Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Monday, August 30, 2010

SeGarKan CIntA sEMaLaM

             

AMIR IRSYAM


NURUL IMAN




  Malam itu aku sudah berkira-kira mahu melelapkan mata ku yang ayu lagi kuyu ini lebih awal.
Maklumlah sudah hampir sepurnama aku tidur lambat.heheh…tipu jer,adalah dalam 3 malam aku tidur lewat.
Ini semua gara-gara ingin memajukan bisnes kedai bungaku,Florilove.
Tambahan pula,bulan mei yang bakal tiba,turut membawa hari-hari bermakna bersama.
Dan pastinya Florilove  tak akan kekurangan pelanggan nanti.Heheheh..
Tetiba saja aku tergelak ala-ala bangga.Isk…jangan riak,berdosa.

Tanganku memainkan peranan untuk  mematikan lampu utama bilik.
Lampu tidur di kiri kanan katil pula ku biarkan bercahaya suram.
Biarlah romantik sikit.
Ceh romantik konon,padahal takut gelap.

 “Aah…lembutnya tilam ni…”ujarku puas.

Terasa gembira pulak bila tiba time tidur nie.
Ala-ala macam baru menang Oscar gitu…hehhe. Dengan lemah lembut dan sopannya aku menarik comforter sehingga menutupi paras leher.
Mulutku  pula terkumat-kamit membaca doa tidur .
Tiba-tiba..
tok..tok..tok..
‘Isk sabo je la wahai hati…’

”L a kau dah nak tidur ke Iman?”Lydia tersenyih.

Kepalanya dijengulkan sedikit di muka pintu sebelum mencari-cari suis lampu.Geram pulak aku dengan Lydia ni.
Rasa nak dilenyek-lenyek saja si Lydia ni jadi tempe.
Tapi nasib baik dia kawan dunia akhirat aku.
Kalau tak,dah lama dia koma kat sebelah aku nie.

“Taklah,aku tengah buat kuak  lentang atas katil nie.Nampak tak?”perliku geram.

“Ala kau nie,baru pukul 11 dah nak tidur ke? Aku ada something nak roger kat kau nie.”Pancing Lydia  dengan senyum gelas sumbingnya itu. Sebelah keningnya diangkat tinggi.

’Eleh..kau angkat la kening tu sampai ke rambut sekali pun,aku tak heran la.’Aku mencebik didalam hati.

Nak cakap kuat-kuat kang merajuk tujuh  keturunan pulak nanti.

“Ok.Roger and out.”kataku bersahaja.

Sudah bersiap-siap untuk menyambung tidurku yang terbengkalai.

“Isk kau nie,kejab jer.Lepas aku roger benda nie kat  kau,aku  janji aku tak kacau kau buat peta.Boleh la..”rengekan Lydia yang tak berapa nak menjadi itu,membuatkan aku mengalah.

Kesian pulak aku tengok Lydia yang bersungguh-sungguh ingin menyampai berita utama.
Aku bangun lalu duduk berhadapan dengan Lydia yang berada di birai katil.
“Tadi aku gi teman Dilla shopping kat Mines tu…”

 “Lydiaku sayang,takkan pasal kau temankan dilla gi shopping pun nak roger kat aku kot.Hei  budak tadika pun tak buat cam nie tau.” pantas sahaja  aku memotong ayat Lydia dengan kelajuan 160 km sejam.

“Isk kau nie,tu bukan isi dai lagi.Baru muqaddimah.Karang kalau aku bagi muqaddimah terus,kau terbenggong pulak.”

‘Ambai,amboi,amboi,amboiiiiiiihhhh…sesedap ghasa ayam kfc ja hang mengutuk aku noh..tak sayang  anak tekak betoi..’ha kan dah terkeluaq logat kedah aku.

“Yelah,yelah.Apa isinya.isi ayam ke,isi ketam?”tanyaku tegas walau ada sedikit lawak antara benua di situ.

“Heheh…nie isi orang.”beritahu Lydia sambil tersenyih.Aku pula buat muka geram.Saja nak tunjuk mogok.

“Serius la mak cik oii”marahku.dalam hati sudah terguling-guling aku ketawa melihat muka 5 sen Lydia.

“Ok,ok.”kata Lydia mengalah.

“Tadi..aku jumpa..seseorang...”sambungnya lagi lambat-lambat.Aku mulai bosan.

