“Welcome to Inline Architecture,Mr. Amir Isyraf.”Faris menunduk menyambut kedatangan Amir di muka lift dengan senyuman . Sebelah tangan dilipat ke perut dan sebelah lagi dibiarkan disisi.Sekali pandang macam gaya receptionist dekat hotel 5 bintang.Dua kali pandang dah macam tak orang tak cukup calcium. Tulang rapuh,itulah sebabnya bongkok diusia muda.Hahah…
“Thank you.” Amir juga menunduk sedikit. Tetiba aja dia teringin nak berlakon dalam drama Faris.”Can You…”Amir menyerahkan briefcase yang masih ringan kepada Faris. Dia senyum bangga. Nak jadi perlakon terbaik kenalah overacting. Dan untuk Faris, kalau nak jadi perlakon pembantu lelaki terbaik kenalah ikut gaya hero puuuuuujaan ramai.
Seperti yang dijangka, Faris sambut briescafe Amir dengan muncung panjang. Apa kes, Assistant architect kena tolong bawak briefcafe macam gaya orang gaji aja ni. Ehhh…hello dia pun pandai apa,siap grad dekat university berprestij lagi.Hatinya berbisik.Ehh..macam tajuk lagu pulak.
“No smile,no tips.”Amir mengoyang-goyangkan cermin mata hitamnya yang sudah berada ditangan. Patutlah tadi dia rasa gelap semacam aja,ingatkan nak hujan rupa-rupanya Gucci sunglasses punya pasal. Selesa sangat pakai sampai dia terlupa nak tanggal bila masuk banggunan ofis ini.Err..untuk pengetahuan,dia bukan promoter Gucci ya,sekian.
Faris mencebik.Tips konon. “Tips apa yang kau nak bagi?”
“Tips exam.”Amir ketawa. Nice huhh?Dia bertanya dalam hati dan mula menghala ke bilik yang baru menjadi miliknya sambil diekori Faris.Tatkala matanya terpandangankan meja kak Ros yang kosong membuatkan ketawanya reda. “ Kak Ros mana?”
Dia bertanya Faris. Jam ditangan di perhati lama. Pukul 8.10 pagi. Takkan Kak Ros datang lambat. Dia curious. Kak Ros ialah setiausaha daddynya yang berdedikasi.Kata daddy,dia boleh mintak tolong kak Ros sebelum dia jadi CEO nanti. Bila dia jadi CEO, Kak Ros akan di terus diserap menjadi setiausahanya pula.
“Belum,Kak Ros ambik emergency leave hari ni.Tadi dia call,dia mintak maaf dengan kau sebab tak ada masa first day kau dekat sini.Anak kecik dia sakit.”
“Owh,It’s okay..”Dia menyambung jalan. Ehhh…apasal aku cakap it’ okay dekat mamat Faris nie,patutnya cakap dekat Kak Ros. Haila…
”Aku nak semua fail projek yang pernah syarikat urus dan fail-fail pekerja,tolong erk. Lepas tu kejap lagi bagitahu Adelia,yang aku nak jumpa dia.” Amir memberi arahan. Dia nak mula dengan kerja dengan serius,muka dictator. Biar semua orang hormatkan dia.Errr..kira okay ke macam tu?Ahh..cancel-cancel.Nanti karang banyak pula surat layang aku dapat.Kalau setakat surat tak pe jugak. Kalau aku dapat ayam hitam putus kepala ke,macamana?Siapa nak jawab?
“Boleh,tapi aku kena call Adelia dulu.Kalau dia free sekarang nie dan jalan tak jammed, dalam setengah jam dia boleh sampai kot.”
Amir menggangguk faham.Ermm..kan senang kalau Adelia jadi consultant untuk syarikat dia. Tak adalah nak susah payah dah nak cari consultant untuk projek lain nanti.Jimat masa dan tenaga. Tapi,lagi senang jugak kalau terus jadi isteri dia.Duduk goyang aja dekat kerusi empuk,bilik beraircond.Tak payah buat kerja bagai.Hahha..opss,apa kau fikir nie Amir?
“Aku rasa macam nak hired Adelia jadi consultant company kita la,okay tak?”
Faris buat kening double-jerk.Dagunya diurut-urut perlahan. Pelik si Amir nie,dah nak mula tackle Adelia pulak ke? “Kau nak try dia erk?”playboy biasala.Faris buat spekulasi sepantas cahaya.
