Tok tok tok.Cukup tiga kali ketukan di pintu.
“Masuk.”Aku masih tekun memandang komputer.Sedikit pun tak mengalih pandang kearah pintu.Alah setakat Maria tak pun Rina apalah sangat.Bukan nak kena sambut macam sambut tuan puteri pun.Hehhe,jahat jugak aku nie.
“Sibuk nampak.”Aku tersentak.
‘Aik..dah garau benar suara diorang nie.’
Aku mangangkat muka memandang suara itu.
‘Ya Allah.’Sekali lagi aku tersentak tahap cipan.
Nazrin.Sukar untuk aku percaya bahawa sekarang dia berada dihadapanku.
“Saya Imran,penganti Dato’ Jaafar.”Perkenalnya bersahaja.Aku tersentak lagi.
‘Isk apa kes,asyik tersentak je nie.’
“Err..Liana.Duduklah.”
“Thanks.Maria bagitau saya yang Cik Liana nak jumpa saya.”
“Owh tak ada apa-apa,cuma saya nak kenal lebih rapat dengan partner saya untuk project baru nie.”Pandai pula aku memutar belitkan tujuan asal aku mahu merjumpanya.Padahal aku nak lihat dengan lebih jelas muka yang seiras dengan arwah Nazrin.
“Sure.Saya pun nak kenal lebih rapat dengan cik Liana.”ujarnya lagi dengan senyuman mesra.
Yang pasti senyumannya berbeza dengan senyuman Nazrin.Dan aku tak terpikat dengan senyuman itu.
Aku mula memerhatinya dari ekor mata,apabila dia tetiba saja menarik fail projek di Shah Alam dan tekun membacanya
‘Hello,lain kali mintak izin dulu.’ngomelku didalam hati.
Bagi aku pakaiannya nampak lebih santai walaupun berbaju sedikit formal.Erk..macamana tu?Entahlah,Tapi apa yang penting caranya pun nampak tersangat tenang.Ahh,mestilah dia tenang,sebab dia tak tahu yang mukanya seiras dengan wajah arwah bekas suamiku dulu.
*********
“Abang tengok dua tiga hari nie,Lia asyik termenung jer kenapa?Pregnant ker?”tanya suamiku lebih kepada gurauan.Aku jadi terkelu pula namun aku hanya menggeleng sambil tersenyum.
“Mana ada Lia pregnant.Abang nie ada-ada aje.”aku jadi malu pula bila perihal itu diutarakanKalau diselatankan aku tak kesah.
Dalam masa yang sama aku terfikir mesti Fakrul inginkan anak buat penyeri hidup kami.Kata orang anak sebagai pengikat kasih suami isteri.Ya,aku setuju,tapi belum ada rezeki nak menimang anak lagi.
‘Kalau Allah nak bagi nanti,adalah ye abangku sayang.’
“Iye ker tak ada apa-apa?”Fakrul tersenyum penuh erti.Tidak puas hati dengan anggukan aku sebentar tadi.
Aku menarik nafas dalam.Rasanya ada baiknya aku beritahu perkara sebenar.Lagipun buat apa aku nak sembunyikan dari Fakrul?Dia suamaiku,dan dia patut tahu semua yang aku rasa.
Aku alihkan badan supaya mengadapnya.Fakrul memandangku hairan.Namun bibirnya tetap menguntum senyum.
“Abang,kalau Lia bagitau sesuatu ,abang jangan terkejut tau?”Kataku sebagai permulaan.Mukhaddimah la katakan.
“Lia tak bagitau lagi,macamana abang nak terkejut.”
“Abang nie serius la.”Aku menjadi geram pula dengan Fakrul.Aku punyalah berusaha nak serius,dia buat main-main pula.
“Ok ok abang serius.”
“Err..sebenarnya..err ada pekerja baru dekat office Lia.Err…muka dia macam muka arwah Nazrin.Nama dia Imran”Terangku lambat-lambat.Kecut segala organ dalaman aku nak buka cerita ini.Aku lihat muka Fakrul macam tak ada perasaan saja.Seketika kemuadian dia tersenyum.
‘Huh,buat ponat jer eden takut-takut tadi.’
“Kenapa Lia bagitau abang?”
“Erk…”Aku rasa seperti dimainkan pula.
“Malaslah nak cakap.Lia naik atas dulu!”bentakku.
Kali ini aku benar-benar terasa dengan Fakrul walaupun aku tahu itu hanya usikannya sahaja.
“Hei sayang,takkan merajuk kot?”
Fakrul menarik lenganku kemas.Terbantut langkahku untuk naik ke bilik.Aku kembali melabuhkan punggung di sisinya.Entah kenapa aku rasa sayu dengan kata-kata Fakrul tadi.Rasa macam nak menangis saja,namun aku tahan.
“Sorry my dear cayang wangi,abang saja jer nak test sayang.”pujuknya sambil merangkul bahuku.
“Abang dah tahu pasal hal tu.”terangnya kembali serius.Aku memandang pelik.
‘Isk dia intip aku ker?’
“No no no,abang tak spy sayang tau?”aku diam lagi.Wah terror la husband aku nie boleh baca fikiran orang macam psikik gitu.
“Ingat tak waktu kita pergi Sunway Pyramid ..”
Aku angguk.
“Liaada ternampak seseorang yang mukanya iras dengan arwah Nazrin kan?”
Aku angguk lagi.
Angguk angguk,
geleng geleng…
Baiklah kita kembali ke cerita tadi.
“Sebenarnya abang perasan waktu tu.Tapi abang buat tak tahu jer.Abang tertunggu jugak,bilalah Lia nak cerita kat abang?”
“Abang perasan?”Tanyaku pula.
Takut juga aku kalau-kalau Fakrul terasa hati dengan hal ini.
“Yup,my dear.”Fakrul mengukir senyuman.
“Abang marah Lia ker?”
“Muka abang nampak marah tak?”soal Fakrul sambil mengukir senyum yang terlebih had maksima.Aku tertawa dengan gelagatnya.Ok,aku dah rasa tenang sekarang.
“Abang,erm abang percaya dekat Lia tak sekarang?”
“Of course la abang percayakan wife abang?Lia kena ingat tau yang abang lansung tak ada perasaan ragu-ragu dengan cinta Lia kat abang.Lagipun untuk mempunyai perkahwinan yang bahagia,suami isteri tu kenalah percaya-mempercayai.”Aku dapat rasakan betapa iklasnya Fakrul tatkala mengucapkan ayat itu.Terharu aku dibuatnya.Lantas aku peluk Fakrul erat-erat.Terasa kepalaku diusap lembut.
“Lia cintakan Abang.”
“Abang pun cinta sangat-sangat dekat Lia.”
2 comments:
part last tu... sweet... =)
harap lia x trpikat kat imran .....
-Ema G
Post a Comment