Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Thursday, March 8, 2012

Aku..Mahukan Cinta 13

Pon pon pon...tumpang lalu..Nie cik writer nak bgitau sptutnya bab ni jdi bab 12 n Bab 12 jdi bab 13..Cik writer salah post..hahha...sorry ya semua..nanti cik writer yang ala-ala blur nie betulkan ya...PEACE NO WAR....n jgn lupa komen ya..bru ada semangat skit nak post..haha(mengadanya cik writer nie,ada org bce pun dh patut bersyukur)btw..crita nie boring x?or klise maybe?


“Macamana boleh jadi macam nie?”Faris terkejut dengar cerita Amir.Pagi-pagi lagi Amir dah buat breaking news dekat Inline trading.Datang ofis dengan dahi bertampal kain kasa setebal setengah sentimeter.Mahu dia tak terkejut beruk tengok.
“Kau nie jangan la tanya aku.Aku tengah pening nie.”Amir bersandar pada kerusinya.Rasa malas dia nak datang ofis tapi terpaksa bila memikirkan banyak lagi hal projek yang dia tak khatam lagi.
“Adelia okay tak?”
“Dia okay,aku ada telefon dia malam tadi lepas balik hospital,tanya kot-kot dia rasa pening kepala ke.Risau jugak aku kalau dia ada bleeding dalam otak.”
“Doktor kata apa?”
 “Doktor kata injured  sikit aja.Yang kau nie tanya semakin banyak nampak.Risau ke?”
“Mestilah aku risau.”
“Risaukan aku ke Adelia?”
“Mestilah Adelia.Kau ,aku tak kisah sebab kau yang cari pasal nak terlibat jaga Azriena.Sekarang tengok,musuh Dato’ Azman dah cari kau,siap bagi amaran lagi sampaikan Adelia pun kena tempias.”
 “Aku pun rasa bersalah dengan Adelia.Malam tu dia ingat orang yang bawak kereta hitam tu Cuma mamat-mamat rempit yang tak nak hidup lama.Padahal..ermm…”Amir mengantungkan ayatnya.Entah macamana keadaan Adelia pagi ni.Dia segera mencapai blackberrynya.”Aku nak call Adelia,kau keluar kejap la.”
“Macam la nak cakap dengan buah hati,sampai halau aku.”Faris beredar.Perlahan aja jalannya.Tanda tak puas hati.”Taka pa-tak apa,call la si Adelia tu.Aku nak Usra.”Faris berkata manja.Langsung tak tengok muka Amir yang dah sengeh sampai ke pipi.Nak gelak karang,ada juga meriam yang meletu kat sini.So,paling selamat ,sengeh ajalah.
 “Hello,Miss Adelia?”Manja Amir menegur.
“Ya saya.”Manja juga Adelia membalas.Apasalahnya pagi-pagi nie kita menceriakan diri.
Amir tersenyum  senang.Boleh tahan juga si Adelia nie.Dia ingatkan Adelia jenis yang tak pandai bergurau senda dan bermanja-manjaan. Eh..bermanja-man.Fulamak..macam couple yang tengah bersandira pula.“Errm..lama kita  tak jumpa.”

