“Uweekk, eeeuwww masin
gila.” Berkerut dahi Adelia menelan suapan makanan yang ditempah Julia.
“Wooww.” Julia pandang Adelia
penuh kekaguman.
Adelia yang tengah
lap mulutnya dengan tisu, buat muka tak bersalah. “Apahal?”
“Subur betul. Baru 2
minggu kahwin.”
Adelia sentap. Terus
dia baling tisu di tangan tepat mengenai Julia. Nasib baik bukan garfu. Kalau
tak jadi Kassim tak selamatlah si Julia ni.
“Oit..tak senonoh
betul. Aku suci lagi tau.”
“What....!!!"
Julia ternganga"....suci lagi?!!” .
“Shhhh..kau nie kalau
boleh 1 malaysia kau nak bagi dengarkan?” Adelia menekan
suara. Memberi isyarat supaya ton suara Julia diperlahankan.
Julia cuba bertenang.
"Biar betik?” Dengan suara tertahan dia bertanya.
“Betiklah. Dah family
kitorang tak bagi duduk serumah.” Adelia menyampaikannya tanpa perasaan.
Minuman susu bercampur guano disedut sedikit.
"Aiseh..korang
okay tak nie? Mesti sengsara.”
Adelia ketawa. Boleh
pulak Julia buat muka macam ayam hilang kaki. Gaya macam mati suami pun ada jugak.
"Yang kau nie
tolong sedih untuk aku ni kenapa? Aku cool aja."
"La..tak kuciwa
ke?" Julia garu kepala. Pelik. Takkan si Adelia dan Amir tak teringin nak
berkasih sayang kot. Halal tu. Rugi dibiarkan saja.
“Tak ada maknanya. Aku
cool aja. Si hubby kesayangan aku tu yang tertungging.” Adelia ketawa
panjang. Iya ke Amir kuciwa tertungging? Entah- entah beriang- ria macam orang
bujang.
“Haish..jahat kau erk.
Kesian hubby ganteng kau tu.”
Adelia hanya senyum.
Tiba-tiba dia menyesal fikir yang bukan- bukan fasal Amir apabila dia teringat
kembali bagaimana Amir buat muka tak puas hati dengan mummy, daddy dan mak.
Sampaikan mogok tunjuk banner ‘Amir Puasa Sebab Tak
Dapat Kasih Sayang Isteri !’. Adelia masa itu terkesima. Eh..apahal
pulak Amir mogok tak nak makan sebab
dia?
“Sudahlah tu, meh
makan sini. Depan mak mertua pun nak buat perangai tak matang.”
“Malaslah nak makan,
bukannya boleh duduk serumah dengan Didi pun.”
Adelia ketika
itu terkaku. Tak sangka Amir punyai otak
yang terlalu bergeliga. Pasti setiap manusia di vila
itu terpedaya dengan lakonan mantap Amir. Lambat- lambat Adelia kembali
menyambung makan dessert yang Datin Hannah buatkan. Puan Ainon disebelah sudah
kuis-kuis pahanya supaya pergi memujuk
Amir. Tetapi, dia hanya buat tak tahu. Rasanya pelakon hebat lagi mantap macam
Amir tak perlukan bantuan pelakon tambahan yang mungkin akan merosakkan cerita
macam dia. Tambahan pula karakter kebudak-budakkan Amir yang tiba-tiba muncul
sejak Puan Ainon tiba pagi tadi memang buat dia
rasa macam nak terjun bangunan. Al-maklumlah pelakon lelaki fofular.
Haish.. nak termuntah hijau menyebutnya.
“Didi…” Puan Ainon dah
menjeling ke arahnya tajam. Adelia buat muka tak puas hati. Tapi akhirnya dia
mengalah jugak.
“Serious ke tak nak
makan?” Dari meja makan Adelia bertanya kepada suaminya yang berada
di anak tangga.
“Malas.” Dia jawab sepatah
sambil menyibukkan diri dengan I-padnya.
