“Senyum aja,anak manja mak nie.Ada sesuatu ke yang buat Riena gembira?”Mak Sal,pembantu rumah mendekati Azriena yang berada di sofa berbentuk L sambil menonton drama korea. Dia turut menyertai anak arwah majikannya yang dia sudah anggap seperti anaknya sendiri.
“Mana ada,mak nie..”Azriena menjawab manja.Kepalanya dilentokkan ke bahu Mak Sal.
“Habis tu kenapa senyum-senyum lepas tu ketawa tengok,cerita sedih.”
Azriena gelabah.Bukan tadi ada cerita kartun ke?
“Err..hehe.”
“Cuba cerita dekat mak,nak juga mak tahu cerita gembira versi Riena pulak.”Tadi dia dengar cerita gembira versi anaknya yang tinggal di Pulau Pinang mengatakan bahawa dia akan jadi nenek tak lama lagi.Sehingga kini dia masih rasa gembira dengan berita itu.
“Ermm..dua hari lepas,hujan kan mak?”
“A’ah,kenapa?”
“Masa tu Riena parking kereta jauh dari fakulti,so Riena duduk ajalah dekat lobi,nak tunggu hujan reda.”
“Lepas tu?”
“Lepas tu,ada seorang lelaki,handsome sangat mak.Nampak smart aja,maybe tua dua tiga tahun dari Riena.Dia tanya Riena nak join dia tak.Riena masa tu dah la tengah terpaku tengok wajah dia,terus Riena jadi blur.Rupa-rupanya dia tanya nak share payung tak.Kalau nak, dia boleh hantarkan sampai ke kereta.Dia tu sweet sangat mak.”
“Iya?Dia tu siapa?Pelajar jugak ke?Ke pensyarah?”
“Iya?Dia tu siapa?Pelajar jugak ke?Ke pensyarah?”
“Entah la mak,tapi rasanya orang luar sebab dia pakai pas masuk.”
“Nama apa?”
“ Amir.Amir Isyraf.Sedapkan nama dia,mak.Dah la handsome.”
Mak Sal senyum.Lama dia tak dengar Azriena memuji lelaki selain arwah abahnya,Dato’ Mahadi.
ini.
“Mak rasa Riena nak bagitau yang Riena dah jatuh cinta dengan dia ya?”
“Mak nie,mana ada Riena jatuh cinta.Cuma Riena suka tengok dia aja.Lagipun Riena baru jumpa dia sekali aja.Entah-entah lepas nie Riena dah tak jumpa dia lagi.”
“Kalau ada jodoh,mesti Riena jumpa dia lagi nanti.”
Azriena tersenyum. “Macamlah jodoh Riena dengan dia.”
“Manalah tahu,kalau itu jodoh Riena.”Mak Sal mengusap kepala Azriena perlahan.Diciumnya rambut Azriena.Dalam hati dia berdoa agar Azriena dipertemukan dengan lelaki yang baik dan bertanggungjawab.Dia nak nanti akan ada orang yang boleh menjaga Azriena seperti mana dia menjaga anak angkatnya ini.Walaupun dia tak beritahu Azriena tapi dia yakin Dato Azman langsung tak suka dan tak hiraukan Azriena walaupun arwah Datin Habibah pernah berpesan supaya Dato’ Azman menjaga anaknya itu dulu.Sebelah hatinya berat untuk menyerahkan Azriena kepada Dato’ Azman kalau-kalau dia tak dapat lagi bekerja dalam banglo ini.
“Mak,nanti mak nak pergi rumah Kak Sofia kan?”
Mak Sal mengangguk.Tak sabar dia jumpa satu-satunya anak perempuan dia. Lagi tiga orang semuanya lelaki.
“Riena nak ikut.Nak tengok rupa kak Sofia semasa dia pregnant.”Mata Azriena bersinar.Dia memang begitu bila nama ahli keluarga Mak Sal disebut.Baginya mereka seperti saudara kandungnya.
“Boleh sayang.2 minggu lagi kita pergi.”
