Pagi-pagi lagi di pejabat Ilya sudah di sapa dengan senyuman Suriati.Biasanya wanita beranak satu itu hanya muram saja.
Katanya tak cukup tidur dek kerana anaknya yang selalu meragam waktu malam.Tapi lain pula dia pagi ini.
“Kau nie kenapa,senyum tak habis-habis.Sakit ke?”Tanya Ilya yang berhenti di hadapan Suriati.
Terbantut langkah untuk ke mejanya.
“Alah jangan katakan aku,kau pun nanti akan senyum memanjang jer.Hheheh.”Suriati cuba berteka teki.
“Eii malaslah aku nak layan kau nie?”Ilya segera berlalu.
“Tahniah.”Jerit Suriati kuat.
Ilya kerut dahi.
’Sakit apalah minah nie.isk..kecian suami dia.’
Ilya segera meletakkan begnya di atas meja.Ketika itu barulah dia terperasankan sejambak lili ungu di satu sudut mejanya.
Jemarinya mencapai bunga tersebut ragu-ragu.
‘Siapalah yang buang duit beri bunga nie dekat aku,Ke salah meja?’
Kad putih yang terselit elok antara bunga lili berjaya menarik perhatian Ilya.Lantas dia membaca isi kandungannya.
Thanks..
4 being my I.D.. :-)
Izzul
‘Tengku Izzul?Eh wait wait.Betul ke dia yang bagi.Bukan ke dia selalu dingin jer dengan aku?Haha..dia nie memang pelik la.Seriously pelik.'
“Haa..!!!!!”
“oh mak kau.”Ilya terlatah akibat terkejut.
“Mak aku kat rumah.”jawab suriati yang kini sudah berada dihadapan Ilya.
Ilya memandang geram.
“Betul tak apa aku kata?”Suriati menaikan sebelah keningnya dengan soalan itu.Ala-ala Ziana Zain gitu.
“Betul apa?”Ilya buat-buat tak mengerti.
“Alaa..kau nie story la sikit kat aku?Siapa lelaki tu?”Sudah kedengaran nada gossip dari setiap patah yang keluar dari mulut Suriati.
“Entah aku tak kenal.”
“Macamana pulak orang yang kau tak kenal boleh bagi kau bunga?”
“Ada jer.Secret admirer.”jawab Ilya lagi membalas.
Sebenarnya dia tak mahu Suriati tahu tentang perihal dirinya.Mulut Suriati bukannya tahu diam.
“Malas la aku nak cakap dengan kau.”Suriati segera berlalu.bibir munggilnya sudah muncung sedepa.
When you walk away
I count the steps that you take
Do you see how much I need you right know
When you’re gone
The pieces of my heart are missing you
When you’re gone..
‘Aik siapa pulak nie?’
“Hello.”
“Assalamualaikum.”Suara di sana memberi salam.
‘Aduh tiba-tiba saja aku rasa terkena.’
“err..Waalaikummussalam wbt.”Ilya menjawab salam sepanjang yang boleh.
Terdengar suara di sana,ketawa.Ilya turut tersenyum mendengar tawa itu.
“Err..siapa ya?”Ilya bertanya bila teringatkan dia masih tak dapat mengenali suara itu.
“ Izzul.”suara disebelah sana memberitahu setelah tawanya reda.
‘Erkk…’
“Macamana Tengku tahu number phone saya?”Baru Ilya perasan selama ini dia hanya menelefon Puan Sharifah jika ada hal yang berkaitan rumah Izzul.
“Awak nie.Kan awak yang decorate rumah saya mestilah saya tahu number phone awak.”Ilya menampar dahinya perlahan.
‘Macamana la boleh terkeluar soalan bodoh macam tu.’
“Kenapa tu?”
“err..tak ada apa-apa.”
“Owh..ok.By the way,awak suka tak bunga lili yang saya bagi tu.”Ilya menyandarkan tubuhnya di kerusi sambil tangannya yang sebelah lagi bermain-main dengan lili ungu itu.
Boleh lembik bunga tersebut di buatnya.
“Cantik.”lain yang di tanya lain yang dijawab.
“Hahaha.Cantik tu maksudnya sukalah kan?”Izzul bertanya lembut.
“Hhehe.Memang saya suka.”
“Lega hati saya kalau awak suka.”
Ilya jadi keliru dengan setiap ayat Izzul.Apa kes hati dia suka,akalau aku suka.
Namun,dalam diam dia suka bila Izzul tak lagi bersikap dingin dengannya.Tapi dia jadi pelik dengan perubahan itu.
“Erm..memandangkan rumah saya dah siap di decorate,So saya nak celebrate la dengan awak.Err..even saya tak berapa nak serasi dengan warna bilik saya…”
Ayat Izzul tergantung disitu.Ilya jadi kaget dan sedikit berkecil hati.Tapi dia tak kesah,bak kata orang customer always right .
