Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Thursday, September 30, 2010

Please Don't Go:Bab 1



“Hai sayang.”sapanya girang.Siap melambai-lambai lagi.Senyuman ala-ala mengoda jelas tersemat di bibirnya.Langkah kaki pula semakin rapat menuju ke arah Ilya Darisya yang sudah panas punggung menunggunya.
Pantas Ilya menyilangkan kakinya tanda mogok.Manakala tangan pula disilangkan ke dada.Kejap.Erm,mogok?Memang susah dia mahu memegang watak seseorang yang suka mogok sedangkan realitinya dia sukakan kedamaian,keharmonian dan keamanan.Ewah,ayat mengalahkan pemimpin yang ingin berkempen saja. Namun tengahari itu,Ilya cuba untuk memasamkam muka semasam yang mungkin. Ini semua gara-gara kelewatan teman rumahnya yang juga merangkap saudara angkatnya,Arina untuk makan tengahari bersama.Padahal pagi tadi Arinalah insan yang beria-ria menelefonnya di pejabat untuk mengajaknya keluar makan.Bosan katanya duduk dirumah tanpa sebarang aktiviti selain tidur saja. Itulah,lain kali mintak lagi cuti lama-lama.Guman Ilya geram.Mulutnya dikunci rapat. Berdiam diri sambil matanya tidak lekang memandang Arina. Semput dadanya menahan tawa dengan keletah Arina yang sudah mati kutu itu. Kalau diikutkan teori janji melayu,dia tak kisah bila Arina lewat kerana situasi inilah yang selalu terjadi bila berjanji. Tetapi bila minda Ilya memutarkan kembali rakaman filem pendek tatkala dia mengubal teori janji Ilya suatu ketika dulu,tetiba hatinya terasa gatal untuk memanjangkan mogok. Bagi Ilya kalau semua orang Melayu bagaikan memartabatkan dan mengiakan  janji melayu yang selalu lambat itu,bilakah bangsa Melayu akan maju?
“Ilyaaaa….”panggil Arina dengan mendayu-dayu.
Ilya membekukan badannya.
Kedua belah tapak tangan Arina digosokkan sebagai tanda maaf.Kepalanya pula sempat ditoleh kanan kiri.Malu kiranya ada pelangan restoran itu yang memerhati kelakuaanya dengan gaya tak ubah macam nak pujuk kekasih saja.Matanya  kembali memandang Ilya.Harap-harap bahasa matanya difahami gadis dihadapannya ini.
‘Ilya ,aku dah kejang berdiri nie.’gaya matanya berbicara.
‘Lantak ar,siapa suruh kau lambat.’mata Ilya pula membalas.
‘Ala nak buat macamana,mata aku terbabas tidur.’
‘Siang-siang pun membuta ke?’
‘Haaa.tulah aku dah nasihatkan mata aku jangan tidur siang-siang tapi dia degil.Ilya,please.Aku duduk erk?’
‘Duduklah kalau tak malu’
‘Tak apa aku memang tak malu.’Arina tersenyum.Tak ubah macam kerang tak cukup umur yang baru belajar mahu senyum.
“Err…Ilya nantilah erk kau sambung merajuk kat rumah nanti.Sure aku pujuk habis-habisan..hehhe.”Arina bersuara lagi.Kerusi yang bertentangan dengan Ilya didudukinya.
“Sebenarnya aku dah lapar nie,Ilya.”sambungnya lagi.
Ilya buat tak tahu saja.Tiada sebarang reaksi.
Isk,parah pulak rajuk  Ilya kali ini.Datang bulan agaknya.Bisik Arina.Susah juga mahu pujuk Ilya yang jarang merajuk ini.Tanpa menunggu kata-kata Ilya, Arina  terus memanggil pelayan.
“Hari nie aku belanja tau.”katanya lagi.Daripada sebaris ayat itu dia berharap Ilya membuang mogok dan rajuknya jauh-jauh.Namun ternyata rajuk Ilya sungguh kebal dan kalis peluru kata-kata pujukan.
Ilya hanya membiarkan sahaja Arina memesan makanan tengahari untuk mereka berdua memandangkan Arina tahu apa yang disukai dan apa yang tidak digemarinya.Sambil menunggu makanan sampai,Ilya menyedut Chocolates Manggo Shake yang dipesan sebelum kedatangan Arina tadi. Rajuk memang rajuk,tetapi tekak yang dahaga perlu disejukkan juga. Arina dihadapannya sudah telan liur. Tetiba terasa dahaga dek banyak sangat bait kata yang di tutur demi memujuk Ilya.Walaupun ternyata bait-baitnya itu hanya sia-sia.
