Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Monday, February 7, 2011

Please Don't Go-Bab 16

Tangan Ilya diletakkan kukuh dipinggang.
Kakinya pula tak pernah diam.Sekejap kehulu sekejab ke hilir.
Rasanya sudah 20 pusingan di mundar mandir di situ.Arina yang duduk bersila di sofa sudah naik gila dengan tingkah Ilya yang menghalang pandangannya pada skrin televisyen.

“Ilya,kau pernah makan kasut goreng tepung tak?”Arina mengeraskan nadanya.

Cepat-cepat Ilya mengambil tempat di sisi Arina.Mukanya dihadapkan ke arah gadis itu.

“Tanyalah aku.Kenapa aku nampak macam runsing,susah hati dan tak tentu arah.”Pinta Ilya dengan nada yang agak pelik dari biasa.

Arina sudah pandang semacam.Lain benar Ilya hari ini.Sakit ke apa?Tiba-tiba pula suruh orang tanya.

“Baiklah cik Ilya sayang.Kenapa ya hamba nampak tuan hamba seperti runsing,susah hati dan tak tentu arah.Gerangan siapakah yang membuatkan tuan hamba jadi sebegitu.”Arina cuba bercanda.

“La kau nie seriuslah.”

“Ek eleh aku seriuslah nie.”

“Hehe... kau serius ke?”

“Ya cik sayang.I’m truly serious!”Ilya ketawa buat-buat.
“Aku dah buat Tengku merajuklah.Macamana erk nak pujuk dia?”Beritahunya 'straight to the point'.Tak sempat nak belok-belok dah.

Arina sudah ternganga.Tengku mana pulak nie?Keturunan kerabat di raja ke?

“Tengku mana pulak?”Arina garu kepala.

“Alaa kau nie,Tengku Izzul la.Owner rumah ayang aku decorate 2 minggu lepas tu.”

“Ek eleh kau nie.Cakap la Izzul.Aku ingat Tengku mana la pulak.”Arina kembali menatap televisyen.

“Eh kejab,macamana kau buat dia merajuk?Sejak bila pulak korang jadi rapat?Siap pandai-pandai merajuk pulak?Owh..kau ada something erk dengan dia?”sambung Arina dengan soalan bertubi-tubi.

Ilya telan liur.Susah nak menjawab soalan cepu gangsa itu.

“Erk..mana adalah.Err aku..err masalah kecik jer …alah kau nie cakap jerlah macamana nak pujuk dia.”Ilya cuba tukar topik.

“Kalau masalah kecik jer,kenapa kau nak susah payah pujuk dia pulak?Dia tak boleh pujuk diri sendiri ke?”Arina tanya lagi.Ada nada usikan di situ.Jarinya mengusap dagu bersama senyuman pehuh makna.

“Isk kau nie.Malaslah aku nak cakap.”Bentak Ilya sambil mengangkat kaki menuju ke biliknya.

Arina pula ketawa mengekek.

‘Kawan aku dah jatuh cinta rupanya.Dengan doctor aku pulak tu.’Bisiknya dalam hati.

Ilya tak tahu lagi bahawa Tengku Izzul Ialah doctor.Dan Ilya juga tak tahu bahawa Arina sedang sakit dan di rawat pula oleh Izzul.

Berharap sangat Izzul akan simpan segala rahsia ini.Biarlah dia seorang yang tanggung semua ini. 
Biarlah.

********

Di dalam bilik Ilya semakin gelabah.’Macamana jari aku nie boleh tertekan number phone Tengku nie?’

Ilya panik.Baru saja dia ingin membatalkan panggilan ,terdengar  suara di seblah sana memberi salam.

“Err Waalaikumussalam.”Jawabnya tak tentu arah.

“Ada apa telefon saya.”suara Izzul jelas menunjukkan dia masih terasa hati dengan Ilya.

“Err..erm..to..to offer you a dinner!Boleh?”

‘Aduh menyesal pulak  aku tanya soalan tu.Sepatutnya aku buat tak tahu jer.Dia ingat dia sorang boleh merajuk .Aku pun boleh la.’Sempat Ilya mengomel dalam hati.

“Why?”.

Ilya garu kepala.'Aiik..Aku tanya dia,dia tanya aku balik?'

“Err..saja jer nak ajak.”Ilya menampar pipinya.

Dalam hati tadi punyalah berani,tapi bila cakap dekat telefon,ini pula jadinya.

“Tengok la esok.Kalau saya TAK BUZY saya pergi,but I'm not promise you anything.”Izzul tak berjanji.

Terasa hati Ilya bila Izzul menekan  ayat TAK BUZY itu.’Macam perli aku jer.’

“Erm..ok urmm dekat Sweet Chat cafe 9.30 pm.”ujar Ilya kalut.Panggilan terus di matikan tanpa sempat Izzul berkata apa-apa.’Ahh..malunyaaaaaaaaaaa.’

'Eh wait..ait,aku kata cafe ke tadi?'Ilya terpinga sendiri.Dalam banyak-banyak restoran kat Malaysia nie,cafe jugak yang dia pilih untuk belanja lelaki itu.
Harap-harap Izzul tahullah okasi cafe tersebut.

*********

IZZUL  tersenyuman kecil seraya mengelengkan kepalanya.Telefon bimbitnya diletakkan di meja tepi katil.
Dia masih berteka-teki dengan hatinya.’Nak pergi ke tak?’
Akhirnya Izzul hanya mengeluh perlahan.
Sekeliling bilik yang menonjolkan warna merah,hitam dan putih itu di pandang .
Terasa seperti Ilya sentiasa berada di situ.Mana taknya,Ilya yag hias semua ini,tak mustahil kalau dia rasa sebegitu.

p/s:slmt mmbaca....hehe

3 comments:

si.tudung.ungu said...

amboyai... serius merajuk si Izzul ni.. siap emphasis ayat 'tak busy' tuh.. haha.. pergi je la Tengku Izzul oi! XD

amira aihara said...

@.:kiwi:.haha..izzul memang gitu,sje jer nak wat Ilya gelabah..padahal dlm hatia dia dh ok...

Nur Liyana said...

Hahaa...btl ckp kiwi tu.pergi jelah tengku izzul.hahaa...

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