Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Monday, February 20, 2012

Aku..Mahukan Cinta 3

“Habis tu kau terima jer?”Khairul,yang juga bekerja di syarikat daddy Amir merangkumi housematenya, bertanya sambil meletakkan satu mug air milo ais di atas meja kopi di hadapan Amir yang sedang berbaring di settee krim. Satu mug lagi dibawa ke mulutnya.Matanya juga tertumpu di kaca televisyen plasma seperti Amir walaupun ternyata rancangan yang ke udara langsung tak menarik minatnya.
Amir mengganguk.
 “Serious?Dato’ yang perangai macam tu pujuk pun, kau boleh cair?”Dia terkejut.Biar betik si Amir ni.Dia tak kisah kalau Amir nak mula kerja lambat di ofis  kalau betul dia ingin tolong seseorang dalam  penyiasatan plus bidang jaga keselamatan ni. Tapi,once again,seriously Dato’ Azman?Macam tak ada orang lain lagi dia nak tolong selain lelaki tu.Semalam semasa Faris beritahu pasal perkara ini,dia tak percaya.Serious dia takkan percaya kalau perkara ini tak datang dari mulut Amir sendiri.Bukan dia benci Dato' Amir,dia cuma kurang senang dengan lelaki itu yang dulunya menjadi bualan dalam bidang bussiness.Kalau bualan baik,okaylah jugak,ini bualan...hurmm..
Amir bangun dari pembaringannya,mug di atas meja dicapai.”Bukan cair.Tapi aku kesian tengok orang tua tu.Beria-ria suruh aku jaga anak dara dia,sampaikan sanggup melutut depan aku.”
Khairul tersedak.Habis tersembur air milo dalam mulutnya.Tekak sudah terasa perit.Penangan Dato’ Azman ni.Haishh..bala..bala.
“Yang kau pulak beria-ria tersedak ni apasal?” Amir pandang pelik.Overeaction betul mamat nie.Dah gaya macam dia cerita pasal miss world 2012 yang datang merayu dekat dia suruh terima cinta aja.
“Biar betik si Dato’ tu melutut depan kau.Haishh,macam pelik aja perangai Dato Azman tu?Ada udang di sebalik batu tak?”
“Maybe.”disebalik mee goreng pun ada.
“Dah kau rasa maybe,apasal kau terima?Sengaja tempah maut ke, bro?"
“Hello, Encik Khairul,bukan senang orang nak cheating on me,okay.Sebelum dia buat sesuatu yang aku tak suka atau sesuatu yang buat maruah aku tercalar,aku akan pastikan dia dulu yang rasa menyesal sebab pernah bekerjasama dengan aku!” Amir bersuara tegas.Bukan dia meninggi diri.Tapi memang pantang tok nenek dia kalau ada orang yang sengaja mencemarkan kepercayaan yang dia beri. Dan masa tu,jangan ditanya kenapa dia bertindak kasar ke atas orang tu.Kalau tak fizikal,mental orang tu dia akan belasah habisan.
Khairul terdiam.Dia tak kenal sangat perangai Amir Isyraf memandangkan mereka baru sahaja tinggal bersama di apartment ini dua tahun lepas.Sudah tu jarang-jarang pula berjumpa walau dekat apartment sendiri memandangkan kerja Amir yang tidak dibatasi masa kerja normal dulu.Sekarang ni bila Amir nak kerja satu bumbung dengan dia dan juga Faris,Amir ambil keputusan nak pindah masuk Villa pulak.So,waktu bila diorang nak rapat-serapat rapatnya?Tapi dia yakin lelaki ini akan mengotakan apa yang diperkatakannya.
“Tapi aku cakap dekat dia yang aku tak janji nak jaga anak dia 24 jam sehari.Dan aku tak ambik risiko kalau sesuatu jadi pada anak dia semasa aku tak ada dengan anak dia tu.Dan dalam masa sama aku nak bekerja dekat ofis macam biasa.”
“Dia setuju?”
Amir mengangguk lagi.
“Peliknya.Kata sayangkan anak,tapi dia setuju aja kalau kau tak boleh jaga anak dia 24 jam sehari.Nie memang sure ada udang di sebalik batu.”
“Entah.Aku malas nak fikir.Selagi dia tak ancam aku,family atau syarikat daddy aku,aku takkan kacau hal dia.Aku akan jaga anak dia seperti biasa.”
“Kau memang nak mengorat Azriena la?” Khairul teringatkan apa yang diperkatakan Amir sebentar tadi.Mengorat Azriena,anak Dato’ Azman supaya senang dia nak pantau dan jaga gadis itu.
“A’ah.Lagi senang aku nak jaga dia kalau aku mengorat dia.Tak adalah aku asyik kena ekori dia senyap-senyap aja sebelum masalah Dato’ Azman dengan musuh dia selesai.”
“Kau memang betul-betul ikhlas nak tackle dia ke?”
“Ikhlas sebab kerja bukan sebab cinta.”
“Macamana kalau dia betul-betul fall in love dekat kau.Takkan kau nak tinggalkan dia lepas semuanya settle.Silap haribulan,Dato’ Azman paksa kau jadi menantu dia pulak.” Khairul meluahkan apa yang ada difikirannya.Dia yakin,lelaki seperti Amir yang punyai rupa,harta,kerjaya,muda dengan badan tegap,memang senang nak buat para gadis,mahupun datin-datin diluar sana jatuh cinta padanya.Rasanya dengan sekali petik jari aja.
Amir terdiam.Betul jugak apa yang dikatakan Khairul Faris.Tetapi seminit cuma,apabila dia kembali tersemyum sambil memandang Khairul.
“Aku bagilah dia dekat kau.” Amir menjongketkan keningnya.Dia tahu Faris seperti telah jatuh cinta pandang pertama tatkala menatap sekeping gambar bersaiz passport milik Azriena dalam fail peribadi gadis itu yang diberikan Dato’ Azman kepadanya untuk rujukan.
“Err..apakes pulak nak bagi dekat aku?” Khairul mengelak.Segera dia menatap penuh munat cerita CSI Miami yang langsung tak pernah diminatinya.
Amir ketawa kuat.Apalah si Khairul ni.Baru cakap sikit pasal Azriena dah malu-malu kucing.Belum lagi dia jumpa dengan gadis itu face to face.
“Err..bila nak masuk ofis?” Khairul bertanya tiba-tiba.
He change the topic.” Amir bersuara bagaikan kepada dirinya saja dengan nada seperti menyanyi .Lucu tengok gelagat Khairul yang tak tentu arah.Tahulah si Khairul ni masih suci dari rasa cinta.Kononnya nak bercinta selepas kahwin,biar lebih terasa nikmatnya.Tetapi sikit sebanyak dia respect dengan pegangan Khairul yang boleh dikatakan antara kawannya yang begitu menjaga pergaulan dengan bukan muhrim.Pernah juga dia terasa ingin menjadi seperti Khairul,bercinta selepas kahwin.Tapi nak buat macamana bila ramai gadis-gadis yang cuba pikat dia.Kalau tak terima cinta gadis-gadis tu karang,diorang kata dia sombong pulak.Erm..yelah tu, wahai Amir.Sombong konon,padahal dia memang playboy.Cuma playboy yang jarang-jarang bertukar pasangan aja.Setakat ini dia baru 5 kali putus cinta,cinta,dan putus lagi.Dan kini dia umumkan bahawa dia single…. dan semestinya available!Errmm..rasanya sekejab aja dia jadi single memandangkan dia perlu mengorat Azriena dan perlu memastikan Azriena menerimanya. Dia menarik senyuman tepi. Esok petang dia akan jalankan satu misi . Fake introduction to love!