Amir membulatkan mata. “Hello,aku dah insaf okay.Sekarang nie,kalau aku try tackle dia,maksudnya aku nak dia jadi isteri aku,ada faham?”Memang betul pun apa yang dia perkatakan. Sekarang dia nak focus jadi bakal suami aja.Bukan bakal playboy lagi.Ececeh..Erm..harap-harap berkekalanlah hati dia nie.Jangan esok,dia berubah fikiran sudahlah.Biasalah hati dah stable dengan gelaran playboy Berjaya. So susah sikit dia nak tepis godaan. Itupun dah cukup baik dia tak layan si Salmi gedik. Ex-girlfriends dia yang lain,dia tak sure lagi.Sebab diorang tak muncul nak meraih cinta dia balik.Ewahh..ayat…
“Hah..biar betik?”Dari tadi Faris tak habis-habis dengan muka terkejut. Dah 5 minit buat muka macam tu baru nak cakap ‘ Hah..biar betik?’
“Betik la.”
“Serious?”
“Kan aku cakap KALAU aku try tackle dia.Sekarang nie aku tak nak try lagi.”Ehh..iya ke Mr Amir?
“Iya ke?Aku tengok gaya macam kau nak dekat dia aja.Kahairul pun cakap macam tu.”Haa…see.Faris dengan Khairul pun tak percayakan dia.Nampak ke yang aku suka Adelia?Dia bertanya dalam hati.Serious ke aku suka dia ke? Amir gelabah.Ehh..sejak bila gelabah?Bukan selalunya perempuan aja ke yang tergelabah,tersipu-sipu malu,tergedik-gedik dan banyak ter lagi bila dengan dia. Ahhhhh…kenapa sekarang terbalik….!!!
“Adelia uruskan satu projek ini aja atau ada projek lain lagi?”Dia tukar topic.Kembali serious.Haishh..tak habis-habis nak jadi serious bila kantoi.
“Yang aku tahu,syarikat Adelia guna konsep one consultant one project.So buat masa sekarang,selagi projek kita tak siap lagi,dia akan sentiasa available untuk kita.”
“Good morning Encik Amir,Encik Faris.”
Amir yang baru nak buka mulut,terhenti. Awek Chinese aka Lucy dah sampai dengan lenggang lenggoknya.Mereka berdua serentak membalas kata selamat.
“I prefer,bos.” Amir senyum mengusik dekat Lucy. Tapi..apasalahnya kalau panggil bos pun.Nanti masa aku dah jadi CEO,tak ada la staf dekat company nie terkehel lidah nak memanggil dia,bos..Heheh.Dia sengeh.
Lucy ketawa.”No problem Encik Amir,oppss..I mean, bos.”
Amir tergelak.Tetiba rasa hati dah bengkak dengan rasa bangga. Tak pernah lagi ada orang panggil dia bos. Setakat Encik Amir or Mr Amir pernah la.Erk Mr Amir?Dia teringatkan Adelia.Ehh…apasal tiba-tiba teringat dia?
“Poyolah kau nie.Bos konon.”
Amir mencebir bibir. Jelous ke Encik Faris oii.
Lucy ketawa lagi seraya meminta diri kembali ke mejanya.Haishh..penat tengok lucy ketawa.Tak lenguh ke otok kat muka?Happy go lucky betul.
“Okay apa.Teringin jugak aku nak orang panggil bos.Erm..by the way,selalu ke Adelia datang sini.”Adelia lagi.Asyik-asyik nama Adelia yang keluar dari mulut.
“Selalu jugak dia datang bincang dengan aku pasal projek.Kenapa?”
“Ermm..okay.Kau ada number phone dia tak?”Lebih baik mintak dekat Faris.
“Kau tak ada ke?”Faris tanya balik.
“Kalau ada aku tak tanya kau la.” Haa..ambik kau Faris,nak tanya sangat kan?
Amir memulas tombol bilik yang disediakan untuknya.Bilik CEO masih lagi diduduki Dato’ Arif.Bilik ini walaupun tidak sebesar mana tapi rekaannya menarik.Muatlah untuk dia bekerja atau melakukan perbincangan dalam bilik ini kerana lengkap dengan ruang sofa berangkai.Kerusi empuk berwarna hitam didudukinya.Memang selesa habis. Tiba-tiba dia rasa bersemangat untuk bekerja dalam bidang sebegini.
“Erm..satu lagi.Aku nak tanya kau samaada kita nak guna syarikat kontraktor bawah syarikat kita atau kau nak try cari syarikat kontraktor lain?”Faris meletakkan briescafe Amir di atas meja.