“Sedapnya air tu,nak sikit.”Pinta Arina sementara pesanaannya tadi belum sampai ke meja.
Ilya tersenyum lalu menyuakan gelas sederhana besar itu ke arah Arina.Tahu pun dahaga,bisiknya. Sengaja saja tadi Ilya menyedut minumannya dengan penuh aksi mengoda. Mengharapkan Arina akan memintanya sedikit dan dia boleh memberikan minuman itu kepada Arina dengan senyuman.Penat tahu mahu merajuk lama-lama.
“Akhirnya muncul jugak senyuman berharga kau tu erk,”usik Arina sebelum disedutnya minuman itu.
“Eh,kau sedar tak Ilya,dari tadi asyik aku aja yang bercakap.Dah beribu ayat dah.Skrip kau hilang erk?”Arina tertawa dengan ayatnya sendiri.
Akhirnya Ilya terpaksa mengukir gelak sama. Terasa ingin ditampar paha  Arina dek kerana terlalu geli hati. Itulah salah satu sifat pelik  Ilya. Tangannya automatic akan menampar sesiapa sahaja yang berada berdekatannya bila dia tertawa riang. Bersyukur jugak dia bila setakat ini belum ada paha lelaki bukan muhrim yang ditamparnya secara tak sengaja. Maklumlah kerjanya yang memerlukan dia untuk berurusan dengan pelanggan yang kebanyakkannya lelaki.
Pantas kedua tangan Arina membuat cross menunjukkan dia anti dengan tamparan yang mungkin akan dilepaskan Ilya bila-bila masa sahaja.
“Cehh yang tu pun takut ke?Aku tak sampai la nak tampar kau. Jauh sangat,”ujar Ilya dalam ketawa yang masih bersisa.
“Selamat aku.”Arina mengurut-ngurut dadanya.Mereka kembali bereaksi gila-gila. Berlagak serius bila ada mata yang memandang.
“Rina,kita tengok diorang balik,”Perintah Ilya.Matanya cepat saja membalas pandangan mata sekeliling.
Arina sudah menggeleng-gelengkan kepala.Buat malu aja Ilya nie.
“Rina,apasal lambat sangat order kita nie. Mogok ke chef kat sini,ke kau order makanan kerabat di raja?”Ilya kembali memandang Arina.Kemudiannya mata Ilya meninjau ke seluruh pelosok restoran dengan pandangan kelaparan.Manalah tau kot-kot mata aku nie boleh tembus terus ke dapur diorang ke.Ujar hatinya.
“Entah la Ilya,rasanya tadi aku order makanan orang-orang biasa aja,”selamba gajah saja Arina membalas lawak Ilya.Matanya turut meninjau-ninjau.
“Kau datang dengan apa tadi?”Ilya menukar topik perbualan.Malas memikirkan tentang makanan yang belum nampak tanda-tanda akan sampai ke meja mereka.
“Aku naik kereta aku.Tadi aku telefon Wana suruh dia hantar kereta,aku kata aku nak guna,”terang Arina satu persatu.
Pagi tadi sebelum Ilya ke pejabat,Syazwana,jiran mereka datang ke apartment.Bertalu-talu loceng pintu ditekannya.Gaya macam nak cari gaduh saja.Katanya nak cepat dan perlukan kereta memandangkan keretanya tersadai di bengkel.Mulanya dia ingin meminjam kereta Ilya tapi  beralih kepada kereta Arina sejurus terpandangkan pemakaian Ilya yang semestinya untuk ke pejabat.
Arina yang masih lagi mamai terus menyerahkan kunci keretanya dan menyambung tidur kembali.Entah dia sedar entah tidak tatkala kunci bertukar tangan.
Syazwana terus tersenyum manja.Dia kemudiannya berlalu dengan lenggok yang gemalai.
Kata nak cepat,tapi lenggok alahai..itik merangkak pun lagi laju.Ejek Ilya.Geram bila tiada langsung ucapan terima kasih dari bibir seksi milik Syazwana.Ilya bukan kisah sangat dengan dua patah perkataan itu,tapi perkataan itulah yang menjadi pengukur budi bahasa kita.

