Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Friday, February 3, 2012

Aku..Mahukan Cinta 1





“Wahai cermin ajaib.Tertanya-tanyakah dikau, siapa aku?Akulah Adelia anak sulung Puan Ainon dan arwah Encik Sulaiman.Usiaku?Muda belia lagi.Baru 25 tahun.Tapi bagi mak cik-mak cikku yang errr…agak kepoh mengatakan bahawa aku ni terlalu tua untuk menjadi anak dara.Okay apa?Rasanya tak ada salah kalau aku tak kahwin lagi.Bukannya aku tak nak kahwin,tapi kurang jodoh.Tak nak cakap tak ada jodoh,sebab aku senang untuk suka dengan lelaki.Correction,lelaki dalam erti kata lelaki handsome dan sweet ya.Tapi biasanya aku tepuk sebelah tangan aja.Kenapa?Entah.Rasanya aku ni dalam kategori cantik juga.Kalau tak,tak  adalah orang datang meminang aku berduyun-duyun.Err…over sangat ke kalau aku cakap berduyun-duyun?Okay,fine aku tipu,tak adalah berduyun-duyun tapi adalah juga 3,4 orang.Tapi masalahnya aku tak suka diaorang tu.So,dengan rendah diri dan penuh sopannya aku tolak peminang diaorang.Cewah,nak jugak ayat puji diri sendiri.”
“Bila jodoh kurang ni,aku rasa sesuatu yang hilang.Sebab… aku mahukan cinta!!!Kekadang aku rasa macam nak pergi cari timba aja tapi masalahnya semua timba yang aku nak,dah ada orang punya.Tak pun timba tu yang tak nak dekat aku macam yang aku kata tadi.Ermm..tak apa la,nak buat macamana.Bak kata mak kalau kita tak jumpa jodoh kita dekat dunia,Insyallah dia akan tunggu kita di syurga nanti.Mak,I love you so much.Mak memang memahami.Tapi Didi nak jumpa jodoh dekat dunia,Insyallah.Kata Julia,kawan baik aku,kita tak payah tergedik-gedik cari  cinta,biar cinta yang cari kita.Tapi aku pelik,rasanya tak ada benda yang datang bergolek.Bukahkah kita kena berusaha kalau nakkan cinta?Ahhhh…apa punya ajaran ni Julia?????”
Adelia memerhatikan wajahnya dalam cermin solek yang baru dibeli,tanpa jemu.Erm..kalau muka sendiri,banyak jerawat pun rasanya tak jemu ditatap.Yang nak jemunya,cermin solek ni.Mahu retak beribu-ribu nanti.
“Okaylah aku sambung lagi.Banyak lagi yang aku nak cakap.Pasal apa ye?Owh..okay,aku sambung pasal kata-kata mak cik aku.Diorang kata aku kena kahwin cepat supaya ada lelaki dalam keluarga kami yang boleh jaga kami sekeluarga.Tapi aku tak setuju.Bagi aku memanglah tugas suami menjaga isteri dan sebagainya.Tapi takkanlah disebabkan nak ada orang jaga aja,aku kena kahwin.Aku nak kahwin sebab cinta.
“Dulu waktu kecik-kecik masa aku kena buli dengan budak-budak nakal,memang aku menangis sorang-sorang.Tak ada ayah yang nak pujuk ‘ taka pa sayang,biarkan mereka tu.Nanti lama-lama mereka berhentilah.Mereka sebenarnya nak kawan dengan Didi,tapi tak tahu macamana nak mula.Jangan nangis ya,nanti anak ayah dah tak cantik dah’.Dan aku juga tak ada abang yang nak cakap ‘Dah jangan nangis,nanti kalau abang jumpa diorang,abang buli diorang balik.’Disebabkan peristiwa itu,aku cuba latih diri supaya tak tunjuk lemah di depan orang,terutamanya lelaki,errmm…mungkin juga sebab Ilham Nazmi,aku mahu menjadi kuat.Dan hasilnya sehingga kini aku bahagia jalani hidup tanpa bantuan lelaki.Seriously,aku tough inside outside?Tak adalah sangat.Aku pun macam perempuan lagi jugak.Ada hati dan perasaan yang  cepat sensitif dan emo,tapi kadang-kadang aja sebab aku nak jadi kuat untuk mak dan adik tercinta.”
