Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Friday, March 2, 2012

Aku..Mahukan Cinta 10

AMIR menutup mulutnya yang menguap.Pagi ini dia memang betul-betul mengantuk dek kerana semalaman meneliti fail-fail berkenaan syarikat.Itu pun baru saja suku daripada fail yang bertimbum. Memang pecah record peribadi dia,bila satu meja penuh dengan fail-fail dan segala bagai dokumen. Dah boleh buat mini KLCC dah.
“Aik,bos.Pagi-pagi lagi dah lesu.Patut minum tongkat ali nie.”Sarah menegur Amir yang baru memasuki pejabat.
“Walaikumussalam,Sarah.”
Sarah tersengeh.”Assalamaualaikum,bos.”
Amir menjawab salam Sarah lagi.”Kalau ada tongkat ali,boleh jugak.”Dia tersengeh.
“Iskk..bos nie,saya cakap ajalah.Orang kat ofis nie mana minum tongkat ali.Bos nak saya buat milo ke?”
“Boleh jugak.Nak yang kaw-kaw punya ya.”
“Baik bos.Arahan diterima.”
Amir ketawa.Dia terus melangkah ke biliknya setelah Sarah menghilang ke pantry.
Tok Tok.
“Masuk.”
“Ini bos,air milo super kaw.”
“Wow memang rapid KL betul.Baru order,dah sampai..thank you very much ya.Nie yang sayang Sarah lebih nie.”Amir meniup permukaan air milo yang masih berasap sebelum dihirupnya sedikit.
“Uishh..bos.Dengar dekat suami saya,mahu perang dunia ketiga kitorang.”
“Hahaha..gurau ajalah Sarah.Take it easy,ya.Don’t gelabah-gelabah.”
“Iyalah.Okay bos saya keluar dulu.”
“Okay,nanti kalau Miss Adelia datang,suruh dia tunggu saya dekat bilik meeting ya.”Amir berpesan.Semalam dia terima mesej dari Adelia yang mengatakan dia perlukan bilik mesyuarat supaya senang untuk dia tunjukkan sesuatu menggunakan power point presentation.Masa tu Amir yang tengah pening kepala membaca segala bagai fail,terus jadi segar.Biasalah,dapat nombor telefon Adelia,macam dapat Lamborghini dari daddynya.
*****
Sorry Miss Adelia,I’m late.”Amir tersenyum seraya memduduki kerusi bertentangan Adelia.