“Syarikat kontraktor bawah syarikat kita?”
“Yup,Intra-line Contractor sdn bhd.Syarikat kontraktor dibawah syarikat induk,Inline Architecture.Intra-Line sediakan kontraktor.Inline sediakan architect.Haishh..aku rasa kau memang kena kaji balik asal-usul syarikat la,banyak yang kau tak tahu nie.”
Amir mengangguk.Memang banyak yang dia tak tahu pasal syarikat.Nama aja syarikat bapak sendiri.Tapi nasib baik juga dulu dia belajar dalam bidang architecture .Kalau tak memang lingkuplah syarikat daddy dia.
“So macamana?Kau nak Intra-line ke?”
“Yup,just go on with them.Lagipun mesti kau dah familiar dengan diorang kan.Insyallah projek lepas ini,baru kita try kontraktor lain.”
“Okay no prob.”
“Erm..boleh tak kalau kau mintak postpone presentation kita nanti?” Amir teringatkan perbentang proposal tak lama lagi.Rasanya dia perlu tahu hujung pakal projek juga segala hal syarikat dahulu sebelum dia bentangkan proposal projek.Takut nanti dia tak pandai kelentong guna ayat power bila kena serang. Maklumlah diakan baru pegang title architect plus ini first projek dia,so mesti akan ada yang tak percayakan dia untuk uruskan projek yang boleh dikatakan agak besar ini.
“Lupa pulak aku nak bagitau.Presentation tu memang dah postpone.Dua minggu dari sekarang.Company Sutra tu sendiri yang nak lambatkan.Aku pun setuju aja sebab aku baru buat pelan ringkas.Nanti aku nak kau tengok balik pelan tu ikut rundingan Adelia berkenaan dengan geologi kawasan or apa saja aspek yang Adelia nak fokuskan. Masa tu kau bolehlah mintak nasihat atau pandangan dia.”Panjang lebar Faris menerangkan
“Okay,thanks bro.”
“No problem.Aku keluar dulu.Kejab lagi aku suruh Sarah bawakkan fail yang kau nak tu. By the way,enjoy yourself dalam ofis baru.”Faris tabik hormat pulak. Tadi jadi receptionist dekat hotel 5 bintang.Sekarang dah naik pangkat jadi mejar dekat ATM pulak ke?
Amir tabik kembali ke arah Faris.Dia tergelak.Enjoy yourself?Dengan banyak hal pasal syarikat yang dia tak tahu,dengan pelan yang dia kena lakar sedangkan dah bertahun dia tinggalkan,dengan presention dan sebagainya,dia rasa 250% yakin dia tak boleh nak enjoy.Kalau dia enjoy karang sure tungging-langgang projek Sungai Buloh.Masa tu jangan harap nak jadi CEO,nak jadi kerani dekat syarikat daddy sendiri pun boleh fail.
Amir menyandar di kerusinya selepas Faris menghilang.Tali leher dilonggarkan sedikit.Aik..baru mula kerja,dah longgarkan tali leher?Hebat kau,Amir.
Dia memandang computer yang memaparkan ruang destop dengan folder dan software yang semuanya berkenaan architecture.Dia teringatkan sesuatu.Segera business card Adelia diteliti kembali.Dia kemudiannya klik pada Yahoo!messenger.Alamat emailnya dan password di masukkan.Kemudian alamat email Adelia ditaip.Selang beberapa minit requestnya disahkan Adelia. Tak sangka Adelia tengah online.
+Assalamualaikum,Miss Adelia.
-Walaikumussalam,Mr Amir.
+Aik..macamana tahu,nie I
-Your email address,off couse.
+Owh I see.BTW esok you free tak.I nak bincang sikit berkenaan projek.Faris kata You dah dapat maklumat geologi kawasan and beberapa info lain.So,I nak guna info tu untuk pelan reka bentuk mall yang nak dibina tu.And kalau you ada, boleh beri idea or nasihatkan I apa yang patut.
-Okay no prob.Btw,ermm site 2 dah dapat kelulusan ESA ke?
+No worries..Pasal EIA itu semua, NGO yang terlibat dengan landfill dulu tu dah settlekan.Site tu lulus EIA and ESA dengan bantuan geologist jugak. Tugas kita cuma reka bentuk building yang sesuai untuk dipanggil mall yang selamat dalam jangka panjang dan pendek.Itulah sebabnya I perlukan consultant macam you.Sebab you geologist, you boleh investigate site. Kalau tak salah I,ex-landfill tu dah ditinggalkan dua tahun.Geologist dulu pun investigate hanya untuk EIA. So sekarang I nak you investigate site tu balik. I nak tahu site tu ada certain major and minor geological problem and political nature or not.
