Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Sunday, December 5, 2010

Cerpen:Akulah Chef Cinta

Dari jauh lagi aku sudah melengang-lengang kangkung melalui kaki lima menuju ke dapur Hotel De Suria.Siap menyanyi-nyanyi kecil lagi.Semua orang yang aku selisih akan akan aku tegur riang bagaikan kanak-kanak ribena.
“Amboi,amboi,amboi.Ayunya kamu jalan ya?Kalau itik merangkak pun lagi laju dia dari kamu tahu?”Daddy a.k.a Chef Iskandar,ketua chef disini sudah memulakan latihan vocal bersama ayat keperliaannya.Erm,kenapa daddy?Sebab daddy kata dia anggap semua pekerja dapur hotel seperti anaknya sendiri.Itulah sebabnya kami semua mamanggilnya dengan panggilan daddy.
 “Ala daddy saya sebagai wanita yang ayu lagi bersopan takkanlah nak terkejar sana sini kot,Jatuhlah saham saya nanti.”Ujar aku pula sekadar membalas perlinya.Terkial-kial juga lidah aku nak cakap pasal ayu dan sopan.Biasalah dalam setahun  adalah dalam dua kali aku jadi ayu,itupun waktu hari raya saja.
Daddy menjeling tajam.
‘Aduh,sakit peparu aku tengok jelingan dia itu.’
“Banyaklah saham kamu tu.”
“Banyaklah jugak,kalau daddy nak share pun boleh.”Aku tersenyum kambing.
“Erm yelah tu.Dah dah,pergi dapur tu anak-anak buah kamu tengah tunggu kamu nak confirmkan menu hari nie.”Pelik bukan,tapi itulah uniknya Hotel De Suria.Setipa hari ada saja menu yang berlainan jenis.Tapi yang parahnya mestilah aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain yang separuh mati memikirkan bermacam-macam menu.
“Aik bukan daddy ke yang selalu confirmkan ?”soalku pelik.
“Takkan asyik daddy je.Kamu kenalah jugak paractise nak jadi ketua chef.”
‘Aik dengar macam nak menaikkan pangkat aku je nie.Hehehe..nie yang buat aku bahagia nie.”
“Ala daddy lambat lagi la saya nak jadi ketua chef.Nak tunggu daddy bersara lagi.”
‘Opss,tersilap cakap sudah.’
“Amboi,amboi,amboi,sedapnya mulut kamu cakap.”Banyaknya amboi.
“Hehehe,sorry,sorry.Err,tak apalah Daddy saya masuk dapur dulu.Banyak kerja nak buat lagi tu.”Aku meminta diri dengan sopannya.Nak termuntah aku dengan percakapan sendiri.
“Oh ya Ash,esok kamu kena jumpa Cik Hannah dengan bakal tunang dia datang nak bincang pasal majlis pertunangan yang diaorang nak buat kat hotel nie.Diaorang ambik full package.So bab-bab hidangan nie daddy  serah 101% kat kamu.Boleh?”Ayat yang keluar dari mulut  daddy menyentap  langkahku.
“Biar betik.”
“Tak susah pun kerja tu.Bukan kamu buat seorang,nanti daddy suruhlah yang lain tolong kamu jugak.”
“Bukan pasal tulah daddy.Tapi betul ke diorang nak buat buat majlis pertunangan kat hotel.”
Daddy hanya mengangguk.
“Giler gempak.”
“Biasalah orang kaya.”
*******
Aku membetulkan  tudung serta uniform yang aku pakai.Biar nampak  kemas sikit.Kalau nak  jumpa pelanggan ,first impression itu amat penting.Betul tak?
Aku berjalan penuh yakin menuju ke satu meja.Rasanya itulah pasangan yang ingin mengadakan majlis pertunangan mereka di sini.
“Assalamualaikum.Nie cik Hannah ke?”Tanyaku ku sopan.Kenalah sopan dengan pelanggankan?Seperti kata pepatah Customer always right.
‘Erk,apa kaitan ayat nie dengan situasi sekarang?’
“Waalaikumussalam.Ya saya Hannnah nie Hazriq.”Perkenalnya sopan.Dia turut berdiri menyambut salamku.Dari gayanya memang tak syak lagi bahawa dia orang berada.Begitu juga dengan bakal tunangnya En Hazriq yang dari tadi asyik tersenyum kecil.Cik Hannah mempersilakan aku duduk.
“Awak mesti Chef Afie kan?”Aku mengangguk.
Selesa dengan persekitaran restoran,membuatkan kami berbincang sehingga melewati sejam.Banyak juga hidangan yang mereka mahukan.Tambah-tambah lagi dengan perangai cerewet En Hazriq.Pening aku dengan segala permintaannya.Sesekali aku terperasan jelingan tajam Cik Hannah buat bakal tunangnya itu.Mungkin dia tak senang dengan kecerewetan lelaki itu.Aku lagilah tak senang duduk.Sudahlah dia mahukan kek bertingkat-tingkat.