“Ok.tahniah.”ucapku pantas.Aku jangkakan
Lydia ingin mengkhabarkan bahawa dia sudah ketemu dengan jejaka pilihan jantungnya.Automatik aku baring semula.
Comforter aku tarik sehingga menutupi muka.
Terkaku Lydia dengan tindakan drastikku.Haaa..ambik ko.

“La,kau tak teringin ke nak dengar  Iman?”tanyanya lagi.Pasti mulutnya sudah muncung 14 inci.

“Tak nak la,aku nak tidur.”

“Erm…tak pelah kalau kau tak nak dengar cite pasal Amir Irsyam b. Mohd Amri!!”Lydia bersuara lagi sambil menekan not oktaf tatkala menyebut sebaris nama itu.
Kemudian dia berlalu meninggalkan ku.Bibirnya pula memang mencari pasal bila dia dengan rasa bahagianya melagukan nama itu sebelum keluar.
Automatik tanganku membaling bantal tepat kesasaran.
Haa..Padan muka kau.Biar terteleng-teleng kepala tu.
“IMANNNNN!!!!!!!”Jerit Lydia.
Kalau lah rumah kami ini diperbuat dari kaca,pasti dah retak beratus-ratus ribu.
Aku menahan tawa.Lalu ku mematikan diri di sebalik comforter.

***********

Tapi yang pastinya pagi itu aku rasa sedikit pekak.huhu…Kuat jugak jeritan Lydia.
Tapi itu aku tak ambil kisah sangat.
Yang aku pening hari ini,semua yang aku lakukan tak menjadi.
Semuanya salah.Sesekali pening lalat juga aku di buatnya..Akhir sekali aku goyang kaki saja.Lagi senang.

“Dia dah balik Malaysia,ke??”aku bertanya sendiri tatkala teringatkan bait kata Lydia semalam.

“Sapa yang balik cik Iman??”aku kaget.

Aku ingatkan persoalan tadi hanya meniti dalam hati saja,rupanya sudah terlepas di mulut.Ermm…rasanya aku dah pagar mulut aku tadi.Macam mana boleh terlepas?

“errr…Adam dah balik ke?”Dalam mencari-cari jawapan yang logik buat Aisyah,aku teringatkan Adam.Fuhh…Selamat.

“Adam tak hantar lagi bunga tu ,Kak Iman.Lagipun customer nak bunga tu tengahari nanti.”Penerangan Aisyah ku biarkan berlalu.
Matanya masih terpaku padaku.Mungkin pelik dengan perangai bos dia kot.
Takut-takut aku kena hantar Tanjung Rambutan,dia nak kerja  dengan sapa pulak lepas nie...isk…Mulut aku nie memang nak kena lempang.Tuan sendiri pun kau nak kutuk.
Aku masih berlagak selamba,lalu ku suruh Aisyah menyusun atur bunga-bunga supaya nampak lebih kemas.
Pada masa yang sama loceng pintu berbunyi perlahan menandakan ada pelanggan yang masuk.Aku buat tidak endah saja.
Hari ini biarlah Aisyah yang uruskan semua.

“Assalamualaikum.”Isk..baru aku nak rehat,dah kena kacau.Lambat-lambat aku memandang wajah pelanggan tersebut.Mataku terkaku.Lidahku juga hampir menjadi kelu.

“Aa…amir.”Aku tergagap.
Macam lagu Stacy tu.Salamnya juga aku lupa untuk membalas.

“Yup…it’s me.”Ujar dengan gaya memukau.

Senyumannya masih menyerlahkan lesung pipit di pipi kanan.

“Eermm…Iman nak biarkan saya berdiri jer ke?”Dia bersuara lagi bila melihatkan aku yang hanya terpaku memandangnya.
Dia semakin kacak dengan kemeja berjalur dan seluar warna hitam.
Bertambah smart bila baju lengannya dilipat kemas  sampai ke siku.Bersahaja lagaknya sebagai seorang jurutera di syarikat terkenal.Haahah..macam mana aku tau dia jurutera?itu rahsia..hehe.

“Errr…berdirilah.Eh,eh,tak.Maksud Iman duduklah”ujarku dengan ketersasulan yang nyata.Mahu saja aku tumbuk mulutku ini dengan kelajuan F1.

