Aku gelisah di kerusiku.Sesekali mataku melilau sekeliling ruang bilik.Bukan saja setakat bilik,malah satu pejabat ini aku tawaf semata-mata nak cari benda yang hilang.Patutlah tadi rasa ringan semacam saja lengan ni.
Semua kerja yang aku lakukan tak menjadi.Ok,itu tipu.Sebenarnya aku tak sentuh pun fail-fail yang melambak di atas meja,macamana kerja nak jalan?
Sambil terbongkok bongkok dekat bawah meja aku mengomel.
“Owh gelang kesayangan beta ,kemana tuan hamba menghilang.Marilah kemari sayang,janganlah tuan hamba pergi dari beta.”Wah lunak juga suara aku.Macam permaisuri zaman dahulu kala pula.
Setelah penat aku membongkok,aku kembali duduk dikerusi.Belum sempat aku menghela nafas semput,jantung aku sudah tersentak.Lidahku jadi beku.Mataku terpaku menyoroti sesusuk tubuh tegap yang kini tersenyum-tersenyum di muka pintu bilikku.
“Erm boleh hamba berjumpa dengan tuanku.”
‘Dia dengar ke?Malunya.’Rasanya macam mahu menyorok dibawah meja saja.Aku senyum paksa sambil mengangguk.
Bersahaja dia berjalan menuju ke mejaku.Satu fail yang dia pegang disuakan.Aku mengambil tanpa melihatnya.Sebenarnya aku tak tahu macamana nak buat reaksi muka.Terlalu malu.Alangkah baiknya kalau aku ada kuasa halimunan.
Setelah En Adrian keluar dari bilikku,aku terus menghembus nafas lega.Lega kerana tak perlu lagi aku berlakon sebagai seorang yang terlalu tenang.
Aku mengeluh bila mengingatkan kehilangan gelang pusaka yang arwah nenek bagi.Ahh..masaklah aku dengan mama.Kalau tak jumpa juga hari ini mahunya aku kena selalu pakai baju lengan panjang di rumah untuk mengaburi pandangan mata mama yang selalu tajam itu.
*********
Disebabkan aku sudah buntu mencari gelang yang aku yakin hilang di pejabat,aku mengambil keputusan untuk membuat penguman pada white board di lobi pejabat.Aku letakkan nombor telefon supaya sesiapa saja yang menjumpai dan yang berhati mulia untuk memulangkannya boleh menghubungiku.
Tak lama kemudian aku merima satu pesanan ringkas.
Assalamualaikum.
Aku jawab salam dalam hati.Aku tertanya-tanya.’Sapa pulak nie.Dia jumpa gelang aku ker?Kalau betul kenapa tak call jer?Tak ada kredit kot.Reply jer la.’
Waalaikumusalam.
Dia balas.
Siapa nie yer?
‘Kurang asam boi betul.Dia yang text aku,lepas tu boleh pulak dia tanya siapa aku.’Aku tak balas.Malas aku nak layan.Mesti dia saja-saja nak mainkan aku.
Gelang awak ada pada saya.
‘Whattttt.’Aku menjerit girang.Namun seketika saja bila En Adrian muncul.
‘Adoi,kenapa la dia suka muncul waktu yang boleh memalukan aku.’
“Err erm,kenapa bos?”
“Tak ada apa-apa .Cuma saya nak awak siapkan minit mesyuarat semalam.Saya nak tengok.”Katanya bersahaja.Macamlah aku tak perasan dengan mukanya yang cuba menahan ketawa.Tak apa,tak apa.
“Baiklah bos,kejab lagi saya hantarkan ke bilik bos.”
“Ok.Good girl.”aku kembang mendengar pujiannya.Dia berlalu kembali ke biliknya.Kenapalah dia tak guna interkom saja.Bukan lagi senang ke?Aku kembali mencapai telefon bimbit.
Awak nie siapa yer?
Tanpa nama.
Balasnya.Ok aku tak kisah siapa dia,asalkan gelang itu aku dapat balik sebelum mama perasan kehilangannya.
Betul ke gelang tu kat awak?Kat mana ya saya boleh jumpa awak?
Aku tekan reply.Nak panggil cik aku takut dia lelaki.Nak panggil Encik aku takut dia perempuan pula.
