Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Thursday, January 19, 2012

Andai Cinta Ini Milikku 11

“Hanna, cuba tengok siapa yang datang tu.Jangan-jangan bos Hanna dah sampai tak?”
Hanna kerut dahi seribu.Dah sampai?Awal giler.Lagi awal daripada hari bos datang ofis.Dia pun tak sempat mandi lagi.Sarapan pun belum.
“Ibu,Hanna tak mandi lagi nie?Macamana nie?”Tiba-tiba Hanna jadi gelabah.Mestilah gelabah.Takkan dia nak biarkan bos dia yang kacak lagi tertarik nie tengok muka dia yang baru bangun tidur.Dahlah siap dengan baju tidur Mickey Mouse lagi dan dengan rambut bertocang dua bagai.Mahu gelak setahun bos dia.
“Itulah,tadi ibu suruh bangun tidur awal dan mandi siap-siap,dia buat tak tahu jer.”
Hanna tersengih.Dia memang pantang bangun awal masa hari minggu dicampur pulak  dengan hari Allah bagi cuti.Lagilah dia malas nak hirup angin pagi.Biasanya hirup angin tengahari aja waktu-waktu datang bulan begini.Tapi hari ini kira bangun awal jugaklah.9 pagi.Awal apa.
“Ermm..dah pergi naik atas mandi kerbau.Biar Ibu yang pergi bukak pintu.Kesian bos kamu berdiri lama dekat pintu pagar tu.”
Thank you ibu.Love you so much!”Hanna berkata manja seraya memeluk ibu.Kakinya laju sahaja memanjat tangga.
Your welcome.Love you too.”ujar ibunya tanpa nada.
Hanna yang terdengar,tiba-tiba terkaku.Biar betik,ibu speaking tu.Cayalah ibu,heheh.
******
“Maaflah encik.Lambat bukak pinyu pagar.Mak cik dekat dapur tadi.Nia mesti bos Hanna kan”ujar ibu Hanna dengan senyuman seraya matanya memandang lelaki muda dihadapannya. Dilihatnya lelaki itu hanya tersenyum.Haishh..sopan pulak budak nie.Lagi sopan dari Hanna rasanya.
                “Jemput masuk,encik.”
“Terima kasih mak cik,maaflah saya datang pagi sangat.”
“Ehh tak ada la.Mak cik tak kisah.Tetamu tu kan bawak rezeki.”
Lelaki itu tersenyum.Pandai mak cik ni tabor gula dekat bibir.
“Err..anak mak cik ada ke?”
“Hanna ke?Dia ada,kejap lagi dia turun.Anak mak cik yang sorang lagi pun ada jugak,abang si Hanna tu.”
“Owhhh..”Dia berfikir sebentar.Hakim ke,abang si Hanna ni?
“Duduk dulu ya,mak cik ambilkan air.”
“Ehh tak apa mak cik buat susah-susah aja.”
“Tak ada susahnya.Air tu mak cik dah buat tadi,waktu sarapan.”
Dia hanya tersenyum.Mengekori langkah ibu Hanna dengan ekor mata.Sekeliling rumah diperhatikannya.Terdapat berbagai bingkai gambar yang tergantung di dinding.Semuanya menunjukkan betapa mereka sekeluarga bahagia.Tambah-tambah lagi Hakim yang nampak sangat sayangkan Hanna.
“Jemput minum.Kejap lagi Hanna turunlah tu.Entah apalah yang dia buat lama sangat dalam bilik.”
“Terima kasih mak cik.Err mak cik tak minum sekali ke?”Tanyanya bila dilihat ibu Hanna hanya memandangnya sambil mengambil tempat di sofa berangkai dua yang bertentangan dengannya.
“Mak cik dah minum pagi tadi.”
“Haaa..Along.Sini.”Puan Halimah memanggil anak sulungnya yang baru menuruni tangga menyertai mereka.
Hakim hanya mengikut.Matanya dipakukan pada raut wajah lelaki yang kirannya sebayanya yang tersenyum seraya menghulurkan tangan.Salam lelaki itu disambutnya.
“Nielah bos Hanna.”Ibunya menerangkan sedikit.
