“ Dato’ ,Mr Amir line 2.Dato’ nak saya sambungkan ke?”terdengar suara Farah,setiausahanya dari intercom.
“Amir Isyraf ke?”Dato’ Azman sangsi.Ada hal apa pulak lelaki muda ini menelefon dia.
“Ya,Dato’.”
Dia berjeda seketika.Option 1:Amir dah tahu mereka akan jadi pesaing hebat untuk projek MegaMall Sg Buloh. Option 2 : Berkenaan Azriena,si anak tiri yang menyusahkan hidup dia,nak mintak harta sikit pun dah macam nak mintak sebaldi darah Bush.“Okay,awak sambungkan.”
“Baik,dato’.”
“Well,hello dato’,….lama tak dengar cerita?”Amir memulakan perbualannya.Baru sebentar tadi dia sedar akan satu info yang dia terlepas pandang.Azriena bt Dato Mahadi.Diulang…Mahadi,bukan Azman.Ya,baru kini dia tahu bahawa Azriena hanyalah anak tiri Dato’ Azman.
“Tak ada cerita sensasi yang saya nak sampaikan.”Dia menjawab endah tak endah.
“Iya ke?What about tender project dekat Sungai Buloh yang Dato’ tengah usaha sekarang?”
Dato’ Azman tersenyum sinis.Option 1 mengena. “Nampaknya Encik Amir dah tahu.”
“Dan sungguh saya tak sangka yang kita bersaing untuk dapatkan projek yang sama.”
“Don’t worry,Mr. Amir.Kita akan bersaing secara sihat.”Dia berjanji.Memang itu yang akan dia lakukan.Dia tak nak ada sebarang masalah yang akan menjejaskan reputasi syarikat memandangkan tak lama lagi syarikat ini akan menjadi milik dia sepenuhnya.
“Ermm…well,susah saya nak percayakan dato’.”Amir berterus terang Disebabkan khabar-khabar buruk yang dia dengar dari sesetengah orang corporate mengenai Dato’ Azman membuatkan dia kurang percaya orang tua itu sejak dulu lagi. Tambah lagi bila Dato’ Azman sembunyikan banyak fakta dari dia.
“Anak saya sekarang dalam jagaan awak,jadi saya takkan buat sesuatu yang membuatkan Encik Amir rasa nak balas dendam guna anak saya.Lagipun projek tu saya dapat tahu sebelum saya jumpa encik Amir lagi.”Dato’ Azman bijak menggunakan nama Azriena.
Amir senyum sinis. Dah Nampak Dato’ Azman seperti semut kecil yang hanya mampu berada ditepi kakinya saja.
“So maksudnya dalam kamus perniagaan dato’,ada word professional?”
“Definitely .Saya takkan campur adukkan hal anak saya dengan hal kerja.”Pembetulan..anak tiri,dia tersenyum sinis.
“Kalau macam tu,saya pegang kata-kata dato’.Dan satu perkara lagi,saya rasa saya ni tak adalah sampai terfikir nak buat sesuatu yang bodoh dekat anak dato’ sehinggakan dato’ kena hantar bodyguard.” Amir berkata tegas. Terdengar nada marah di situ.Dia ingat lagi semasa dia menegur Azriena waktu hujan renyai dekat fakulti gadis itu beberapa hari lepas, dia terperasankan bodyguard yang selalu mengawasi Azriena yang memakai kereta wira warna putih. Dia kenal sangat kereta wira dengan nombor plat yang bermula dengan huruf WGT 1###,kerana dulu sebelum dia bertindak untuk bertemu dengan Azriena dia terlebih dahulu mengekori langkah gadis itu selama beberapa hari.Dan hasilnya dia ketahui fakulti,jenis kereta yang digunakan gadis itu serta bodyguard yang sentiasa mengintai Azriena dari jauh. Yang dia pasti bodyguard yang mengkori Azriena bukanlah bodyguard yang boleh pakai. Rasanya bodyguard itu jugaklah nanti yang akan menyusahkan Azriena. Maklumlah bodyguard bapak tiri yang gila harta anak tirinya. So faham-fahamlah tugas sebenar bodyguard Dato’ Azman tu.
“Owh,err…err masa tu,saya belum bagitahu bodyguard saya tu berkenaan Encik Amir.Jangan risau lepas ni,Encik Amir takkan jumpa diorang lagi.”Dato’ Azman mengeluh.Diorang nie memang tak tahu nak jadi spy ke?Mengintip dari jauh pun Amir boleh tahu?Tapi jangan risau Encik Amir…tak lama lagi bodyguard tu akan hapuskan gadis yang jadi beban kau,Dato’ Azman ketawa kuat dalam hatinya.