Adelia ketawa.”Adalah dalam 10 tahun kot kita tak jumpa.”
Amir ketawa senang.Buat lawak ya?“Sepuluh tahun tu macam sehari tau bagi I.”Amir tersenyum.Pen ditangannya dipusing-pusingkan.Badannya dari tadi sudah disandarkan ke kerusi empuk.Semua ayat Adelia dia balas dengan manja. Haishhh…macamana boleh manja sampai macam nie.Semalam mimpi apa?
Adelia geleng kepala.Lama-lama layan kemanjaan Amir ,hati dia juga nanti yang merana.Semakin lama,semakin nyata pula tanda-tanda si Amir ni nak guna sifat playboy dekat dia.Takkan playgirl-playgirl dia semuanya busy kot sekarang nie sampai ada masa dia menelefonnya semata-mata untuk cakap hal ini.
”Errmm…by the way,macamana dengan dahi?Dah okay?Rasa pening tak?”Amir masih seperti tadi.Cuma topic saja yang di ubah bila lama Adelia diam disebelah sana.
“Dah okay,tak pening pun.Cuma lebam ada sikit lagi.Tak hilang lagi.”
“Iya ke?You tuam tak?”
“Tuam.Tiap-tiap malam I tuam.Esok-esok okay la tu kot.Ermm…okaylah Mr Amir,I nak buat laporan project Sungai Buluh tu sikit.Esok you free bila,I nak jumpa,nak bagi new info pasal projek tu?”
“Bila-bila masa aja I free.Tak ada meeting esok.”
“Kalau macam tu,esok pagi saya pergi sana.”
“Sure.Errm you boleh drive ke?”Amir tak kisah kalau Adelia nak dia jadi driver pun sehingga gadis itu pulih.Mana tahu kot-kot Adelia rasa trauma ke?
“Hello mr Amir,I tak selemah tu okay.I masih terdaya lagi nak drive.”Adelia bertegas.Dia pantang kalau orang pandang lemah kepadanya.Terutamanya lelaki.Tanpa diundang dia teringat kembali kisahnya dahulu,dimana dia dicaci,dihina dan dimarahi oleh lelaki yang paling dia sayang.Lelaki cinta monyetnya diwaktu sekolah rendah dahulu,Ilham.Tak sangka dirinya yang selalu dibuli oleh pelajar lain,membuatkan Ilham semakin membenci dirinya.
“Heih..kau nie memang tak tahu nak pertahankan diri kau ke?Kau suka ke kalau orang buli kau?Cubalah jadi kuat sikit.”Ilham mengenggam tangannya kuat.Dia benci tengok Adelia yang hanya kaku menerima orang lain membulinya.
“Saya..saya takut nak lawan balik.”Adelia tkut-takut bersuara.
Ilham menarik-narik geram rambutnya sampai terbongkok-bongkok.Memang dia benci sikap Adelia yang satu itu.”Okay fine,mulai saat ini jangan harap aku nak tolong kau lagi selagi kau tak tolong diri kau sendiri.”Ilham berlalu dengan marah.
Dan sejak itu Adelia tak lagi menaruh perasaan pada Ilham.Dia jadi benci pada dirinya yang lemah.Seingatnya,itulah kali terakhir dia dibuli bila dia mula belajar menjadi seorang yang tak lagi lemah.
“Wo wo wo….jangan marah,I tanya aja.Tak ada maksud lain.”Amir berkata walaupun dia sendiri tak tahu kenapa Adelia perlu marah begitu.
Adelia menenangkan dirinya.Tiba-tiba rasa bersalah pula pada Amir.
“Waktu lunch pun I  free jugak.Nak lunch sama?”Amir mengubah topic lagi.Kalau dengan Adelia memang banyak topic dalam fikiran.
Adelia senyum.Pandai Amir sejukkan hati dia dengan makanan ya.”Yang tu I kena fikir dulu.Okay la see you tomorrow.”
“Okay,see you tomorrow.Bye  honeydew.”
Bye err…watermelon?”Adelia membalas.Cepat-cepat dia matikan talian.
Amir ketawa.Blackberrynya dipandang lama.Watermelon?How sweettttttt.
Honeydew,watermelon satu spesieskan..heheh.Spesies baru nak mula cintan-cintun.
*******
Amir menekan intercom. “Kak ros aturkan meeting saya dengan kontraktor Intra-line,boleh?”
“Kontraktor yang terlibat dengan projek Amir ke?”Ros bertanya.Memang Intra-line ada ramai sub-kontraktor yang menguruskan projek berlainan mengikut arahan Inline trading.
“Yup.”
“Okay,nanti kak Ros inform,Amir balik.”
“Okay,Thanks kak Ros.”
“Your welcome.”

3 comments:

zm said...

ohhh ckitnye, ala bunga2 cinta tgh bkembg, pnggil watermelon pun dh happy... hahaha, klakar la pula

amira aihara said...

2 la psal..pggil watermelon pun dh rse mcm pangil baby-lovey-dovey..haha

Aida Sherry said...

alahai sweetnya couple ni.... dlm hati dah ada tmn bunga.... tapi sian dgn adelia...tak pasal2 lebam dahi....

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