“Ok. Sayur keladi ni
Didi yang punya.” Ujar Adelia teruja. Satu mangkuk sayur
keladi sudah berjaya landing dihadapannya.
“What? Sayur keladi?” Amir yang dengar
terus bergegas duduk di meja makan dengan sengihan panjang. Dah tak hiraukan
mogok berserta lakonan mantapnya yang tertamat sebelum waktunya. Tapi yang
pasti semua insan di meja makan ini
yakin Amir, suami yang sangat mencinta isterinya, Adelia sampai mogok tak nak
berpisah rumah.
Adelia pandang Amir
lama. Juga mangkuk berisi sayur keladi yang sudah bertukar tuan. “Tadi kata malas nak
makan?”
“Sekarang dah rajin.” Amir membalas dengan kenyitan matanya. Cuba
menggoda si isteri.
Insan-insan lain yang
berada di meja makan hanya mengeleng-gelengkan kepala. Kecuali Puan Ainon yang
tersenyum puas bila sayur keladi buatannya jadi rebutan tengah hari ini.
"Terima
kasih."
Adelia tersentak dari
lamunannya. Terkejut dengan suara Julia yang berterima kasih kepada pelayan.
"Order lagi?"
"Lapar."
Julia buat muka manja dengan tangan yang mengosok-gosok perutnya.
Adelia mencebik.
Lapar ke nafsu?
"Eh.. kau tak
jawab pun soalan aku?" Dengan mulut penuh makanan, Julia bersuara. Adelia
pulak tengah blur.
"Soalan
apa?"
Julia pandang lama.
"Kan tadi aku tanya mana suami kesayangan kau tu di hujung minggu yang
permai ini."
Adelia garu kepala
kerana dua sebab. Pertama, bila masa dan ketikanya Julia bertanya? Adakah
semasa dia tengah mengelamun teringatkan Amir? Yang kedua ialah kerana dia
sendiri kurang pasti dengan jawapan untuk soalan Julia.
######
Dari jauh Amir memerhatikan Azriena
yang baru melepasi pintu utama DECTAR selepas menerima ijazahnya. Dia nampak
seperti tercari-cari kelibat seseorang. Amir tak pasti siapa. Dengan keluhan
berat dia melangkah mendekati Azriena dalam kesesakan ramai. "For
you." Jambangan bunga mawar warna merah hati disuakan betul-betul separas
wajah Azriena. Gadis itu yang tadinya terkejut, terus senyum panjang melihatkan
wajah jejaka idamannya depan mata.
"Tak sangka awak
datang." Dia teruja.
Amir senyum sedikit.
Agaknya kalau dia tak datang, mungkin tiada lagi orang lain yang akan peduli
dengan hari konvokesyen gadis manja ini. "So..mana kawan-kawan awak yang
lain?" Amir pandang kiri kanan. Mencari kawan-kawan Azriena walaupun ia
hanya sia-sia memandangkan dia langsung tak kenal mereka. Lagipun masakan
kawan-kawan gadis ini akan bersamanya padahal mereka sudah ditunggu- tunggu
famili masing- masing untuk mengucapkan tahniah ataupun untuk mengabdikan
potret bersama. Jelas disekelilingnya penuh dengan siswa-siswi yang baru grad, sibuk dengan
famili masing- masing. Kecuali.... Azriena. Gadis itu hanya diam memandang Amir
dengan tangannya erat memeluk skrol dan jambangan bunga.
"Riena.. Sorry papa lewat."
Azriena tersenyum.
Dia terus menyalami Dato' Azman yang baru muncul dari kesesakan ramai. Amir
yang melihat berlagak selamba. Padahal dia terkejut dengan drama yang baru
memasukkan watak antagonis. Fikirannya juga penuh dengan tanda tanya. Kenapa
Dato' Azman datang sini? Macamana Dato' Azman semesra ini dengan Azriena? Dan
adakah semua ini lakonan Dato' Azman semata-mata, walaupun wajah kedua- dua
insan di hadapanya ini nampak sangat ikhlas? Ahhhh.. dia cukup tension dengan
permainan ini.
