“Ehh…tu bukan kereta minah senget
aka perempuan-paling-aku-benci ke?”Langkahnya yang terjingkit,terhenti. Mata
tersorot pada kereta Honda CRZ warna putih yang tersadai di kotak parking ,yang sememangnya khas untuk orang
berjawatan tinggi di tingkat bawah tanah banggunan setinggi 40 tingkat itu.
Lenggang-lenggok Azira yang berada di hadapannya turut terbantut. Pandangnya
dihalakan sama pada arah mata Iman Izwani terhala.
“Alah,bukan dia sorang pakai kereta
vogue macam tu.”
“Tak lah. Aku yakin inilah kereta
minah senget tu. Nombor plat dia aku dah hafal. Memang sebijik.”
“Ye ke?”Azira hairan.Sejak bila
kawannya itu suka menghafal bagai.Nombor plat Myvi pink sendiri pun ingat-ingat
lupa. Inikan pula nombor plat kereta orang lain. Hiashh…musykil.
“Iya, betul. Tapi aku pelik, buat
apa dia parking kereta dekat sini. Siap dekat parking VIP lagi. Bukan dia kerja dekat hotel
ke?”
“Entahlah.”Azira turut sama menjadi
pelik. Dia turut curiga tentang apa yang dicurigai Iman Izwani. Tapi sekejap
cuma bila tangannya menarik lengan Iman Izwani. Ingin segera pulang
kerana dia belum solat asar dan ditambah lagi dengan badannya yang
kepenatan. “Dahlah, jom balik. Kau tak penat ke berdiri lama dengan pakai
tongkat bagai?”Tanya Azira. Dia yang sihat walafiat pun rasa penat walaupun
bekerja di pejabat beraircond, inikan pula sahabat serumahnya yang patah
kaki kanan. Tak rasa semput ke kehulu-kehilir dengan tongkat sentiasa di
ketiaknya. Mahunya jadi kurus ketiak si Iman nanti,fikirnya.
“Kejab, sebelum balik aku nak bagi
habuan untuk kereta cantik dia nie dulu.”Ujar Iman Izwani dengan pandangan
serta senyuman sinis.
Azira yang terlihat sudah rasa
tidak sedap hati. Bukan dia tak tahu bahawa senyuman itu mampu menggegarkan
KLCC dan pandangan mata yang mampu membunuh dari dalam. Wahh..hiperbolanya
kau Azira. Ahh…abaikan. Yang penting, bukan boleh harap sangat dengan si Iman
ini kalau tanduk syaitannya sudah mula tumbuh. Namun begitu dia tidak meghalang
malah mengekori Iman Izwani mendekati kereta itu. Teringin jugak dia usha
‘besi mewah’ ini dari dekat.
“Kau nak buat apa nie?” soalnya
cuak apabila melihatkan Iman Izwani terkial-kial mengeluarkan kunci rumah
mereka yang berada dalam simpanan beg tangan gadis itu.
Iman Izwani hanya tersenyum penuh
makna. Tangannya yang memegang kunci mula didekatkan pada sisi kereta.
Azira sudah membulatkan mata yang
sepet. “Woi,kau nie biar betik.Takkan kau nak calarkan kereta dia
pulak.”Azira yang sudah dapat menangkap rancangan Iman Izwani ,segera memegang
tangan gadis itu. Mahu menghalang perbuatan jahat kawan serumah serta sepejabat
dengannya. Tak dapat dia bayangkan wajah tak bersalah perempuan bernama Iris yang
Iman Izwani benci tu. Kesian. Nak marah dia tu pun kena fikir ber puluh kali.
Ini pulak nak calarkan kereta dia?
“Hello !! Cuba kau bandingkan perbuatan dia
yang menyebabkan aku jatuh tangga sampah patah kaki macam nie dengan perbuatan
aku yang hanya nak mencalarkan kereta dia. Bukannya aku nak cederakan dia pun.”Ohh
my..pandai pulak aku berkata-kata ya,fikir Iman Izwani.