Aku menunggu balasannya.Satu saat,dua saat,1 minit,2 minit.Ok sekarang dah setengah jam dia tak balas.Lalu aku menelefonnya.Tak diangkat,aku cuba lagi.Tapi tak anggkat juga.Aku geram.’Dia betul-betul ke main-main?’Namun aku sabarkan diri.
Disebabkan rasa bengang aku pantas menyiapkan minit mesyuarat untuk diserahkan pada En.Adrian Muka aku masam saja sampaikan En pun hairan.Namun dia tak menanya apa-apa.
*********
Apa yang saya dapat kalau saya bagi balik gelang ni pada awak?
Itulah bunyi pesanan ringkas tanpa salam yang aku dapat selepas 2 hari dia ‘menghilang’.Aku ingat dah punah harapan nak dapatkan balik gelang itu.
Dapat pahala.
Itu pula yang aku balas.Memang sah orang itu takkan bagi balik gelang itu kalau begini aku balas SMSnya.
Hahhaha..itu jer ke yang saya dapat?
Erk?Ok apa yang awak nak ?Kalau mampu saya akan tunaikan.
Lama aku menunggu.’Aik dia buat hal lagi ker?’
Duit?
Aku umpannya dengan satu perkataan itu.Yelah sapa yang tak nak duit?Orang gila pun gilakan duit inikan pula orang waras.
Cinta.
Balasnya ringkas.Aku memisat-misat mataku lalu aku pandang lagi skrin telefon bimbitku.Sekarang baru aku yakin bahawa tanpa nama ini ialah seorang lelaki.
‘Gila ke apa mamat nie.’
Saya mahukan cinta awak.
Dia balas lagi.Naik seram aku baca SMS dia.
Kalau saya tak nak bagi cinta saya dekat awak tapi saya nak awak bagi gelang tu balik pada saya ,macamana?
‘Nakal juga bunyi SMS aku nie.’
No love,no bracelet.
Begitu padat dan ringkas SMS dia kali ini.
‘Biar betul mamat nie.Main cinta cintan pulak.Aku kenal dia pun tak.’
*********
Hari berikutnya.
Dah fikir pasal tawaran saya?
Erk?tawaran apa?Owh aku tahu.
Saya tak kenal awaklah macamana nak bercinta.
Aku bagaikan menabur harapan pada hati dia pula.Ahh..gasaklah.
Nak jumpa?
Tak nak!
‘Adoi kau nie,Asha cubalah fikir pasal gelang tu sikit.’
Awak tak nak gelang tu ke?
Saya dah nak bertunang la.Kalau setakat nak jumpa awak dan ambik gelang tu boleh la.Tapi kalau untuk cinta-cintan ,sorry my answer is no!
Wah begitu tegas ayatku.Macam tak percaya saja itu aku.
Erm bertuahnya bakal tunang awak.
Aku mengambil keputusan untuk membiarkan saja SMSnya.Bukan aku tak ingin kembali gelang itu tapi,kalau begini caranya baik aku redha saja.Dan satu perkara lagi,aku takut aku jatuh cinta padanya melalui SMS.Tak mustahil bukan.
*******
Sesampai sahaja aku di pejabat,mataku terpaku pada satu jambangan bunga tulip ungu dan satu bar coklat Cadbury.Aku tanya pada rakan sepejabat,namun mereka hanya mengeleng sambil tersenyum mengusik.Tak pernah-pernah aku mendapat sekuntum bunga apatah lagi sejambang.
Disebalik jambangan bunga itu aku cari kad yang mungkin terselit bersama.Kad warna putih itu aku baca.Macam kenal saja tulisan.Tapi tulisan siapa ya?
Indahnya mencari sesuatu yang hilang,
kerana saat itu baru kita tahu kewujudannya.
With love,
Tanpa nama
Tanpa nama.Tentu sekali dia.Aku jadi penasaran pula nak tahu siapa dia sebenarnya.Dalam masa yang sama aku tak nafikan kata-katanya.Dulu memang aku tak ambil kesah pun dengan gelangku.Tetapi bila dah hilang baru aku sedar,berharganya tinggalan pusaka itu.
Kenapa bagi bunga.Kan bagus kalau bagi gelang.
Nanti awak akan dapat jugak gelang.Anyway awak suka kan bunga tu?