Hello Mr Hazriq,nie cuma majlis pertunangan aja.’
Terus saja aku tingatkan pepatah dari cerita kartun Spongebox Squarepant ‘We shall never deny a customers even for a ridiculous request.
’Erm,tak apa hari ini aku ikut pepatah itu.’
“Err,Chef Kami nak bincang something dekat sana kejab ya?”Cik Hannah meminta diri sebentar sambil menarik tangan En Hazriq yang nampaknya terpinga-pinga.
‘Ahh,sudah.Diorang nak kutuk aku ke?Rasanya dah banyak aku tabur gula dalam ayat-ayat aku.’
Dari jauh aku perhatikan perlakuan mereka.Cik Hannah nampaknya seperti memarahi  En Hazriq.Entah apa silapnya.Lelaki itu pula hanya tersenyum berpeluk tubuh menyandarkan diri di pintu masuk restoran.Nampak bersahaja lagaknya.Dia kemudiannya seperti menerangkan sesuatu sambil matanya memandang manja kearahku.Erk,manja?Ok,aku sudah perasan.
‘Tapi aku tak nafikan bahawa  En Hazriq memang handsome.Smart pulak tu.Astaqfirullahalazim,apa aku merepek nie.’
******
Demi semua yang aku jalani bersamamu
Ku ingin engkau menjadi milikku
Ku ingin kau disampingku
Tanpa dirimu,ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa membawa syurga dalam hatiku
Ku ingin….
Hello.”aku menjawab panggilan telefon dengan lemah.Siapalah yang berani kacau waktu aku nak rehat nie.Aku mengeluh sambil memandang jam dinding.
‘Mak ai dah pukul 11.15 malam.’
Hello,nie Cik Afierakan?”Suara di sana bertanya.
‘Yelah dah telefon aku,mestilah aku yang jawab,takkanlah macik Bedah sebelah rumah datuk mak dia pulak yang angkat kot.’
“Ye saya bercakap.Awak siapa ya?”Tanyaku penuh sopan.Padahal dalam hati dah berlori-lori aku sumpah seranah.
“Owh..saya Hazriq.”
‘Adoyai,hazriq mana pulak nie.Macamlah dalam dunia nie dia sorang jer nama Hazriq.’
“Hazriq mana ye?”
“Hazriq yang datang restoran Hotel De Suria  tiga hari lepas dengan Hannah.”
‘La mamat hensem nie ke?’
“Owh En Hazriq.Kenapa ya telefon saya malam-malam buta?”tanyaku lagi sambil menekankan ayat malam-malam buta itu.Biar dia sedar sikit.Aku dengar dia hanya ketawa sahaja.
Sorry for that.Actually saya nak jumpa Chef lagi sebab nak bincang pasal hidangan untuk majlis pertunangan nanti.”
“Bukan dah bincang ke dulu.”Soalku pelik.
“Memang dah bincang,tapi saya nak buat perubahan sikit,boleh?”
‘Tak boleh!!!!’
Sure boleh,bila En Hazriq nak jumpa?”
“Esok pukul 12 tengahari dekat Restoran Garden?”
‘Eh kejab.Rasanya Bestoran Garden tu bukan restoran dekat Hotel De Suria.’
“Dekat luar ke?”
“Yup bolehkan?Lagipun chef cutikan esok?”
‘Boleh jer kalau En Hazriq belanja.’
“Erm,ok.”Aku bersetuju.
*******
“Tension betul aku dengan En Hazriq.”Aku melepas geram.Rina yang sedang sibuk menyediakan hidangan pagi turut terkejut dengan angin monsunku yang tetiba saja sampai ke dapur hotel  ini.
“La,nie apahal pulak nie.”Dia mendekatiku.Senduk di tangannya belum di lepaskan.Dah macam perisai aku tengok.
“Si En Hazriq tu la.Kau tau tak Rina semalam dia sesuka limpa dia jer nak tukar-tukar hidangan.Penat  aje aku  buat banyak preparation untuk hidangan yang sebelum nie.Dah la banyak pulak tu dia tukar,aku ingat satu dua hidangan jer.”
“Tu alamatnya,dia nak melingkupkan dia punya majlis la tu.”Fahmi datang menyampuk.Rina hanya mengangguk-angguk.
“Bila erk majlis tu,Afie?”soal Rina ingin memastikan tarikh majlis tersebut.
“12 haribulan December.Lagi tiga minggu.”
“Abis tu kau ikut jer ke?”
“Terpaksa  ikutlah,diakan customer kita.”
*******
Aku berjalan lambat-lambat memasuki  Restoran Selera.Sebuah restoran yang agak mewah bagiku.Rutinku setiap minggu pula sama sahaja,bertemu dan berbincang persiapan hidangan untuk majlis pertunangan mereka.Sudah naik bosan dengan segala kerenahnya yang berbagai-bagai.
