“Eima!Apa
nie?”Adelia berdiri betul-betul di hadapan Eima dengan muka menyeramkan yang
bertempek bedak sejuk dan rambut yang disanggul tinggi. Eima yang terkejut
terus tercekik pop corn. Kelam-kabut dia capai air mineral atas tepi sofa. Baru
dia nak feeling-feeling nangis tengok cerita The Vow,terus kena potong.
Baju warna putih
yang dipegang Adelia dipandang dengan sengihan. Kantoi! “Errr..baju kurung
Pahang..” Ujarnya lambat-lambat.Takut sebenarnya.
“Memamg la baju
kurung Pahang,tapi nie apa nie?Labuci dengan pearl warna pink sana sini?Dulu
bukan along kata nak baju kurung kain putih kosong without labuci and pearl ke?”
“Memang la
along,tapi tak best la kalau kosong. Macam kain kapan aja. Cuba tengok,sekarang
nie ‘kain kapan’ dah tukar jadi kain gorgeous gitu. Lip lap sana sini.Cantik
apa.”Erima sengeh tayang gigi arnabnya.
“Mati nanti kain
kapan jugak yang kau guna.Tak adanya kain lip-lap lip –lap macam nie.”Selam
Adelia bersuara. Eima dah terkelu. Bila masuk bab kematian memang susah dia
nak sangkal.
“Err..okaylah my
lovely sis,sekali-sekala nak cantik.”
“Kalau
cantik,apasal baju kau kosong aja,baju along pulak yang terlebih vogue.Nanti
orang konfius mana satu pengantin,mana satu tetamu.”
Eima sengih. Nak
balas apa nie? “Err..tak apa…”
“Tak apa,apa?
Kalau macam nie gayanya along malas la nak pergi.” Adelia mula melangkah. Nak
masuk bilik dan tidur. Baju kurung putih itu diletakkan kembali dalam beg
kertas dan ditinggalkan atas meja.Sememangnya dia tak kesah sangat pasal baju
lip-lap lip-lap tu. Setakat kena pakai baju vogue je,bukannya kena bogel. Tapi
dia sengaja guna alas an baju itu untuk tak hadir ke majlis ‘bahagia’ Amir.
Takut nanti dia yang menangis dengan irama sendu. Iyalah cinta dalam diam yang
tak kesampaian. Tapi..ahhh..biarlah, Amir kan playboy.Siapa yang nak kahwin dengan dia. Takut nanti lepas
kahwin,berderet-deret jugak mak we si Amir. Biarlah dia tak dapat cinta Amir,kalau
cinta ini hanya dusta.
“Ala..along jangan
macam nie.Dulu kata nak pergi.”Eima tarik tangan Adelia.
Adelia mengeluh.
Memanglah dia setuju nak pergi majlis pernikahan Amir dengan Azriena. Bukan
dengan rela tapi terpaksa sebab Eima dah ugut dia dengan air mata. Terus dia
cair. Mak pun join sekali pujuk dia. Pelik juga bila difikirkan. Sejak bila mak
dia rapat dengan Amir sampaikan mak dia sendiri cakap yang Amir menjemput
mereka sekeluarga.
“Along…”Meleret-leret
Eima panggil Adelia.Lengkap sekali dengan muka tak cukup sen.
Adelia mengeluh. “Okay,Along
pergi.”
“Yeayyy..”Erima
berjoget riang.
Adelia berfikiran
positif. Sekurang-kurangnya adik kesayangan dia bahagia,walaupun nanti di
majlis itu dia sengsara.Ahh..Adelia,Adelia,Adelia..kau kata kau tak nak cinta
Amir walau dia bagi free pun sebab dia bukan calon mithali untuk jadi suami
kau!Tapi kenapa kau masih nak rasa sedih??Cubalah jadi matang,Adelia.Jadi
matang. He’s no one to you.So,just act normal!Adelia mengingatkan diri. Ya dia
perlu bersikap seperti biasa. Anggap saja dia menghadiri majlis pernikahan
kawan sekerja!
********
Entah kenapa sejak
dia sampai ke perkarangan Masjid Putrajaya,dia rasa pelik semacam. Sudahlah
tadi dia naik hairan bila Eima cakap ibu mereka sudah sampai ke masjid dengan
Pak Long.Eh..Pak Long?Sejak bila pulak Pak Long jadi driver ibu mereka?Dia
semakin musykill.