******
                Teropong berwarna hitam itu dipegang kemas.Kiri-kanan kepalanya dilarikan demi mencari kelibat seseorang dari rooftop bangunan tinggi itu.
                “Finally.”Dia lega.Setelah hampir 30 minit dalam keadaan hujan renyai-renyai ini,dia akhirnya menjumpai gadis itu.Dia segera berlari turun.
******
                “Isk..macamana nak pergi dekat kereta nie.Masa aku nak balik la baru nak hujan.”Azriena merungut.Hujan yang hanya renyai-renyai sahaja pun mampu membuatkan langkahnya kaku,apatah lagi kalau tak ada payung.Dia menyambil keputusan untuk hanya menunggu di kaki lima lobi sehingga hujan reda sebelum dia boleh untuk ke kereta dan seterusnya keluar dari UKM untuk pulang ke rumah.Jam di tangan diperhatikan.Baru pukul 5.45 petang,tetapi hari seperti sudah mahu gelap. Dia semakin gelisah.
                “Wanna join me?”
Suara yang begitu dekat dengannya membuatkan dia terkejut.Seorang lelaki santai memakai t-shirt berkolar warna biru laut dengan jean berwarna hitam yang memegang payung berwarna kelabu dipandangnya atas bawah.Ermm..handsome.
                Amir membuat kening double-jerk.Bertanya lagi dalam cara tersendiri.
                “Err..join pergi mana?”Azriena bertanya malu-malu.Betul ke nie dia tanya aku.Azriena masih ragu-ragu,padahal di ruang itu hanya ada dia dan lelaki kacak ini.
Amir sudah ketawa dengan soalan itu.Macam senang saja nak tackle Azriena.
                “Join saya,dekat bawah payung nie sampai ke kereta awak,boleh?”
                “Err..boleh,boleh.”Azriena menjadi kalut.Degupan jantungnya sudah tak sekata memandang senyuman lelaki ini.
                “Jom.” Amir segera membuka payungnya.Kemudian dia bertanya kedudukan kereta Azriena walaupun dia sudah tahu jawapannya.
                Mereka berlari-lari anak mendekati kereta swiss putih milik Azriena dihujung parking sana.Entah kenapa mereka berlari.Padahal ada payung.
                Dalam pada itu,terdapat dua mata yang memandang dari dalam kereta.
                “Sweetnya,kan along?Dah la lelaki tu handsome.”Eima berkata penuh teruja melihatkan babak yang dikatakan romantic bagi.Mestilah romantik.Pasangan yang berlari-lari dibawah payung yang dipegang si jejaka dalam hujan renyai-renyai.Ahh..romantik giler.
                “Tak pun.” Adelia membalas acuh tak acuh.Dia mula mengundurkan kereta untuk keluar dari parking.Dah la dia bengang sebab kena tunggu lebih kurang 15 minit sebelum adiknya,Eima habis kelas.Adiknya nie memang manja,padahal boleh aja naik teksi.Nasib baik juga dia boleh keluar ofis awal.Kalau tak memang minah nie kena tunggu dia dalam hujanlah gamaknya.
“Alah along,jeles la tu.”
“Tak ada maknanya.”
“Eima teringin la nak ada boyfriend.Boleh lari-lari macam tu dalam hujan.”
“Tak boleh.Biar along yang lari-lari macam tu dalam hujan dulu sebelum Eima,okay.Jangan cuba-cuba nak langkah bendul!” Adelia memberi amaran.Walaupun kedengaran macam lucu,tetapi dia memang maksudkan begitu.Bukan dia nak menyekat jodoh Eima,Cuma dia tak nak jadi bahan pula untuk mak cik-mak ciknya nak kenakan dia.Kata,dia tak ada jodoh la.Terlalu memilih la.Tak suka bergaul la.Haishh..memang susah hidup dalam kalangan orang-orang yang banyak mulut ni.Semuanya diorang nak gosipkan.Padahal umur dia kira masih muda apa.Baru 25 tahun.Orang lain,umur 30 tahun  pun belum tentu ada jodoh lagi.Tak ada pun sanak-saudara diorang ambil tahu.Tapi satu saja yang dia kena terima dari mulut mak cik-mak cik kepohnya,dia memang kurang bersosial.Jarang sangat dia keluar rumah untuk saja-saja tanpa urusan kerja.Kawan memang ramai cuma dia jarang ikut serta kalau mereka keluar berhibur.Kadang-kala hanya satu dua kali saja dia keluar pada setiap minggu.
“Ala nak tunggu along ada boyfriend lambat la.”Eima merungut.Along punya pasal dia pulak jadi mangsa.
                “Mana ada lambatnya.Nanti tengoklah along bawak balik bakal suami jumpa mak.”
                “Haa?Serius ke along dah ada ehem..ehemm?”Eima teruja lagi.Matanya sudah bling bling melihat wajah kakaknya.
                “Err..ada la.”
“Siapa?Siapa?”
“Err..secret.”
“Ala semua nak secret.”Eima merungut.Serius,kakak sulungnya ini memang banyak rahsia.Sampai diorang duduk satu rumah,pun dia tak tahu siapa bakal suami kakaknya.Haishhh…apalah nasib.
Adelia mengeluarkan dairi kecil warna hitam lalu dicatitkan sesuatu padanya.
Dear diary,
Seriuosly,I need to find a guy!
p/s: berlari-lari manja dalam hujan renyaiàwoww..that was so romantic & I want it too!!!!