*******
“HELLO,dear.Kenapa lama tak call I?”
Amir duduk bersandar di kerusi kerja dalam bilik bacaan daddynya. Dia mengeluh. Perempuan ni lagi.Dah putus,pun masih nak kacau hidup dia.
“I busylah.You pun tahukan yang I akan masuk ofis tak lama lagi.”
“Memanglah you masuk ofis tak lama lagi,tapi bukan sekarangkan.Jom kita dinner sama-sama,nak?I dah book meja untuk kita berdua dekat restoran yang you suka tu.”ajaknya manja.Mengedik pun ya juga.
“Kita kan dah putus,so boleh tak you jangan kacau I lagi.” Amir bertegas.Nampak sangat perempuan nie mata duitan.Dulu bila dia cakap yang dia dah berhenti jadi penyiasat dekat agensi penyisatan dan keselamatan yang agak besar,terus saja Salmi mintak putus seminggu lepas tu.Dia kata mereka tak serasi la,tak berkesefahaman la dan macam-macam lagi alasan. Padahal dulu boleh saja hubungan mereka bertahan. Lepas putus langsung Salmi tak hubungi dia.Pernah juga dia call Salmi.Dia pun tak pasti kenapa dia boleh telefon perempuan ini.Yang pasti waktu itu juga dia tahu yang Salmi dah tukar nombor.Kemudian lepas seminggu,dia dapat call dari nombor yang dia tak kenal.Bila dijawab,Salmi rupanya.Yang peliknya,punyalah manja dan gediknya suara Salmi.Siap tanya khabar dan kata bahawa dia masih sayangkan Amir.What the ….!Huhh..memang angin satu badan betul Amir waktu tu.Boleh perempuan ini cakap manja-manja dengan dia lepas perempuan ni sendiri yang putuskan hubungan mereka?Bila ditanya kenapa telefon,Salmi hanya menjawab mereka putus secara baik,jadi boleh saja kalau mereka nak berkawan dan boleh juga kalau nak sambung balik hubungan mereka.Masa itu,Amir jadi pelik.Putus secara baik?Bukan Salmi marah-marah ke bila Amir tak setuju mereka putus hubungan sebab tak ada kesefahaman?Siap hentak tangan ke meja lagi.Macam tu dia kata baik?
“You nie,I kan dah kata kita boleh jadi kawan?”
“And lepas tu,kita boleh couple balik?” Amir bertanya sinis.Mengulang balik ayat yang pernah Salmi cakap dulu.Paling menjengkelkan ayat yang Salmi tutur itu,setelah Salmi tahu bahawa dia berhenti kerja di agensi sebelum ini kerana dia bakal bergelar CEO disyarikat family sendiri. Dulu dia memang tak pernah memberitahu latar belakang keluarganya kepada perempuan itu.Yang Salmi tahu dia hanyalah punyai kerjaya yang tetap,apartment sendiri dan sebiji kereta. Bagi Salmi itu dah cukup memuaskan. Dah boleh tanggung hidup dia.
Salmi ketawa perlahan.Amir mencebik.Bajet manjalah tu.”Kalau you nak,apasalahnya.”
“Sorry to say,I dah ada orang lain.”
Salmi terkejut.Bunga ros plastic yang dibelai-belainya tadi terus dicengkam kuat.”Maksud you?”
“Tak ada maksud apa.Cuma I nak cakap yang I dah ada pengganti you.Rasanya lebih baik dari you kot.And pasal dinner tu,sorry la,I dah janji dengan si dia nak romantic dinner together.Bye!”
Salmi menhembus nafas kasar. Telefonnya digenggam kuat.”Tak mungkin,kau dah ada yang lain..Ahhhhhhhh…”Salmi menjerit lantang.
“Tak guna kau Amir.Tak apa,kau tak tahu lagi,siapa Salmi sebenarnya!”Dia menjerit kuat.Tanpa sedar,pasu kaca bunga ros plastic sudah pecah berkecai,di hempas ke dinding bilik tidurnya.
No comments:
Post a Comment