Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Thursday, September 30, 2010

AnAk SuLuNg vS AnaK BoNgSu

Salam semua..

ermm tetiba terpanggil untuk wat n3 nie....knape nat wat??
sje jer nak kongsi..ermmm bukan kongsi sbenonya sbb msti smua org dah tahukan...
ehh..taknak lah melalut panjang2...
Cuma nak bgtau org kata kalau anak sulung biasanya lebih afdhal kahwin dengan anak bongsu...bukan apa nanti boleh la kita pkai pepatah u complete me n I complete u...cewahhh....
ok,contohnya macam anak sulung tanggungjawabnya lain,anak bongsu pun tanggungjawabnya lain.Sifat pun macam 2 juagak...
So xdelah bosan sgt kalau semua asyik sme jer..kan2 haha

Tapi masalahnya sekarang,nak ke anak sulung perempuan kahwin dengan anak mak(anak lelaki bongsu)???
ermm...jawab2!!!

Please Don't Go:Bab 1



“Hai sayang.”sapanya girang.Siap melambai-lambai lagi.Senyuman ala-ala mengoda jelas tersemat di bibirnya.Langkah kaki pula semakin rapat menuju ke arah Ilya Darisya yang sudah panas punggung menunggunya.
Pantas Ilya menyilangkan kakinya tanda mogok.Manakala tangan pula disilangkan ke dada.Kejap.Erm,mogok?Memang susah dia mahu memegang watak seseorang yang suka mogok sedangkan realitinya dia sukakan kedamaian,keharmonian dan keamanan.Ewah,ayat mengalahkan pemimpin yang ingin berkempen saja. Namun tengahari itu,Ilya cuba untuk memasamkam muka semasam yang mungkin. Ini semua gara-gara kelewatan teman rumahnya yang juga merangkap saudara angkatnya,Arina untuk makan tengahari bersama.Padahal pagi tadi Arinalah insan yang beria-ria menelefonnya di pejabat untuk mengajaknya keluar makan.Bosan katanya duduk dirumah tanpa sebarang aktiviti selain tidur saja. Itulah,lain kali mintak lagi cuti lama-lama.Guman Ilya geram.Mulutnya dikunci rapat. Berdiam diri sambil matanya tidak lekang memandang Arina. Semput dadanya menahan tawa dengan keletah Arina yang sudah mati kutu itu. Kalau diikutkan teori janji melayu,dia tak kisah bila Arina lewat kerana situasi inilah yang selalu terjadi bila berjanji. Tetapi bila minda Ilya memutarkan kembali rakaman filem pendek tatkala dia mengubal teori janji Ilya suatu ketika dulu,tetiba hatinya terasa gatal untuk memanjangkan mogok. Bagi Ilya kalau semua orang Melayu bagaikan memartabatkan dan mengiakan  janji melayu yang selalu lambat itu,bilakah bangsa Melayu akan maju?
“Ilyaaaa….”panggil Arina dengan mendayu-dayu.
Ilya membekukan badannya.
Kedua belah tapak tangan Arina digosokkan sebagai tanda maaf.Kepalanya pula sempat ditoleh kanan kiri.Malu kiranya ada pelangan restoran itu yang memerhati kelakuaanya dengan gaya tak ubah macam nak pujuk kekasih saja.Matanya  kembali memandang Ilya.Harap-harap bahasa matanya difahami gadis dihadapannya ini.
‘Ilya ,aku dah kejang berdiri nie.’gaya matanya berbicara.
‘Lantak ar,siapa suruh kau lambat.’mata Ilya pula membalas.
‘Ala nak buat macamana,mata aku terbabas tidur.’
‘Siang-siang pun membuta ke?’
‘Haaa.tulah aku dah nasihatkan mata aku jangan tidur siang-siang tapi dia degil.Ilya,please.Aku duduk erk?’
‘Duduklah kalau tak malu’
‘Tak apa aku memang tak malu.’Arina tersenyum.Tak ubah macam kerang tak cukup umur yang baru belajar mahu senyum.
“Err…Ilya nantilah erk kau sambung merajuk kat rumah nanti.Sure aku pujuk habis-habisan..hehhe.”Arina bersuara lagi.Kerusi yang bertentangan dengan Ilya didudukinya.
“Sebenarnya aku dah lapar nie,Ilya.”sambungnya lagi.
Ilya buat tak tahu saja.Tiada sebarang reaksi.
Isk,parah pulak rajuk  Ilya kali ini.Datang bulan agaknya.Bisik Arina.Susah juga mahu pujuk Ilya yang jarang merajuk ini.Tanpa menunggu kata-kata Ilya, Arina  terus memanggil pelayan.
“Hari nie aku belanja tau.”katanya lagi.Daripada sebaris ayat itu dia berharap Ilya membuang mogok dan rajuknya jauh-jauh.Namun ternyata rajuk Ilya sungguh kebal dan kalis peluru kata-kata pujukan.
