Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Monday, March 5, 2012

Aku..Mahukan Cinta 11

Dear Diary!!!!

What should I do?????

Nak terima atau tak?Nak terima atau tak?Nak terima atau tak?Ahhhhhhh…stressss!
                “So,jadi ke tak you nak dinner dengan I ni?”
Adelia pandang telefon bimbitnya.Dia mengeluh.Kalau terima,nanti pergi makan dia tak tahu nak sembang apa.Maklumlah first time kot keluar dinner dengan lelaki.Kalau tak terima,rasa rugi pulak.Haishhh…stress lagi.
                “Hello,miss Adelia?Are you still there.”
                “Err…ya,ya.Okay I setuju.”Huhh!Adelia tampar mulutnya perlahan.Haishh…mulut nie memang tak seiring dengan otak.Baru saja dia nak fikir baik buruk dinner dengan Amir,tapi mulut ni cepat aja kata setuju.Tak apa-tak apa.Lepas dinner nanti siaplah kau si mulut pembelot!
                “Haa..macam tu la.Say setuju aja,kan senang.Okay I jemput you dalam pukul 9 malam boleh,lepas isyak.”
                “Okay,that sound…errr great?”
*******
“Eeeewww…ni nak pergi dinner ke nak pergi kenduri?”Eima mengutuk.Dilihatnya atas bawah pemakaian kakaknya yang berada di hadapan cermin.
Adelia mencebik. “Jealous la tu orang boleh keluar malam.”Saja provoke adiknya.
“Tak ada maknanya.”Dia lagi kerap keluar malam.Pergi perpustakkan la,pergi kedai buku la,buat study group,tengok wayang dengan kawan dan sebagainya.Kalau kakaknya yang setakat keluar malam dengan kawan-kawan seminggu sekali yang kadang-kadang sebulan sekali,buang masa aja nak cemburu.
“Along tak boleh pakai baju lain ke?”Dia bertanya lagi.Memang tak puas hati betul tengok pemakaian kakaknya.
“Apasal?Baju kurung nie okay apa?Along bukannya pergi date pun?”Adelia pandang dirinya pada biasan cermin solek.Baju kurung cotton warna pink yang muat pada badannya dirapikan lagi.Pada wajahnya pula diserikan dengan calitan gincu silky girl warna sweet pink,eyes liner  dan sedikit pemerah pipi.Manakala rambutnya pula ditocang ekor kuda tinggi.Tak lupa jugak rantai labuh warna putih yang dia beli dekat Mines sebulan lepas. Memang ringkas,tetapi dia suka.

“Pakailah blouse ke dress ke?Barulah cun.Baju kurung tak sesuai la pergi dinner.”Eima memaksa.Macamana lelaki nak suka,kalau kakaknya suka pakai ringkas-ringkas macam nie.Sudahlah tak ikut function. Gaya macam nak bawak pergi kenduri.

“Hello!!Baju kurung nie sesuai dalam banyak function okay.Even dinner.So,nanti belajar-belajar pakai baju kurung ya.Tak adalah buang duit asyik beli blous or dress. Lagipun barulah Nampak macam gadis melayu terakhir.”Adelia tersenyum sambil mencuit hidung adiknya yang sudah monyok dibirai katil.Beg tangannya di ambil. “Nanti kunci pintu tau,Along bawak kunci.Kalau nak supper,ada spaghetti yang along buat tadi.”Dia berpesan.Tahu sangat yang adiknya nie memang suka supper.Tapi badan mantain cekeding macam tu jugak. Haishhh.
“Baiklah along oiiii.”
******
Amir bersandar pada sisi Toyota Prius sambil berpeluk tubuh.Malam ini dia santai dengan kemeja lengan pendek design kotak-kotak dengan jeans hitam.Rumah teres dihadapannya ini diperhatikan.Menanti si gadis keluar memenuhi pelawaannya.
Leka Amir memerhatikan langit yang penuh dengan kilauan bintang.Apabila terdengar bunyi pintu rumah yang dibuka dari dalam,matanya lantas dilarikan ke situ.Dia terpegun melihat Adelia yang tersenyum ke arahnya melalui samar-samar cahaya lampu diruang tamu.Selalunya dia nampak gadis itu dengan sifat tegas dan berkarisma.Tetapi malam ini ternyata gadis itu berbeza.Sweet sangat dengan baju kurung pinknya.Selama dia bergelar playboy,belum pernah lagi Amir keluar dinner dengan gadis yang memakai baju kurung.Kebaya pun jarang,yang kerapnya dress.So..malam ini nampaknya,Adelia dah cipta sejarah. Guinness Book of Amir’s Records.
“Sorry Mr Amir,I lambat.”

