Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Friday, February 24, 2012

Aku..Mahukan Cinta 5

“Assalamualaikum Mak Mah.”
“Owh Mak Mah kau meletup..”Mak Mah,pembantu rumah mula melatah. Habis sudip yang dibasuh membuat  harsh landing dekat dalam sinki. ”Isk Amir nie,terkejut Mak Mah.” Diurutnya dada yang berdetak hebat.Dalam pada itu,sempat juga dia menjawab salam dalam hati.

Amir ketawa.”Apalah Mak Mah nie.Orang dah bagi salam pun terkejut lagi.”
“Mestilah terkejut ,dah kamu datang senyap-senyap.”Mak Mah segera menoleh ke arah pili air.PSudip yang masih berbaki sabun,dbilasnya bersih.Nasib baik jugak dia tak hentam sudip seramik ini ke kepala Amir.Kalau tak menetap dekat hospitallah budak Amir ni.
“Daddy mana,Mak Mah?” Amir bertanya.Tak mahu berlengah untuk bersemuka dengan daddynya.
“Dekat bilik bacaan agaknya.”
“Mama?”
“Dekat belakang rumah.Nak tanam pokok bunga ros katanya.”
“Owh,okaylah Mak Mah, Amir nak jumpa Daddy kejap.”Dia segera menapak menaiki tangga. Bilik bacaan di buka perlahan.Dilihatnya Dato’ Alif sedang leka dengan fail-fail dan laptopnya. Nama aja cuti,tapi busy tetap ada selagi Amir tak ambik alih syarikat mereka.
“Daddy.”Dipanggil perlahan.Takut terkejut pulak daddynya seperti Mak Mah tadi.
“Amir,bila datang?”Dato’Alif segera menoleh ke muka pintu.Cermin mata di pangkal hidung ditanggalnya perlahan.
“Baru aja. Amir ada hal sikit nak tanya  daddy.”
Dato’ Alif menunggu ayat seterusnya.Jarang benar anak bongsunya ini balik villa keluarga di waktu begini.Biasanya hari minggu ,tak pun malam hari.
“Pasal tender projek dekat Sungai Buloh tu.” Amir berjeda lagi.Tadi kata tak nak berlengah-lengah pasal hal ini.Kononnya sifat ingin tahu lebih tinggi dari Gunung Everest.Tapi bila berdepan dengan daddynya,susah pula dia nak susun ayat yang betul.
“Betul ke projek tu baru peringkat proposal.Maksud Amir projek tu tak sure lagi jadi milik Inline Architecture atau tak?”
“Lebih kurang macam tu lah.”Dato’ Aliff selamba
“Daddy kata dah dapat projek tu?”Tiba-tiba Amir rasa sedikit panas. Kalau betul projek tu belum jadi milik dia,maksudnya beban kerja dekat syarikat mereka berlipat-lipat-lipat dan lipat kali ganda.
“Memang dapat.Dapat tender.Kalau proposal kita menyakinkan,sure la Syarikat Sutra ambil kita sebagai partner.” Dato’ Aliff berjenaka. Amir tak puas hati.
“Habis tu memang Amir kena usaha sendirilah,nak dapatkan projek nie?”
“Amir bukan usaha seorang diri.Remember,you’ve Faris and consultant project ,Adelia.Daddy yakin, Amir dah berkenalan dengan Adelia kan?”
Amir menggangguk.
“Ros pun boleh tolong Amir.Kalau Amir pandai ambik hati semua pekerja dekat Inline Architecture,daddy yakin,tak susah untuk Amir minta pertolongan diorang.Lagipun daddy nak Amir mula dari bawah.Daddy nak Amir tahu macamana susahnya nak capai pencapaian tinggi.Daddy boleh aja serahkan terus jawatan CEO tu dekat Amir,tapi daddy taknak nanti, bila Amir dah berkuasa dekat syarikat, Amir jadi lupa diri.Sebab Amir tak pernah rasa susah sebelum duduk kerusi CEO.”
Amir mula mencerna kata-kata Dato’ Alif.Memang terlalu benar kata-kata itu.
“Tapi Amir jangan risau.Sebab daddy bagi Amir jawatan project manager sebagai permulaan. Kalau ikutkan daddy,daddy nak aja bagi jawatan kerani dekat Amir.Nasib baik mummy bantah.”