“Tak apa.”Adelia membalas senyum itu.Dia turut duduk semula.
“So,Miss  Adelia,nak minum apa-apa ke?Nanti saya suruh Sarah buatkan.”Dia memandang tepat anak mata Adelia.
Adelia yang tak keruan segera menenangkan dirinya.Bertahan melawan anak mata sedikit biru lelaki ini.
“Tak apa.Sementara Mr. Amir nak prepare bahan untuk meeting kita berdua ni,elok kalau saya sendiri yang buatkan air.”Adelia segera berlalu ke pantry.Badannya di sandarkan pada dinding.Dadanya disentuh dengan tangan.Memang kuat penangan mata lelaki kacukan itu sampai boleh buat jantungnya bergetar hebat.Dah macam nak keluar dari badan dah nie.Ingatkan dia boleh tahan panahan mata Amir,rupa-rupanya tak boleh.
Adelia mengeluh.Tapi lelaki itu playboy!Dia mengingatkan dirinya.Pantas dua mug di ambil dari atas cabinet tinggi.Lagi elok kalau dia buat air daripada fikirkan lelaki itu.
Adelia meletakkan satu mug dihadapan Amir yang leka dengan laptopnya.
Aroma minuman yang menusuk ke hidungnya membuatkan dia panggung kepala.Wajah Adelia diperhatikan.
“Air neslo suam untuk Mr.Amir yang berjaga semalaman.”Dia kata perlahan sambil tersenyum. Dia duduk ditempatnya. Air tea hijau untuknya dihirup sedikit. Dia mula mengerakkan mouse yang bersambung dengan laptop pinknya.
“Macamana tahu I tak tidur semalam?”
“Eyes bag.”
“Hahh?Serious?”Kelam kabut Amir mencapai blackberrynya.Mana tahu kalau-kalau eyes bagnya boleh nampak pada skrin telefonnya itu.
Adelia ketawa. ”Jangan risaulah,tak nampak sangat pun.Nanti malam letak timun nipis atas mata,masa you tidur.And make sure tidur you mencukupi,barulah mata you tu nampak shining and no eyes bag.”Adelia memberi petua.Entah berkesan entah tidak.Sebab dia ikut petua tu untuk segarkan mata,bukan untuk hilangkan eyes bag. Tapi…lucu pulak bagitahu petua kepada seorang lelaki.Macamlah lelaki ni rajin sangat nak ikut semua itu.
Betul ke?”Amir bertanya.Dia memang ada sedikit sifat lelaki metroseksual,tapi tak pernah pulak dia amalkan sebarang petua.
“Betul kot.”
“Okay,nanti I try.”Amir berkata bersahaja.
Adelia dah jatuh rahang. What?Nak try?Haishhh..ada jugak lelaki ikut petua kecantikkan ya. “Err…boleh kita mulakan meeting?”
“Sure.”Amir senyum.
Adelia mula membuka slide show yang memaparkan geologi kawasan pembinaan Megamall.
Amir memerhati penuh minat.Adelia yang nampak berkarisma dengan pemakaian gadis korporat dan senyuman yang penuh keyakinan membuatkan dia begitu menghormati gadis itu.
“Seperti yang Mr Amir lihat,dikawasan bakal dibinanya Megamall tu,batuan dasarnya keseluruhannya ialah granit,sejenis batuan yang tahan dan kuat berbanding batuan dasar yang lain,tetapi biasanya batuan ini ada sesar,retakan dan struktur lain yang boleh memberi effect buruk pada banggunan dan seterusnya melemahkan bahan sokongan bangunan.Dan untungnya,dekat kawasan ini hanya terdapat retakan.Walaupun besar tapi retakan itu hanya pada satu arah.”
“Macamana retakan ni boleh bagi effect pada bangunan?”
“Retakan yang banyak arah,boleh menyebabkan struktur bawah bangunan jadi tak stabil.Terutamanya untuk bangunan tinggi.Lagi buruk kalau ada gegaran.Tapi dalam kes kita,retakan pada batuan dasar hanya satu arah.Jadi risiko untuk memberi kesan buruk pada binaan akan datang,biasanya lebih kecil.Dan saya rasa nak settlekan hal retakan ini senang,aja,kita Cuma perlu suntikan simen ke dalam retakan ni supaya dia tak membesar.”
Amir mengangguk faham.Baru kini dia,sedar betapa pentingnya mengetahui geologi sebelum pembinaan.Tapi biasanya kontraktor mahupun arkitek sekarang berfikir beribu-ribu kali sebelum mengupah ahli geologi.Bagi mereka buat apa buang duit mengupah ahli geologi padahal mereka tak memerlukan orang dari bidang tersebut.Tapi ternyata tindakan mereka itu bukan sesuatu yang dianggap pandai.Lihat sahaja di dalam berita,berapa banyak banggunan,rumah dan sebagainya yang mengalami retakan pada dinding,runtuh dan roboh.Dan kebanyakkannya ialah disebabkan faktor geological problem di bawah permukaan bumi yang mereka abaikan.Bila nasi dan jadi bubur,barulah diaorang tergedik-gedik nak mencari ahli geologi untuk kaji masalah yang berlaku.Tapi waktu itu dah tak guna bila nyawa dan harta benda sudah diragut pergi.
“Sesar?”Amir bertanya apabila dia terlihat simbol sesar yang berada pada peta geologi kawasan.Setahunya sesar macam retakan jugak.Tetapi sesar akan bergerak.Dan gerakan yang besar boleh mengakibatkan gempa bumi yang boleh dirasai manusia.
“Sesar yang seperti kita lihat berada di arah hujung selatan kawasan.Dan sesar ni juga bukan sesar major.Tak membahayakan banggunan besar.Tapi I rasa ada baiknya,kalau kita tak beri beban dekat kawasan sesar ni.Mungkin kita boleh jadinya taman or benda lain ke?”
“Errm..that’s great idea.”Amir tersenyum.Baru hari pertama meeting dengan Adelia,dia sudah rasa ringan sedikit dari beban projek ini.
Adelia sudah duduk kembali di kerusinya.
Amir mula melakar  pada pelan lakaran ringkas yang dilakar Faris dahulu.Menambah dan membuang apa yang patut.Beberapa minit kemudian dia menggamit Adelia agar duduk disebelahnya.
Adelia tersentak.Duduk sebelah?
Amir menjongketkan keningnya.Menyuruh Adelia cepat-cepat datang kepadanya.
Adelia mengalah.Dia mendapatkan kerusi di sebelah Amir.Dilihatnya lelaki itu serius dengan pelannya.Arkiteklah katakan.
What do you think?”Amir bertanya.Bila Adelia hanya diam dia segera menoleh kesebelahnya.Dilihatnya Adelia leka memandangnya.Dia tersenyum.Lama mereka berpandangan.
“Hello miss Adelia.Miss Adelia,hey.”Dia bertegur lembut.Nak sentuh tangan Adelia,tapi dia takut kena hentam dengan laptopnya pulak nanti.
Adelia tersedar.Oh my God!!!!Malunya.”Err..apa tadi?”
“Kenapa?Fall in love dekat I ke?”Amir buat muka cute.

