini kerana dia sayangkan kita.Dia tak nak kita sedih.Begitu jugak dengan Izzul.Dia rahsiakan atas sebab nak hormati Rina.”
“Ilya tak boleh terima dia buat macam tu.Sekurang-kurangnya bagitaulah Ilya.Ilya kan isteri dia.
Ibu Erma menghela nafas perlahan.Memang sukar untuk dia nasihatkan Ilya Darisya.Tetapi kalau kena caranya,dia pasti hati gadis ini akan lembut juga.
“Cuba Ilya letak diri Ilya di tempat Izzul.Ilya terpaksa memilih samaada untuk memberitahu isteri yang dicintai atau pesakit yang hanya inginkan pemintaan terakhirnya di tunaikan.Kalau Ilya,Ilya akan pilih yang mana?”Soal Ibu Erma.Dia cuba meletakkan Ilya Darisya di tempat Tengku Izzul supaya gadis itu faham situasi yang sebenar-benarnya.
Ilya Darisya memandang Ibu Erma.Dia kemudiannya menghela nafas berat.Sukar untuk dia buat pilihan.Beginikah perasaan suaminya itu dulu?Terpaksa membuat pilihan walaupun hatinya berbelah bahagi.
“Tengok,Ilya pun susah nak buat pilihankan?”Ibu Erma senyum manis.”Agaknya macam nie jugaklah apa yang Izzul rasa.Mungkin lagi teruk sebab dia alami situasi yang sebenar.Ilya pulak hanya membayangkannya aja.”sambung Ibu Erma lagi.
Ilya Darisya terdiam.Mengakui benarnya kata-kata Ibu Erma dalam diam.
“Maafkanlah Izzul.Dia tak salah.Dia cuma mangsa keadaan aja.Lagipun tak baik Ilya membelakangi Izzul dalam semua hal.Ibu yakin mesti Ilya buat hal sendiri aja selama tiga minggu sejak Rina meninggalkan?”Ibu Erma meneka lagi.Dan dia yakin dengan tekaannya apabila kerap mereka datang berasingan kalau melawat dirinya.Kalau datang sekali pun,mesti Ilya Darisya buat hal sendiri.
Kali ini pun dia menggangguk juga.Tetiba perasaan bersalahnya buat Tengku Izzul menggunung.Tak sangka selama beberapa minggu ini dia sanggup mengabaikan suaminya itu.Tak memasak,tak ambi peduli pakaian suaminya,tak pernah ambil tahu kesihatan suaminya,malah dia sanggup tidur berasingan dari suaminya itu.Ahh..jahilnya dia.
Ibu Erma tersenyum.”Masih tak terlambat kalau nak minta maaf dari suami Ilya.”
Ilya Darisya senyum nipis mendengar kata Ibu Erma.Dia bersyukur kerana Allah mengirimkan Ibu Erma,untuk menyedarkan kesilapan dirinya.Ilya Darisya bangun.Diikuti Ibu Erma.
“Ilya nak balik dulu Ibu.”ucapnya seraya bersalaman dengan wanita tua itu.
h“Ilya tak nak berehat dekat rumah dulu ke?Awal lagi nie.Penat memandu ke sini pun belum hilang lagikan?”Ibu Erma bertanya.Dia suka kalau Ilya Darisya sudah ingin pulang ke pangkuan Tengku Izzul tapi sebagai Ibu dia juga risau membiarkan Ilya Darisya memandu pulang ke Kuala Lumpur dari Kuantan ini.Apatah lagi gadis itu baru sahaja sampai ke sini 30 minit lalu.
“Tak apalah Ibu,Ilya ok aja.Lagipun Ilya datang sini pun tak mintak izin Izzul.Mesti dia risau kalau Ilya menghilang lama-lama pulak.”
“Kalau macam tu,baiklah.Pandu elok-elok ya.Nanti sampai rumah ,telefon ibu.”
Ilya Darisya menggangguk.Tubuh tua dihadapannya itu di peluk erat.
“Terima kasih ibu,sebab sedarkan Ilya.”
“Sama-sama sayang.”
*******
ILYA Darisya menapak masuk ke rumahnya.Penat badannya memandu hampir tiga jam untuk pulang ke sini.Belum sempat dia menapak kearah sofa,terdengar suara yang amat di rinduinya.
“Ilya,Ilya kemana dari pagi?Abang call pun tak angkat.Abang risau kalau Ilya selalu buat macam nie.”luah Tengku Izzul.Sememangnya hatinya menjadi tak keruan dengan sikap Ilya Darisya yang suka menghilang tanpa memberitahunya dahulu.Sehinggakan hari ini dia mengambil cuti mengejut disebabkan itu.Risau hatinya memikirkan isterinya ini.
“Ilya mintak maaf.”pinta Ilya Darisya dalam keadaan tersedu-sedu.Dia berdiri kaku di hujung sofa.Air mata dibiarkan mengalir lesu.Dia letih sangat.Letih dengan sikapnya sendiri.
Tengku Izzul tersentak.Benarkah ini isterinya.Benarkah?Lama dia berjeda sebelum menarik nafas lega.Segera dia mengucapkan syukur.Walaupun dia masih belum pasti samaada isterinya itu menerimanya kembali atau tak,tapi sekurang-kurangnya Ilya Darisya sudah mahu berbaik dengannya. Lantas mendapatkan isterinya itu.Memeluk erat tubuh gadis yang amat di cintainya.Mengusap-usap kepala Ilya Darisya agar isterinya itu tahu betapa dia menyayanginya.
“Abang yang patut mintak maaf dari Ilya,sayang.”ucap Tengku Izzul.Dia dapat merasakan Ilya Darisya mengeleng-geleng perlahan di dadanya yang sudah basah dengan air mata isterinya itu.
“Ilya yang kena mintak maaf dari abang.Ilya dah banyak buat salah dengan abang.Ilya abaikan abang,Ilya keluar tak mintak izin abang,Ilya….Ilya mintak maaf,”ucap Ilya Darisya.Semakin kuat dia tersedu-sedu di dalam dakapan suaminya.
“Abang maafkan segala kesalahan Ilya.Tapi mulai hari ini,Ilya jangan buat macam tu lagi okay.Kalau ada apa-apa jangan pendam sensorang.Bagitahu abang.Kalau tak,Ilya buat abang rasa lumpuh separuh badan aja,”ucap Tengku Izzul jujur.Dia meleraikan pelukan.Jari-jemarinya mengesat air mata di pipi si isteri.Pipi mulus itu diciumnya lama.Rasanya 3 minggu dia tidak berbuat sedemikian dek kerana kedinginan isterinya.