’Tapi angan pulak dia suruh aku decorate balik dia punya bilik.’
“..Tapi secara keseluruhannya saya suka dengan style yang awak guna untuk decorate my house except fot the colour of my bedroom.”dia menyambung lagi.Ilya pula ketawa kecil.Terlupa pula dengan kritikan Izzul yang seperti tidak berpuas hati dengan kerjanya.
“Kenapa ?”tanya Izzul pelik.’Aku ada buat lawak ke?’
“Cara tengku cakap,macam juri reality Tv pulak.”Izzul pula yang mengambil giliran ketawa.
Tak sangka itu yang Ilya fikir.
“So awak setuju ke tak?”
“Setuju apa tengku?”
‘Tiba-tiba saja tanya setuju ke tak?Setuju apa?Dia ajak aku kahwin dengan dia ke?Opss..Ilya sila berfikiran waras.’
"Setuju kahwin dengan saya?"Izzul mengusik.Ilya terkesima.Tak sangka fikiran mereka sama.
“Awak setuju ke kalau saya nak ajak awak makan malam esok untuk celebrate sebab awak dah decorate rumah saya.”Panjang lebar Izzul menerangkannya.Membetulkan kembali apa yang dikatakan tadi.
Sebenarnya dari minggu lepas lagi dia mahu belanja Ilya,namun tugasnya yang tak tahu masa rehat,membuatkaan dia asyik menangguh hasrat itu.Rasanya sudah lama dia tak bersemuka dengan Ilya,lebih kurang dua minggu sejak rumahnya siap di dekorasi sepenuhnya.
Ilya menggaru-garu kepala.
‘Macamana nie,semalam aku baru aja setuju untuk keluar main boling dengan Hakeem dan Arina.’
“Err..tak bolehlah Tengku..err saya…saya ada hal.”Begitu susah untuk ayat itu keluar dari mulut Ilya.
Entah kenapa dia rasa bersalah dengan Izzul.
“Owh..awk busy ke?Kalau macam tu nanti free,bagitau saya ye?”
“Err…ok”
Ilya menamatkan perbualannya dengan Izzul.Dia betul-betul rasa bersalah sebab terpaksa menolak pelawaan lelaki itu.
“Haaa..siapa tu?Tengku?Tengku mana?”Suriati sekali lagi muncul dengan mengejut.
Entah dari bila dia tercegat kat situ,Ilya tak tahu.
“Kau nie memang tak tahu bagi salam ke?”Ilya buat-buat marah.
Sebenarnya dia malas mahu menjawab semua soalan wanita itu.
“Heheh..eh jom-jom kita ada mesyuarat dengan Tuan Halim nie?”
“Eh mesyuarat apa?”Suriati menjongketkan bahu.Ilya pula sudah bingung.
Pagi-pagi lagi sudah nak mesyuarat?Bila masa pula Tuan Halim masuk pejabat.Tak perasan pula Ilya.
*************
“DAH bertahun aku kerja kat sini,inilah first time aku boleh berkerjasama dengan kau tau.”Ujar Suriati.
Dia rasa gembira bila di khabarkan bahawa dia,Ilya dan Syamsul akan bekerjasama dalam menguruskan dekorasi sebuah syarikat perlancongan yang akan dibuka tak lama lagi.
“Aku lagi suka.”Tiba-tiba saja Syamsul menyampuk.
Kau memang suka,sebab kau boleh korek perihal Arina daripada aku kan?”Ilya meneka.
Sebenarnya tak perlu teka.Memang itulah realitinya.
“Heheh..pandai kau teka ,Ilya.”
“Tengok kaki la.”Ujar Ilya berbangga.
Syamsul menunduk mahu melihat kaki Ilya.
“Eii..apa tak senonohnya kau nie.”
“Dah kau yang suruh aku tengok.Aku tengoklah.”
“Aku bagitau Arina karang baru kau tahu.”
“Ala,Ilya janganlah marah,aku gurau jer.”
“Ilya kau bagitau jer Arina.Biar padan muka dia.”Suriati pula menyampuk sambil menjelirkan lidah.
Ilya menggeleng-gelengkan kepala.Nama saja mak budak,tapi perangai macam budak-budak.
p/s:jangan lupa komen ya...:-)
7 comments:
"Setuju kahwin dengan saya?"
haha... suka! ^^ tp, diorg xleh jumpa lak... adeh..
cepatlah kawinkan mereka...tak sabar...next2
@.:kiwi:.jgn risau..nnt diorg jmpa gak..hehe
@Shamienkejab2 nk cri tok kadi..heheh
suka...suka..kawin cepat2 ye...!!!! nak lg n3 baru plz........!!!!
@hanihehhe...tungguuuu...
Haha...suka2! :)
Post a Comment