Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Tuesday, December 21, 2010

Panggilan Cinta Kedua-Bab 5

Hari ini hari minggu.

‘Isk,kenapa ayat aku macam budak tadika kemas je nie.’

Ok,berbalik kepada cerita aku.Hari ini aku dan Fakrul ke Sunway Pyramid.Biasalah nak jalan-jalan cuci mata.Lagipun bukan senang nak cari masa terluang dengan cik abang doktor ini.
Setelah hampir setengah jam kami melilau-lilau sekitar Sunway pyramid,Fakrul mengajak aku bermain ice skating.Aku dah agak dah.

‘Isk giler,balik rumah lepas tu datang sini balik pun aku tak akan main benda alah tu.’

Nasib baik jugak la aku pakai baju kurung.Kalau tak mesti Fakrul bermati-matian paksa aku main benda tu.
Ermmm…jangan terkejut tau,nie first time aku pakai baju kurung pergi mall.Itu pun sebab aku dah jangka yang Fakrul akan mengajakku main Ice skating.Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.hehhe,bagus betullah aku nie,siap sediakan pepatah lagi.

Disebabkan aku tak ingin nak main ice skating ,Fakrul mengajakku menonton wayang.Aku pula mengambil kesempatan menjengah ke kedai berhampiran tatkala Fakrul sibuk membeli tiket wayang.
Namun langkah ku terhenti tatkala mataku terpaku pada sesusuk tubuh yang sangat aku kenali.
Nazrin?

*********

Entah kenapa laju saja kakiku melangkah mendekati Nazrin yang leka memilih baju-baju di butik itu sekaligus menjauhkan aku dari Fakrul.

‘Isk apa kau merepek nie Liana.Nazrin dah tak ada.Dia dah meninggal.Wake up Liana.Orang tu cuma seiras dengan Nazrin saja!’

Serta merta hayunan kakiku terbantut.Aku beristifar panjang.

‘Maafkan Lia ,abang.’bisikku perlahan.Aku rasa bersalah pada Fakrul.

“Kat sini rupanya Lia.Puas abang cari.”Aku tersentak mendengar suara itu dibelakangku.Fakrul tersenyum sambil mencapai tanganku dan digenggam kemas.

“Lia tengok apa?”

Aku pantas mengeleng.Harap-harap dia tak nampak wajah yang seiras Nazrin itu.

“Jom.”Kami beriringan menuju ke arah  cinema.Sesekali aku menoleh kearah ‘Nazrin’.Tapi dia dah tak kelihatan.Aku mengeluh.Untuk apa aku mengeluh,aku pun tak pasti.Tapi yang aku pasti aku benci dengan perasaan ini.

‘Liana,jangan curang!’

Why,honey?”soal Nazrin  pelik.
Mungkin dia terdengar keluhan aku.Haih,memang mulut aku nie nak kena lempang  44 kali agaknya.
Aku mengeleng lagi sambil tersenyum.Aku eratkan genggaman tangan dan melentokkan kepalaku di bahunya.Hahaha..tetiba saja aku terlebih romantik di hadapan khalayak ramai di Sunway Pyramid ini.Fakrul pun pandang aku dengan pandangan pelik.Tapi aku buat tak tahu saja.

*******

Sesampai saja aku di pejabat,aku sudah dikejutkan bahawa ada pekerja baru yang akan mengantikan Dato’ Jaafar.Kata Maria bekas setiausaha Dato’ Jaafar ,pekerja itu anak kepada kenalan rapatnya yang terpisah hampir 10 tahun.Aku  menghela nafas lega.Yelah kalut juga aku bila Dato’ jaafar yang terkenal dengan sifat baiknya akan diganti dengan anaknya yang ala-ala sombong ,fikirku.Rupanya orang lain yang akan menyandang jawatannya dan secara tak langsung dia akan banyak bekerjasama dengan aku untuk memajukan projek yang baru aku pegang.

Melalui cerita itu,aku rasa sudah banyak perihal syarikat  yang aku terlepas dengar,padahal aku baru saja bercuti untuk tiga hari.

“Lia,aku nak bagtau kau something nie,nanti tak la kau terkejut beruk pulak.”Ujar Maria dengan nada yang agak pelik bagi aku .Selalunya dia nie kepoh saja.

“Ok..apa yang kau teruja sangat nak bagitau aku nie.Kau nak kawin jugak ke?”tanyaku sambil lewa.

“Ala kau nie,aku serius nie.”

“ok ok.Aku serius.”

“Orang yang ganti Dato’ Jaafar tu,muka dia ada iras-iras orang yang kau kenal,arwah suami kau.”Terang Maria lambat-lambat.Mungkin dia rasa serba salah.
Mula-mula aku terkejut jugak.Tapi bila difikirkan tentang orang yang aku jumpa di Sunway pyramid semalam,aku yakin dialah orang yang akan mengantikan Dato’ Jaafar.Yelah takkanlah ada tiga empat orang yang mukanya seiras dengan arwah Nazrin.

“So?”

“Aku bagitau jer.Kau ok ke?Nanti kan kau kena banyak berganding dengan dia untuk projek dekat Shah Alamkan?”

Aku hanya menganguk penuh keyakinan.Sebuah senyuman yang aku rasa boleh dikatakan manis aku pamerkan.

“Maria,dia bukan Nazrin.Dia cuma seiras Nazrin jer.So kau tak payah risaulah erk?Lagipun sekarang nie cinta aku hanya untukk Fakrul,Insyallah”

Maria hanya mengangguk.Tetiba aku melepaskan tawa.Maria pandangan pelik.Ok,aku tak gila lagi.

“Kenapaa…?”tanyanya manja.Mulutnya dimuncung kedepan.

“Tak adalah,tiba-tiba jer yang kau guna intonasi ala-ala serius plus sedih nie pehal?”

“Habis tu takkan aku nak baca berita sedih dengan senyum meleret kot? Kalau aku jadi pelakon la terus kena band tau.”

“Hahaha..ok-ok aku paham.Ermm…bila dia masuk kerja?”tanyaku kembali serius.

“Esok.Tapi aku tak tau la pulak dia nak datang pukul berapa.Pagi kot.”

“Owh..kalau macam tu esok,dia sampai office kau bagitau aku erk.Aku nak jumpa dia.”

“Ok,no prob dear.”

********

No comments:

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