Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Wednesday, March 7, 2012

Aku..Mahukan Cinta 12

Sejak beberapa minggu bersama  Azriena, Amir mulai syak sesuatu yang pelik.Kata Azriena,Dato’ Azman tak pernah pun sayangkannya. Malah jarang sekali Dato’ Azman berbual-bual mesra dengannya. Itu dia tak kisah,biasalah bukan mudah nak sayang anak tiri. Dalam rumah besar itu Azriena hanya rapat dengan mak,pembantu rumah yang sudah dianggapnya sebagai ibu.
Yang dia peliknya,bagaimana Dato’ Azman tahu musuhnya nak apa-apakan Azriena.Howwww? Tapi bukan lelaki tua itu patut gembira ke? Iyalah Azrienakan penghalang kekayaan dia.So dia patut bersyukur sebab ada musuh yang nak meringankan beban dia untuk hapus Azriena. Tapi itu semua hipotesis Amirlah.Kalau dia tak salah. Kalau salah,mintak diampun dosanya ya.Dan..kalau betul hipotesis dia,dua orang lelaki yang cuba bagi amaran terhadapnya malam seminggu lepas tatkala dia nak pergi dinner dengan Adelia,berkemungkinan orang-orang Dato’ Azman juga. Azriena pun ada cakap yang dia selalu perasan yang ada orang ekori dia sejak sebulan yang lalu.Terkejutnya…sebab sebulan yang lalu ialah  masa dia mula mendekati Azriena atas permintaan Dato’ Azman jugak. Tak lain dan tak bukan motif Dato’ Azman hanya satu. Supaya dia ada alibi terhadap kegiatan jahatnya yang dirancang untuk Azriena nanti.
Tanpa berlengah Amir,sudah mendapatkan bantuan Shahir,rakan sekerja semasa di agensi penyiasatan dahulu.Sesuatu perlu dibongkar.

“Macamana?Kau dapat something tak?”Amir melabuhkan duduknya bertentangan Shahir di taman mini mummynya di sebelah villa. Kata orang tempat yang paling selamat adalah tempat yang paling bahaya. Sebab itulah dia saja mengajak Shahir kesini,supaya mummy tak syak sesuatu. Sejak dia bagitahu nak kerja dengan daddy,mummy dia awal-awal lagi dah bagi amaran jangan terlibat dengan kerja lamanya lagi.Beri tumpuan pada syarikat. But..sorry mummyku cayang,Amir janji nie last case.
 Off couselah dapat.”Shahir mengeluarkan satu fail hitam dan diletakkan di hadapan Amir.
Amir membuka fail tersebut.
“Nie semua pasal perniagaan dan nama compony Dato’ Azman.”
“Dia pernah bankrupt?”Amir inginkan kepastian. Dibaca lagi detail yang ada dalam fail itu.
Yup.Company yang bankrupt tahun 2001 tu bukan company dia sepenuhnya.Itu company dia dengan Megat Syukri.Setahu aku Megat Syukri yang pegang syer paling banyak.”
Megat Syukri.”Dia sebut nama itu perlahan. Boleh jadi Megat Syukri adalah betul-betul musuh Dato’ Azman dan boleh jadi bukan. Itu semua hanya perlukan bukti.
Mata Amir  masih dilarikan pada tulisan-tulisan dalam kertas putih itu.
Then lepas tu dia kerja dengan BiMa Sdn bhd?”
Shahir mengiakan.BiMa yang diambil dari singkatanan nama Datin Habibah dan Dato’ Mahadi iaitu arwah  suami pertama Datin Habibah. ”After 2 years kerja dekat situ,dia naik pangkat.And guests what….”Shahir berteka-teki.
“C..E….O?”Lambat-lambat Amir bersuara.
Shahir mengangguk. “sehingga sekarang.” Dia menyambung.