Ilya hanya membiarkan sahaja Arina memesan makanan tengahari untuk mereka berdua memandangkan Arina tahu apa yang disukai dan apa yang tidak digemarinya.Sambil menunggu makanan sampai,Ilya menyedut Chocolates Manggo Shake yang dipesan sebelum kedatangan Arina tadi. Rajuk memang rajuk,tetapi tekak yang dahaga perlu disejukkan juga. Arina dihadapannya sudah telan liur. Tetiba terasa dahaga dek banyak sangat bait kata yang di tutur demi memujuk Ilya.Walaupun ternyata bait-baitnya itu hanya sia-sia.
“Sedapnya air tu,nak sikit.”Pinta Arina sementara pesanaannya tadi belum sampai ke meja.
Ilya tersenyum lalu menyuakan gelas sederhana besar itu ke arah Arina.Tahu pun dahaga,bisiknya. Sengaja saja tadi Ilya menyedut minumannya dengan penuh aksi mengoda. Mengharapkan Arina akan memintanya sedikit dan dia boleh memberikan minuman itu kepada Arina dengan senyuman.Penat tahu mahu merajuk lama-lama.
“Akhirnya muncul jugak senyuman berharga kau tu erk,”usik Arina sebelum disedutnya minuman itu.
“Eh,kau sedar tak Ilya,dari tadi asyik aku aja yang bercakap.Dah beribu ayat dah.Skrip kau hilang erk?”Arina tertawa dengan ayatnya sendiri.
Akhirnya Ilya terpaksa mengukir gelak sama. Terasa ingin ditampar paha  Arina dek kerana terlalu geli hati. Itulah salah satu sifat pelik  Ilya. Tangannya automatic akan menampar sesiapa sahaja yang berada berdekatannya bila dia tertawa riang. Bersyukur jugak dia bila setakat ini belum ada paha lelaki bukan muhrim yang ditamparnya secara tak sengaja. Maklumlah kerjanya yang memerlukan dia untuk berurusan dengan pelanggan yang kebanyakkannya lelaki.
Pantas kedua tangan Arina membuat cross menunjukkan dia anti dengan tamparan yang mungkin akan dilepaskan Ilya bila-bila masa sahaja.
“Cehh yang tu pun takut ke?Aku tak sampai la nak tampar kau. Jauh sangat,”ujar Ilya dalam ketawa yang masih bersisa.
“Selamat aku.”Arina mengurut-ngurut dadanya.Mereka kembali bereaksi gila-gila. Berlagak serius bila ada mata yang memandang.
“Rina,kita tengok diorang balik,”Perintah Ilya.Matanya cepat saja membalas pandangan mata sekeliling.
Arina sudah menggeleng-gelengkan kepala.Buat malu aja Ilya nie.
“Rina,apasal lambat sangat order kita nie. Mogok ke chef kat sini,ke kau order makanan kerabat di raja?”Ilya kembali memandang Arina.Kemudiannya mata Ilya meninjau ke seluruh pelosok restoran dengan pandangan kelaparan.Manalah tau kot-kot mata aku nie boleh tembus terus ke dapur diorang ke.Ujar hatinya.
“Entah la Ilya,rasanya tadi aku order makanan orang-orang biasa aja,”selamba gajah saja Arina membalas lawak Ilya.Matanya turut meninjau-ninjau.
“Kau datang dengan apa tadi?”Ilya menukar topik perbualan.Malas memikirkan tentang makanan yang belum nampak tanda-tanda akan sampai ke meja mereka.
“Aku naik kereta aku.Tadi aku telefon Wana suruh dia hantar kereta,aku kata aku nak guna,”terang Arina satu persatu.
Pagi tadi sebelum Ilya ke pejabat,Syazwana,jiran mereka datang ke apartment.Bertalu-talu loceng pintu ditekannya.Gaya macam nak cari gaduh saja.Katanya nak cepat dan perlukan kereta memandangkan keretanya tersadai di bengkel.Mulanya dia ingin meminjam kereta Ilya tapi  beralih kepada kereta Arina sejurus terpandangkan pemakaian Ilya yang semestinya untuk ke pejabat.
Arina yang masih lagi mamai terus menyerahkan kunci keretanya dan menyambung tidur kembali.Entah dia sedar entah tidak tatkala kunci bertukar tangan.
Syazwana terus tersenyum manja.Dia kemudiannya berlalu dengan lenggok yang gemalai.
Kata nak cepat,tapi lenggok alahai..itik merangkak pun lagi laju.Ejek Ilya.Geram bila tiada langsung ucapan terima kasih dari bibir seksi milik Syazwana.Ilya bukan kisah sangat dengan dua patah perkataan itu,tapi perkataan itulah yang menjadi pengukur budi bahasa kita.