“It’s okay sweetheart. I rela tunggu biar beribu tahun.”Amir berjenaka.Tanggannya lantas membukakan pintu untuk Adelia.
“Save it, Shakespeare.”Adelia tersenyum.Playboy memang mulut manis.Tapi tak apa dia nampak baik.
Amir ketawa dengan ayat yang keluar dari mulut Adelia.Dia berjalan menuju ke sebelah sana kereta.Pintu sebelah pemandu dibuka lantas didudukinya.Tali pinggang keledar mula dipasangkan.Enjin kereta dihidupkan.
“I’m not Shakespeare.”
“Yes you’re.”
“I’m not.”
“Yes you’re.Ayat-ayat you semuanya stok potong kaki.Manis lebih dari gula.”
“Iya ke?”Amir bertanya.Kalau tak diberitahu pun dia tahu,bahawa dia jenis lelaki bermulut manis. Tapi dia saja nak memanjangkan perbualan dengan Adelia.
 “Yup.Lelaki macam you memang mulut manis.”Adelia tersenyum.
“Lelaki macamana maksud you?”Amir bertanya.Keningnya dijongketkan sebelah sambil memerhatikan Adelia.
Adelia terkedu.Haishhh…mulut nie memang nak kena.Kalau memang betul pun Amir playboy takkan dia nak cakap macam tu.Nanti karang Amir terasa pulak.”Ehh..tengoklah depan,banyak kereta tu.”Adelia mengubah topic.
Amir terdiam.Bukan kerana kata-kata Adelia tetapi kerana sebuah kereta hitam yang dari tadi mengekori mereka sejak simpang di belakang sana.Dia ingatkan dia salah tengok.Tapi bila kereta hitam itu masih juga mengekor apabila dia menukar haluan membuatkan dia rasa sesuatu yang pelik. Perasaan positive yang cuba disemat,terkecai juga.Dia mula tak sedap hati.
Adelia tak senang duduk.Dia ada salah cakap ke?Kenapa tiba-tiba saja Amir diam dan nampak serius.Nak bertanya tapi dia rasa takut.
Sekali-sekala Amir memerhatikan cermin pandang belakangnya.Kereta hitam itu masih mengekorinya.Tak guna!!Siapa diorang tu?Amir menghentakkan sterengnya.Walaupun tak kuat tetapi itu cukup mengejutkan Adelia.
“Kenapa?”Adelia bertanya perlahan. Tiba-tiba dia jadi takut. Dia baru terfikir, macamana dia boleh ikut lelaki yang baru dia kenal untuk keluar dinner berdua.Memang mereka rakan kerjasama projek,tapi boleh saja lelaki ini jadi penculik,perogol..oh my God. Dia cuak. Walaupun Amir nampak macam bukan penculik,perogol,tetapi dia masih takut.
Amir tersedar. Dia senyum paksa demi menyelesakan Adelia. Risau kalau Adelia terasa dengan sikapnya yang tiba-tiba berubah. Dalam masa yang sama dia tak nak Adelia sedar mereka diekori. Masakan dia nak bagi kenangan makan malam pertama mereka yang agak kucar-kacir. “Err..nothing. I’m just tired.”
“Kalau macam tu kita balik ajalah.”Adelia memutuskan.Entah kenapa dia rasa jauh hati pula.Eeeehh…hellooo,dia yang ajak keluar dinner lepas tu cakap penat pulak?Haishhh…seriously dia sudah tak kenal dengan dirinya kini.Dulu dia tak begini,tak cepat makan hati..tapi sekarang….Kenapa ya?
“Eh..jangan la.I lapar nie?”Amir berkata manja sambil memegang perutnya.Tak lapar pun.Tapi dia cuma nak ambil hati Adelia saja.
Adelia menyimpan senyum.Sekelip mata rasa kecil hatinya hilang entah kemana.
Tiba-tiba dia rasa kelajuan kereta bertambah dengan mengejut.Dia pandang Amir yang kembali nampak serious merenung tepi kereta di laluan sebelah.Adelia takut dan pelik.Dia boleh nampak pemandu dan penumpang kereta hitam yang berada disebelah kereta Amir yang bagaikan berlumba antara duanya.Lelaki-lelaki kereta hitam itu bagaikan berkata sesuatu kepada Amir seperti amaran.Nampak wajah amarah mereka yang dibalas wajah berani Amir.
Dalam sekelip mata kereta Toyota prius Amir dipintas laju di jalan yang semakin lenggang.Kereta hitam itu berhenti tiba-tiba dihadapan kereta Amir membuatkan Amir menekan kuat brek kakinya.Adelia yang cemas menjerit kuat.Badannya tersadung kehadapan sehingga kepalanya terhantuk.