“Erk..bila masa?”
“Tadi yang you tenung I macam nak tembus dunia tu.”
“Err..mana ada.”Adelia menafikan.Padahal terang-terang dia tenung anak teruna orang.Hai tak senonssssss betul (senonsssssss=senonoh...heheh)
Amir ketawa kuat.Demi melihatkan muka Adelia yang sudah merah dalam bilik beraircond ini,dia segera berhenti. Wajahnya kembali difokuskan pada pelan.Dalam diam dia menyimpan senyum.
“Okay tak pelan nie?”
Adelia mula meneliti pelan dihadapannya.Kembali serius.Dalam masa yang sama dia mula teringatkan cara-cara nak cover malu yang dia terbaca dari blog seseorang semalam.Haishhh...macam tahu-tahu aja aku nak malu hari nie.

1. tersepak batu: 
Jangan terus bangun, sebaliknyer korang baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2.  terjatuh basikal: 
cepat-cepat naik beskal korang semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat korang saje-saje buat lawak...

3. terjatuh tangga: 
terus bersilat seolah-olah korang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. terjatuh dalam longkang: 
pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka korang seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. jatuh ketika nak naik bas:
  jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di belakang korang....

6. terjatuh di depan bus stop: 
terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu korang..kalau takde..baring terus sampai malam sehingga takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