‘Kalaulah Hotel De Suria tu bapak aku punya dah lama aku canclekan saja majlis pertunangan diorang tu.’
En Hazriq melambai-lambai aku dari jauh.Aku berjalan malas menuju ke arahnya.Bukan aku tak suka berjumpa dengan En Hazriq,lebih dari suka,tapi disebabkan kecerewetannya membuatkan aku rimas.
“Duduklah.”Pelawanya mesra.Agak kasual pemakaiannya pada hari ini.Dulu waktu berjumpa dengannya di Restoran Garden bajunya sedikit formal,lagak seperti baru lepas mesyuarat saja.
Aku memandang satu kerusi yang masih lagi kosong.
“Hannah tak dapat datang hari nie.Dia busy sikit.”terang En Hazriq.
‘Pandai juga dia baca fikiran aku.Ada jodoh nie.’
“So En Hazriq nak ubah apa-apa lagi ke?”Tanyaku straight  to the point.Senang sikit.Aku dah malas nak belok sana-sini.
“Aik..macam peril jer.”
“Mana ada.Saya tanya jer.”
“Haahah..saya bergurau jer.Ermm…sebelum kita bincang apa-apa,apa kata kita makan dulu?”
“Boleh jer kalau En Hazriq belanja.”
“Sure,Why not?”katanya bersahaja.Tangannya melambai-lambai kea rah pelayan restoran.
“Erm,satu lagi saya nak tanya.Nama Afiera tu memang ayu didengar macam tuan dia,tapi kenapa ya chef suka orang panggil Afi?”
“Erk...”Aku terkedu.
*********
Hari ini tibalah hari pertunangan En Hazriq dan Cik Hannah.Aku dan rakan-rakan yang lain juga dijemput hadir.Mulanya aku malas nak pergi.Tapi atas nasihat Daddy aku pergi jua.Pakaian yang aku kenakan juga simple saja,jubah labuh warna coklat gelap yang  mengikut bentuk badan dimana lehernya yang berbentuk ‘v’ membuatkan aku nampak anggun.Hahah..tetiba sahaja aku masuk bakul angkat sendiri.Tudung pula berwarna jingga sepadan dengan warna sulaman didada jubahku.Sedikit solekan aku kenakan di muka.Tapi entah kenapa tangan aku tergatal mengenakan solekan smooky eyes pada mataku.Terkejut juga Rina tatkala dia berselisih denganku tadi.Mungkin terkejut memandangkan aku tak pernah pun mengenakan sebarang solekan sebelum ini.
Aku,Rina,Fahmi,Nabila dan Azim  mengambil keputusan untuk duduk dimeja yang agak belakang kedudukannya.Aku memandang sekeliling.Tak ramai sangat tetamu yang hadir.Mungkin keluarga mereka hanya memanggil saudara-mara terdekat saja.
Tak lama kemudian  majlis bermula.Acaranya pula hampir sama saja dengan majlis pertunangan yang biasa diadakan di rumah.Yang berbezanya Cuma mungkin  majlis ini nampak lebih tertib dan agak terkongkong bagi pandanganku.
Kelihatan Cik Hannah yang didandan  cantik di bawa masuk ke dewan di iringi 3 orang gadis cantik yang berbaju kurung putih.Dia kemudiannya duduk di atas pelamin kecil di atas pentas.Agak gamat juga suasana dewan tatkala acara pantun memantun bermula.Aku pun hampir ketawa dibuatnya.Tapi aku tetap control ayu..heheh.Selepas itu datang seorang perempuan yang agak berusia menyarung cincin di jari manis Cik Hannnah sebagai kemuncak acara.Entah kenapa tetiba saja aku jadi sayu.Rasa tak betah aku duduk di sini.Azim memandangku.Mungkin dia pelik dengan aku yang bagaikan cacing kepanasan?Aku buat-buat selamba menghadapi pandangannya.
Akhirnya tiba acara fotografi.Barulah aku nampak kelibat En Hazriq.Tapi yang peliknya kenapa warna baju melayunya tak sama dengan warna baju kebaya Cik Hannah.Ya,aku tahu lelaki tidak wajib turut serta dalam majlis pertunangan,tapi itu tak bermaksud dia harus memakai pakaian yang kontras warnanya dari si perempuan.Apatah lagi jika ada sesi fotografi,tak ke pelik bin ajaib jadinya?Tentu orang akan tertanya-tanya siapa tunang siapa?Haa..kan dah panjang aku bagi ceramah!
Aku meneruskan suapan.Malas nak fikir kerenah orang-orang zaman sekarang.
‘Erm..sedap pulak hidangan kitorang buat nie.’
“Afie,tu.”Rina menyentuh lenganku seraya mulutnya dimuncungkan ke satu arah.