Azira melepaskan pegangannya
pada lengan Iman Izwani. Bukan kerana dia mengalah dalam menghalang kerja jahat
itu,tetapi dia kelu untuk membalas kata-kata Iman Izwani. Dia faham dengan
perasaan kawannya itu.Sakit yang tertanggung sejak sebulan yang lalu akibat
jatuh tangga gara-gara Iris mungkin masih dirasai Iman Izwani. Dia yakin itu
setiap kali dia lihat dahi Iman Izwani yang berlapis-lapis bagai kek lapis
Sarawak apabila kakinya mula mengorak langkah. Dia juga rasa sakit melihatkan
situasi itu. Tapi dia yakin sebenarnya Iris gadis yang lemah-lembut itu tak
berniat nak tolak Iman Izwani. Mungkin saja emosi yang lebih mengawal fikiran.
Ditambah pula keadaan Iman Izwani yang berdiri betul-betul di atas anak tangga
teratas di tingkat 10 dengan keadaan tidak bersedia. Apa lagi, sekali
tolak,opss bukan tolak,sekali sentuh aja terus Iman Izwani tergolek jatuh membilang
tangga. Iris yang ketika itu hanya terkaku dengan muka pucat tak berdarah dan
langsung terkunci mulutnya untuk meminta maaf. Mungkin sebab itu Iman Izwani
mendendami dia hingga sekarang.
“Ehh..kejap.”halang Azira.
“Apa lagi kau nie,kan aku ….”
“Ada oranglah. Biarlah orang tu
blah dulu.”potong Azira seraya melihatkan seorang lelaki berkemeja jalur biru
gelap di hujung parking lot sana.
Iman Izwani terkejut. Rasa macam
nak saja dia patahkan kaki kirinya pula bila Azira seakan-akan menyokong kerja
jahatnya. Kali pertama tu… Boleh buat status dekat facebook ni.
“Ok..orang tu dah tak ada.” Azira
melaporkan.
Iman Izwani menggangguk.Kunci rumah
ditekankan kuat sisi kereta mewah itu dan ditarik sehinggalah ke hujung. Srekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Dia
memerhatikan calar yang dibuatnya. Ehh..tak cukup cantik lagi. Strekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....kkkkkk.
Hah..barulah nampak seni gitu. Iman Izwani ketawa dalam hati.Dia rasa puas
dengan senyuman yang tersungging di bibirnya.Dalam dia bersorak riang, terdengar
suara keras seseorang. Kaku dia seketika. Ehh…pak guard ke? Mati aku, mati
aku!!!
“What are doing?”
Eh?Pak guard sekarang dah pandai
speaking Englishlah. Jangan pandang rendah okay.
Pantas dua pasang mata gadis
menoleh ke belakang. Ke arah seorang lelaki berbaju kemeja jalur biru gelap
lengkap dengan cermin mata hitam pelengkap gaya machonya. Terus Iman Izwani
terdiam. Bukan pak guard tapi bos kepada pak guard!
Dalam keadaan sunyi yang bagaikan
ada malaikat melintas, Azira masih berfikir. Waduh, patutlah, ini lelaki yang
dia nampak dekat parking lot sana tadi!!! Azira sudah
kecut perut. Air liur ditelan kesat. Mesti lelaki itu sudah menangkap perbuatan
mereka berdua. Mampus!
“Apasal?”Iman Izwani bertanya. Prinsipnya
kini, berani biarpun salah. Muka yang cuak disembunyikan disebalik wajah
garang.
“Are you asking me apasal?”ujarnya dalam gaya tegas. Bukannya
dia tak perasankan mereka berdua yang melakukan kerja jahat di sini tadi. Sengaja
dia sorokkan diri tadi, mahu melihat apa yang ingin di lakukan oleh dua orang
gadis ini. Dan ternyata dia tak menyangka gadis berbaju kurung dan bertongkat
ini bertindak ‘mencederakan’ kereta putih ini dengan kunci di tangannya.