“Make sure,you won’t brake your promise.Saya tak suka kerja saya diganggu orang lain.Dan saya jugak tak suka kalau kereta wira putih WGT 1### ada dekat dengan saya.”Amir memberi amaran.Hanya untuk menambah perisa pada lakonanya saja. Dato’ Azmankan suka berlakon so apasalahnya dia pun nak jadi hero dalam drama lelaki tua ini.
“Jangan risau.I won’t let it happen again.”
“Fine,I trust you dan saya harap,Dato’ akan selesaikan masalah dato’ secepat mungkin. Saya tak ada masa banyak kalau asyik nak jaga anak dato’.Dato’ pun tahukan yang tak lama lagi saya akan pegang jawatan baru?”Amir saja menekankan perkataan anak buat pendengaran Dato’ Azman.Orang tua tu ingat dia tak tahu yang Azriena hanyalah anak tirinya saja.
“Ye,saya tahu.”Dato’ Azman mengeluh perlahan.
“Susah nak deal dengan Megat Syukri.”beritahunya sengaja. Nama megat Syukri akan digunakan sebagai batu loncatan dan sekaligus menyakinkan Amir bahawa dia memang ada musuh.
Amir senyum tepi.Ermmm…ikt ajalah rentak lelaki tua ini.Nak berlakon sangatkan. “Megat Syukri bin Megat Sharif ke?”Amir menyebut nama itu. Seorang ahli perniagaan yang disegani nun di Dubai sana.
“Err..ya.”
“Macamana Dato’ boleh ada problem dengan dia?Setahu saya dia tak ada branch dekat Malaysia.”Dan dato’ juga tak ada branch dekat luar negara.Nak saja dia cakap macam tu.Tapi kesian pula dekat Dato’ Azman.
“Ya,sekarang memang dia tak ada branch dekat Malaysia.Tapi dulu ada.Tak apa,itu masalah saya.Yang penting Encik Amir jaga anak saya elok-elok.”Sukar untuk dia bukak kisah silam antara dia dan Megat Syukri. Dulu dia berkawan rapat dengan lelaki itu.Sehinggakan mereka mampu membuka syarikat besar bersama.Namun disebabkan hanya salah percaturan,membuatkan dia terseksa dalam lembah dendam. Sehingga kini dia masih belum berjumpa Megat Syukri,tapi dia tahu lelaki itu masih belum puas membalas dendam terhadapnya kerana kes kematian Megat Shahril,anak Megat Syukri beberapa tahun lalu. Memang salah dia kerana menyerahkan projek dahulu kepada Megat Shahril.Tujuannya hanya mahu Megat Shahril biasa dengan bidang perniagaan. Namun entah apa silapnya,bila musuh mereka berdua,tiba-tiba membuka langkah menculik Megat Shahril.Selepas beberapa hari kemudian,mayat Megat Shahril ditemui di tepi sungai.Hasil autopsy mengatakan punca kematian ialah pendarahan dalam otak disebabkan penderaan semasa dia diculik sebelum mayatnya dibuang.Dan sejak itu Megat Syukri menyalahkannya. Pelik bila Megat Syukri tak salahkan musuh mereka tetapi menyalahkan Dato’ Azman yang dikatanya menjadi punca yang menybabkan musuh mereka beralih arah kepada Megat Shahril. Mungkin kerana Dato’ Azman memperkenalkan dunia perniagaan ini kepada Megat Shahril dan seterusnya mengatakan bahawa lelaki muda itu bakal menerajui syarikat mereka tak lama lagi.Selepas kejadian berdarah itu juga,syarikat mereka telah ditutup.Tak ada lagi perjanjian syarikat antara Dato’ Azman dan Megat Syukri.
Dulu dia rasa kesal dengan hal ini.Tapi sekarang tidak lagi.Dia dengan bangganya menggunakan nama permusuhan antara dia dengan Megat Syukri untuk mengkaburkan mata Amir dan dia takkan disyaki.
Kematian anak tirinya merangkumi kakak sulung Azriena beberapa tahun lalu juga ditutupnya dengan nama Megat Syukri atas sebab dendam.Tetapi polis tak temui bukti. Padahal dia yang merangcang kes langgar lari kakak Azriena sehingga dia meninggal.Tujuannya hanya satu.Supaya harta kakak Azriena berpindah atas namanya. Tapi dia silap,bukan jatuh atas namanya,tapi nama Azriena. So,kini officialy dia menumpukan pada Azriena untuk mendapatkan harta tersebut.
