“Ala nak tunggu along ada boyfriend lambat la.”
Adelia teringat kembali kata-kata adiknya.Memang tak dinafikan jodohnya memang lambat.Sejak dari dulu dia langsung tak pernah bercinta.Bukan tak teringin, cuma ..ermm..memang tak ada jodoh agaknya. Kalau dia suka seseorang,mesti lelaki itu langsung tak meminatinya. Kalau lelaki itu jatuh hati dengan dia,dia pulak yang tak suka.Ermm…
Kadang-kadang dia cemburu dengan kawan-kawannya.Ada yang sudah berpasangan,kehulu-ke hilir dengan kekasih hati. Ada juga yang dah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah sahaja.Malah ada juga yang sudah berkeluarga,ada suami dan juga anak.Dia?Dia masih lagi sendiri.
Apabila rasa putus asa,dia terfikir untuk terus membujang saja memandangkan dia sudah punyai kerjaya yang mampu menanggung hidupnya bersama adik perempuan dan mamanya di kampung.Tetapi dia rasa seperti kekurangan sesuatu.Kekurangan kasih sayang dari seorang lelaki.Cewah..kau nie dah berjiwangan, Adelia.Dia tersenyum.Kadang-kala dia terlalu memikirkan perihal ini.Apakata biarkan ia flow freely.Biar Allah yang tentukan jodohnya.
Dear dairy,
lets the love come freely….tpi kalau tak usaha bila nak dapat?
Dari jauh Amir memerhatikan gelagat bahagia antara Faris dengan seorang gadis berpakaian korporat yang membelakanginya.Amboi bukan main seronok kau ketawa ya,Faris.Dah lupa tunang kau ke?
Amir mendekati.”Bro.”Dia memanggil Faris yang masih leka bersembang.
Faris yang terkejut segera menoleh.Begitu juga dengan gadis di sebelahnya.
Amir yang ingin membuka mulut terkaku dengan seraut wajah mulus itu.Alis mata lentik yang memayungi mata sederhana bundar yang nampak jernih.Hidung yang terletak elok.Bibir yang kemerahan disaluti lip gloss nipis.Serta dagu yang terbelah.Kata orang, perempuan yang punyai dagu terbelah adalah seorang yang istimewa. And now, one word he can say,she’s perfect.
“Hello,bro!Takkan berangan kot.”Faris memanggil kuat.Haishh..memang playboy betul Amir ni.Jumpa gadis dahi lincin aja terus terpaut.Sampai naik segan Adelia direnung sebegitu.Kata nak berhenti jadi playboy tapi macam tak jadi aja.
“Ehh..errr..haa..bro.Aku,aku nak bincang dengan kau sikit.”Amir gelabah. Mangkuk hayun betul si Faris ni.Cover-cover la sikit cakap tu.
“Pasal projek megamall tu ke?”
Faris pandang Amir atas bawah. Ermm..memang ada cool habislah bakal CEO kita nie dengan short sleeve shirt dan Dior vest.
“Yup.Kau free kan.Lagipun sekarang waktu lunch.”
“A’ah memang free pun.Aku baru nak gi makan dengan Adelia.Jom join sekali.”
“Sure,why not.Erm,by the way,tak nak kenalkan aku dengan cik adik manis nie ke?” Amir pandang Adelia dengan senyuman membunuhnya.Memang sweet habis.Biasalah orang kata first impression is the most important thing.So, first smile should be the sweetest smile.
“Amboi ayat,semanis kurma.”Faris mengusik.Memang itulah Amir.Kalau tak guna ayat manis depan gadis cantik,tu memang bukan dia.
“Sebenarnya Amir, Adelia nie la consultant project megamall dekat Sungai Buloh tu.So kalau kau nak lebih info boleh aja tanya Adelia.And Adelia,nie la Amir Isyraf project manager kita and my future CEO.”Faris menyambung kata.
Adelia hanya tunduk sedikit sebagai tanda hormat apabila Amir menghulurkan salam.
Dalam penuh macho, Amir menarik tangannya kembali.Sahaja mahu control air muka di depan gadis cantik ini.Tetapi pelik juga bila Adelia tak bersalaman dengan lelaki padahal gadis itu tidak bertudung.Ermm..mungkin saja dia masih menjaga batas pergaulannya.
