Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Saturday, February 26, 2011

Pangilan Cinta Kedua-Special entry 2

Aku mengetap gigiku kuat menahan sakit.
Fakrul masih lagi tak penat-penat ke hulu-kehilir depanku.Aku pulak yang naik hairan.
Kan bagus kalau Fakrul tolong picikankan pinggang aku yang sakit ini daripada kehulu kehilir macam tu.

 Mulanya aku mahu mengajak Fakrul yang gelabah itu segera ke hospital.
Tapi memandangkan due aku lambat lagi dan air ketubanku belum pecah,aku batalkan saja niatku.Bukan aku tak pernah sakit pinggang sebelum ini.Cuma kali ini sakitnya lain macam sikit.

‘Anak mama saja nak buat suspen mama ya?Nak  buat papa gelabah tahap infinity macam tu erk.’Aku usap perutku perlahan-lahan.

Namun sakit di pinggang masih mencucuk.
Dalam aku sibuk menahan sakit,aku terasa baju mengandung yang ku pakai basah di belakang.
Aku terkedu…tak kanlah…

‘Oh no,my waterbag ruptured…’Aku menjerit dalam hati.

Terus perasaan debar datang berselang seli dengan sakit yang  semakin mencucuk.

“Abang…”Aku panggil Fakrul kalut.

Dia yang kembali sedar akan diriku yang sakit,cepat-cepat menghampiri aku.Lalu aku tunjukkan bahagian baju yang basah itu.
Fakrul apa lagi,bertambah kelam kabut dia.Pantas saja dia mahu membawaku ke kereta.
Tapi dengan payah aku tahan dia.

“Takkan abang..nak pergi pakai macam nie?”Serak-serak suaraku bertanya.

Dia pandang baju yang dipakai sambil menepuk dahi.T-shirt polo  tanpa lengan dan seluar paras lutut.
Aku ok lagi,bersopan la jugak berbanding dia.

Tengok..betapa baiknya aku, suruh suami pakai baju yang lebih sopan walau tengah sakit.Isteri mithali gitu.

Pdahal aku takut nurse kat sana tergoda dengan Fakrul yang seksi nie.Yelah selama ini mereka hanya melihat Fakrul dengan baju formal dan jubah putih saja.

Aku masih terkulai di sofa sementara menunggu Fakrul.
Tak lama kemuadia dia turun dengan tergopoh-gapah.
Aku menggelengkan kepala.Fakrul hanya sarungkan sweater hitam saja?Seluar paras lutut tadi pun tak bertukar.Aku ingat dia nak pakai jeans ke tadi.

’Adoyai,parah suami aku nie.’

“Eh abang…beg…. mana?”Aku bersuara lemah.

Terbantut tindakan  Fakrul yang sudah sedia mahu mengendongku.
Dia garu kepala.

“Beg apa pulak?”Dia tanya aku balik.

Isk cepat lupa betul laki aku nie.Baru semalam kami berdua pack barang bersama-sama.

“Beg barang baby la,dengan barang Lia sekali..Abang..cepatlah..sakit nie.”Aku suara dengan susah payah.

Tanganku tak habis-habis menggosok pinggang.Dahiku dari tadi asyik berkerut menahan sakit.

Hari ini baru aku tahu kenapa syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
Sungguh besar pengorbanan seorang ibu yang ingin membawa zuriatnya melihat dunia.

Fakrul cepat-cepat berlalu mengambil beg  yang aku katakan tadi.

“Abang beg tu kat bilik kita la bukan bilik tamu.”tegurku bila Fakrul menghala ke bilik tamu.

Dia hanya tersengih kemudiannya sambil melangkah naik  ke tingkat atas.

Aku rasa dah berpuluh minit nak menunggu Fakrul settlekan semua hal ini sebelum ke Hospital.
Silap hari bulan terberanak jugak aku kat sini.

Saat sudah mahu ke kereta sekali lagi Fakrul menepuk dahi.

“Hehhe..lupa ambik kunci kereta,sabar ye sayang.”katanya sambil masuk semula ke rumah mengambil kunci kereta.

Kalau tak sabar,sudah lama aku tahan teksi, pergi sendiri.
Tak pun aku sendiri call ambulance.
Senang dan 100% aku yakin aku akan sampai ke hospital dengan cepat.

Disebabkan sakit sangat aku terduduk di ambang pintu.
Peluh dingin di dahi aku tak endahkan.

Fakrul kemudiannya datang dan mengendongku ke kereta.

Disebabkan sakit yang teramat sakit,aku tarik rambut Fakrul.Tindakan drastik.Aku tak ada niatpun nak tarik rambut dia.

Semakin sakit semakin kuat aku tarik rambut Fakrul.Fakrul pula asyik mengaduh.

“Sakit la sayang!!”tegasnya.

Namun dia tetap membiarkan aku menarik rambutnya sampai senget kepala dia dibuatku.

Mungkin dia rasa sakit aku berkurang sikit bila berbuat begitu.

Sudah searabai aku tengok rambut Fakrul yang tadinya kemas.Hehehe sorry abang.

