Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Tuesday, July 31, 2012

Aku..Mahukan Cinta 23


“Isk.” Adelia geram. Tangan yang sedang menganggu wajahnya ditepis. Eeii mangkuk hayun ni memang tak tenanglah tengok kakak dia yang comel ni tidur. Asyik nak kacau aja. Pang karang baru tahu.
Amir senyum. Comel pulak tengok Adelia membebel-bebel tanpa suara dengan mata masih tertutup. Dahi Adelia yang berkerut-kerut itu diusapnya.
Eh,kasar benar tangan si Erma. Baru aja tolong buat hantaran untuk dia minggu lepas terus tangan dah jadi macam tangan buruh kasar. Dahsyat. Tapi disebabkan mata dia yang sangat berat bagaikan dihempap piramid mesir, membuatkan dia hanya mampu menepis jari-jemari itu. Dan beberapa minit kemudian, dia menepis lagi. Hai Erma nie memang nak kena sumpah jadi Kasim Selamat agaknya. Tak faham-faham. Asyik duk merayap aja tangannya. Dulu tak ada pula dia suka kacau macam nie. Paling koman pun dia bagi dengan bantal aja. Adelia masih mampu bersabar tatkala tangan itu mengusap-usap rambutnya. Buat dia lagi rasa nak lena panjang, tapi bila tangan itu mula bermain-main di lehernya, dia sudah tak tahan. Gelilah!
“Hey, apa nie..”Ayatnya tergantung. Mata terus membuntang. Tanpa amaran..”Makkk!”
Amir yang  terkejut terus menutup rapat mulut Adelia dengan tangannya. “Syhhh..apa jerit-jerit nie. Dah la malam nie malam pertama kita. Nanti mak pikir abang ganas pulak.” Amir mengomel tapi bila melihatkan mata Adelia yang terkebil-kebil terus dia ketawa. Tangannya yang menutup mulut Adelia ditarik perlahan.
“Awak siapa?”Adelia tanya lantang dengan muka tak bersalah.
Kaku terus ketawa Amir. Matanya pula yang membuntang. Ahh..sudah. Tragedi apa pulak ni. Hilang ingatan di malam pertama?
“Eh..Eh..salah soalan. Awak buat apa dekat bilik saya ni?”Adelia duduk di atas katil sambil mencekak pinggangnya. Malu betul bila salah tanya. Pang mulut dia sekali sebab sengaja malukan tuan dia yang sememangnya pemalu. Eh..pemalu ke?
Amir melepaskan nafas lega. Baru aja ingat nak tunjukkan sijil nikah diorang dekat Adelia.
“Bukan ni bilik KITA ke?” Sengaja Amir menekankan perkataan kita.
“Sejak bila?” Adelia, masih dengan perangai blur selepas bangun tidur.
“Sejak pagi tadi, sayangku.” Lambat-lambat Amir berkata. Geram pun ada jugak. Rasa macam nak aja cubit mulut orang kesayanganya ini.
Adelia garu kepala. Cuba nak mencari balik memori yang bertaburan waktu dia terkejut tengok Amir lepas dia bangun tidur tadi.
“Err…apasal awak tak balik rumah mummy dan daddy.”
“Penat nak drive.” Amir kembali berbaring. Baju melayu yang dia pinjam dari pak long Adelia yang kini merangkap pak longnya juga tak ditanggalkan lagi. Iyalah kalau dia tanggal nak pakai apa pulak nanti. Maklumlah datang rumah mak mertuanya sehelai sepinggang aja tadi gara-gara Adelia buat drama criminal berair mata. Baju nikahnya, Adelia dah selamat letak dalam bakul baju kotor. Takkan dia nak pakai baju kurung isterinya, tak pun kain batik dengan t-shirt pink? Oh my god, hilang macho yang selama ini dipertahankan. Kalau itu terjadi, rasanya 10 tahun dia lari balik Lombok. Eh..Lombok?
“Eh..bukan dari sini ke sana 15 minit aja ke?” Adelia garu kepala. Bukan 15 minit aja ke? Takkan pak cik teksi petang tadi bawak laju sangat kot.
“Lama tu. Panas punggung tau kalau nak drive sampai 15 MINIT!”
Erk?Adelia dah rasa nak terjun katil. Memanglah si Amir ni sengal. 15 minit aja pun bukan 15 jam!
“Habis tu awak nak tidur mana?”
“Tidur sinilah.” Kata Amir merujuk kepada katil  dimana tempat dia berbaring sekarang. Bantal peluk yang terletak ditengah-tengah katil terus dibaling tepat ke arah kerusi kayu yang terdapat disudut bilik. Adelia dah membulatkan mata dengan muka marah. Amboi-amboi-amboi suka hati aja suamiku ini membaling bantal kesayanganku.
Amir sengih. “Bantal tu jealous la. Kacau daun aja duduk tengah-tengah katil ni.”
“Mr. Amir…”