“Erm..So I think better kita pergi lunch sekarang.Naik kereta I,bolehkan Miss Adelia?” Amir menekankan dua perkataan terakhirnya.Sahaja inginkan kepastian samaada,gadis ini,isteri orang atau tak.
“Sure boleh.”Adelia megawal air mukanya.Tak mahu dia nampak terlebih ayu dan lemah-lembut sangat depan lelaki.Kalau boleh dia nak mereka anggap dia sebagai seorang yang ‘keras’.Bukan keras tomboy ya.Tapi keras dalam erti kata tegas dan cekap dalam pekerjaan setanding dengan kaum lelaki. Atau….sebenarnya dia mungkin mengingatkan dirinya bahawa dia masih boleh bahagia tanpa cinta lelaki?
Dan ternyata Adelia masih belum bersuami.Tapi kalau bab tunang atau kekasih,dia belum pasti.
“Ehem,ehem.”Faris berdehem.Rasa macam dia jadi orang ketiga pula antara Amir dan Adelia.Sudahlah dua-dua sama-sama single.”Kau nie datang saja-saja nak tanya pasal projek aja ke?”Dia menoleh kearah Amir.
“Yup.Aku saja tanya sikit pasal projek tu.Minggu depan baru aku start masuk ofis.”Dia berjeda seketika.
“Lagipun aku ingat nak bagitau Azriena yang aku kerja dekat sini.So senang la aku uruskan projek dan dalam masa sama jadi ‘bodyguard’ anak Dato’ Azman tu.”Dia berbisik di telinga Faris.
“Err..jom kita ke kereta sekarang.”cepat-cepat Amir menoleh ke arah Adelia.Takut pula kalau Adelia kecil hati bila mereka berbisik tadi.Dia tak nak Adelia salah faham,memikirkan mereka berbisik mengenai dia.
“Maksud kau tender projek tu kan?”Faris musykil.Cara percakapan Amir macam dia dah dapat projek Cheras tu.Tapi rasanya minggu depan baru syarikat mereka nak bentangkan proposal project.
“Wait,wait,wait.Tender?” Amir bertanya kembali.Dia mula keliru.
“A’ah tender.For your information kita kena berusaha keras untuk dapatkan projek tu.”
“Wait the minute.Apa nie?Aku macam …lost kejap.Bukan kita dah memang dapat projek tu ke?” Amir makin keliru.Disangkanya projek tu sedah menjadi hak mereka.Cuma tunggu masa nak di jalankan saja.
Adelia yang berada di persimpangan hanya termangu.Dia rasa lebih baik dia diam saja.
“Bila masa kita dah dapat tender tu.Proposal yang aku buat pun belum present lagi.Minggu depan hari rabu,baru kita present proposal projek tu.Kau patut bersyukur tau sebab tak payah bersusah payah nak fikir pasal proposal tu.Semuanya aku,Adelia dengan Kak Ros yang uruskan.Kau cuma pergi bentang aja dekat depan pengarah Sutra Compony.And..make sure dia yakin dengan presentation kau.”
“Wait,wait..aku still lost.Aku tak faham.”
“Aku rasa better kau tanya daddy kau.Dia lebih tahu.”
Amir mengeluh.Nampaknya banyak juga dia kena belajar pasal syarikat Inline Architecture sebelum dia boleh ambil alih jawatan daddynya.”Daddy aku ada dekat ofis dia ke?”
“Tak ada,hari ni daddy kau cuti.”
“Okay,kalau macam tu aku balik dululah.See you then.” Amir bergegas ingin pulang ke Villa keluarganya. Dia rasa perasaan ingin tahunya kini memang jauh lagi tinggi dari Gunung Everest.Dia nak dengar sendiri semuanya dari Dato’ Alif,daddynya.
“Ehh..takkan tak nak lunch dulu?”
Langkah Amir terhenti.”Sorry aku dah tak ada seleralah.Ermm..bolehkan korang pergi berdua aja.”
“Owh..boleh aja.”
“And Miss Adelia,I really want to have a lunch with you but..i’m so sorry.I..”