“Iyalah kitorang tak menyusah encik
pun. Dan kitorang tak panggil encik ke sini pun.” Iman Izwani semakin garang.
Ngaumm.
“Huhh…Seriously, you make me
crazy.”
“So what?” Dia masih seperti
tadi. Walau lelaki dihadapannya ini cukup handsome, sasa dan sewaktu dengannya
pada pandangannya, namun sifat kegarangan masih tersemat dek kerana nak
menyembunyikan kesalahan.
Azira menyiku lengan Iman Izwani. Memberi
amaran supaya dia tidak menaikkan marah si pemuda kacak di hadapan mereka ini. Tapi
sia-sia saja bila mata Iman Izwani membulat memandang lelaki itu.
“So What?Helllllo, awak
dengan tak bersalahnya dah calarkan kereta putih kat belakang awak tu?”
“Ikut suka hati sayalah nak calar
kereta putih ke, kereta pink ke, kereta merah ke, kereta kelabu
tahi anjing ke. Awak apa kesah? Bukan masalah awak pun.”nyaring Iman
Izwani membalas.
Lelaki itu sudah membuak-buak
marahnya. Tak padan dengan bertongkat,fikirnya.
Azira sudah tak tahu mahu buat apa
dengan situasi sekarang yang ala-ala babak novel yang selalu dia baca sahaja. Pertemuan
yang dimulai dengan pertengaran yang kemudiannya di akhiri dengan percintaan. Begitu
ceritanya nanti.E rmm entahlah.
“Masalahnya sekarang, wahai cik
adik bertongkat, kereta putih yang ada di belakang awak yang awak dah calarkan
sepanjang 1 setengah meter tu ialah kereta saya. Kereta S.A.Y.A.!”beritahunya
lambat-lambat dan tegas. Sempat lagi dia ukur panjang calar tu ya.
Bummmmm!!!Terasa ada batu besar
sudah menghempap kepala Iman Izwani. Dia sudah cuak. Terasa perutnya mula
berpusing-pusing. Peluh sejuknya mula merembes.Kata-kata lelaki dihadapannya
dianalisis lagi. Kereta saya?Kereta saya bermaksud kereta dia! Ohhhhh…tidakkkkk.
Dengan muka pucat lesi, dia berbisik perlahan di tepi telinga Azira yang diam
sejak tadi.”Tu bukan kereta minah senget tu ke?Apasal dah jadi kereta mamat
hensem nie pulak?”
“Mana aku tahu. Kau yang hafal nombor plat kereta tu. Bukan aku yang hafal.”
‘Hampeh punya Azira.’bisiknya dalam hati demi mendengarkan jawapan gadis itu. Bukannya
mahu menenangkan hatinya yang tak keruan, tapi ditambah menjadi kacau bilau.
“Err..serius ke tu kereta awak?”takut-takut Iman Izwani bertanya.Terasa malu
pula kerana tadi bermati-matian dia berperang mulut dengan lelaki ini. Tetapi
sekarang dia seakan-akan menyerah diri minta dihukum pancung secepat mungkin.
“Ehhh taklah. Ini kereta jiran atuk sebelah laki mak saya merangkap
sepupu saudara mak su saya!”katanya serius dalam unsur perli. Mahu saja dia
memberi surat saman ataupun sekurang-kurangnya menghamburkan marah pada gadis
berbaju kurung merah hati itu, namun disabarkannya apabila melihatkan keadaan
gadis itu yang bertongkat. Kakinya melangkah menghampiri pintu sebelah pemandu.
Terasa mahu melalak saja melihatkan calar panjang yang menghiasi sisi kereta
kesayangannya. Sudah macam corak akar panjang yang melintang saja. Kalau hantar
ke bengkel, mahu berminggu-minggu jugak buah hati kesayangnya dia kena tinggal
disana. Huaaaaa…
“Err..saya mintak maaf, saya ingatkan tu kereta musuh saya.”ujar Iman berterus
terang. Serius dia rasa amat bersalah.