Tatkala Fakrul meletakkan aku di seat sebelah pemandu barulah aku lepaskan rambutnya.

Fakrul membaringkan seat tersebut supaya aku selesa.Selesa?Selagi aku tak bersalin selagi itulah aku sengsara.


“Ok Lia tarik nafas,hembus nafas,tarik lagi..hembus lagi.”Fakrul memberi arahan  sambil dia sama melakukan tarik dan hembus nafas itu.

Aku rasa dah berapa ribu kali aku dengar ayat yang sama sejak kami naik kereta untuk ke hospital.Dah penat aku tarik dan hembus nafas.

“Lia jangan panik tau.”Katanya lagi sambil memandang sekilas kearahku sebelum pandangannya kembali ke jalan raya.
Aku pandang Fakrul pelik sambil menahan sakit.

‘Aku yang panik ke dia yang panik?’

“Abang cepatlah sikit,tak tahan nie.”Aku mengerutkan dahi menahan sakit yang semakin lama semakin menjadi-jadi.Kereta yang Fakrul pandu dirasakan terlalu perlahan.Mungkin lagi lambat dari kura-kura!

“Abang cepat la nie,sayang.”

**********

Sesampai saja di Hospital,kelam-kabut Fakrul mengambil beg dan melangkah pergi.

Aku naik hairan.Siapa yang nak masuk labour room nie.Aku ke dia?

Aku panggil Fakrul kuat.Terburu-buru dia mendekati aku yang dia tinggal dalam kereta tadi.

“Sorry sayang ..abang lupa.”Katanya sambil bertindak drastik mengendongku.

Waktu tu aku sudah tak malu dah.Kalau orang kat hospital tengok pun aku buat tak tahu jer.Yang paling penting sekarang aku nak bersalin.

‘Anak mama..sabar ye!!!!!!!’

Sampai saja di labour aku diletakkan diatas katil.Semua peralatan tajam yang aku nampak menambahkan getarku.

Kuat aku genggam tangan Fakrul yang sudahpun memakai penutup hidung dah jubah hijau.
Aku juga sudah dimakaikan jubah berwarna merah jambu.

Samar-samar aku dengar seorang doctor perempuan bertanya samaada Fakrul mahu menyambut bayi kami.
Tapi Fakrul hanya menggeleng.
Dia kata tak sanggup tengok semua itu.Ahhh bagaikan dia yang rasa sakit ini.
Nasib baik juga doktor nie perempuan,kalau tak memang bermati-matian aku suruh Fakrul yang menyambut bayi kami.

Fakrul tak sudah-sudah berada disisiku sambil memberi semangat.Dia suruh aku ingatkan Allah dan banyak berzikir.
Pada masa yang sama doktor perempuan tadi pula suruh aku push.ahh..kacau kalau begini.Mana satu aku nak ikut!!!!!

p/s:harap puas hati..hehe..insyaallah akan ada special n3 ke 3..

14 comments:

S. said...

saya org comel yg pertama kritik!!! Ala darling, buat dua2...zikir pn buat PUUUSSHHH pun buat!!haha...mira...lagi2...kasi ada 2 SE!!

amira aihara said...

awin:anda mmg comel..hehe
insyaallh akn d buat...

zura asyfar addy rifqhiey said...

amira : sis dah trauma bl ingt semua tu..nsib tak runtuh je hospital sebab menjerit kuat sgt..huhu

~ pegang tgn my hubby smpai lebam tgn dia..kecian pulak..

~ smpt lg hmpir pengsan sebab bnyk sgt sedut oxygen

~ if tak thn sakit, leh amik suntikan epidural (just 4 info)

~ btw tu la sakit yg paling teruk sgt rasa cz 9 hours kene brthn tuk ank sulung...huhu...

amira aihara said...

sis zura:wah byak erk pnglaman sis...mira xde pngalmn lagi..hikhik...2 yg men hentam jer..
btw tq sis...

zura asyfar addy rifqhiey said...

satu je pengalaman..hehe

~ semua org tak sama..ade yg senang, ada yg susah... :)

midfashionshop said...

hye dear amirah..yg pasal tu x taw la pulak..ehee coz sy pun bru je join..xpe..awk leh tanye mama balqis ek..mayb dia leh tlong ;)
http://damiaqish.blogspot.com/2011/01/best-tutorial-how-to-register-heartbeat.html

liyana said...

amira :: smbung2..
xsbr tnggu ni..
thumbs up..bez
^___^

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Hahaa...kelakarlah pulak Fakhrul ni. Push + zikir :D

amira aihara said...

sis zura:heheh..1 pnglmn pun seksa kan?ececehh..mira ckap mcm thu jer...

amira aihara said...

mid:sya pun bru lgi..hehe..nnt sya tye..

amira aihara said...

liyana:insyallah SE ke 3..akn di smbung..hehhe

moon:btul2 push n at da sme time zikir...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

singgah cini...
wah ai suka bab novel gini
muda tapy berbakat :))

amira aihara said...

heheh..TQ dear...tp byk lgi kne improve nie...hehe

kasihkuabadi said...

mana special ntry 3?? huhuhu

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