"Papa, kenalkan,
ini kawan Riena, Amir Isyraf. Dan Amir, ini papa tiri saya, Dato' Azman."
Dengan perasaan sangat gembira dia memperkenalkan mereka. Tak sangka sekarang
ini banyak kejadian yang baik-baik berlaku terhadapnya.
Dato' Azman
menghulurkan salam. Lambat-lambat Amir menyambut. Nampak wajah lelaki awal 40an
itu yang penuh senyuman dan Amir yang penuh ketegangan.
"Kenapa Mr Amir?
Macam tak suka saya saja?" Dato' Azman bertanya dengan penuh yakin.
"Jangan risau. Kita bukan hidup di zaman cinderella." Dia menyambung.
Amir ketawa
buat-buat. Sengal betul kepala otak Dato' Azman. "No. I'm not worry even
if kita hidup dalam zaman cinderella. Cuma saya takut kita dah termasuk dalam
dunia cinderella moden. Who knows, kan Dato' Azman?" Amir tekan intonasi
suaranya. Dia senyum sinis.
Azriena tiba-tiba
ketawa. "Tak sangka papa dengan Amir layan cinderella." Dato' Azman
turut ketawa sambil mengusap-usap rambut anak tirinya yang nampaknya langsung
tak mengesan perubahan situasi. Amir
pandang tajam segala perlakuan Dato' Azman. Apa rancangan lelaki itu
sebenarnya.
"Come, Mr Amir
join us." Tiba- tiba lelaki itu mengajaknya mesra. Azriena turut
tersenyum. "Kitorang nak pergi ambil gambar potret dan lepas tu nak makan
petang dekat bangi. Awak ikut ya?" Azriena juga mempelawa.
"Sure..saya takkan lepaskan peluang
ni." Dia berkata sinis dengan mata
yang tak terlepas dari wajah Dato'Azman.
Lelaki tua itu tersenyum.
"Saya takkan halang." dia membalas
"Oit tengok apa tu, cepat la
kata nak beli bunga untuk Kak Sara. Jap lagi dia merungut pulak kena tunggu
lama. Kempunan den nak pau coklat yang dia dapat."
Eima tersentak. Dia hanya menonong
mengikut tarikan lengannya oleh Fatonah. Namun matanya masih terpaku pada 3
figura manusia yang sibuk memotretkan diri dalam keadaan sesak dan bising.
Sungguh tak sangka dia masih dengan senior itu.
######
" Along, abang
Amir pergi mana?" Dia bertanya, bila melihatkan kakaknya yang
bersenang-lenang depan televisyen.
"Entah tak
tahu."
"Along nie...
suami sendiri bukan tahu nak jaga." Eima tak puas hati. Inilah padahnya
kalau suami isteri duduk berasingan. Seorang ke hulu, seorang ke hilir.
"Ala
pandai-pandai dia la jaga diri sendiri. Dia bukan budak kecik lagi."
Adelia jawab endah tak endah. Dia bukannya tak hiraukan Amir, cuma dia tak nak
Eima masuk campur hal mereka. Eima pulak nampaknya sudah naik geram.
"Kalau ada
perempuan lain yang tolong jagakan dia untuk along macamana?" Eima cuba
memprovok. Apabila kakaknya buat tak tahu, segera dihalangnya pandangan mata
Adelia yang terpaku ke arah skrin televisyen dengan badannya yang tak
sebeberapa besar.
"Apasalahnya
mummy jaga dia." Adelia bersahaja. Dia masih tak faham kiasan Eima.
Rasanya terlalu tinggi bahasa yang digunakan untuk dicerna secara dalam oleh
otaknya yang masih risau tentang Amir. Selalunya Amir akan menelefon tak pun
SMS terutamanya hari minggu begini. Tapi hari ini dah hampir jam 11 malam, Amir
masih belum menghantar 'laporan harian' kepadanya.