Amir tersenyum. Cayalah mummy. ”Mummy mana?” Amir tanya lagi.Tadi dia dah tanya Mak Mah. Maklumlah tiba-tiba dia rasa mummynya adalah ibu yang terbaik di dunia.
“Dekat belakang rumah.”
“Okay,nak jumpa mummy.” Amir segera bangun.
“Amir.”Dato’ Aliff memanggil. “Daddy nak Amir faham selok-belok syarikat.Ambil tahu semua projek yang pernah syarikat urus.Kalau boleh daddy nak Amir mesra dengan semua pekerja di setiap department.”
“No prob,daddy.” Amir mengenyitkan matanya. Hilang marahnya yang tadi.
One more thing,make sure Amir jayakan projek dekat Sungai Buloh tu,kalau tak susah daddy nak bagi jawatan CEO dekat Amir.”
“Daddy jangan risau, Amir akan pastikan projek tu berjaya walau dengan apa cara sekalipun.”
“Baguslah kalau macam tu.Make sure jugak Amir jaga Adelia baik-baik,dia tu aset untuk projek ni.Info dia boleh buat kita menang tanpa bertanding tau.Lagipun tapak projek dekat Sungai Buloh tu bekas kuari,sebelah selatan pula ada bekas tapak perlupusan sisa.Jadi kita memang perlukan geologi kawasan tu,supaya kita boleh reka bentuk dan bahan binaan yang terbaik untuk kawasan kuari tu.”Dato’ Aliff menerangkan lagi. Keadaan tapak projek yang menjadi kuari dan tapak pelupusan sampah dahulu,membuatkan dia mengupah Adelia. Dia tak yakin Amir akan mereka pelan rekaan terbaik,terselamat dan tersesuai kalau tak ambil berat keadaan muka bumi dan dalam bumi dekat situ. Walau sepakar mana arkitek dia tetap perlukan bantuan yang satu ini.
“Yang tu daddy jangan risau,okay.Kalau daddy suruh Amir pikat dia pun , Amir akan buat.”Amir bergurau.Kalau betul pun apasalahnya.
“Errm..jangan nak campurkan peribadi dengan kerja ya.Daddy tak suka.”
Amir tersenyeh.Aisehh..tersalah guna ayatlah pulak.Sepatutnya dia alert yang daddynya ini memang tak suka kalau ada yang bercinta satu pejabat.Takut nanti urusan bekerja ke mana,urusan peribadi kemana.
“Err..daddy,Dato Azman?”Amir tak jadi keluar bilik.
“Owh .. dia akan jadi pesaing yang terbaik buat Amir.”
“Dia selalu guna taktik kotor la daddy.”
“Ermm..better watch out your mouth,son. Amir tak kenal siapa dia sebenarnya.Nampak aja dia macam tu,tapi dia sebenarnya boleh jadi batu loncatan untuk Amir lagi berusaha keras.”
Maybe.” Amir tak berpuas hati.Nampak macam daddynya menyebelahi lelaki tua tu.Haishh…macamanalah daddynya boleh kata dia BAIK. Hello, daddy dia tu hell bertopengkan paradise.
“Jomlah kita turun,lunch dulu. Rasanya mummy dah habis masak tadi.Itu yang dia pergi tanam pokok  bunga tengahari macam nie”
Amir ketawa.Betul juga.Tak terfikir pula,peliknya mummy dia pergi tanam bunga ros tengahari rembang macam nie.
“Okay jom.Lama Amir tak makan masakan mummy.”
“Itulah jarang-jarang balik lagi.”
Busy la daddy.”
Busy jadi spy ke?Ke jadi bodyguard?”
Amir tersenyum aja.Takkanlah daddy dia tahu yang dia masih berkecimpung dalam bidang tu lagi.
“Jangan main-mainkan hati anak orang, Amir.Tak elok.Nanti Amir jugak yang menyesal.”
Amir terkesima.Langkah kaki juga terkaku.Dia hanya melihat daddy yang sudah menuruni tangga.Apa maksud daddy?

No comments:

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