Adelia mengeluh.Sometime,it realy hard to be a tough girl.
“Apa lagi ya,aku rasa dah cukup kot cerita hidup aku,nanti aku sambung lagi ya cermin ajaib.”
“Sudah-sudah la tu along oii.Dulu cakap dengan cermin lama,sekarang dengan cermin baru pulak.”Eima masuk ke bilik kakaknya.Satu buku berwarna hitam saiz lebih kecik dari A3,diberikan kepada Adelia.
“Apa nie?”Adelia belek buku hitam tu.Buku jampi serapah ke?Sebab semalam Eima kata nak bacakan jampi serapah dekat dia supaya dia bersosial sikit,keluar hang out dengan kawan-kawan.Dia memang ramai kawan,tapi malas nak keluar aja.Tapi kalau sekali diorang hang out memang fullamak..kalah mamat-minah kaki lepak café atau kaki wayang.Kadang-kadang berjam-jam diorang duduk bersembang dekat café.Tak pun tengok wayang 2,3 movie satu hari.
“Aik dairi pun dah tak kenal?”
“Buat apa dairi?”
“Untuk along la.Along kan selalu sangat cakap dengan cermin,apakata cakap dengan diari pulak.Nanti bila dah ada anak cucu,boleh bagitau diorang.Haa..cu,kalau cu nak tau secrets nenek cu bacalah diari nie.”
“Eleh apa kes.Nanti cucu along dah tak kenal dairi dah.Entah-entah ipad pun dah masuk museum waktu tu.”
“Alah along ni,ambik aja.Boring-boring boleh tulis-tulis.”
Adelia pandang pelik.”Kau nie pelik aja.Ada udang disebalik batu tak?Tetiba aja bagi dairi.”Adelia belek diari itu lagi.Mana tahu kot-kot ada kemera tersembunyi ke?
“Tak ada la.Fitnah tu.Tadi dekat UKM ada bookfair.Itulah sebabnya Eima beli dairi ni untuk along.”
Adelia jongket sebelah keningnya.Adiknya diperhatikan penuh curiga.
“Betullah!”Eima tak puas hati.Baru nak tunjuk dia nie baik,tapi dah kena salah erti.
“Okaylah adikku sayang.Terima kasih ya.”
“Haaa..macam tulah.Okaylah Eima keluar dulu.And one more thing,hentikanlah tabiat suka bercakap depan cermin tu,along.Dah macam orang tak betul.”Eima ketawa kuat.Tapi sekejap aja bila kepala dia tersengguk kehadapan dek kerana balingan bantal oleh kakaknya yang cukup power.Naik pusing-pusing jugak kepalanya.
Adelia pula yang ketawa.Jelingan adiknya dibalas manja.Saja nak sakitkan hati minah tu.Dia mendekati cermin solek barbingkai putih itu.Kerusi petak di tarik dan didudukinya.”Nasib kaulah cermin.Baru aja dengar suara lunak aku tapi dah kena sita.Lepas nie aku kena cakap-cakap dengan diarilah nampaknya,boleh bawak kemana-mana.”
Adelia membuka diari pemberian Eima.Memang cantik dengan corak abstrak warna grey di atas latar kulitnya yang berwarna coklat.Pen yang terselit sekali dngan dairi itu diambil.Dia mula mencoret sesuatu.
Hello sweet brown diary!
Nice to meet you.
Ermm..I think you should say ‘Nice to meet you too,sweet girl.’ barulah fair and square. :)


p/s :new e novel a.k.a Eeee...tensionnya...ada perubahan dan tjuk dha tukar kpd AKU MAHU CINTA...:)

3 comments:

ajex said...

kte saje je lalu-lalu.... pastu jmpe pulak blog nie.... blog comel... hero n heroin lak encem2 n chantek2... ape lg... tros la kte memulakan pmbacaan... hehehehe....

amira aihara said...

hehhe...tq my dear..so apa lgi,sila la lalu lgi byk2 kali..hikhik :D

Anonymous said...

wow...sukanya fazuraku jadi heroin.kalau aqasha a.k.a pian jadi hero lagi best.pelakon malaysia pun tak kurang cantik dan handsome...betul tak?

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