Satu yang dia perasan
Eima bagaikan beria-ria mahu ambil tahu hal mereka suami isteri. Kenapa ya? Mak
upah dia jadi spy ke?
"Aaah....geram,
geram, geramnyaaaa...l" Eima menghempas badan ke sofa bersebelahan Adelia.
Frust dengan kakaknya yang buta kiasan.
"La kenapa
nie?" Adelia buat-buat bertanya. Belum sempat Eima membalas terasa ada
silauan cahaya kereta dari arah tingkap menganggu penglihatan mereka. Tanpa
sedar Adelia tersenyum dan Eima mencebik. Abang Amirlah tu.
Sengaja Adelia
melengahkan masa membuka pintu. Tak mahu nampak sangat yang dia
tertunggu-tunggu berita Amir. Dan sekarang sungguh tak sangka tuan badan
sendirinya pula yang muncul di tengah malam ini.
"Kenapa datang
sini? Nanti jiran fikir apa pulak." Ayat itu yang terlontar dari mulut
Adelia tanpa sempat ditapis. Tapi sememangnya dia sebagai perempuan amat risau
akan hal tersebut. Maklumlah tak ramai yang tahu mereka sudah bernikah.
Tanpa sempat bersuara
lagi, Amir tiba-tiba memeluknya kemas. Adelia terkesima tetapi dia membiarkan
sahaja perlakuan suaminya. Sejak Amir turun dari kereta lagi dia sudah syak
yang Amir ada masalah. Dia ingatkan itu hanya lakonan sebab Amir selalu
kenakannya dengan mimik wajah begitu.
"Sorry."
Lama dan akhirnya Amir bersuara perlahan. Pelukannya masih kemas. Mulanya
Adelia biarkan sahaja. Tetapi bila dia rasa lemas, segera pelukan suaminya
dilepaskan. Dia tak sanggup dipeluk begitu. Takut nanti susah dia nak lepaskan
Amir pergi.
"Err..sorry
kenapa?" Dia bertanya.
Amir menggelengkan
kepala. "It' not so important for you to know. But please say.... you
forgive me."
Demi mendengarkan
ayat itu, kening Adelia berkerut seribu. "Macamana saya nak maafkan awak
kalau saya tak tahu salah awak."
Amir menghelakan
nafasnya. Mana mungkin dia berterus- terang. "Pleaseeee... Say it,
Didi."
Adelia semakin pelik.
Tetapi dia ikutkan juga kemahuan Amir.
"Thank you so
much dear." Dia kembali ceria. Tanpa dapat dikawal dia peluk Adelia lagi.
Eima yang melihat sejak tadi berdehem dengan muka kelat.
"Eh ... Eima kat
sini lagi?" Adelia bertanya dan berusaha melepaskan pelukan Amir. Dia jadi
malu. Ingatkan tadi Eima dah naik atas, tidur.
"Errmm..kenalah
duduk sini. Nak kawal orang tu." Dia berkata dengan penuh maksud tersirat.
Amir hanya senyum dan
melangkah mendekati sofa. Belum sempat sofa didudukinya Adelia menarik
lengannya. "Awak, tak eloklah masuk rumah nie, mak dah balik kampung .
Awak balik erk?" Adelia menghalau
secara lembut. Tak nak Amir kecil hati dan pada masa sama tak nak
jiran-jirannya nampak.
"Alaa..kejap
aja. Nak tengok isteri sendiri pun tak boleh ke?" Amir bersuara manja.
Adelia sudah menggelengkan kepalanya. Amir, terlalu drastik dia mengubah
karakternya. Hurm..you are so easy to please. Hanya kerana ayat I forgive you,
dia boleh jadi seceria ini.
Eima yang mendengar,
mencebik. "Petang tadi tak teringin pulak nak tengok isteri sendiri."
Tanpa memandang Amir, dia bersuara.
