Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Friday, February 25, 2011

Please Don't Go-Bab 22

Rasanya sudah cukup 10 kali Izzul menutup mulutnya yang menguap.
Siap keluar air mata lagi sebab tahan mengantuk.
Kalau ikutkan hati malas dia mahu balik ke rumah mama dan abahnya selepas balik hospital tadi.
Apatah lagi rumah keluarganya itu lagi jauh berbanding rumahnya sendiri.
Tapi apakan daya arahan ibunya,mantan guru kanan sebuah sekolah elit di Kuala Lumpur itu susah hendak dibangkang.
Karang tak pasal-pasal telinga dia yang cedera parah dengan leteran Puan Sharifah.

 Dengan malas Izzul mengeluarkan kunci pendua.
Terkial-kial dia mahu memasukkan kunci memandangkan rumah bangle itu sudah gelap tak bercahaya.
Dia yakin semuanya sudah nyenyak tidur.

“Kalau semua dah tidur apa motif mama suruh aku balik sini?Adoiii mama nie.Dah la tak bukak lampu..”Izzul mengomel seorang diri diluar.

Tatkala pintu Berjaya dibuka,dia meloloskan diri masuk.
Tangannya meraba-raba mencari suis lampu.

Tersandar laju Izzul di dinding sebelah pintu saat lampu berjaya menerangi segenap inci rumah.
Bukan dia terkejut denagn lampu yang agak terang itu.
Tapi dia terkejut bila seluruh ahli keluarganya memangdangnya tajam.
Semuanya duduk bersandar di sofa.Pandangan yang paling tajam ialah pandangan mamanya.Ingatkan semua dah tidur.

“Err apa kes semua duduk dalam gelap nie,jimat elekrik ke?”Izzul buat-buat selamba sambil mengatur langkah ke bilik.

Baik dia lari cepat-cepat naik atas memandangkan semua familinya bagaikan sekumpulan singa lapar.
Dan sudah pasti dialah makanan singa-singa tersebut.

“Angah..sini..”Mamanya bersuara sambil menepuk-nepuk sofa disisinya yang kosong.
Izzul mengalah.
Berjalan kea rah mamnya bermakna dia menyerah diri untuk di korbankan kepada singa-singa lapar.

‘Isk apa aku merepek nie,family sendiri pun panggil singa ke?’Dia mengomel.

Dalam masa sama dia tertanya-tanya juga apa kesalahan dia sampaikan semua familinya sanggup berjaga sehingga jam 1.30 pagi menunggu dia pulang.
Dan yang tak masuk akalnya Along dan suaminya juga ada bersama.
Iskk..kes berat kapal terbang nie.

“Err kenapa mama,abah?”Izzul bertanya.

Wajah Puan Sharifah dan Tengku Imran dipandang silsih berganti.

“Mana cincin yang kamu beli hari tue?”Puan Sharifah bersuara.Izzul pelik tapi dia keluarkan juga  kotak baldu hitam dari poket seluarnya.
Memang dia bawa kemana saja cincin itu sejak dia beli minggu lepas.
Bukan takut hilang.
Tapi dia Cuma mahu cincin itu sentiasa ada dengannya.
Nanti senang la kalau mahu melamar Ilya kalau terjumpa gadis itu kat mana-mana.
Lebih kurang macam lamaran on the spot la.Biasalah zaman sudah  moden.Semuanya nak cepat.

“Haaa..tengok along...kan mama dah cakap angah beli cincin macam nie?”Kata Puan Sharifah sambil menunjukkan cincin kepada,Tengku Irsyila,kakak sulung Izzul.

Izzul dah garu kepala.

‘Aku beli cincin pun salah ke?.Untuk bakal menatu diorang jugak.’Izzul tak puas hati.

Tapi hanya berani di luahkan dalam hatinya saja.Yelah semua muka familynya dah macam nak telan dia hidup-hidup.

“Isk apalah yang ko fikir masa nak beli cincin nie angah?”Along bertanya.

“Fikir Ilya la along..”Izzul berterus terang.

Lagipun semua keluarganya sudah tahu rancangannya untuk melamar  Ilya.
Cuma Ilya saja yang tak tahu.

“Ko nak lamar dia?”Izzul angguk.

“and then meminang dia kan?”Izzul  mengangguk lagi.Serentak Itu mamanya menampar meja kopi dengan kuat.Hampir semua orang terkejut dengan tindakan mamanya.

“Haaa see,along.Kan mama dah cakap.”Mamanya menyampuk.

Izzul bertambah pening.

“Kenapa mama?”Izzul bertanya risau.

Takkanlah mamanya tak bersetuju dengan rancangannya..Rasanya dulu,mamanya yang beria-ria kenenkan dia dengan Ilya.