“Owh..”Hanya itu yang keluar dari mulut Hakim.Matanya masih menganalisa lelaki yang bergelar bos Hanna yang Nampak tenang sahaja menetang matanya. Rasanya dia tak kenal lelaki ini.Dan disebabkan dia tak kenal,maka lelaki ini bukanlah salah satu musuh syarikat dia bekerja.Atau lebih tepat musuh Dato’ Junaidi. Tapi entah kenapa dulu,Hanna bagaikan tergagap-gagap bila dia bertanya pasal syarikat dan bos tempat adiknya itu bekerja.Rasa macam ada sesuatu yang Hanna sembunyikan dari dia.Tapi kini bila dia sendiri bertemu bos Hanna,dia yakin firasat negatifnya selama ini adalah sia-sia sahaja.
“Hanna.Baru nak turun?”Hanna yang berada ditangga teratas hanya tersengeh dengan teguran ibunya. Diperhatikannya Shay Azril yang santai memakai t-shirt Polo yang membelakanginya.Tapi kenapa susuk lelaki ini tak seperti bosnya.Rasanya,bos dia lagi tegap dan berbadan sasa.
Kakinya di aturkan perlahan menuju ke arah ruang tamu.Saat matanya memandang Shay Azril dia terkaku.Shay Azril?
“Hanna?Kenapa yang duk berdiri tengah-tengah ruang tamu nie?”tegur Puan Halimah.Tak senonoh betul anak daranya ini.
Hanna tersedar.Pantas wajah ‘Shay Azril’ dipandangnya lagi.
“Encik nie sia…..”
“Err..Hanna saya nak bincang sikit dengan awak pasal kerja,sebab hari isnin nie saya outstation.Takut tak sempat nak bagitau pasal projek baru nie.”’Shay Azril’ bersuara memotong kata-kata Hanna.
“Boleh ya mak cik,saya nak bincang pasal kerja dengan Hanna dekat luar?”Dia pandang ibu Hanna pula.
“Owhh..boleh-boleh.”
Hakim yang berada disebelah ibunya ,tiba-tiba rasa ada sesuatu yang tak kena.
“Jom Hanna.”
Bagai dipukau,Hanna mengikut ‘Shay Azril’ keluar dan berjalan mengikuti lelaki itu ke taman permainan tak jauh dari rumah teresnya.
Dari jauh Hakim,memerhatikan mereka.
“Sudah-sudah la tu.Asyik nak syak wasangka buruk aja.Ibu tengok bos Hanna tu baik aja.Biarlah Hanna bebas sikit nak bergerak.Ini tak asyik nak siasat aja.”tegur Puan Halimah.
Hakim hanya tersenyum.Betul juga cakap ibunya.Biarlah Hanna bebas bergerak.
“Tapi ibu lupa pulak nak tanya nama bos Hanna tadi.”Puan Halimah berkata perlahan.Bagaikan pada dirinya saja.
*******
“Encik nie siapa?Encik nak culik saya ya.”Hanna menjauh.Takut juga dengan mamat-tak-tahu-nama nie.
Lelaki yang santai bermain buaian kana-kanak itu hanya tersenyum.Comel pula si Hanna nie.Patutlah Shay Azril asyik berkepit aja waktu pejabat.Kadang-kadang bukan pejabat pun dia dengan ada dengan Hanna.
“Awak tak ingat saya?”tanyanya.
“Macam ingat.”Hanna berfikir seketika.Memang dia rasa ,macam pernah jumpa lelaki ini.Itulah sebabnya dia tak menjerit dalam rumah tadi.Terkaku,ada la.
“Kalau awak nak tahu…”kata-kata lelaki itu terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi.
“Hello,yo bro.Iya..dia ada dengan aku sekarang.Dekat playground.Aku tak sempat terang lagi sebab kau dah call.Kau teranglah sendiri..okay,aku pass dekat dia.”
Telefon bimbitnya segera diserahkan pada Hanna.
Hanna pandang pelik.
“Nak buat apa?”
“Makan.”
“Hah?”
“Jawab call la.Your lovely boss nak cakap.”
Lovely boss?Siapa?Shay Azril ke?Ermm…memang bagus dia call,biar aku sembur habis-habisan!

p/s:jangan lupa komen n like ye sebagai tanda sokongan..hehhe..

No comments:

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