Minda Ilya terasa dibawa lari ke alam realiti tatkala seorang pelayan muda menghidangkan makanan yang dipesan tadi di atas meja.
            Arina tersengih memandang Ilya.
Apalah yang lucu sangat,fikir Ilya. Matanya ditala pada hidangan atas meja.Dia tersentak.Serta-merta mengangkat muka memandang temannya itu.
“Rina,kau nak buat kenduri ker?”soal Ilya sambil mengira-ngira hidangan di atas meja.5 jenis semuanya berserta nasi putih.Biar betik Rina nie.
“A’ah,aku nak buat kenduri kesyukuran sabab kau tak merajuk lagi.”ujarnya sambil ketawa.
Ilya pula terasa diperli.Mentang-mentanglah aku nie kuat makan.
“Kau punya gaya macam tak nak masuk office aja?”Tanya Arina tiba-tiba.Tangannya sibuk menyuakan sotong goreng berempah ke mulut.
“Aku masuk ,tapi lambat sikit.”
“Aku tak curi tulanglah.Sebenarnya pukul 2 tadi aku ada janji dengan client tapi dia ada hal pulak,tu yang aku free sekarang nie.”sambung Ilya lagi bila Arina menjeling tajam kearahnya. Mengerti  akan maksud jelingan itu.
Serta-merta perasaan  geramnya terhadap client muncul tanpa dipinta. Skit hati kerana sesuka jantung lelaki itu  saja nak menunda appoiment itu ke hari Ahad. Dia tahu tak hari Ahad tu,hari minggu. Hari untuk orang rehat! Tetapi dia terpaksa akur dengan kehendak pelanggan.
“Bertuahkan jadi customer.Boleh suka-suka hati aja dia tukar appoiment.”
“Itulah pasalnya.Lelaki tu memang melampau betul.Nasiblah aku nie baik hati.Ikut aja cakap dia.”
“What?Lelaki ke?Muda tak?Hensem?Mesti kaya.”
“Muda dan kaya tapi kulit hitam tak manis,gigi jonggang.Kau nak try ke?Aku boleh kenalkan dengan kau?”Gurau Ilya dengan nada yang diseriuskan.Sebenar-sebenarnya dia pun masih belum ketemu dengan clientnya itu.Tak tahu samaada dia kacak atau sebaliknya.Tetapi melalui suara yang macho yang boleh mencairkan hati setiap wanita yang kedengaran dari corong telefon,Ilya tahu orangnya agak boleh tahan juga.Ahh..penting ke semua itu?
“Ek eleh..ye ke kulit hitam tak manis,gigi jonggang?Ke kau nak bolot dia dekat kau terus?”
“Hellllllo,tak ingin aku!”
“Yelah tu.”