Minda Ilya terasa dibawa lari ke alam realiti tatkala seorang pelayan muda menghidangkan makanan yang dipesan tadi di atas meja.
            Arina tersengih memandang Ilya.
Apalah yang lucu sangat,fikir Ilya. Matanya ditala pada hidangan atas meja.Dia tersentak.Serta-merta mengangkat muka memandang temannya itu.
“Rina,kau nak buat kenduri ker?”soal Ilya sambil mengira-ngira hidangan di atas meja.5 jenis semuanya berserta nasi putih.Biar betik Rina nie.
“A’ah,aku nak buat kenduri kesyukuran sabab kau tak merajuk lagi.”ujarnya sambil ketawa.
Ilya pula terasa diperli.Mentang-mentanglah aku nie kuat makan.
“Kau punya gaya macam tak nak masuk office aja?”Tanya Arina tiba-tiba.Tangannya sibuk menyuakan sotong goreng berempah ke mulut.
“Aku masuk ,tapi lambat sikit.”
“Aku tak curi tulanglah.Sebenarnya pukul 2 tadi aku ada janji dengan client tapi dia ada hal pulak,tu yang aku free sekarang nie.”sambung Ilya lagi bila Arina menjeling tajam kearahnya. Mengerti  akan maksud jelingan itu.
Serta-merta perasaan  geramnya terhadap client muncul tanpa dipinta. Skit hati kerana sesuka jantung lelaki itu  saja nak menunda appoiment itu ke hari Ahad. Dia tahu tak hari Ahad tu,hari minggu. Hari untuk orang rehat! Tetapi dia terpaksa akur dengan kehendak pelanggan.
“Bertuahkan jadi customer.Boleh suka-suka hati aja dia tukar appoiment.”
“Itulah pasalnya.Lelaki tu memang melampau betul.Nasiblah aku nie baik hati.Ikut aja cakap dia.”
“What?Lelaki ke?Muda tak?Hensem?Mesti kaya.”
“Muda dan kaya tapi kulit hitam tak manis,gigi jonggang.Kau nak try ke?Aku boleh kenalkan dengan kau?”Gurau Ilya dengan nada yang diseriuskan.Sebenar-sebenarnya dia pun masih belum ketemu dengan clientnya itu.Tak tahu samaada dia kacak atau sebaliknya.Tetapi melalui suara yang macho yang boleh mencairkan hati setiap wanita yang kedengaran dari corong telefon,Ilya tahu orangnya agak boleh tahan juga.Ahh..penting ke semua itu?
“Ek eleh..ye ke kulit hitam tak manis,gigi jonggang?Ke kau nak bolot dia dekat kau terus?”
“Hellllllo,tak ingin aku!”
“Yelah tu.”

Setelah hampir setengah jam berlalu,akhirnya Ilya dan Arina meninggalkan restoran dengan membawa haluan masing-masing.Ilya pulang ke pejabat. Manakala Arina balik ke apartment. Katanya ingin mengemas. Harap-harap betullah apa yang diperkatakannya,kerana selalunya waktu lapang begini  Arina lebih banyak meluangkan masa dengan membuat peta dunia.
********