Amir dah terbeliak mata. Biar betik.Lelaki tua ni jadi CEO syarikat yang bukan milik dia dalam masa 2 tahun. What the…..
 Well,aku tak nak bagitau,tapi itulah hakikatnya.Dia jadi CEO di syarikat yang dimiliki isteri dia yang kedua,Datin Habibah.Isteri yang pertama dah meninggal.Dan dia tak ada anak.Cuma ada anak tiri aja.Aku dapat tahu yang Datin Habibah pun dah meninggal  beberapa tahun lepas.Dato’ Azman  bangkit balik dari muflis tu pun disebabkan harta Datin Habibah.Tapi setahu aku syer dia tak banyak dalam syarikat BiMa.Datin Habibah buat wasiat yang syernya diserahkan kepada anak-anak dia dengan arwah Dato’ Mahadi iaitu Azriena dan Azwani masing-masing sebanyak 20 peratus.Dato’ Azman pula hanya dapat 10 peratus.”
Amir tersenyum.Patutlah senang naik pangkat jadi CEO.Ambik kesempatan dari harta isterinya rupa-rupanya.
”Aku dah agak yang Dato’ Azman ada niat lain.Takkanlah dia baik sangat dengan anak tiri dia sampai nak suruh aku jaga.Lagipun aku pelik jugak bila dia setuju aja bila aku kata aku tak boleh nak jaga Azriena 24 jam sehari,7 hari seminggy.Sepatutnya,kalau dia nak tunjukkan yang dia tu bapak tiri perangai macam angel,for sure la dia akan pilih orang yang boleh selalu perhatikan anak tiri dia tu.”
“Maksud kau?”Shahir belum mengerti apa motif Dato Azman upah Amir untuk menjaga anak tirinya kalau dia sememangnya nak Azriena mati.
“Dia nak dapatkan harta Azriena pulak dengan cara hapuskan Azriena.Kemudian dia gunakan aku supaya nanti orang lain Nampak yang dia sayangkan Azriena sehingga sanggup upah orang jaga Azriena dan dalam masa yang sama polis takkan kaitkan dia dengan kematian Azriena nanti sepertimana polis syaki dia dalam kes langgar lari arwah Azwani dulu.” Dulu Dato’ Azman di syaki dengan kes langgar Azwani bila polis tak yakin bahawa itu kes langgar lari.Tetapi disebabkan tiada bukti, akhirnya kes itu ditutup sebagai kes langgar lari jugak.
Shahir mengerti kini.
Azwani.Amir  pun baru saja tahu tentang Azwani semasa dia siasat sendiri . Dia tahu yang Azwani dan Azriena  adalah adik beradik,merangkumi anak-anak tiri Dato’ Azman.Setahun lepas Azwani meninggal disebabkan langgar lari.Tapi bila difikirkan balik takkanlah ada kes langgar lari dekat dengan kawasan perumahan padat.Bukan langgar lari biasanya dekat jalan raya yang orang bawa kereta macam pelesit kota ke?Tapi semua ini boleh saja berlaku kalau disebabkan harta.Mungkin Dato’ Azman fikir dengan menghapuskan Azwani dia akan dapat syer Azwani menjadikan syer keseluruhannya ialah 30 peratus.Memang cukup untuk dia benar-benar menguasai syarikat itu dengan syer 30 peratus.Kerana setahu dia,ahli lembaga pengarah yang lain juga syer tak sampai 20 peratus.Tapi dia silap.Syer Azwani rupa-rupanya kini menjadi milik Azriena.Sekarang secara teorinya Azrienalah yang paling kaya.Punyai syer terbesar dalam syarikat,walaupun dia masih belajar.Setelah mengorek rahsia dari peguam keluarga Azriena dia dapat tahu yang Azriena akan dapat syer serta harta yang diwasiatkan ibunya,Datin Habibah apabila dia berumur 25 tahun iaitu lagi setahun.Dan dia yakin Dato’ Azman takkan membuang masa lagi untuk bertindak.
“So sekarang kau nak buat apa.”
“Wait and see. Dalam masa yang sama cari bukti jenayah Dato’ Azman dan jaga keselamatan Azriena. Lepas dah dapat bukti dan orang tua tu masuk jail,barulah case aku nie selesai.”
“Bukan senang kau nak jaga Azriena,lepas nak jaga compny daddy kau lagi,bro.”
“Siapa cakap susah.”Amir buat kening double-jerk.
Shahir confius.
“Remember,Dato Azman upah aku sebab nak alibi,dan nak gunakan aku.So kalau betul apa yang aku fikir nie,Dato’ Azman hanya akan ‘serang’ Azriena bila dia ada dengan aku. So dengan itu,Dato’ Azman boleh tuding jari dekat aku kalau something bad happen dekat Azriena macam dia rancang tu.And…”
“..dia akan lepas dari jenayah dia lakukan straight tanpa soal-siasat.”Shahir menyambung.Dia mula dapat membaca fikiran Amir.
Amir senyum tepi. “Definitely.”
 “Kau sure ke,andaian kita nie betul?Entah-entah memang Dato’ Azman ada musuh yang nak cederakan Azriena?” Saja dia nak tengok reaksi Amir.
“Sejak bila pulak kau jenis tak confident nie?Lagipun bukan ke Dato’ Azman patutnya lagi suka kalau musuh dia yang bunuh Azriena,lagi senang kerja dia.Tunggu aja musuh dia balas dendam dan…walla,segala harta dah jadi milik dia.”
Shahir terdiam.Betul jugak.
“Thanks sebab tolong aku.”Amir menyandar pada kerusi batu itu
“No prob.Kalau ada apa-apa info yang kau nak,calling-calling aja.”
Amir senyum puas.Air epal disedutnya rakus.Rasa kering pula bendalir dalam badan bila segala perancangan awal Dato’ Azman kini dalam genggamannya.

p/s:Ahhhh..why..why..why....cerita nie  so complicated. Sampai cik writer pun pening kepala...huhu

3 comments:

Aida Sherry said...

makin menarik.... dan tertarik utk tahu n3 seterusnya..... teruskan usaha cik writer...

amira aihara said...

heheh..TQ dear..ur comment make me smile :D

sweety said...

menarik..
tp problem bila 1 hero 2 heroin..mesti salah sorg terluka..huhu

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