Setelah hampir setengah jam berlalu,akhirnya Ilya dan Arina meninggalkan restoran dengan membawa haluan masing-masing.Ilya pulang ke pejabat. Manakala Arina balik ke apartment. Katanya ingin mengemas. Harap-harap betullah apa yang diperkatakannya,kerana selalunya waktu lapang begini  Arina lebih banyak meluangkan masa dengan membuat peta dunia.
********

            “Ehh..apasal kau jadi guard kat depan rumah aku nie?”Tanya Arina.Pelik apabila kepulangannya disambut dengan batang tubuh Syazwana yang tercegat di depan pintu rumahnya.Mungkin mahu meminjam kereta lagi.
“Saja aja nak jumpa kau kejap,”
“Nak jumpa aku?Peliknya.Tetiba aja,kenapa?”soal Arina lagi sambil membuka gril pintu.
Syazwana di belakangnya sudah mencebikkan bibir dengan muka tak puas hati.Kalau tak ada hal mustahak,tak ingin aku nak jumpa kaulah,jerit Syazwana di dalam hati.Sepantas kilat,bibirnya menarik senyum paksa bila Arina menoleh ke belakang.
“Masuklah,”pelawa Arina tak beriak.
“Kau datang sini kejap aja kan?So tak payah buat airlah.”
“Tak apa,aku pun malas nak minum air yang kau buat.”
Arina senyum sinis.Begitu juga Syazwana
Terasa bahang dengan situasi tegangnya ini.Namun masing masing-masing masih bersabar dengan memberi senyuman plastik.
“Kau nak apa?”soal Arina.
“Err..aku nak pinjam laptop kau kejap boleh?Aku nak hantar e-mail penting nie. Laptop aku rosak.”
Arina mengeluh.Pada masa sama dia rasa curiga dengan niat Syazwana.Takkanlah dalam satu hari saja,kereta dan laptopnya rosak serentak?Pelik!Memang pelik.
“Laptop kau pun rosak jugak ke?”soalnya kurang percaya.
“Nak buat macamana.Dah nak rosak.”balas Syazwana.Terasa geram pula bila Arina menyoalnya dengan ton suara sebegitu.
“Erm yelah.Tunggu sini.”
Sementara Arina masuk ke bilik,Syazwana meninjau ke sekeliling ruang tamu.Potret antara Arina,Ilya dan seorang wanita yang tidak diketahui siapa itu yang terletak elok di atas perabok putih di perhatikan.Kemudian  matanya tertancap pada satu gambar lama.Sepasang suami isteri dan seorang anak perempuan.Nampak  seperti keluarga bahagia.Dan dia pasti kanak-kanak perempuan itu ialah Ilya.
“Itu Ilya,dengan arwah mama dan ayahnya.”ujar Arina.Entah kenapa bibirnya ringan saja memberitahunya kepada Syazwana.Dia kembali ke raung tamu dengan memegang laptop warna turquoisenya di tangan.Lalu ia diletakkan di atas meja kopi.
Syazwana yang terkejut segera meletak kembali gambar yang berada di tanggannya.
“Owhh..”Syazwana duduk di sofa.Laptop Arina di ribanya.Butang on ditekan.
Password?”
Arina kembali mengambil laptopnya.Password di masukkan.Masih belum percaya untuk memberikan password pada orang lain selain Ilya.
“Kau gunalah.Aku nak mandi kejap.”
 “ Arina..kejap.. “Panggil Syazwana.
Arina menoleh.Terbantut pergerakannya untuk ke bilik.
“Ilya dapat projek baru kan?”
“A’ah.Dekorate rumah orang.”
“Lelaki?”
“Hahh?”
“Err maksud aku client dia tu lelaki muda kerja sebagai doctor ke?”
“Yang aku tahu cuma lelaki aja.Yang lain aku tak sure.Kenapa?kau kenal ke cient Ilya ke ?”
Syazwana hanya menjongketkan sebelah bahunya.Bukan tanda bahawa dia tak tahu tetapi lebih kepada dia malas nak beritahu.
“Ok,then..”Arina menapak kembali ke biliknya.Dia mahu mandi dan seterusnya solat zohor.
Selesai melakukan tugasnya.Syazwana menutup laptop dan diletakkan di meja kopi kembali.Hiasan ruang tamu diperhatikan.Tak di nafikan ,Ilya memang punyai citarasa seorang interior designer dengan konsep tersendiri.
 “Dah siap ke?”Tanya Arina seraya mengeringkan rambutnya dengan tuala putih.
“Yup thanks.Aku balik dulu.”ujarnya lembut tanpa lagak manjanya seperti selalu.Perlakuannya juga nampak lebih sopan.Tetapi tidak tahulah keadaan ini akan berpanjangan atau hanya setakat masa ini saja.
“Err..mama dan ayah Ilya meninggal sebab accident ke?”Syazwana berhenti di hadapan pintu.Sebelum berlalu dia mengeluarkan soalan ini untuk lebih kepastian.
“A’ah.Macamana tahu?”Arina berasa pelik.Setahunya,Ilya bukan jenis orang yang suka menjaja cerita masa silamnya apatah lagi ia suatu kenangan pahit untuk di ingati.
“Err..aku…aku teka aja.”