Rayqal hanya menjeling
tajam.Walaupun kata maaf itu kedengaran ikhlas,tetapi ia langsung tak membuka
hatinya untuk memaafkan.Lalu dengan sebal di hati dia memecut keretanya pergi. Kalau
dia jumpa lagi dua orang gadis, itu jagalah. Siap dia kerjakan.
Iman Izwani dan Azira
hanya memandang dengan perasaan bercampur aduk melihatkan kereta putih itu
meluncur pergi.
“Aku rasa bersalah gila.”ujar Iman
Izwani perlahan.
“Itulah, aku dah halang tadi. Kan
dah salah kereta.”katanya sambil berlalu menuju ke kereta MyVi pink milik Iman
Izwani yang di pandunya. Kata duduk serumah, mestilah sekereta juga.Barulah tak
sesak jalan raya.Karbon dioksida pun berkurang. Mampan gitu.
“Alah, kau halang hangat-hangat
tahi ayam aja.”Iman Izwani mengekor dengan langkah yang semakin perlahan. Sakit
kakinya kini terasa lagi kerana tadi dia berdiri lama. Itulah, nak bertengkar
punya pasal.
“Iya ke?”
“Iya la.”
“Ermm…nampaknya tak dapat la mu nak
berlakikan dia.”
“Isk..kau nie,aku rasa bersalah aja
bukan rasa nak kahwin dengan dia.”
“Ehh..bukan dulu kau nak kahwin
dengan dia ke?”
“Dulu?”
“A’ah.Waktu first time kita jumpa dia dekat Kursus Kahwin di
UKM.”Teringat kembali bahawa mereka pernah mengenggam segulung sijil kahwin
sbelum menggenggam segulung ijazah.
Lama Iman Izwani berfikir. Mengimbas
kembali zaman muda-mudi di UKM dulu.Cehh..muda-mudi?Sekarang pun muda lagi
apa,bisiknya.
“Ehh..kejap. Itu mamat kursus
kahwin tu ke?”
Azila hanya menggangguk selamba.Tak
sangka pula Iman Izwani tak kenal dengan lelaki yang terlalu gila dia minati
semasa kali pertama bertentang mata dalam menjalani kursus kahwin dulu. Dia
juga baru sahaja perasankan lelaki itu setelah dia memecut keretanya tadi. Sebiji
cara dia memecut semasa habis kursus kahwin dulu apabila di kejar Iman Izwani. Huhhh..memang
gila kan si gadis bernama Iman Izwani. Apalah nasib dia dapat kawan macam ni.
Iman Izwani
terkaku. Seriously ,itu ‘dia’?
#######
“Oit..menung apa?”Azila
menegur.Dari jauh lagi dia nampak Iman Izwani hanya statik sambil pandang
makanan. Langsung tak hiraukan suasana restoran yang hingar-bingar.
Iman Izwani hanya senyum segaris.
“Aik..takkan dari
jauh aku datang nak lunch sekali semata-mata nak tengok kau senyum-senyum aja?”
“Nie haa,aku baca
balik novel sekerat jalan yang aku buat dulu.Tak sangka best jugak jalan cerita
ni ya?”Iman Izwani tersengeh sambil menunjukkan Microsoft word pada
skrin Acernya.Saja puji hasil tulisan sendiri. Nak suruh orang lain
puji, memang kelaut la.
“Ceh..memang la kau kata best. Dah kau buat diri kau sendiri jadi
heroin. Rayqal pulak jadi hero kau.”Azira mencebik.