Aku menjadi malu.Amir pula sudah ketawa.Benci aku.Ahh…Biarkan.
Kalau Aiman tak kisah,Iman lagi tak care tau!!

Lama jugaklah kami berbual.Err..sebenarnya hanya Amir saja yang pot pet pot pet.
Aku lebih banyak berdiam,mungkin aku masih terasa dengan perbuatannya 3 tahun lepas.
Jadi aku iakan saja segala  yang dia katakan.Sehinggalah muncul satu soalan.

“Iman still cintakan saya ke?”tanyanya ingin menguji.

“A’ah.”cepat saja aku mengangguk.Amir tersenyum.

Namun setelah otak aku sudah tidak benggong  lagi seperti tadi,aku pantas menyangkal.

“eh..tak..tak.Tak pernah.”satu lagi ketersasulan aku.Amir sudah ketawa terbahak-bahak.Mahu saja aku melontar kasut saiz 9 masuk terus ke mulutnya.
Tapi entah kenapa aku rasa senang melihat ketawa itu.
Eh..Iman stop it,jangan nak berjiwang-jiwang pulak.
Lepas itu,amir mengajakku makan tenghari bersama-sama.Cepat saja  aku menolak.Terasa kekok bila bersamanya.
Tambahan pula hatiku masih mogok dengan perbuatannya  3 tahun dulu.
Yang membuatkan aku lagi sakit jiwa bila dia langsung  tidak mencari aku untuk memujuk atau menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku waktu itu.
Amir juga tidak memaksa aku makan tengahari bersama.Ayatnya pula hanya sebaris.

“Erm..tak pelah kalau macam tu,jumpa lagi nanti.”Jadi kesimpulanya Amir hanya ingin berbasa-basi  saja denganku.Tiada kesungguhan.
Full stop.
Disebabkan aku tension dengan Amir lalu,ku ajak Hakim,abang sepupuku untuk belanja aku shopping.Dia pun dengan senang hati bersetuju.
**********

“Macam mana?kau dah Berjaya tackle si iman tu?”Aku terdengar soalan itu muncul dari bibir Hazwan,kawan rapat Amir.
Bibirku mengukir senyum
'mestilah amir dah berjaya tawan hati aku’
Aku mengatur langkah untuk ke meja tempat Amir,Hazwan,Wafiq dan Badri mengulang kaji.
Kulihat perpustakaan hari  ini lengang saja.
Lebih baik aku duduk satu meja dengan mereka memandangkan aku sudah rapat sangat dengan teman-teman Amir.

“Wah biar betik,cepat gila Iman jatuh dalam perangkap kau.”ayat Badri itu membuatkan telinga ku berdesing.Apa maksudnya?

“So,tak sia-sia la kitaorang cabar kau.”serta merta langkah ku terhenti.Cabar?Cabar apa?Dari jauh ku lihat Amir hanya diam.Tunduk membisu.

“Disebabkan Iman dah cair dengan kau dan kau pun dah completekan cabaran nie,kitaorang dah decide nak tolong kau rapat dengan Julia.Apa macam ok tak?”setiap bait yang keluar dari mulut Wafiq membuatkan aku terkaku.
Julia?Julia,perempuan vogue satu fakulti dengan Amir tu ke?Dalam jiwa yang tak tenteram,aku sempat bertanya sendiri.Entah kenapa aku rasa dipermainkan dengan cinta pertamaku.
Lalu ku atur langkah longlai mencari teksi.
Tujuanku hanya satu.
Kubur sepi ibu dan abah.
Disitu aku luah segalanya.Disitu juga aku menangis hiba.Baru kini aku terasa betapa kosongnya hidup tanpa orang tersayang.

“Ibu…Iman rindukan belaian ibu.”ucapku teresak-esak.
Peganganku kuat di batu nisan.Mencengkam tatkala  esakan ku semakin menjadi-jadi.

“Abah..Iman dah lupa macam mana rasa pelukan abah…Iman..Iman teringin nak rasa lagi.


Tok..tok..tok..
“Iman bukak la pintu nie,sejak bila kau pandai kunci pintu nie”leteran Lydia dari luar bilik menyentap aku kembali kedunia realitI.
Titisan air mata mengenangkan kenangan lalu ku sapu perlahan..

“Iman…bukak la”ketukan Lydia masih bertalu..