Ilya Darisya hanya tersenyum nipis.Sungguh dia rasa terlalu letih.Letih sangat.Namun hatinya jadi tenang kini.Dia rasa lega kerana segala masalah telah selesai.Namun peningnya datang tiba-tiba. Rumah yang hanya statik di rasakan turut sama berpusing-pusing.Wajah Tengku Izzul nampar berbalam-balam.Sayup-sayup dia terdengar suaminya itu memangil-manggil namanya.Sesaat kemudian badannya terasa seperti di awang-awangan.Dunianya gelap tiba-tiba.
*****
ILYA Darisya membuka matanya yang terasa perit.Pening di kepalanya sedikit berkurangan.Keadaan bilik yang  suram dengan hanya diterangi lampu tidur di perhatikannya.Mencari kelibat seseorang.Tatkala pintu bilik di kuak dari luar,matanya tertumpu di situ.
Tengku Izzul yang baru muncul menarik senyum.Lega hatinya bila melihatkan isterinya kembali sedar.Lalu laju sahaja kakinya melangkah ke katil.Dia duduk di sisi isterinya.
“Sayang dah okay?Pening kepala lagi?”soal Tengku Izzul sambil mengusap-usap ubun-ubun isterinya.
Ilya Darisya senyum dengan bibir yang sedikit pucat.Matanya tak lepas memandang wajah si suami.
“Dah okay sikit.Err..Risya pengsan ke tadi?”
“A’ah sayang pengsan tadi.Tapi jangan risau,sayang cuma penat sangat aja.”Tengku Izzul menerangkannya.Cuak juga dia tadi bila tiba-tiba saja Ilya Darisya jatuh kepangkuannya dengan mata yang tertutup rapat.Dalam keadaan kalut dia mencempung tubuh isterinya  itu ke bilik.Keadaan si isteri di periksa.Lega bila tiada apa-apa yang serius berlaku.
“Sayang nak makan?Abang ada buatkan bubur ayam.”sambung Tengku Izzul lagi  sambil tangannya mencapai remote control.Butang di tekan dan bilik yang suram bertukar menjadi cerah.
Ilya Darisya masih memandang perilaku suaminya itu.Dia macam tak percaya sahaja Tengku Izzul  memasak.Rasanya selama mereka bergelar suami isteri,Tengku Izzul hanya  pandai menggoreng ayam,potong sayur dan hiris bawang.Itupun kalau bernasib baik.Kalau tak boleh hangus dan hancur lumat sayur dan bawang dikerjakannya.
”Abang masak?”soalnya masih tak percaya.Dia bangun dari pembaringan dan bersandar di kepala katil sambil dibantu Tengku Izzul.
“Mestilah abang yang masak.Takkan mak cik sebelah rumah kita pulak kot.”ujarnya dengan senyuman manis.
“Bukan beli ke?”Ilya Darisya menjongketkan sebelah keningnya.Dalam sakit-sakit pun dia masih mahu mengusik suaminya.
Tengku Izzul ketawa mendengar soalan Ilya Darisya.
“A’ah memang beli.Abang beli ayam,beli daun ketumbar,lepas tu abang balik rumah,abang campak-campak aja dalam periuk.At last jadi bubur ayam.”
            Ilya Darisya ketawa.Tangannya pantas menampar pelahan paha Tengku Izzul.
“Abang nie saja je nak kenakan Risya.Tapi memang abang ke yang masak?”
Tengku Izzul mengangguk.“Abang masaklah sayang.Abang ambik resepi dari mama.Sayang nak rasa tak?”
“Nak,tapi nak abang yang suapkan.”Ilya Darisya berkata manja.Kepalanya di lentokkan ke bahu Tengku Izzul.
Tengku Izzul tersenyum.Jari-jemarinya mengusap kepala si isteri.Rasanya sudah lama dia tak mendengar nada manja isterinya itu.
“Okay,sayang duduk sini dulu.Abang pergi ambik bubur dekat dapur.”
“Okay.”Ilya darisya kembali menyandar pada kepala katil.Jam di dinding diperhatikan.Dia jadi terkejut.Pukul 8.00 malam!Lamanya dia tak sedarkan diri.
Dalam dia mengelamun,terdengar samar-samar  seseorang menyanyi lagu The Rest of My Life.Matanya kalut mencari-cari dari mana datangnya suara yang cukup membuatkan hatinya  bergetar menghantar perasaan indah.Dalam suasana yang cukup terang,dia nampak Tengku Izzul memasuki bilik dengan dulang di tangannya sambil suara merdunya masih mengalun lagu itu.Nampak bersahaja.
Everyday I wake up next to an angel
More beautiful than words can say
They said it wouldn’t work
But what do they know?
Cause years has past
And we’re still here today
Never in my dreams
Did I think that this
Would happen to me…
Tingkah laku suaminya itu yang  bersahaja meletakkan dulang yang dipenuhi semangkuk bubur dan air susu sambil melagukan lagu romantik itu perlahan membuatkan membuatkan Ilya Darisya terpaku.Sedap suara suaminya.Boleh cair kalau lama-lama mendengarkan sehinggakan lama dia terleka sendiri.Apatah lagi suaminya itu turut sama menghantar pandangan mencari anak matanya.Lama mereka begitu.
As I stand here before my woman
I can't fight back the tears in my eyes
Ah how could i be so lucky
I must’ve done something right
And i promise to love her for the rest of my life
[ lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/b/bruno_mars/rest_of_my_life.html ]
Seems like yesterday when she first said hello
Funny how time flys by when you're in love
It took us a lifetime to find each other
It was worth the wait cause i finally found the one
Never in my dreams did i think that this would happen to me