*******
“Hai sweety.”tegur Amir Isyraf selamba.Dilihatnya gadis itu tersentak dengan kehadirannya yang tiba-tiba.
“Tak sangka boleh jumpa lagi?”Dia menyambung bila Azriena bagaikan membisu dengan mata yang membulat. Amir senyum memikat. Memanglah jumpa,dah dia yang rancang dalam diam.
“Err.. Amir.Apa awak buat dekat sini?” Segera gadis itu meletakkan kembali majalah ditanggannya ke rak berdekatan.
“Jumpa kawan.Dia doctor dekat PK UKM.Lepas tu saya singgah sini kejap, nak tengok magazine baru.Tak sangka pulak boleh jumpa Riena dekat sini” Amir mengambil buku yang diletakkan Azriena tadi.Dia membelek-belek buku tersebut.
“Owh ya ke.”
“Awak suka masak ya?”
“Hah?”Azriena rasa blank sekejap.Dia memang begitu apabila berhadapan dengan Amir.Jejaka idamanlah katakan.Sampaikan semua kelakuannya juga rasa serba tak kena bila mata lelaki itu bagaikan hanya untuknya. Cewahh..ayat..
Amir menunjukkan buku yang dipegang Azriena tadi.Bersahaja.
“Owh..suka.Suka sangat.”Dia jadi teruja tiba-tiba.Memang dia gemar memasak apatah lagi masakan barat.
“Erm..bertuah orang yang dapat awak.Boleh selalu rasa homemade foods.” Amir mula menjual ayat.
Azriena tersipu malu bila dipuji begitu.Pandangan mata Amir yang redup bagaikan angin cinta yang membawanya terbang ke kayangan.Oh my..so di awing-awangan.
“Hahah..tak adalah.”Dia cover malu.
“Saya suka perempuan yang suka masak.”
Azriena terdiam.Tak tahu nak cakap apa.Yang pasti hati dia bagaikan dah sampai di terminal pelangi cinta.
“Err..awak cari magazine apa?”Azriena cuba menutup gugupnya pula.
“Masculine ,tapi tak ada yang baru keluar untuk bulan ni.” Amir berkata yakin.Nampak saja yakin,tetapi dia sendiri tak tahu sudah keluar atau belum majalah masculine yang dia lihat sekali imbas tadi.
“Okaylah,saya terpaksa pergi.Assalamualaikum.”Dia tersenyum seraya berlalu.Kata orang kalau nak real ber’cinta’ kena jual mahal sikit.Opss..tapi…
“By the way…erm..can I’ve your nombor?”Dia berpaling,mendekati gadis itu kembali.
Azriena sudah bersorak gembira dalam hati seraya mengangguk laju.
*****
Amir menghampiri Toyota Priusnya.Jarinya yang bersiap sedia menekan punat pada kunci keretanya terhenti tatkala melihatkan seseorang yang dia kenal sedang bersandar pada sisi kereta persona warna hitam dihujung sana.Tanpa sedar bibirnya menarik senyum manis.
“Miss Adelia.”
Adelia tersentak seraya berdiri tegak memerhatikan lelaki dengan langkah penuh yakin,menghampiri.Dari jauh lagi lelaki itu sudah tersenyum saja.
“Encik Amir.”
“Miss Adelia.Buat apa dekat sini?”Amir bertanya dalam senyum.Tak habis-habis dengan panggilan miss untuk Adelia.Tahulah Adelia single-mingle lagi.
“Owh,lepas habis kerja,saya datang jemput adik saya.”
“Adik Miss Adelia belajar dekat UKM nie ke?”
“Yup.and Mr Amir buat apa pulak dekat sini?” Panggil aku miss Adelia?So..haaa..ambik kau Mr Amir.
Amir terdiam,terfikir alas an terbaik untuk pendengaran gadis di hadapannya ini.
“Saya da…”
“Amir!”
Ayatnya terhenti.Wajahnya pantas dipalingkan kebelakang.Kelihatan Azriena sedang berlari-lari menghampirinya dengan memegang satu plastic putih di tangan kanan.Dalam termengah-mengah dia menghulurkan bungkusan itu kepada Amir.
Adelia hanya memerhati.Serius dia rasa macam pernah Nampak gadis berblaus biru ini.
“Nie majalah masculine yang awak nak tadi.Secara tak sengaja saya Nampak edisi baru nie.”Azriena menipu.Sebenarnya tadi puas dia cari keluaran Masculine untuk bulan ini.Selamat jumpa.Dan selamat juga Amir masih ada di kawasan parking.Tapi..dengan seorang perempuan yang agak cantik.Siapa dia?Dia jadi cemburu.Ehhh..belum apa-apa dah jelous?