Terus Amir tolak perlahan tubuh isterinya turun dari katil. “Dah..dah. Pergi ambil wudhu, lepas tu solat isyak. Tadi ibu cakap Didi tak solat isyak lagikan.Dah dekat pukul 1 pagi ni.” Saja aja si Amir ni nak tutup mulut isterinya. Bukan boleh harap sangat si Adelia nie. Nanti karang kalau biar Adelia terus membebel. Dia juga kena tidur atas sofa, macam dalam novel-novel melayu sekarang nie. Sangat klise. Yang melepasnya si suamilah jugak. Baru aja nak bermanja-manja dah kena halau.
Lambat-lambat Adelia turun ke bawah menuju ke bilik air. Sambil berfikir-fikir sejak bila dia tertidur dekat katil? Rasanya lepas dia merajuk dengan Amir, dan lepas Amir tertidur petang itu terus dia keluar dari biliknya. Mandi-mandi, solat dan terus jadi rajin tolong ibu buat kuih jala gara-gara tak nak duduk sebilik dengan Amir. Lepas Amir bangun, lelaki itu buat biasa aja. Siap boleh bergurau senda dengan ibu dan Erma tanpa rasa nak terangkan siapa Farhana sebenarnya. Nak tanya sendiri tapi dia malu. Takut nanti Amir cakap dia jealous. Bukan dia memang jelous ke? Ah..lupakan. Dan lepas azan, Amir terus bonceng motosikal dengan Pak Long yang duduk lebih kurang 1 kilometer dari rumah teresnya. Eh, pandai kau kira jarak ye Adelia. Bila ditanya, Amir cakap dia nak solat berjemaah magrib dan isyak dekat surau kawasan perumahan itu. Erm..tetiba musykil. Playboy pun tahu solat berjemaah? Ingatkan tahu berjemaah mengorat perempuan aja. Ehh… Astagfirullahalazim, Astagfirullahalazim,  Astagfirullahalazim, apa kau buat nie Adelia.  Berdosa tau kutuk suami. Okay..sambung balik. Lepas Amir ke masjid, Adelia jadi lega, bila Amir tak ada. Rasa macam burungyang duk melayang-layang di awan biru  lepas keluar dari sangkar. Tanpa buang masa terus dia solat maghrib dengan mak dan Erma. Lepas itu, bertengeklah mereka bertiga depan Tv tengok Aaron Aziz jadi hero dalam drama yang dia lupa tajuknya. Dan rasanya lepas itu dunianya sudah gelap. Bukan buta ya tapi membuta. Bila bukak mata aja terus dia nampak wajah Amir dan..dalam bilik?Oh my..takkan…
“Oh malu..malu. Rasanya berat aku dah naik 4 kg minggu ni. Ahh..tidak!”
“Apa yang taknya?”
“Opocot mak kau.” Adelia mengurut dada. Ingatkan siapa tadi.
Amir senyum . Eh.. melatah jugak?
“Apa awak buat dekat sini?.” Amir geleng kepala. Trivia. Hari ini soalan utama isterinya adalah….apa awak buat dekat sini. Alahai isteriku. Dah nama pun suami, mesti sentiasa di sisi isteri. Tak gitu. Eh.. Amir bukan isteri ke yang sentiasa di sisi suami. Ahhh apa-apa aja. Sama aja subjek bagi dua-dua ayat itu kan?
“Dahaga. Itu yang datang sini.” Amir simpan senyum sambil terus berlalu ke dapur. Bukan dahaga pun. Saja dia tipu. Padahal tadi dia cuak sebab Adelia lama sangat dekat bawah nie. Ingatkan pergi cari telaga nak ambil wudhu rupa-rupanya sesedap aja isteri dia landing atas sofa di ruang tamu sambil cakap-cakap seorang diri. Alahai..comel betul manusia bernama Adelia ni.

p/s: Sorry semua sbb en3 lambat..heheh skarang nie buzy sikit sbb tgh praktikal...idea pun kurengg je...apa2 pun..hepy reading
(special to sweety n semua peminat AMC..syang anda ketat2..muahhh)

6 comments:

Anonymous said...

sayang jugk kt penulis..muahhh..hihi
sibuk2 msh sempt kasi enty..
so sweet Adelia dng Amir..

ara

Anonymous said...

sayang jugk kt penulis..muahhh..hihi
sibuk2 msh sempt kasi enty..
so sweet Adelia dng Amir..

ara

E'in said...

xpe.. utamakan praktikal dulu.. hehe

Unknown said...

AKU MAHUKAN CINTA,memang menarik dek...........akak suke sangat.cepat sambung ye dek.

Unknown said...

salam dek,nk komplen lh dek!bila g nk sambung Aku Mahu Kn Cinta dek?lama dh akak tunggu dek!sambung lh dek laju2 tau.frust je asal akak bukak blg still bab 23.sambung ye dek........pleaseeeeeeeeee

afizah azhar said...

jatuh cinta dengan penulis :))

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