Amir dan Adelia
berpandangan. 'Kenapa dengan si Eima tu.' Dengan isyarat badan Amir bertanya
Adelia.
Adelia menjongketkan
bahu. Dia juga tak faham dengan perangai Eima sejak gadis itu pulang rumah
lewat petang tadi.
"Awak ada buat
salah apa-apa ke dengan dia?" Adelia bertanya risau. Dia mula membetulkan
silanya lalu duduk berhadapan Amir di atas sofa.
Amir buat muka pelik.
"Mana ada, saya jumpa dia pun tak.
Inikan pulak nak cari pasal."
"Habis tu kenapa
dia bad mood?" Adelia pandang Amir dan Amir pandang Adelia balik.
"Datang bulan
kot." Akhirnya Amir menembak rambang. Sebab biasanya perempuan kalau
datang bulan, mesti asyik nak sembur orang aja, kan?
Adelia berfikir
sejenak. Kemudiannya dia mengelengkan kepalanya laju. "Tadi saya nampak
dia solat."
"Then, kenapa
dia bad mood?" Amir bertanya bagikan mendesak.
Adelia buat muka
monyok. "Janganlah tanya saya. Saya tak tahu." Manja suara Adelia
buat Amir tersenyum. Cara macam nak goda suami saja. Nantinkarang tak jadi
pulak dia nak balik vila.
"Aahhhh.."
Tiba- tiba Eima menjerit. Terus dua pasang mata yang tadinya bertentangan kini
sudah difokuskan pada satu arah yang sama. Eima. "I'm here." Dia
memberitahu kuat.
"Err...yeah. We
know." Amir menjawab.
"So boleh tak
anda berdua bersembang, macam Eima ada dekat sini."
"Yeah, we are
doing it, now." Adelia pula menyampuk. Amir disebelah mengangguk-anggukkan
kepala. Tanda setuju dengan bicara Adelia.
" Then, asking
me directly. Tak payah nak try and error."
"Owh..boleh
erk?" Adelia bertanya.
Eima dah tahan geram.
Amir pulak dah siap ketawa. Kelakar betul Didi ni.
"Kenapa Eima bad
mood sangat hari ni. Putus cinta erk?" Adelia bertanya dan meneka. Eima
pandang tajam wajah kakaknya. "What? Tadi suruh tanya." Adelia buat
muka tak bersalah. Dia pandang Amir. Mintak sokongan.
"Malaslah nak
layan. Eima nak naik atas,tidur." Akhirnya Eima mengalah. Naik pening
kepalanya dengan situasi tadi. Seketika kemudian dia berpaling. "And ... Abang Amir, I'm watching
you."
Ternganga Adelia
mengekori langkah Eima sehingga menghilang. "Awak dengan Eima dah jadi
musuh ke?" Dia masih dengan wajah terkejut. Amir buat muka hairan.
" Tak lah."
"Habis tu?"
"Baru datang
bulan kot."
"Owhhh...."
p/s: sorry sgt2 sbb lmbat post, syg2 ku..heheh...hepy reading.
p/ss: rasa mcm nk hentikn posting seketika sebb nak siapkn mss...heheh..boleh x?
7 comments:
Ala..jgn lah stop update..rndu lah dkt amir n didi..pleasee!! :-(
huhhhhhh...lama la tunggu nehhhh....aik nak stop ke? hadoyyyy...
mira, gud luck siapkan mss :)
jgn lupa promot dekat blog tau..hehe
salam cik writer...
boleh je kalau nak stop..nanti balance kat novel mesti panjang lagi citer kan?? Baru best nak baca..
Apa pun jgn lambat sgt nak terbitkan novel ye...nanti hilang semangat...
lama lagilah nak tahu apa cite sebenarnya.... tiba2 amir nikah dgn adelia....
Salam cik writer..cite ni nk buat buku ke..agak2 bile bole publish?
.....hazalina....
Salam cik writer..cite ni nk buat buku ke...agak2 bile nk publish??
....hazalina....
Post a Comment