‘Isk..budak nie tak penat ke asyik ketuk pintu jer kerjanya.’

“Iman,cepat la abang Hakim nak ajak kau makan kat luar tu.Dah lama dia tunggu.”
Mendengar nama Hakim,lambat-lambat aku mencapai tudung dan ingin berlalu ke bawah.

*********

Sejak pertemuan singkat beberapa minggu lalu,Amir tak pernah lagi menghubungiku apatah lagi berjumpa.
Aku mengeluh berat.Kenapa?Entahla...
Kadang-kadang aku terkilan dengan sikapnya itu.
Namun cepat-cepat aku mengingatkan hati.Macam nie la lebih kurang dialognya:

“Uik..cik hati oii,kau jangan la duk perasan si Amir tu nak bercinta balik ngan kau,aku sure punya 360% dia tak de perasaan ngan kau la.kalau tak dulu tu mesti dia tak permainkan  hati kau macam main bola sepak je.Entah-entah dia datang jumpa kau pun sebab nak kau jadi kawan dia jer.Nanti boleh la dia dapat diskaun bila beli bunga untuk awek dia si Julia tu..”

Aku mengeluh lagi.Ermm..betul jugak apa yang cik mulut cakap tu.ahh..lupakan Amir!!!!!!!!

********

“Kak Iman,bunga pinang nie nak letak mana?”Tanya Aisyah sambil tangannya memegang  kotak plastik berisi bunga yang diperbuat dari hirisan buah pinang.
Eh..jap,jap..Pinang!Serta –merta aku teringatkan perbualan telefon antara aku dan Mak  Long,emak Hakim.
Terkejut monyet juga aku bila diberitahu aku ingin dirisik dan kemudian akan di tunangkan dengan seseorang.Ermm..pandai juga lelaki tu cari rumah Mak Longku.
Tanpa banyak tanya aku menerima.Bak kata orang,mungkin dah sampai seru.’Ke kau dah frust dengan Amir’.Diamlah kau cik Hati.
Mak Longku pelik bila,aku tidak ingin tahu siapa lelaki itu.Tapi dia ikut juga rentakku.Katanya lagi,aku kenal dengan lelaki itu.

‘Sape la jejaka bertuah itu..??’

Adakah hafizul???...Err..tak mungkinlah.Diakan dah kahwin,takkan aku nak jadi isteri nombor 2 pulak.Simpang malaikat  44.

Aiman??...Lgilah tak boleh.Dia baru jer lepas diploma 4 tahun.Kerja pun tak dapat lagi.Takkan aku pulak yang nak tanggung dia nanti.Bankrup la aku.

Firdaus??..Erm..mati hidup semula pun aku takkan kahwin dengan mamat playboy antarabangsa tu.

Hakim???...errr..Mungkinkah?Entah la.bagi aku dia nampak  sempurna,walaupun kadang kala perhatian yang diberikan kepadaku agak merimaskan.
Aku paling suka bila dia selalu menghubungiku.Hari lahirku juga dia tidak pernah lupa.ahh…hakim terlalu baik untukku.Sesuaikah aku berganding dengannya?

Aku masih setia berfikir…

Amir???..ahhh…geramnya…asyik-asyik dia.

“err…Kak Iman…”suara Aisyah menyedarkan aku bahawa dia masih di situ.Terkulat-kulat dia menunggu jawapan.

*****************

Akhirnya,tibalah hari untuk aku di tunangkan.
Untuk pengetahuan korang,aku yakin tunangku ini bukan Hakim.
Macam mana aku tahu?Entahlah,naluri ku berkata begitu.Lagipun Hakim nampak selamba sahaja.Aku pun tak kisah sangat sebenarnya.
Aku?Aku semakin terkapai-kapai dalam mencari identiti bakal tunangku itu.
Kadang-kadang mulutku terasa gatal untuk  bertanya pada Mak Long,tapi egoku menghalang.
Semasa wakil dari pihak lelaki masuk ke bilik untuk menyarungkan cincin,mataku mengambil kesempatan meneliti wajahnya.Mana tahu aku kenal ke?Tapi hampa.