Tuesday, September 28, 2010

CaRa- CaRa MeNyoRokKaN pAsSwOrD

Salam 1 malaysia.

Pernah x korang tetiba jer terpikir yang password korng 2 senang sangat orang len nodai tahu lebih2 lg time korg taip kat tempat awam?
pernah x?pernah x?pernah xxxx???<-- Gya cakap macam Datin Wanabe..hehe
ok...mesti pernahkan.
nak thu dia punya precaution?
haha...try la cara nie sure berkesan...
jeng..jeng..jeng

isk klu gna yang nie..
aku nak tgok jari aku lentik ke x macam mane??
ye x ye jgak
genius la aku korang nie..hehhe
pe kata cuba yang nie...


still xnmpak jari aku gak..
nie yang tension nie
pulak dah...
berharga btul erkkk,jari kau..
ok la aku bgi yang nie...


erkk..(tetiba terkelu)
klu macam nie bek aku pakai kelambu jerr..isk
adoiii semua xnak gna...mlas la aku..majuk  r..!!!
(apa motif merajuk ngan diri sendiri nie??...ok xde motif)

itu saja dialog untuk hari ini..heheh
wassalam...

Monday, September 27, 2010

Please,Don't Go:Prolog



“Risya jom makan.”Ajak Izzrul lembut.
Jelas sekali dia tidak menghiraukan pandangan mata Ilya yang menjelingnya tajam.Mungkin marah bila bacaannya terganggu dek suara Izzrul.

