Kini sudah hampir 5 bulan,peristiwa perit itu ku lalui.
Setiap 2 kali sebulan aku akan datang ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani terapi bagi memulihkan kakiku yang masih lemah dan juga mengembalikan semangatku yang dibawa pergi arwah suami tercinta.
Sukar untuk aku terima kenyataan bahawa dia sudah tiada.
Sesungguhnya hatiku amat merinduinya tika ini.
Acapkali juga aku terpanggil suamiku untuk turun makan bersama dan kekadang aku setia menunggunya pulang dari kerja.
Malah aku menantinya untuk solat jemaah bersama,kuhampar sejadah dank u letak elok songkoknya di hadapan sejadahku.
Tersentak bila azan berkumandang dan dia yang masih tak muncul tiba,baru aku sedar.
Kini aku sendiri.Aku cuba kuatkan semangat.
Teringain untuk ketawa riang seperti dulu tapi aku..tak mampu.
Namun aku bersyukur,kerana masih ada lagi insan-insan yang sudi mememinjamkan aku sedikit semangat mereka.Terima kasih ibu,ayah dan….. Fakrul.
“Assalamualaikum .”Terdengar seseorang memberi salam.
Hilang segala kenanganku bersama arwah.
Aku menoleh seraya membalas salamnya.Senyuman manis kucuba hadiahkan.
Dia mengambil tempat disisiku.
Erm…siapa sangka orang yang berada di sebelahku kini,dulu pernah bergelar suamiku.
Yang paling tepat,bekas suamiku yang pertama.
Kami berkahwin pun atas dasar hormatkan permintaan kedua keluarga kami.
Seperti yang aku jangka,perkahwinan kami hanya dapat bertahan selama setahun lebih.
Mungkin tiada persefahaman.Tapi aku bersyukur kerana kami tidak bermusuhan.
“Cantikkan taman dekat hospital nie.”ujarnya tiba-tiba.
Mungkin ingin memancingku untuk turut berbicara.Aku tersenyum.
Rasa janggal pula dengan intonasi suaranya.Tapi aku setuju dengan kata-katanya tadi.
Sebab itulah setiap kali selepas menjalani terapi,aku akan menghabiskan masa untuk termenung di taman ini sebelum balik.
“Kenapa?”tanya Dr Fakrul lagi.
Agaknya dia tidak faham maksud senyumanku.
“Pelik la kata-kata kau nie.Lain macam jer bunyinya.”balasku.Dr Fakrul ketawa.
“Aku ingat nak guna ayat lembut-lembut jer dengan kau.”ujarnya dengan sisa ketawa.
“Tak payah la nak berlembut dengan aku.Aku dah ok dah.Aku dah boleh terima kenyataan.”ucapku perlahan sambil tersenyum.
'huhhh…betulkah aku sudah mampu terima semua ini?’ .Tanpa kehadiran Nazrin kini aku rasa hidup aku kembali sepi.
Mungkin semua orang sedar dan gembira akan senyuman yang aku mulai ukir sebulan selepas kematian Nazrin.
Tapi tahukah mereka,hatiku tak mampu lagi ketawa.
Huhh..aku mengeluh kecil.Dr Fakrul disisi pula hanya mengangguk faham.
“opss.Lupa pulak nak bagitau.Tadi ayah dengan Ibu call aku.Diorang tanya kau kat mane?”Ujarnya kemudian setelah agak lama berdiam.
“Haa..ayah dengan ibu datang rumah ker?”Tanyaku dengan riak terkejut.
Selalunya mereka kan memberitahu dahulu kalau mahu datang.
Dan yang paling terkejutnya,dengan selamba sahaja Fakrul memanggil bekas mertuanya,ayah dan ibu.Erm..mungkin dia sudah terbiasa begitu.
Dr. Fakrul hanya mengangguk.
Pantas aku berdiri berjalan perlahan ke kereta,tanpa mengucapkan selamat tinggal kepadanya terlebih dahulu.
Agak ‘bersopan’kan aku nie.
Namun kaki aku yang masih lagi dalam proses pemulihan tiba-tiba berasa sakit.
Hi..waktu nie jugaklah dia nak buat hal.
“Kau ok ke?”Tanyanya cemas bila melihatkan mukaku yang cuba menahan sakit.
Dipegangnya bahuku.
“Tak apa-apa,sakit sikit jer nie.”
“Marilah aku hantarkan.”Ajaknya tanpa memandang reaksiku.Tangannya pantas mencapai lenganku.
“Eh,tak pelah.”
“Jom!.”katanya tegas tak ingin mengalah sambil menarik tanganku lembut kearah BMW 5 seriesnya.
Aku mengikut perlahan.Mukanya tegang sahaja.Isk..cepat betul mood lelaki ini berubah.Ke dia marahkan aku yang melulu saja,mahu pulang.
Semasa dalam perjalanan baru aku teringatkan keretaku yang tersadai di HKL.
Kata Dr Fakrul dia akan hantarkan ke rumah nanti.
Sesampai dirumah,Dr Fakrul hanya duduk sekejab sahaja sebelum berlalu pulang.
Banyak kerja katanya.Erm…aku faham.
Aku pandang ayah dan ibu silih berganti.
Ternanti sebab mereka buru-buru ke sini.
Lagak ibu dan ayah menunjukkan ada sesuatu yang penting ingin disampaikan.
Aku semakin tertanya-tanya.
*********
“Ibu kan tahu yang Lia tak cintakan Fakrul?Kenapa dari dulu lagi ibu nak paksa Lia kahwin dengan Fakrul?”Tanyaku perlahan.
Entah kenapa berat benar mulutku untuk berbicara begitu.
“Lia,ibu bukan nak paksa Lia ibu Cuma nak ada orang yang jaga Lia.Ibu dengan ayah duduk jauh.Bukan senang kami nak datang sini selalu.”
Ibu megusap-usap bahuku lembut.
Berharap sangat aku akan terima pinangan Fakrul.
Huh..Pandai juga Fakrul ye,dalam diam dia meminangku untuk kali kedua.
“Ibu,Lia tak perlukan sesiapa untuk menjaga LIa.Lia dah biasa hidup sendiri.”Kataku yang mulai sebak.
’Abang benarkah Lia sekuat itu?Kenapa cepat sangat abang tinggalkan Lia?’
2 comments:
ok .... Dr fakrul suami pertama - eekk nk kawen lagi 2nd time? baiknyer fakrul neh !!!!
-Ema G
ok .... Dr fakrul suami pertama - eekk nk kawen lagi 2nd time? baiknyer fakrul neh !!!!
-Ema G
Post a Comment