Sampai sahaja di
tingkat dua masjid,ramai saudara perempuan sebelah Amir sedang berkumpul.
Semuanya berpakaian ala-ala datin. Memang agak kayalah Ya kaum kerabat si Amir
ni.Ternampak saja ibu dengan mak long yang duduk bersembang dengan seorang
wanita anggun,mungkin mummy Amir segera mereka berdua menghampiri. Adeli
tiba-tiba rasa kekok. Kenapa semua orang pandang dia sambil senyum-senyum
ni?Melampau sangat ke baju yang dia pakai. Haishh..ni semua salah Eima. Tapi
yang peliknya Eima dengan ramahnya bertegur sapa dengan ibu,mak long dan
seterusnya ahli keluarga Amir.Siap bersalam cium tangan. Nak tak nak,Adelia pun
turut melakukan perkara yang sama.
“Awalnya mak
datang?”Adelia berbisik perlahan ditepi telingga ibunya.
“Hari bahagia anak
mak,mestilah kena datang awal.”Kata-kata ibunya penuh makna.
Tapi Adelia tak
perasan kerana dalam kepala otaknya tengah mencari jawapan kepada beberapa
persoalan. Pertama,di mana Azriena? Kedua,kenapa mak,mak long dan …Julia?Dia
terkejut. Julia menghampirinya dengan selamba.
“What?”Julia
bertanya pelik?
“Kenapa kau ada
dekat sini?”
“Aik,takkan majlis
kawan sendiri pun aku tak boleh datang kot?”Julia sengeh.
Adelia berfikir
sejenak.Julia kawan Amir rupanya. Ke Julia ni kawan Azriena?Ahhh…banyaknya
persoalan. Something fishy.Tapi dia buat tak endah saja bila hati dia berdengup
kencang tiba-tiba. Mummy Amir
menghampiri dengan senyuman dan mengajak dia ke sudut sedikit jauh. Dia
akur walau rasa pelik tahap petala infiniti. Mak,Eima dan Julia mengekori.
“What?”Adelia
menjerit kuat tatkala mendengar segala penerangan. Bila terperasan yang orang lain turut terkejut dia segera
menutup mulut. Dia cuba menenangkan diri membalas pandangan mummy Amir yang
penuh mengharap dan pandangan ibu yang penuh senyuman. Jadi sekarang ini dia
hanya jadi pengganti ke?Ahh…murahnya maruah dia. Hanya jadi pengganti.Dimana Azriena?Entah dia pun tak tahu.
Wajah-wajah
disekelilingnya diperhatikan. Tak sangka dah 3 minggu diorang rancang semua
ini. Siap sempat pulak buat hantaran dan beli pakaian untuk dia. Kata mak,semua
ini hasil usaha Amir,dia yang pilih semuanya.Yang lain hanya bantu
sikit-sikit.Bila difikirkan balik,bermaksud 3 minggu ini dia diperbodohkan
orang sekeliling?Nak marah tapi mereka semua keluarnya. Patutlah juga pak long
datang sini dengan mak.Rupa-rupanya untuk jadi walinya. Ahhh..detailnya
rancangan diorang.
“Along. Jom
bersiap.”Setelah kata setuju dicapai,Eima dan Julia segera menariknya ke bilik
air. Dia pandang lagi wajah ibunya dan bakal mummy mertuanya yang Nampak sangat
gembira.Dia?Dia gembira kalau dia jadi pilihan pertama walau pada lelaki
playboy yang pernah bersumpah dah
tinggalkan kerja playboy itu.Tapi kini dia sebagai pilihan kedua Amir.Perlukah
dia rasa bahagia?Bila difikir-fikirkan kembali,mudahkan,Adelia berubah fikiran
kerana Amir.Sekelip mata dia bersetuju jadi isteri Amir,padahal dulu dia juga
yang cakap taknak cinta Amir walaupun diberi percuma sebab Amir playboy.
Di bilik
air,Adelia dimake upkan untuk dia Nampak sweet di hari ‘bahagianya’. Veil putih
yang dibawa Eima dalam beg kertas di ambil dan diletakkan elok diatas
kepalanya yang bertutup tudung pink bermanik. Beg kertas yang dipegang Eima di
intai lagi.
“Wedges shoes
pink?”