*****************

Hari itu saja sudah 444 kali,Mak long menyuruhku balik ke kampung untuk menguruskan majlis akad nikahku dua minggu lagi.Hahah…ok tipu lg,baru 4 kali Mak Long pujukku untuk pulang.katanya lagi best kalau kita dapat merasai detik-detik menguruskan semua itu.
Tapi terus-terang aku katakan aku tiada ‘feel’ untuk majlis tersebut.
Lagipun majlis itu hanya di hadiri sanak-saudara saja.Barangan hantaran juga sudah disiapkan oleh sepupuku,Hazira.
Aku membuat keputusan untuk mengadakan kenduri sebulan selepas akad nikah.
Terkejut juga aku bila permintaan ini dipersetujui oleh keluarga bakal suamiku.
Yelah,selalunya majlis kenduri diadakakan pada hari yang sama dengan majlis akad nikah.Tapi tak bagiku.
Fikirku biarlah aku mengenali dahulu isi hati suamiku nanti sebelum kami di raikan dalam majlis persandingan.
Untung-untung aku jatuh cinta dengan suamiku sebelum majlid kenduri.Kan bagus gitu.Barulah ada feel nak bersanding.

**************

Hari akad nikahku muncul juga.
Walupaun aku tidak merancang untuk kahwin secepat ini,namun debaran tetap ada.
Dah macam bom atom tunggu nak meletup saja.
Dengan sekali lafaz aku sudah menjadi milik si dia.
Dalam masa itu,aku tertanya-tanya gerangan suara itu.
Macam pernah dengar aje.
Sesekali aku pandang juga dia yang berbaju melayu warna putih lengkap dengan samping berwarna emas.Tapi belakangnya saja yang aku dapat lihat
.Macam kenal je..’isk memang la,kan mak long kata kau kenal lelaki tu’bisikku.
Tak lama kemudian dia datang menghampiri aku yang duduk bersimpuh.
Tetiba saja aku rasa duduk ku tidak selesa.Dah la setahun sekali jer aku duduk bersimpuh macam nie.Mulanya aku nak duduk bersila,tapi mak long menghalang.

“Isk,kamu nie Iman,kahwin cara apa nie,tak pernah di buat orang pengantin perempuan duduk bersila.”leter mak long.
“Ala mak long.Letih la duk bersimpuh nie”

“Kejap je,bukan lama pun.Kalau kamu duk bersila jugak nanti mak long suruh suruh laki kamu duk bersimpuh pulak.nak??”

“Heheh…nak,nak”kataku lucu.namun cepat-cepat aku duduk bersimpuh tatkala pandangan mata mak long begitu tajam menikam mataku.
Begitulah dialog aku dan mak long tadi.

Kehadiran flash yang menyakitkan mata,membuatkan aku teringatkan si dia yang sudah berada hampir denganku.
Perasaan ketika itu,erm..tak payah cakap lah.dah macam gendang dipukul tak henti-henti 10 hari 10 malam saja.
Sesekali terdengar mulut mak cik–mak cik becok mengusik kami berdua.
'aiii..nak kena jugak mak cik-mak cik nie kang.’
Perlahan-lahan si dia meraih tangan kiriku yang bagaikan iceberg untuk disarungkan cincin.Dengan perasaan ingin tahu yang tinggi,aku gagahkan jugak mataku untuk memandangnya.

“Amir!!!!”jeritku terkejut.

Hampir melompat katak Hazira disebelahku  dibuatnya.Agak bising jugaklah waktu itu.
Mana taknya belum sempat cincin di sarung aku sudah membuat gimik.
Amir dengan selambanya tersenyum,lalu menyarungkan cincin ke jari manisku.Lama jugaklah  dia menunggu aku mencium tangannya sampailah dia bersuara.



“Sayang,lama lagi ke abang nak kena tunggu nie?”tanyanya lembut.

Panggilan sayangnya membuatkan aku terkesima.Aku terkulat-kulat di situ.Segera ku cium tanganya.Lama.
Rasa sebak dan terharu datang tiba-tiba.
Entah kenapa perasaan marah serta dendam terhadapnya hilang tatkala dia mencium dahiku.

‘Ibu,abah,nie la suami Iman.Ibu dan abah doakan iman bahagia di samping dia ye’

Perlahan-lahan Amir menyeka air mataku.Maklumlah dah kahwin,So bolehla sentuh-sentuh nie.

“Habis la make up sayang,kalau menangis macam nie.”bisiknya ditelingaku.
Aku tersipu malu..hahah..Bila pulak aku ada perasaan ala-ala wanita melayu terakhir nie..