“Kalau kamu nak meminag dia,kan lebih elok beli cincin belah rotan.Lagi manis.”

Mamanya berterus terang duduk perkara asal.

Untuk kesekian kalinya,Izzul mengaru kepala.

‘Cincin belah rotan?cincin apa tu?Macam pernah dengar.’Izzul sudah menbayangkan cincin yang ala-ala rotan tapi dibelah dua.Isk apa ke  peliknya cincin tu?

“Cincin apa tu ma?”Dia bertanya mamanya.Tapi papanya yang menepuk dahi.

“Kamu tak tau ke cincin belah rotan tu apa?”Izzul menggelengkan kepala.

“Isk parah nie Pah.Abang ingatkan dah bagi dia didikan penuh?”Tengku Imran memandang isterinya.

“Ye ke abah?Rasanya abah tak ajar pun cara-cara nak mengorat anak dara orang.Cara nak melamar and meminang pun abah tak pernah bagitau.”Izzul berkata perlahan.Abahnya dah buat muka semacam jer.

“La patut la dia main hentam jer beli cincin tu bah?”giliran abang iparnya pula membuka mulut.

“Sepatutnya kamu kena beli cincin belah rotan kalau nak melamar dan meminang anak orang.Nie tak main suka jer beli.”

“Hhehe..tak boleh ke mama kalau guna cincin nie?Angah dah beli sepasang dah.Dah la mahal”

“Bukan tak boleh tapi tak mengikut adat la sikit.”

“ala mama nie..sekarang zaman moden la.Ibu Erma pun rasanya tak kisah..Relax la semua.”Izzul tersengih.

Semua orang dah pandang dia geram.

Izzul kecut perut.Salah cakap ke?

Dilihatnya adik lelaki dan perempuannya sudah tersengguk-sengguk mengantuk.
Dia dapat idea!

“Eh semua,angah mengantuk la nak tidur bye…”cepat Izzul mencapai cincin dan berlari naik ke biliknya.

Semua yang ada hanya menggeleng-gelengkan kepala.Ermm..macamana la dia nak jadi suami orang nanti.


“Ma..minggu lepas masa Along gi shopping dengan abang..err..along ada ternampak Wana.”Tengku Irsyila berkata perlahan.Puan Sharifah sudah tak senang duduk.Tengku Imran pula kelihatan tenang.

"Dia dah balik sini ker?Dengan suami dia?"Puan Sharifah bertanya tak sabar.Terasa panas punggungnya mendengar berita itu.

"Along tak tau.Tapi masa along nampak dia kat mall,dia sorang-sorang jer...Err sebenarnya mama abang pernah bagitau yang dia macam terlihat kelibat Wana setahun lalu.."Muka Puan Sharifah berubah mendadak.

Maksudnya Syazawana sudah balik Malaysia hampir setahun lebih.Tapi pelik kenapa Izzul macam biasa jer.Syazwana tak pernah muncul depan Izzul ke selepas dia balik Malaysia.
Pasti ada sesuatu yang dirancang Syazwana!

"Err..mama tak payah la risau."T.Irsyila berkata lagi.

Suami disebalahnya hanya menggelengkan kepala.
Dia sudah bagi amaran supaya isterinya tidak memberitahu mama dan abah agar mereka tak risau.Tapi nampaknya amarannya kurang berkesan.

Dan sekarang isterinya meminta kedua orang mertuanya untuk tidak risau.Impossible!

Mana mungkin Puan Sharifah dan Encik Imran tak risau kalau rahsia bahawa Syazwana sudah berada di Malaysia telah terbongkar.

"Err abah macamana compony?Dapat tender baru ke?"Aidil cuba menukar topik yang dicipta isterinya.

Abah mertuanya hanya tersenyum seraya menggangguk.Lepas nie dia ingat dia mahu Aidil dan Irsyila yang menguruskan main company mereka sementara menunggu Tengku Izzmir dewasa mungkin untuk mengambil alih.Kalau nak harap Izzul,rasa sudah tak kesampaian.

Izzul lagi memilih menjadi doktor daripada mewarisi syarikat mereka sekeluarga.


p/s:korang rindu tak kat Ilya..dah 2 n3 xde Ilya..hehe..
btw bce n komen ye dear...


7 comments:

S. said...

wana mane lak ni???misteri...hmm, jgn2...wana yg stare hr 2 tak?

amira aihara said...

shamien:scr officiallynya...yes...huhu

einaa_akemi said...

Sape plak si Wana ni????Ade story-mory lame dgn Izzul ke??

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Haa! Sibuk je Wana ni!

amira aihara said...

einaa:ade ckit2 la...klu nk ntu kna tggguuuu..hee

moon:dia mmeng menyibuk..menciii

kkulfy said...

wana ni mesti ex izzul kan....

amira aihara said...

heheh..yup...

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