“Asyik tulis  dairi aja.”Eima merungut.Dah banyak kali dia Nampak kakaknya mencatit sesuatu dalam dairi hitamnya.Semuanya ayat pendek-pendek aja.Tapi tak pula dia tahu ayat apa itu.
Adelia mencebik lama. Dulu Eima jugak yang kasi dia dairi suruh conteng-conteng bila boring.Sekarang dia nak merungut pulak.
Helllllo...Eima oiii nak kena lempang ke?Cakap tak serupa bikin.
*******
“Err..Thanks Encik…”
“Amir. Amir Isyraf.”Amir tersenyum.Payung masih dipegang kukuh.
Thanks encik Amir.”
“Your welcome.Erm..boleh panggil Amir aja.And your name,sweet girl?”
“Err..Azriena.Panggil Riena aja.”Azriena semakin tak keruan.Dia panggil aku sweet girl?Oh my God.That was so..so romantic.
“Azriena.Erm sedap nama tu.” Amir masih menjual minyak.Nama Azriena pun dia kata sedap.Tapi nama tu memang sedap,cuma selalu orang guna aja yang membuatkan ia rasa biasa saja.
By the way,I’ve got to go.”kata Amir lambat-lambat.Salah satu cara nak membuatkan dia tak Nampak merenget-renget nakkan Azriena.
“Err..ya ya.”Azriena segera membuka pintu keretanya dan segera masuk.Takut kalau-kalau lelaki bernama Amir ni meningglkan dia dalam hujan renyai-renyai sebelum dia masuk ke dalam kereta.Karang free aja dia basah kena hujan.

No comments:

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