            “Ehh..apasal kau jadi guard kat depan rumah aku nie?”Tanya Arina.Pelik apabila kepulangannya disambut dengan batang tubuh Syazwana yang tercegat di depan pintu rumahnya.Mungkin mahu meminjam kereta lagi.
“Saja aja nak jumpa kau kejap,”
“Nak jumpa aku?Peliknya.Tetiba aja,kenapa?”soal Arina lagi sambil membuka gril pintu.
Syazwana di belakangnya sudah mencebikkan bibir dengan muka tak puas hati.Kalau tak ada hal mustahak,tak ingin aku nak jumpa kaulah,jerit Syazwana di dalam hati.Sepantas kilat,bibirnya menarik senyum paksa bila Arina menoleh ke belakang.
“Masuklah,”pelawa Arina tak beriak.
“Kau datang sini kejap aja kan?So tak payah buat airlah.”
“Tak apa,aku pun malas nak minum air yang kau buat.”
Arina senyum sinis.Begitu juga Syazwana
Terasa bahang dengan situasi tegangnya ini.Namun masing masing-masing masih bersabar dengan memberi senyuman plastik.
“Kau nak apa?”soal Arina.
“Err..aku nak pinjam laptop kau kejap boleh?Aku nak hantar e-mail penting nie. Laptop aku rosak.”
Arina mengeluh.Pada masa sama dia rasa curiga dengan niat Syazwana.Takkanlah dalam satu hari saja,kereta dan laptopnya rosak serentak?Pelik!Memang pelik.
“Laptop kau pun rosak jugak ke?”soalnya kurang percaya.
“Nak buat macamana.Dah nak rosak.”balas Syazwana.Terasa geram pula bila Arina menyoalnya dengan ton suara sebegitu.
“Erm yelah.Tunggu sini.”
Sementara Arina masuk ke bilik,Syazwana meninjau ke sekeliling ruang tamu.Potret antara Arina,Ilya dan seorang wanita yang tidak diketahui siapa itu yang terletak elok di atas perabok putih di perhatikan.Kemudian  matanya tertancap pada satu gambar lama.Sepasang suami isteri dan seorang anak perempuan.Nampak  seperti keluarga bahagia.Dan dia pasti kanak-kanak perempuan itu ialah Ilya.
“Itu Ilya,dengan arwah mama dan ayahnya.”ujar Arina.Entah kenapa bibirnya ringan saja memberitahunya kepada Syazwana.Dia kembali ke raung tamu dengan memegang laptop warna turquoisenya di tangan.Lalu ia diletakkan di atas meja kopi.
Syazwana yang terkejut segera meletak kembali gambar yang berada di tanggannya.
“Owhh..”Syazwana duduk di sofa.Laptop Arina di ribanya.Butang on ditekan.
Password?”
Arina kembali mengambil laptopnya.Password di masukkan.Masih belum percaya untuk memberikan password pada orang lain selain Ilya.
“Kau gunalah.Aku nak mandi kejap.”
 “ Arina..kejap.. “Panggil Syazwana.
Arina menoleh.Terbantut pergerakannya untuk ke bilik.
“Ilya dapat projek baru kan?”
“A’ah.Dekorate rumah orang.”
“Lelaki?”
“Hahh?”
“Err maksud aku client dia tu lelaki muda kerja sebagai doctor ke?”
“Yang aku tahu cuma lelaki aja.Yang lain aku tak sure.Kenapa?kau kenal ke cient Ilya ke ?”
Syazwana hanya menjongketkan sebelah bahunya.Bukan tanda bahawa dia tak tahu tetapi lebih kepada dia malas nak beritahu.
“Ok,then..”Arina menapak kembali ke biliknya.Dia mahu mandi dan seterusnya solat zohor.
Selesai melakukan tugasnya.Syazwana menutup laptop dan diletakkan di meja kopi kembali.Hiasan ruang tamu diperhatikan.Tak di nafikan ,Ilya memang punyai citarasa seorang interior designer dengan konsep tersendiri.
 “Dah siap ke?”Tanya Arina seraya mengeringkan rambutnya dengan tuala putih.
“Yup thanks.Aku balik dulu.”ujarnya lembut tanpa lagak manjanya seperti selalu.Perlakuannya juga nampak lebih sopan.Tetapi tidak tahulah keadaan ini akan berpanjangan atau hanya setakat masa ini saja.
“Err..mama dan ayah Ilya meninggal sebab accident ke?”Syazwana berhenti di hadapan pintu.Sebelum berlalu dia mengeluarkan soalan ini untuk lebih kepastian.
“A’ah.Macamana tahu?”Arina berasa pelik.Setahunya,Ilya bukan jenis orang yang suka menjaja cerita masa silamnya apatah lagi ia suatu kenangan pahit untuk di ingati.
“Err..aku…aku teka aja.”






1 comment:

Anonymous said...

best...dari gaya wana tuh...cam ada something wrong jer...jeles pom ad...ish3..gudluck miera..^_^
-RARA-

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