“A’ah..untuk outdoor
photoshot nanti.Barulah Nampak matching dengan Abang Amir”
“Abang Amir pakai
kasut pink?”Adelia tanya tak
bersalah.Kata matching.Mestilah dia pakai kasut pink jugak.
Julia pantas
mencubit lengan Adelia.” Apalah kau nie.Dia pakai kasut hitamlah. Tapi kain sampin dia songket warna pink,baju melayu warna putih. Tu warna tema korang.Pinky White.
Owhh..how sweet.”
Adelia mencebir.
Ingatkan Amir pakai kasut pink tadi,baru nak bersorak riang.
Walaupun semuanya
berlaku secara drastik dan diluar dugaan Adelia,dia tetap rasa terharu bila
Amir dengan lembut menyebut nama penuhnya hanya dalam sekali lafaz.Paling dia
tak tahan,bila Amir membaca ikrarnya
sebagai seorang suami kepada Adelia. Terus air mata keluar tak henti.
Saat Amir
menghampiri dengan senyuman penuh manis,Adelia hanya kaku. Bergetar habis
jantungnya. Dalam fikiran ,dia dah bagi amaran pada hati.Jangan terlalu over.
Bukan senang dia nak terima Amir sebagai suami,sedangkan dia hanya dianggap
sebagai pengganti. Yang pasti lepas ni dia akan uji Amir.Nak tahu,samaada betul
ke Amir benar-benar ikhlas menyintainya sebagai dalam ikrar tadi. Senyum tepi
sudah tersirna di bibir Adelia. Dia mula yakin diri. Lepas nie,siaplah
suamiku,Amir Isyraf.
“Hai.”Perlahan aja
Amir menegur saat dia sudah duduk melutut depan isterinya,Adelia yang duduk
bersimpuh. Dia senyum menggoda.
“Assalamualaikum
suamiku.”Perlahan juga Adelia membalas.
Amir sudah merah
muka. Demi menutup malu dia tersengeh dan menjawab salam isterinya.Tukang ambik
gambar professional dan tak profesioanal dah tunggu detik-detik manis Amir dan
Adelia.
Dan apabila bibir Amir mengenai dahinya,dia rasa dunia seakan terhenti berputar,masa seakan tersekat dan dia seakan diawang-awangan.
p/s: hepy reading semua..ini bru permulaan hdup Adelia n Amir..
(maaf kalau ada silap bhsa or ejaan..tak sempat edit lgi..hehhe)
jgan lupa komen tau.. ^_^
12 comments:
alahai..cian adelia..pilihan ke-2..sob..sob..sob
sweety: hehhe..adelia je pkir mcm 2,sbb dia ska pkir -ve..
Amir x pkir mcm 2 pun ^_^
akhirnya..... Amir & Adelia....
cik writer... ceciter... apa sebenarnya berlaku.... mana Azriena...
akhirnya..... Amir & Adelia....
cik writer... ceciter... apa sebenarnya berlaku.... mana Azriena...
akhirnya..... Amir & Adelia....
cik writer... ceciter... apa sebenarnya berlaku.... mana Azriena...
pndai amir merancang..mesti lepas kes culik tu
baru dia sedar yg dia btul2 perlukan adelia dlm hidupnya..
ecece..hehe..hbislah..apa pula adelia nak buat
untuk uji si amir tu hehe..
lamanya tggu n3 ni..
best writter..
aida: hehhe...nnt sgala rhsia akan trungkap dlm bab2 strusnya :)
ano: hehe..tq dear :)sgt hppy bla ada org yg ska tulisan sya... ^_^
Salam... Saya tak tau apa motifnya 'Nampak' tu ditulis dengan huruf besar. Nampak bukan kata nama khas, bukannya juga di awal ayat. Cerita sudah bagus, cuma jangan gopoh-gopoh sangat bila ingin menyiapkannya. Kena semak ejaan dan struktur ayat. Imbuhan 'di' awak kena tahu tempat sesuai untuk digunakan.
cik writerrrrr...bz ke? dah lama tak n3 novel ni..windu sama adelia la...
sweety,buzy skit la..sbb ada final exam n viva...mybe lpas smuanya settle bru leh fokus..sory ye syangku...hhehe
Huhuhu....cantek kasut...haha..
Wah stress hbis tang sni....bile nk sbung ni...lmenye hadoi....harap dpt sbung lagi.plzzzz...tq so muah hehehehe
Post a Comment