Aku terkejut.Pelik dengan langkahnya yang menuju ke meja kami.
‘Baru jer bertunang dah nak cari orang lain ker?’
“Jom,ambil gambar dengan family saya.”Sampai saja di mejaku En Hazriq terus saja mengajakku sambil menghulurkan tagangannya.Aku serba salah.Mulut Rina,Fahmi dan Nabila aku tengok dah macam pintu Gua Kelam.Wajah Azim pula sudah mencerut.
“Eh tak apalah En Hazriq,saya seganlah.”
“Apa yang nak segannya,sayakan ada.”
‘Sebab En Hazriq ada la saya jadi segan.Nanti tak pasal-pasal Cik Hannah kejar saya satu Malaysia’
“Jomlah.”En Hazriq masih tak putus asa.
“Err..kalau ajak kawan-kawan saya sekali boleh?”
Sure boleh ,my dear.”Aku terkesima tiba-tiba.Biar betik!
Selesai fotografi kami kembali duduk.En Hazriq kembali menghilang.Cik Hannah pula aku lihat mesra saja dengan seorang lelaki.
Family dia kot.’
Beberapa minit kemudian dewan kembali sunyi.Pelik juga aku.Lalu aku angkat pandanganku ke arah oaring ramai fokuskan.
‘Erk??Apa En Hazriq buat tu,nak karaoke ker?’Tapi yang pasti dia nampak  segak dengan baju melayu warna coklat.Lengan bajunya di sensing sehingga ke siku.Eh kejab,warna coklat.Sedondon dengan aku ker?
“Lagu ini khas untuk seseorang  yang berjaya mencuri hati saya..”
‘Siapa?’
“..dan saya berharap sangat Allah jodoh dia dengan saya..”
‘Mestilah Cik Hannah.”
“..terimalah dari saya untuk ..Afira.”
‘apa!!!!!!!’
Aku jadi gelabah.Semua mata memandang kearahku tatkala sportlight begitu menyilau  memancarkan cahaya betul-betul di atas kepala.Aku tak tahu nak buat reaksi apa.Perlahan-lahan aku pandang ke arah pentas.En Hazriq tersenyum mengoda.
‘Ahh..apa semua nie.’
Aku pandang Rina,Fahmi,Nabila dan Azim silih berganti.Mereka tersenyum.Cuma Azim sahaja yang berlagak selamba.
“Sebenarnya  En Hazriq tu adik Cik Hannah.Lelaki kat sebelah Cik Hannah tu barulah tunang dia.”Rina dengan selamba badak saja menerangkan duduk perkara sebenar.Kali ini aku benar-benar terkejut.
‘Apasal aku macam tak tahu banyak benda nie.’Aku menjeling maut ke arah  Rina.
“Bukan salah aku erk.Daddy dengan En Hazriq yang rancang semua nie.Kitorang sokong dari belakang jer.”
‘Owh patutlah Daddy beria-ria suruh aku pakai baju warna coklat.Dia kata itu warna tema untuk majlis nie.Padahal dia nak aku sedondon dengan En Hazriq.’
Demi semua yang aku jalani bersamamu
Mataku terpegun ke  arah pentas.
Ku ingin engkau jadi milikku
Ku ingin kau disampingku
Erk,lagu nie..’
Tanpa dirimu,ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa membawa syurga dalam hatiku
Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu,menjaga mu selama hidupku
Dan akukan berjanji  hanya kaulah  yang kusayanyi
Ku akan setia disini menemani…
Seringku hanyut bagaikan tangisan diri cinta
Yang meriaskan bunga asmara
Yang membuat aku tak kuasa....
Aku jadi terharu mendengar setiap bait-bait lagu yang dinyanyikan En Hazriq.Betul ke ini kata hatinya?

‘Kalau betul ini kata hati awak,En.Hazriq,ini pula kata hati saya...’
Aku juga ingin kau jadi milikku
Juga  ingin kau setia disampingku
Tanpa dirimu,akulah  manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa membawa bahagia dalam hatiku……
Tamat






8 comments:

pRinCess FyQA said...

saya sukaa laaaa . romantik . hehe . tapi bait2 lagu tuh tajuk apa yeee . .

amira said...

best tau lgu nie...
tjuknya ku ingin kamu dri romance band...

Nurfazila Suhaide said...

bestlarr ceta ni..
romantik..
thumbs up tuk writer..
...*(@_@)*...

amira aihara said...

heheh tq dear.. :-)

fallenmoon said...

Bestlah Mira. :D Sweet je Hazriq!

Hananorisa said...

jaln cerita ni sweet...

Hananorisa said...

jaln cerita ni sweet...

arilman0224 said...

hehehe..syiok r bc cte ni...:-)

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