Huh..panjang lebar Amir menaip.Lenguh jari.
+Sure,kita akan kerjasama dalam hal ini.Kalau tak saya bukan consultant geologist la..:)
-Nice to hear that words.So..you free la kan esok.We can have informal meeting then?
-Okay no prob.Btw,ermm site 2 dah dapat kelulusan ESA ke?
+No worries..Pasal EIA itu semua, NGO yang terlibat dengan landfill dulu tu dah settlekan.Site tu lulus EIA and ESA dengan bantuan geologist jugak. Tugas kita cuma reka bentuk building yang sesuai untuk dipanggil mall yang selamat dalam jangka panjang dan pendek.Itulah sebabnya I perlukan consultant macam you.Sebab you geologist, you boleh investigate site. Kalau tak salah I,ex-landfill tu dah ditinggalkan dua tahun.Geologist dulu pun investigate hanya untuk EIA. So sekarang I nak you investigate site tu balik. I nak tahu site tu ada certain major and minor geological problem and political nature or not.
Huh..panjang lebar Amir menaip.Lenguh jari.
+Sure,kita akan kerjasama dalam hal ini.Kalau tak saya bukan consultant geologist la..:)
-Nice to hear that words.So..you free la kan esok.We can have informal meeting then?
-eRMM...For your information,Mr Amir,I’m always available for you.
+Seriously? ;-)
Amir senyum tepi.Lain macam aja dengar.
-Ehh....I mean untuk projek tu la.
+Hahaha..I tak cakap apa-apa pun.Why?Ada feeling-feeling something ke?
Adelia dah tersedak baca apa yang Amir balas.Hello,mengada betul mamat nie.Sekeh karang baru tahu.
-Tadi Faris kata,you nak jumpa I hari ini,I baru OTW nak pergi sana.
Adelia tukar topic.Malas nak layan playboy yang ternyata pandai perangkap hati gadis macam dia.Ewah..nak jugak sebut gadis,tak nak sebut wanita erk?
+OTW?You YM dalam kereta ke?
-Eee..You nie tensionlah.I cakap OTW aja.Bukan OTW dekat highway.
Amir ketawa.Ada-ada aja jawapan Adelia.
+Hahahhah..so sekarang you OTW dekat ofis la?
-Yup OTW nak kemas barang nak bawak ke ofis you.
+It’s so okay.You datang esok je ya.Tapi kalau you nak datang hari nie pun boleh.Nanti boleh temankan I breakfast.
Amir menunggu balasan Adelia.Lama bebenor taipnya.
+Hello,miss Adelia.Ada lagi ke?Takkan dah pengsan.Baru suruh teman breakfast aja.
Dia menegur kembali.Mana tahu kot-kot Adelia tertidur.Err..waktu pagi dekat ofis.And you said she’s sleeping?
-Sorry,I dah breakfast.
+Huhh..jual mahal.
-Mestilah jual mahal.Ingat I murahan ke?
+Janganlah marah.I gurau ajalah.Sensitive betul you,pagi-pagi ni.
Adelia mencebik,memang palayboy betullah dia nie.
-Okaylah,I malas la nak layan you,Mr Amir.Kita jumpa esok.Assalamualaikum.
Niat hati nak tanya kenapa postpone ke esok hari.Tapi dia batalkan aja,kalau tak nanti sepanjang hari kena layan mamat tu berYM.
Dear diary,
Playboy memang macam tu erk?Suka main-main dengan hati gadis.Dan peliknya aku sendiri termain-main dengan ayat-ayat dia…Haishhh..Adelia please tekan button Backspace your feeling yang baru-baru nak mendownload masuk hati .Nanti kau jugak yang parah kena virus.lepas tu jangan harap nak jumpa antivirus kebal.
*******
Info
#EIA= http://www.cnf.com.my/eia.html (Dijalankan sebelum membuat landfill)
#ESA= http://www.epa.gov/oust/cat/esa.htm (Selepas landfill)
#site untuk projek megamall Amir adalah bekas landfill.
Info
#EIA= http://www.cnf.com.my/eia.html (Dijalankan sebelum membuat landfill)
#ESA= http://www.epa.gov/oust/cat/esa.htm (Selepas landfill)
#site untuk projek megamall Amir adalah bekas landfill.