“It’s okay.I faham.”Adelia tersenyum.
“So..I think,I owe you a lunch or dinner maybe?”Amir kembali mendekat seraya melemparkan senyuman paling menawannya.Dalam kekalutan dengan tender projek yang sungguh membuatkan dia keliru pun dia masih lagi boleh jadi playboy bermaruah.
“Err..well,anytime you like.”Adelia serba salah.Lunch okay lagi,tapi dinner?err..lain macam pula dia nak keluar dinner dengan project manager sementara dia ni.
“Okay,so nanti kalau I nak bayar hutang I bagitau you.”
Adelia ketawa.Rasa pelik pula,bila fikir orang berpangkat lebih tinggi dari dianya berhutang dengan dia yang hanya bergelar pekerja.
Amir terpana.Matanya kaku pada wajah Adelia.Gadis ini memang ada kecantikkan tersendiri.
“Awak cantik bila ketawa.”Tanpa berfikir ayat itu meluncur laju dari bibir Amir.Ayat kilse.
Adelia tersentak.Segera ketawanya di akhiri.Dia jadi malu.Dalam masa yang sama dia jadi terharu kerana itulah antara the sweetest thing that someone ever said to her.In fact that was the first time she heard something like that from…a guy.Oh my..Seriously she loves that feeling.
“Kau nie nak tackle Adelia ke?”Faris yang tadi hanya memerhati kini bersuara.Bertanya straight to the point.Tak ada belok-belok.
“Isk,kau nie..hahha.”Amir ketawa.Dalam diam dia membeliakkan mata ke arah Faris.Cuba memberi amaran.Kalau betul pun dia nak tackle Adelia,janganlah bocorkan rahsia. Sudahlah dia lama lagi nak berkerjasama dengan Adelia.Nanti karang ,Adelia rasa tak selesa dengan dia sebab hal ini,dia juga yang rugi.Mula-mula lagi dah cari masalah.
“Okay la.I’ve to go.”Amir cuba mengelak bila melihat Adelia yang sudah merah muka nak control rasa tak keruan.
“Ermm..Amir,aku lupa nak bagitahu kau.Ada lagi dua syarikat yang akan bersaing dengan kita untuk dapatkan sher sepenuhnya dalam projek Sungai Buloh tu.Tapi salah satu syarikat nie mesti kau akan terkejut kalau tahu.”
“Syarikat apa?”
“Well you will be surprise to hear this.Syarikat… Dato’… Azman.”
Seperti yang dijangka,Amir terkejut.”You’ve to be kidding me,right.”Dia masih tak percaya.Rasa mahu pecah kepalanya dengan kejutan yang datang bertubi-tubi.Menyesal pulak dia datang ke syarikat hari ini.Sepatutnya dia datang minggu depan aja.Biar dia betul-betul ada good feeling untuk menyertai
“I’m always serious,bro.”
Amir terdiam. Tak mungkin Dato’ Azman tak tahu Syarikat InLine Architecture tu ialah syarikat abah dia. Ermm…nampaknya Dato’ Azman memang ada agenda tersendiri.Atau mungkin juga orang tua tu nak berlagak professional.Taknak campur urusan peribadi dan kerja.
Adelia semakin keliru.Apa masalahnya dengan syarikat Dato’ Azman.Ke diorang nie tak suka persaingan.Tapi takkanlah syarikat besar seperti Inline Architecture ini tak menyahut cabaran persaingan sihat.Macamana nak maju kalau semua benda nak senang saja.
“There is something that I don’t know?”Adelia bertanya.Dia cukup tak suka kalau dia terlepas something yang ada kaitan dengan projek yang dia uruskan.
“Well..erm nanti miss Adelia akan tahu juga.Don’t worry,dear.It’s will not effect anything on your work.”Amir berkata lembut seraya tersenyum.
“Aku pergi dulu.”Amir segera berlalu.Lagi lama dia dengan Faris,lagi banyak benda yang dia keliru.
Adelia hanya mengekori langkah lelaki itu dengan pandangan matanya
Dear dairy,
Oh my...!tak tipu dia memang handsome!Mix pulak tu..memang full package ...Heee :D
No comments:
Post a Comment