“Tak guna!”Amir melepaskan geram.
“Auwww…”Adelia terngadah.
180 darjah,Amir berpaling kesebelahnya.
“Adelia,you okay?”Dia menyentuh bahu Adelia.Serius dia risau dengan keselamatan gadis itu.
Adelia hanya mengangguk.”I’m okay.”Dia masih memegang dahinya.
Amir memerhatikan kereta hitam itu yang mula bergerak pergi.Dia yakin mereka ingin memberi amaran kepadanya.Pasal apa,dia tidak tahu.Mungkin saja sebab Azriena .Maklumlah Dato’ Azman ada musuh.Secara tak langsung dia juga menjadi musuh kepada musuh Dato’ Azman bila dia semakin mendekat pada Azriena. Atau pun…. Dato’ Azman dah mula bertindak padanya? Bertindak sebegitu supaya Amir menganggap memang Dato Azman punyai musuh?
Amir menghidupkan signal kecemasannya.Keretanya dipandu perlahan ke tepi jalan dan berhenti disitu.
“Tengok.”Amir segera mengalihkan tangan Adelia yang menutup dahi.
Oh God,Amir berkata dalam hati.Tak sangka baru malam pertama mereka keluar bersama ,dia sudah buat dahi Adelia lebam.
“Kenapa?”Adelia bertanya bila riak wajah Amir berubah.Nak tengok dekat cermin tapi dagunya masih dipegang Amir membuatkan dia tak boleh menoleh sikit pun.
“Sakit tak?Ada lebam sikit dekat sini.”
“Ouch..sakit.Jangan pegang.”
“Opss…sorry.”
“Ehh…dahi you pun luka.”Adelia terkejut bila melihat dahi Amir yang sudah berdarah dan lebam.Mungkin kerana terhentak pada stereng kereta. Dia mula rasa nak termuntah.Tapi dia tahan.Oh my…I hate blood!
Amir juga terkejut.Pantas dahinya diperhatikan pada cermin pandang belakang keretanya.Kemudian dia pandang pula dahi Adelia yang lebam.Dia tersenyum kemudian ketawa kuat.
Adelia pandang pelik. Selamat juga darah Amir tak mengalir turun dari dahinya.Hanya sedikit sahaja cecair merah pekat itu pada luka Amir.Kalau tak memang dia surrender. Rela balik naik teksi daripada naik kereta mewah dengan Amir si pendarah!Eee…seram tengok darah merah. Darah putih okay lagi.
“Our first dinner,dan ini yang kita dapat.”Amir berkata sambil menunjukkan dahi mereka yang cedera.Adelia juga ketawa.Hilang terus hemophobianya.
“Ermm…memandangkan kita dah jadi macam nie,apa kata kita pergi klinik aja,lepas tu I pesan   pizza dan kita makan dekat taman mini depan rumah you.Boleh tak?”Amir mencadangkan.Takkan diaoang masih nak pergi restoran dengan dahi yang cedera.
Adelia masih berfikir.Taman mini dekat depan rumah teres dia itu memang taman awam,untuk orang ramai.Tapi biasanya waktu-waktu sekarang taman tu dah sunyi.Tak ada orang.Nanti takut diaorang kena tangkap basah pulak.Tak ke nanti dah jadi macam cerita novel?
“It’s okay,kita ajak adik perempuan you sekali,boleh?”Dia bertanya lagi.Teringatkan adik perempuan Adelia yang dia pernah nampak di UKM dulu.
Adelia lega.Pandai jugak ya Amir baca fikiran dia. Psikik kea pa nie?
“Shall we?”Amir bertanya.
 Adelia tersenyum.Perut pun dah lapar sehinggakan dia lupa nak bertanya kejadian yang baru belaku melibatkan kereta hitam tadi.”Okay.”Dia bersetuju.Errmm..rezeki kaulah Eima dapat makan pizza free dengan lelaki kacukan yang handsome.


 p/s:happy reading and comment.. :D

4 comments:

miss_adikimi said...

is it 'dear diary'.. instead of 'dear dairy'?

amira aihara said...

opp..hehhe..tq tegur

Anonymous said...

suka2.fazura tetap cantik.ok apa guna muka pelakon malaysia.real org msia katakan....tq for de n3.so sweet...(H.F.W)

Aida Sherry said...

alahai sian adelia.... first date dah lebam dahi..... agak2 siap mereka tu yea....

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