“Jomlah nanti makanan sejuk pulak.”Pujuknya lagi bila Ilya buat endah tidak endah saja.Izzrul menarik nafas dalam.Dia tahu dia perlu bersabar dengan sikap dingin isterinya itu.Sekali sekala dia takut jugak kalau-kalau kesabarannya pecah.Mana tidaknya sudah 8 bulan sejak diijab kabulkan,isterinya tak pernah sekali pun menunjukkan  tanda-tanda untuk berdamai dengannya.Kadang-kadang Dia berharap sangat agar Allah membuka hati Ilya untuk  memaafkannya.Ya dia tahu mungkin Ilya tak mampu terima hakikat itu.Tapi siapa dia untuk menghalang takdir Allah.Sebenarnya dia juga kesal dengan apa yang terjadi.Kalau boleh diputarkan masa,dia lebih rela tidak dipertemukan dengan gadis cantik ini.Bukan kerana benci.Tapi dia tidak mahu menjadi punca Ilya bersedih.Pilu hatinya bila setiap kali terdengar esakan isterinya.Dan lagi pilu bila dia dituduh Ilya sebagai penghancur hidupnya,sedangkan dia dilantik Allah untuk membahagiakan Ilya sebagai isterinya.
Izzrul mengeluh lagi.Matanya masih setia di wajah isteri tersayang.Perlahan-lahan dia turun dari katil lalu melangkah keluar dari bilik Ilya.
Ilya hanya memerhati dari ekor mata.Dia mencebik.

’Huh..nampak sangat tak ikhlas ajak makan.’Dia mengomel sendirian.Novelnya masih utuh di gengaman.
Beberapa minit kemudian terdengar pintu bilik Ilya dikuak.Ilya masih sibuk dengan novelnya.Dia tahu,itu pasti Izzrul.Siapa lagi yang ada dalam rumah bangglo ini kalau bukan mereka berdua.
Dengan berhati-hati Izzrul meletakkan dulang berisi makanan di atas katil dihadapan isterinya.Ilya mengalihkan pandangannya dengan memandang Izzrul.

“Apa nie?”tanyanya tegas.

“Nasi dengan lauk la sayang oii.”jawab Izzrul lembut.Bibirnya masih menguntum senyum.

“Saya taknak la!!!”

“Dari pagi tadi Risya tak makan .tak kan tak lapar?”

“Orang kata tak nak,tak nak la.”

“Ok kalau Risya tak nak makan nasi,nah minum susu nie.”ujar Izzrul sambil meghulurkan susu.Pantas Ilya menepis tangan Izzrul.

Pannnngg..
Ilya terpana.Matanya menyoroti gelas yang sudah berderai.Nafas Izzrul sudah turun naik.Mungkin inilah masanya.

“Risya!!kalau Risya tak nak susu tu tak boleh ke cakap elok-elok .Jangan nak naik angin tak tentu pasal,boleh!!"Izzrul mula meninggikan suara untuk pertama kalinya.Ilya tersentak.Semakin marah dengan tengkingan Izzrul .
“Izz boleh tak awak jangan nak paksa saya dan jangan pedulikan saya.Saya rimas tau tak.Rimas!!!!”balas Ilya dengan not suara yang lebih tinggi.Terasa dengan sikapIzzrul  yang mula menyinga.Izzrul mula berdiri.
“Ok fine.Kalau itu yang Risya nak,mulai hari ini kita buat hal masing-masing,dan Izz takkan pedulikan Risya lagi!Faham,TAKKAN PEDULIKAN RISYA LAGI!!!”Tegas suara Izzrul.
Mungkin kesabarannya hanya sampai disitu.Lantas dia berjalan laju menuju keluar.Pintu bilik Ilya di hempas kuat.Ilya terkesima.Pandangannya kaku di pintu biliknya.Walaupun dia amat membenci Izzrul,tetapi hatinya tetap tersentuh dengan kelakuan lelaki itu.
Didalam bilik,Izzrul tersandar lesu di kepala katil.Dia meraup muka berkali-kali.Keluh resah juga terdengar.Buat pertama kali dia merasakan hidupnya….huhhh..entahlah.Dia keliru adakah ini yang dia inginkan?