Alahai kenapa tak ada situasi yang sesual..Dia mengeluh..Cuba mengfokuskan diri pada meeting ini.
“Okay Cuma I rasa elok bentuk mall tu kita buat bulat tapi lebihkan dibahagian barat dan utara nie.Maksudnya bahagian selatan nie kita boleh buat seperti tempat rehat ke?Sebab dia dekat denagan entrance kan?”
“Ermm..okay.Dan I ingat nak buat parking sikit aja dekat dekat luar mall dan selebihnya parking dekat ground floor and fifth floor,iaitu floor teratas.Lepas tu dekat tengah-tengah mall setiap floor I nak buat konsep taman hijau dengan bumbung yang transparent yang membekalkan tenaga solar sebagai alternative resourse.What do you think?You like it?”
Adelia terkaku mendengarnya.Taman hijau dalam mall di tengah-tengah Bandar yang boleh nampak langit yang membiru ?And…he ask me either I like it or not? Is he crazy?Off couse. I like it,very much! Dah la green,guna natural resourse lagi.Wow!
“Off course I like it.You know what,kalau I rasa sedih ke,rasa marah ke,tension ke mesti nanti I akan pergi mall tu.”Adelia rasa teruja tiba-tiba apabila membayangkan mall yang bakal dibina itu nanti.
“Sebab?”
“Sebab ada taman hijau dalam mall.”
Amir ketawa.”Iya ke sebab taman hijau?Ke sebab nak shopping.”
Adelia senyum.”Saya bukan kaki shopping sangat,lagipun saya jarang keluar kalau tak ada hal.”
“Betul?”
Adelia mengangguk.
“Kalau I ajak keluar malam nie,lepas tu kita dinner sama-sama macamana?”
Adelia terkejut dan terus terdiam.
“I kan ada hutang dinner or lunch dengan you.I rasa tak sedap hati pulak kalau hutang you lama-lama.” Cewah ayat,tak sedap hati hutang lama-lama ke,tak sedap hati tak jumpa Adelia lama-lama.Ok..find!Option yang kedua tu memang 1000000% betul.So what?Amir berperang dunia ketiga dalam hati.
“Err..kenapa tak pilih lunch.”
“Sebab I pilih dinner."Amir jongket kening.Bajet handsome,kacak lagi macho la tu. Tapi...memang dia handsome,kacak dan macho. Nak buat macamana,Allah bagi. Patut bersyukurlah kan?
"Lunch pun okay,tapi lain hari la.Tapi yang pasti malam nie saya pilih dinner.”Amir sambung lagi.Dia senyum mengoda.
Adelia dah rasa lain macam dengan Amir.Dah macam disampuk dengan sifat playboynya sehingga ke ofis.Haishhh..pening-pening.Jenuh nak control jantung ditahap kelajuan yang dibenarkan.Takut nanti kena saman,kalau boleh bayar, tak apalah jugak.Tapi kalau tak ada piti nak bayar and then  kena penjara dalam hati si Amir nie,macamana?!!!!!Huaaaaaa...
“Tapi you kata dinner OR lunch.Bukan AND.”Adelia tak mengalah.Walau hati dah melonjak  to say ‘yes’,tapi dia masih nak jual mahal.Err..kalau sederhana mahal aja boleh ke?Dinner aja pun.lagipun sebagai rakan sekerja.Bukan sebagai kekasih.Takkan dia nak mengeruhkan hubungan dengan rakan sekerja disebabkan dia playboy?Tak logikkan?
“Tak salahkan kalau I nak lunch AND dinner dengan you.Lagipun boleh kita bincang hal projek  sekali?”
“Err..nantilah I bagi kata putus.”
Okay,I’ll wait for that.”Amir tak memaksa.Lagipun dia ajak sebab ikhlas,jadi tak perlulah memaksa sebab dia juga tak nak Adelia rasa terpaksa.
Adelia tersenyum.Memahami juga si Amir ini.Walaupun dulu dia benci sebab Amir sebab playboy tetapi lelaki ini ada sifat baiknya juga.Yang penting Amir bukan penggatal dengannya.
Dear Diary,
Should I go dinner with him?
p/s:I think it’s better to take the positive side of him. Well,everyone not perfect kan,even me.

 p/s : comment n like please...:)

6 comments:

Unknown said...

like33

amira aihara said...

fyda:TQ dear.. :D

Applehijau said...

Best!

Aida Sherry said...

rasa2nya amir n adelia... serasi bersama....

amira aihara said...

applehijau: tq dear... :)
aida:Diorg memg ditakdirkan bersma oleh writer...heheh

Anonymous said...

cantik gambar fazura.so gorgeous.I LIKE...LOVE UR STORY...new n3 jgnlah lambat sgt.tq.

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