As i stand here before my woman
I can't fight back the tears in my eyes
Oh how could i be so lucky
I mustve done something right
And i promise to love her for the rest of my life….

“Sedap?”soal Tengku Izzul.
“Sedap.”ujar Ilya Darisya perlahan.Memang suara Tengku Izzul Berjaya membuai hati.Apatah lagi dengan lirik lagu itu yang cukup bermakna.Matanya masih kaku pada raut wajah kacak suaminya.
Tengku Izzul yang mendengar jawapan Ilya Darisya, ketawa.
Ilya Darisya yang tadinya masih kaku dengan nyanyian suaminya segara  keluar dari dunia khayalannya.Wajah Tenggu Izzul ditenungnya tajam.
“Kenapa?”soalnya leret.
“Abang tak suap lagi bubur nie,dah kata sedap?”
Wajah Ilya Darisya membahang malu.Baru dia tahu bahawa Tengku Izzul sahaja mahu mengusiknya.
“Abang nie saja je nak usik orang.”kata Ilya Darisya manja.Tanggannya pantas menampar perlahan paha suaminya.
Tengku Izzul ketawa riang.Terasa kini hidupnya kembali bersinar dengan adanya seorang Ilya Darisya.
Ilya Darisya tersenyum.Malam itu dia tidur berbantalkan dada suaminya.Rasa tenang mendengar degupan jantung buah hatinya kuat di telinga.Dan baru kini dia sedar bahawa pembalasan dendam terindah adalah sebuah kemaafan.

