“Kita nak pergi main boling terus ke Ilya?Ke nak dinner dulu?”Hakeem bertanya girang.
Keretanya di parkirkan berdekatan Times Square.
“Boling dululah.”Tak bermaya gadis itu menjawab.
Semuanya gara-gara Arina yang tidak mahu mengikut mereka di saat-saat akhir.Sudahlah dia kekok dengan Hakeem.Tak tahu macamana nak memulakan perbualan.Rasa teramat janggal sejanggal-janggalnya.
“Ilya tak suka keluar dengan saya ke?”Hakeem bertanya perlahan.
Mungkin dia kecil hati dengan sikap Ilya yang lebih banyak berdiam.
“Eh tak-tak.Saya Cuma tak biasa lagi keluar dengan Hakeem.Tu yang rasa kekok sikit.Lagipun nie first time kita keluarkan?”Ilya beralasan.Tapi itulah hakikatnya.
Hakeem hanya mengangguk-angguk kepala.Ada benar juga apa yang diperkatakan si gadis comel ini.
“Well di sebab alasan tu agak munasabah,saya maafkan Ilya.”
Ilya menjeling Hakeem.’Bila masa pulak aku minta maaf dari dia’.
Hakeem melepaskan tawanya.Sedikit sebanyak tawa itu mengurangkan rasa bersalah Ilya.
Agak lama juga mereka bermain boling.Kalau boleh Hakeem nak tambah se round lagi tapi Ilya sudah malas.
“Malas ke takut kalah lagi teruk?”Hakeem mengusik bersama gelaknya.
Memang Ilya akui sudah lama dia tinggalkan alam boling ini.Sebab itulah dia sudah tak sepakar di zaman university dahulu dalam permainan ini.
“Malas la nak cakap!”Ilya membentak.
Dia melajukan kakinya untuk ke foodcourt.Namun langkahnya terhenti tiba-tiba bila terpandang sesusuk tubuh yang amat di kenali yang kini berhadapan dengannya.
Izzul berjalan perlahan mendekati gadis itu.
“Sorang ke?”tanyanya dengan senyuman.
Pelik juga dia,bila Ilya kata dia sibuk sehingga menolak ajakannya tapi boleh pula terjumpa gadis itu di shopping complex.Ke dia nak jumpa client kat sini?
“Err…”Ilya serba salah mahu menjawab.’Arina tolong aku.’
“Err…saya…”
“Ilya!!!”
Ilya memejam matanya rapat bila terdengar panggilan Hakeem di belakangnya.
Dia mengeluh kuat.Pasti akan terjadi sesuatu yang tak diingini dengan kehadiran Hakeem dan Izzul di sini.
Perlahan-lahan Ilya buka matanya.Tak tahu macamana mahu berhadapan dengan Izzul.
Dia takut kalau-kalau Izzul menganggap dia sengaja menolak pelawaan lelaki itu tadi semata-mata nak bersuka –ria dengan lelaki lain.Paling parah bila Arina tak turut serta.Kalau Arina ada boleh juga dia bagi banyak alasan.
“Saya Hakeem kawan dan merangkap jiran Ilya.”Hakeem memperkenalkan diri dengan senyuman.
Tanggannya di hulur ka arah Izzul.
Izzul menyambut huluran sebelum memperkenalkan diri.
Anak matanya masih lagi tepat memandang Ilya.Mungkin untuk meminta kepastian.
Hakeem yang perasan dengan situasi tegang itu segera membuka mulut.
“Err kitorang nak dinner nie.En Izzul nak join sekali ke?”
“Thanks but no,thanks.”Izzul segera berlalu dengan wajah mencuka.Hakeem pelik dengan situasi sekarang.
Ilya masih lagi diam sambil mengekori langkah Izzul yang segera pergi tanpa pamitan.
Dia mengeluh bila langsung tak berpeluang menerangkan duduk perkara sebenar.
Beberapa langkah kemudian Izzul berhenti.Badannya ditolehkan kearah Ilya.Pandangnya tajam menghunus anak mata gadis itu.
“Lagipun mesti ada someone yang tak ingin makan dengan saya.Kan…. Cik Ilya?”Begitu laju kata-kata Izzul membenam hati Ilya.Pedih.
Laju langkah Izzul pergi mennggalkan mereka.Langsung dia tak senyum pada Hakeem,apatah lagi pada Ilya.
‘Dia merajuk?’Ilya mengeluh panjang.
Hakeem memandang pelik.Izzul dan Ilya.
‘Macam ada something antara diorang berdua.’
p/s:sory n3 kli nie pendek plak..hehe..jgn marah...slmat membaca n komen...
9 comments:
Sudah! Izzul dah jeles.
hahah...Izzul majok + jeles..
wah2 sambung lagi :)
SAMPAI MENUTUP MATA 3
Izzul dh jeles... n Ilya pun dh mle xsng hati sbb Izzul merajuk. apkah mksudnya itu? hehe ;p
alamakk . izzul dh jles . hehe abes la ilya . hehe . .awk2 cpt la smbg lagi tau . hehe sy xsbr nk bc g .
@.:kiwi:.itu mksudnya cinta...hikhik
@AMIRA ATIYA MYRA_ZOEhehe..sabar erk...
@pRinCess FyQAtungguuuu...hehe
aahh sweet =)
Post a Comment