‘Erk macamana dia tahu aku suka.’
Esoknya,aku mendapat lagi sejambang bunga ros merah jambu bersama 1 bar Cadbury black forest.Ahh..romantik juga mamat ni.Kad putih berisi tulisan tangan itu aku ambil.
Jika ia ditakdirkan untuk kita,
Mengapa perlu kita menangisi kepergiaanya.
With love,
Tanpa Nama
Ya kalau ia ditakdirkan untuk kita,buat apa kita menangisi kepergiaannya kerana nescaya ia akan kembali kepada kita.
Aku tersenyum mencium harumnya bunga itu.Sambil menari riang mengelilingi meja,aku memeluk jambangan bunga itu.
“Happynya dia.”Kaki aku bagaikan dipaku tatkala mendengar sebaris ayat itu.Ahh..malu lagi aku dengan En Adrian
*******
Tibalah hari pertunanganku.Jangan terkejut pula bila aku tiba-tiba saja bertunang.Ini semua wasiat dari arwah nenek.Katanya dia mahu pertalian persaudaran diikat antara keluarganya dengan keluaga Nek Shamsiah.Siapa Nek Shamsiah?Entah aku pun tak kenal.Tapi kata mama mereka dulu dibela oleh keluarga angkat yang sama.Maksudnya mereka adalah adik-beradik angkatlah.Pertalian persaudaraan yang nenek maksudkan ialah perkahwinan antara cucunya dan cucu Nek Shamsiah.Nak suruh anak,semuanya sudah ada keluarga sendiri.Jadi kami yang berpangkat cucu inilah yang kena berkorban dan yang paling menyedihkan arwah nenek memilih aku.Aku tak tahu kenapa dia memilih aku.Semasa dia meninggal dunia,wajahnya bagaikan tersenyum.Kata mama mungkin sebab hajatnya bakal dicapai nanti.Ahh..baru saja aku terfikir untuk menolak pinangan tersebut.
Aku duduk dalam bilik menunggu seseorang datang menyarungkan cincin.Berlagak tenang walaupun jantung berdegup kencang.Entah apa perasaan aku kala ini.Rasa bahagia kerana diri ini bakal menjadi tunangan pada seorang lelaki yang belum aku kenal,namun aku tahu dia baik berdasarkan pilihan arwah nenek.Juga sedih sebab aku kehilangan seseorang yang aku kenal dengan nama tanpa nama.
Cincin belah rotan disarungkan ke jari manisku oleh seorang wanita yang seusia mamaku.Dia tersenyum manis.Belum sempat aku menyalaminya,dia memakaikan gelang yang amat aku kenal.Tanpa nama!
********
Ya itulah kisah gelang cintaku.Siapa sangka bahawa Tanpa nama,En Adrian, cucu Nek Shamsiah dan tunang aku kini adalah orang yang sama.Lucu juga bila aku mengingatkan semua kejadian selepas gelangku hilang.Aku saja yang tak tahu siapa dia.Sedangkan semua perihal aku ada dalam gengamannya.
Selepas bertunang aku dijemput En Adrian untuk keluar sebentar.Mungkin dia mahu menerangkan semua yang berlaku.Malu pula aku mahu berjumpanya.Ahh,bertambah malu bila difikirkan bahawa aku akan sentiasa menghadapnya di pejabat nanti.Kata En Adrian dia tahu siapa bakal tunangnya melalui gelang itu.Bagaimana?Aku pun tak tahu.
“Erm..cantik gelang.”ucapnya tenang memanglah cantik.
“Memanglah cantik.Bos dah pergi cuci ker?”tanya ku bila menyedari bahawa gelang ini bertambah berkilat.Dulu gelang ini kusam sahaja.Memanglah nampak kusam.Nama pun gelang pusaka.En Adrian memandangku tajam.
“Nie bukan waktu pejabat Cik Asha!”Aku hanya ketawa lepas.Lawak pula denagn mimik mukanya.
“Gelang Cinta.”ucapnya perlahan bagaikan untuk diri sendiri.Matanya dipaku kearah pantai.Aku turut sama memandang kehadapan.
Tamat
1 comment:
hehehe...best gak eh ste ni..tp lg pnjg lg bus...hehehe
Post a Comment