notahati: xtau lah enovel sya nie byk org suka @ tak...sbb xbyk yg tinggl jejak @ komen @ like..ke sya syok sendiri je..huhuhu :(

6 comments:

Lala Razak said...

saya sukaa ! arghh ! xD

Anonymous said...

i cke , best =)

IVORYGINGER said...

still following cik writer. he...
hmmp... kisah lalu Ilya ada kaitan dgn Izzul but apa yg nk d dendamnya. ms tu pun Izzul masih kecil n agak nakal bukan tau apa pun. ms dia sebaya Izzul pun dia suka mdesak. so sama2x ja nakal. Ilya terima la takdir suratan dgn redo. yg pergi takkan kembali lg. keadaan yg blaku hnya kebetulan, al-kisahnya mmg kematian pd ketika itu so dijadikan sbb nk beli ank patung kemalangan blaku. klu semua org tau apa akan jd in future so off course takde nya Izzul nk nakal camtu n off course xde manusia yg kemalangan n mati. isu yg kecil ja lain la klu diupah bunuh. tu mmg kena balas tp dgn cara yg badab. bw kemuka pengadilan.

syahsulaiman said...

ader lar cik writer...hehehe....gri 2 kan x blh bkak....nie bru blh bkak....cer cik writer ckp ngan ilya...x baek bdndam ngan suami sndirik...da suratan tkdir nk buat mcm mne kan...huhuhu....ssuatu y tjadi 2 pasti ad hkmah nyer....
P/S:ttbe jer rse cam ilya ngan izzul 2 btul2 wjud...

Unknown said...

waaa...how suwit bout this story....what a good job writer!
truskan ur good job in writing oke???

Unknown said...

wOw! such ca good job writer!

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