Iman Izwani ketawa. Tak sangka novel sekerat jalan yang mengisahkan
kisah benar antara dia dan jantung hatinya, kini bagaikan sudah jadi diari lama
buat dia. Diari yang menyimpan kisah pertemuan kedua antara dia dan Rayqal. Sungguh
manis saat itu walaupun tidak semesra mana mereka berdua tatkala itu. Tapi
sehingga bab itu saja dia menulis. Masuk bab dia mula mengorat Rayqal balik,
dia dah berhenti. Bukan apa,busy nak tackle hati Rayqal lah katakan. Mana ada
masa nak karang ayat bagai.
“Erm..yelah tu.
So,kenapa ajak aku lunch nie?Kalau tak asyik lunch dengan encik hubby dia je.”
Iman Izwani hanya diam. Dia
menarik nafas perlahan. Kata-kata Azila langsung tak mampu nak buat dia senyum.
“Aku rasa bersalah
dengan Iris” Iman Izwani mula menukar ke channel sedih. Entah kenapa sejak
suaminya meluahkan perasaan cinta pada dia,dia rasa teramat bersalah. Bersalah
sebab pernah hancurkan kebahagiaan suaminya itu dengan seorang gadis cantik.
“La..kenapa pulak nie?”
“Kau rasa, aku jahat sangat ke? Sebab sanggup putuskan hubungan
suami sendiri dengan tunang dia dulu?”
Azila mengeluh. Iman Izwani sekarang sudah banyak berubah. Berubah
menjadi bukan dirinya sendiri. Berubah menjadi orang lain. Orang putus asa. “Dulu
kau jugak yang cakap, diorang tak ada jodoh. Bukan sebab kau yang putuskan
hubungan diorang.”
“Diorang tak ada jodoh sebab aku.” Iman Izwani berkata perlahan.
“Pulak.”Azila mengeluh. Entah apa yang ada dalam fikiran Iman
Izwani,dia pun tak tahu. Pelik sebab,bila dah dapat cinta si suami baru nak
rasa bersalah. “ Emm..Puan Iman, kau dah dapat true love dari encik
hubbykan,so..just go on with that,Iman! “Dulu waktu Iman berusaha
dapatkan Rayqal sampai sanggup guna taktik nakal, taktik mengoda bagai,tak ada
pulak rasa bersalah dengan Iris yang masih bergelar tunang Rayqal, ketika itu.
Sekarang ini bila Iris dah jauh dari hidup Rayqal, Iman baru nak rasa
bersalah?Ehh..hello,apa game yang kau main ni,Iman? Haishhh..sungguh aku tak
faham kerenah seorang Iman Izwani!
Iman Izwani senyum paksa. Just go on with that.Dia mengulang
ayat itu. Boleh ke dia buat tak tahu aja dengan rasa bersalah dia pada Rayqal and….
just go on with that?Oh my god. Dia rasa dia tak mampun. Sekarang..hanya
satu yang dia mampu buat untuk suaminya, Rayqal.Telefon bimbitnya dikeluarkan
lambat-lambat. Betul ke apa yang dia buat nie? Dia pandang Azira. Azira hanya
diam,mungkin masih cuba membaca apa yang ada dalam fikirn Iman.
Satu pesanan ringkat dibaca berulang kali. Dengan jari yang
terketar dan tubir mata yang memberat dia menghantar pesanan tersebut.
Abang, Iman rasa ini yang terbaik buat Iman. Iman dah tak sanggup
hidup dengan abang. Please..lepaskan..Iman!!
Biarlah. Biarlah dia yang dipersalahkan!
feel free to komen...
sya hanyalah insan biasa (cewahh) kalau ada slh silap boleh tegur...huhu
sya hanyalah insan biasa (cewahh) kalau ada slh silap boleh tegur...huhu
1 comment:
posting a comment sbb perasan diri ni comel..hehe..
suka la jln cite die..mcm da nmpk keseluruhan cite..p ta tau la btul ta..so kalu na tau btul ta kne tgu next next next en3 la..
good job writer..waiting for new entry..dear post la hari-hari..hehe..
~adda~
Post a Comment