“Err..thanks.Tak sangka boleh ada.Tadi saya tak jumpa pun.”
“Maybe awak terlepas pandang kot.”
“Kenapa tak call saya aja.Boleh saya pergi kedai buku tu balik.”
“Err..awak tak miscall saya pun.So saya memang tak ada nombor awak.”
“Owh..ye ka..Sorry,nanti saya miscall.”Entah kenapa Amir rasa serba-salah nak bersembang dengan Azriena berdekatan Adelia.Rasa macam something..yang tak kena.Ahh..kenapa pulak dengan perasaan dia ni?
“Err..Mr Amir,I think I’ve got to go.Adik saya dah tunggu dekat sana.Bye.”Adelia mencelah seraya menunjukkan lokasi adiknya kepada Amir.
“Ehh..miss Adelia..” Amir terkaku.Sungguh drastic rasanya bila Adelia pergi begitu saja.
Tanpa menunggu lama dia terus memasuki kereta dan memecut menghampiri adiknya.Sungguh dia rasa terpinggir tadi.
Dear Diary,
I hate him!Err..betul ke benci?
I hate him!Err..betul ke benci?
******
“Along,kenal ke diorang berdua tu?”Eima bertanya.Tangannya sibuk memasang tali pinggang keledar.Bahaya kalau tak pakai,bila kakaknya ini memandu bagai pelesit saja.
“Oitttt.”Eima menjerit kuat bila kereta yang dipandu terhenti tiba-tiba.
“Apa nie berhenti mengejut.”
“Dah lampu merah mestilah berhenti.”
“Memanglah berhenti,tapi bukan mengejut.Bawak kereta macam minah rempit aja.”
“Minah driftlah.Rempit tu untuk orang yang bawak moto.”
“Ye ke?”
“Entah,along hentam je.”
Eima ketawa.Lawaklah along dia ini.Tapi sedap juga minah drift tu.
“Along kenal ke diorang tadi tu,siap bersembang lagi.”
“Mana ada bersembang.Diorang dua aja yang bersembang.Along jadi tunggul aja dekat situ.”
“Aik marah Nampak. Jealous ke?”
“Tak ada masa!”
“Angah kenal ke?”
“Yang lelaki tu bos along,perempuan tu along tak kenal.Girlfriend dia kot.”Adelia teringat kembali perbualan pasangan itu berkenaan nombor telefon.Mungkin aja mereka berdua baru berjinak-jinak nak bercinta.Huhh..dia tak kesah pun!Aik..kalau tak kesah,kenapa marah.
“Yang perempuan tu Eima tak tahu nama,tapi dia senior Eima.”
“Senior ko?Biar betik.Nampak macam kau aja yang jadi senior dia.”
“Ish..along nie,nak kutuk Eima pulak.Dia memanglah Nampak muda sikit sebab dia anak orang kaya.Entah-entah tiap minggu pergi spa.Lagipun dia tu lemah-lembut sikit.Erti kata lain senang dibuli la,sebab muka innocent sangat.”Sempat dia mengutuk.
“Owh ye ke.”
“Kalau hujan mesti boleh tengok scene romantic diorang tu lagi kan?”
“Hahh?”Adelia pelik.Wajah adiknya dipandang lama.Scene romantic apa?
“Aik..takkan along dah lupa kot.Scene romantic masa hujan dulu tu diorang berdua la ‘pelakon’nya.”
Adelia pandang adiknya sekali lagi.Dia masih tak faham.
“Isk,along nie,slow pick up betul.Diorang berdua tu la yang berlari lari dengan payung dalam hujan renyai yang kita tengok dekat depan fak dulu.”
Adelia tersentak.Seriously diorang berdua tu ke?Oh my…
“Esok pergi kuliah dengan teksi,along dah malas nak hantar dan ambik.”Adelia bertegas.Kesian adiknya,menjadi mangsa sebab dia sudah malas nak pergi UKM.Asal dia pergi UKM saja mesti ada yang membuatkan dia cemburu.Eeee..tension!
3 comments:
aiyak., gila jht dato' azman nie..
amir nie cm nk ngorat azriena ja..
apa jd next ea? :D
hahaha.... belum apa2 Amir dah kantoi.... Adelia cemburu yea... Riena plak dah jatuh hati.... next n3 plz...
hehe..tq my sweetpies sbb komen...next en3 akan dipost nnt..
kan2...dato azman gler jhat..mlmlah riena 2 bkan anak dia....
Post a Comment