“ehem,ehem.”aku terdengar beberapa orang berdehem dengan drama kami sebentar tadi.

*************

“Apasal abang tak bagitau Iman?”Tanya ku manja.
Amir hanya tersenyum sebelum merangkul bahuku lembut.

“Ala dia tu yang ego sangat,tak nak tanya mak long.”

“Eeiii abang nie…”kataku dalam rajuk yang dibuat-buat.

“Ala..majuk pulak sayang abang nie.Sorry la.”Amir cuba memujuk.Aku mula tersenyum.Mana boleh merajuk lama-lama.
Kami masih lagi menyusuri di tepi pantai.
Sekali-sekala aku tertawa sambil berlari menjauhi  ombak yang menghempas gigi pantai.Amir hanya menggeleng-geleng.

“Dengan ombak pun takut ke?”Amir cuba mengusik seraya menarik ku rapat padanya.
Aku tersenyih.
Owh..lupa pulak nak bagitahu,sebenarnya insan yang menyarungkan cincin di jariku sewaktu pertunangan kami dulu ialah mak saudara Amir.Tu yang aku tak kenal tu.Mulanya ibu Amir yang ingin menyarungkan cincin tapi di halang Amir.Mungkin dia tak mahu aku kenal siapa tunangnya memandang aku kenal rapat dengan ibu Amir.
Ermm satu lagi,mesti korang pelikkan macam mana aku boleh melupakan segala perbuatan Amir padaku dulu.
Sebenarnya selepas aku bertunang,aku terjumpa Hazwan di pusat beli-belah.Mulanya aku hanya bertegur sapa saja dengannya.
Tak sangka pulak dia membuka pekung didada yang selama  ini disimpan kukuh.
Ujarnya dulu memang mereka bertiga mencabar Amir supaya memikatku,kerana mereka tahu Amir memang sudah jatuh cinta pada aku,cuma Amir saja yang tidak sedar itu. Sifat playboy yang ada pada Amir pula membuatkan dia tertarik pada Julia yang seksi lagi cantik.
Sehinggakan Amir keliru antara cinta dan suka-suka.
Mereka harap dengan cabaran itu Amir akan berubah dan sedar akan cinta dalam diamnya terhadapku.Memang aku akui itu.
Cinta Amir memang ikhlas tatkala di universiti dulu seperti cintanya kini.Mungkin ego dan salah faham yang melarikan kami jauh.
Hazwan,Wafiq dan Badri  terkejut bila Amir mengatakan bahawa aku melarikan diri darinya.Mereka memberitahu bahawa waktu itu,Amir  tidak lagi riang.Banyak masanya hanya dihabiskan untuk belajar.
Mungkin dia cuba untuk melupakan aku,bila dia sedar aku pergi jauh darinya.
Selepas  itu,hatiku berbunga riang.Amir memang cintakan aku.Tapi hanya seketika.Aku teringat yang aku sudah bertunang.Aku harus lupakan dia.
Siapa sangkakan,bahawa dalam diam Amir merancang kebahagiaan kami.Aku bersyukur kini punyai suami yang tak loket memberi cinta.Punyai ibu dan abah yang sangat menghargaiku.Kadang-kadang aku rasa sebak bila memanggil mereka,ibu dan abah.Sudah lama rasanya panggilan itu tidakku sebut.

“Hei..nape nie diam jer.”Tanya suamiku lembut.
Matanya tepat memandang wajahku
.Aku menguatkan pautan di lengannya.

“Iman sayang abang.”hanya itu yang aku mampu ucapkan padanya.
Langkah kaki amir terhenti.Lantas di pelukku.

“Abang pun sayangkan Iman.Jangan lari dari abang lagi tau.”ujar tanpa menghiraukan beberapa mata yang memandang.
Aku mengangguk didalam pelukannya.
‘Ya Allah,kau kekalkanlan cinta antara aku dan dia selagi cinta kami berlandaskan cintaMu’





5 comments:

hanna said...

so sweet~

amira aihara said...

tq..hanna..

✿ Cik Narumi ✿ said...

saya suka sangat2 ^_^

amira aihara said...

tq sweetheart..rjin2 la dtg bce novel kat snie erk...hehhe

meowluvie said...

hehehe..nice story...like it..keep up a gud work ok....

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