Saturday, September 25, 2010

ImPiAn kE AnGAn-AnGaN

Salam..
Bila tengok ramai kawan dah kawen aku pun gatal teringin nak kahwin..hahah tetiba jer..
Tapi tak de calon lagi..macammana nie..Owh tak pe orang wat perancangan dulu,pasal calon tu lain kira..cehh..alasan
Tertanya-tanya jugak macam mana lah aku punya pelamin,bilik pengantin,kek,cincin n so on..
So,inilah plannya…

MAJLIS NIKAH…(putih + merah)

Pakaian
groom

bride
cantik giler..sweet jer
macam aku.

Mini pelamin
(untuk bride waktu akad nikah,groom suka atilah nak duk mana pun,ada aku kesah..haha)
class u..!!!

Hantaran
saja je nak letak..hehhe
hantaran aku nak lebih dr 4..hahha..demand giler

***************************************************************
MAJLIS PERSANDINGAN..(putih+pink+ungu)

Pakaian:putih+ungu
baju tradisional


baju moden
groom


+
kasut
bride

Pelamin(pink+putih)
aku nak de byk bunga..hhehe
ala-ala macam kat taman bunga gituu...
 kerusi dia yang besar punnnnya..hahha
klu aku duk kat krusi mcm nie,maunya boleh 2-3 org lg duk kat tepi aku..
hah(nak kata aku slim la konon..ok ia fakta..)

Bilik Pengantin
Pink gituuu..

Kek
Klau boleh aku nak kek nie 7 tingkat-mak aii mencapup tinggi giler..hahah
bukan apa <---- (ayat mengcover)aku suka no. 7..
tu yg nak wat 7 tngkat..(nmpak gayenya macam kek lg tinggi dri aku jer)



Meja beradab
yg nie aku ska..
klu boleh aku sorg jer yg nk beradab kat sni..

tipsss:  aku orang kata kalau nak pengantin tak tenggelam masa hari diorg snding..(kot-kot ade org yg lg over dr pngantin),warna bju pengantin kenalah lain cikit dari warna bilik,pelamin n meja beradap..
macam yag aku pilih bju pngantin warna purple putih n yg len warna pink putih...
(jgn la plak pgntin pkai bju wrna hijau n yg len wrna merah pulak..xke jadi karut wedding of the year..haah)

Sekian...
ps:gambar ihsan dr google

tIpSz cOvEr mALu

Berikut adalah trip tips err jarang berkesan untuk cover malu..(klu dah terdesak sgt buat je la cik kiah oii)

a. Jika diketawakan rakan ketika tidur tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi…terus bangun ala-ala separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.

b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali…teruskan
menganggap dia kenalan korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya...
(silap aribulan org len plak ngaku ko tu menantu dia..haha)

c. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka…jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau zip itu rosak sambil berfalsafah ‘biar rosak zip, jangan rosak akhlak’...
(hahah...ok terkelu seketika)
d. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat
belakang…teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan
kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.

e. Korang tersilap masuk tandas wanita…buatla muka gelabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagi..


Renung-renungkan dan selamat beramal...

KaSiHnYA HaIwAn

Sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.



Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan....

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, tatkala dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

Di sini jugalah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya  dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih..


Walaupun penat berulang-alik terbang,namun ia tetap membawakan makanan,berharap pasangannya mampu bertahan.Namun Ia kaku bila melihatkan pasangannya yang terkulai layu.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu sekuat hati.


Menyedari pasangannya sudah tidak bernyawa dan pasti tidak akan kembali kepadanya lagi, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..


Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidupnya menjadi sepi...dan pastinay selepas ini ia akn terbang sendirian...





Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..Manusia bagaimana??Adakah ada lagi sifat seperti burung ini...@ kita saling berbunuhan demi kenikmatan dunia........

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