Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Saturday, December 18, 2010

Please Don't Go:Bab 6


 Izzul menapak masuk ke biliknya.Seharian dia berada di hospital langsung tak mencuri senyumannya. Entah kenapa dia rasa bahagia pula.Buat kerja pun macam di awang-awangan saja.Mahu dikatakan kerja tak banyak,tipulah.Tiap-tiap hari ada sahaja kes kecemasan yang yang dia kena handle.On call pun semakin kerap.Ada masanya dia terpaksa mengambil tugas doktor-doktor lain.Kadang-kadang dia terpaksa bermalan di hospital.Memang nyata,semakin hari semakin bertambah tugasnya sebagai doktor.
Izzul menghampiri katil.Badannya direbahkan di situ..Matanya di kaku pada siling bilik.Senyuman masih tak lekang pada bibir.
“Sengih-sengih nie kenapa?Teringatkan seseorang ke?”soal mamanya tiba-tiba.
Hampir tersentak Izzul.Pintu biliknya yang tak bertutup membuatkan kehadiran mamanya itu tidak disedari.Segera dia bangun duduk berhadapan mamanya di birai katil bagi menutup rasa ………..
“A’ah,teringatkan mama tersayang.”Izzul cuba menafikan dengan gurauan.Memang dia teringatkan seseorang.Tetapi dia kurang pasti siapakah gerangan si dia.Adakah perempuan yang ditemui petang semalam?Walaupun perbualan pertama mereka bukan membaitkan kata-kata manis,tapi ternyata saat itu masih dikenang.Izzul mengerutkan dahinya?Saat yang dikenang?Iya ke?
“Alah tak payah nak kelentong mama la.Macamlah mama tak tahu yang Izz dah jatuh cinta.”
Izzul tersedak.
“Aik..tak minum air pun boleh tersedak?”
“Alah mama nie,drama ajalah.”
“Ermm..yelah tu.Betul tak yang angah nie dah fall in love?”
“Isk apalah yang mama merepek nie.Izz dah malas nak fall in love nie.Buang masa aja.”
“Jangan cakap macam tu Izz.Buang masa ke tak buang masa ke,kalau dah sampai jodoh,bercinta jugak kamu.Tak pun terus kahwin aja,lepas kahwin baru bercinta.Mama tengok si Ilya tu pun okay orangnya.Mama berkenan dengan dia.”
“Mama nie. Tak habis-habis dengan I.D tu.Izz jumpa dia pun belum.Macamana nak suka dekat dia.”
“Lepas kamu jumpa nanti mesti suka punyalah.Mama jamin.”
“Mama off topic please.”pinta Izzul.Dia malas mahu mengambil berat dengan jodohnya lagi.Biarlah segala-galanya Allah yang tentukan.Lagipun dia takut untuk kecewa kali kedua kalau dia terlalu mengagungkan cinta pada manusia.Nanti dia juga yang merana.
 “Erm yelah-yelah.”Puan Sharifah mengalah.Terbantut niatnya untuk mengkenen-kenenkan Izzul dan Ilya.
“Izz dah pergi tengok rumah belum?”Puan Sharifah memandang penuh minat.Alang-alang dia mahu menukar topik baik dia gantikan dengan topik yang berkenaan rumah anaknya itu.Mahu juga dia tahu sama ada Izzul  suka atau tidak dengan hasil kerja Ilya.
“Dah.Tapi Izz tengok progress macam baru 30% aja.”Ujarnya kurang berpuas hati.Dia ingatkan rumahnya sudah hampir siap dekorasinya tapi hanya dinding saja yang baru dicat.
“Tak apalah,biar lambat asal cantik.”
Izzul tersenyum sambil kembali berbaring.Mamanya kalau ingin merojakkan peribahasa memang dialah juara bertahan.
“Diorang dah buat apa aja?”Tanya Puan Sharifah lagi.
“Cat dinding.”
“Warna?”
“Aik takkan mama tak tahu?”
“Kan mama bagi semua tugas tu dekat Ilya.Itu yang mama tak tahu sangat dengan idea-idea dia.Mama ingat dua tiga hari lagi,baru mama nak pergi tengok rumah kamu tu.”
Izzul terkedu.Rupa-rupanya mamanya memang mengotakan janji mahu meyerahkan semua tugas mendekorasi pada I.D.Aishh..habislah kalau dia tak suka dengan idea Ilya.Tapi sekurang-kurangnya dia sukakan warna dinding yang gadis itu pilih.
“Warna apa?”Puan Sharifah bertanya lagi.
“Warna coklat gelap plus warna jingga.”
“Ok tak warna tu?”
“Nampak macam ok.”
 “Aih..gaya macam tak risau jer pasal interior rumah tu.”Puan Sharifah mengagak.
Izzul mengiringkan badannya mengadap mamanya.Dulu Puan Sharifah juga yang senang hati menyerahkan semuanya pada Ilya,kini mamanya itu mahu dia risau pula?
“Bukan tak risau la mama tapi Izz tak tengok lagi hasil kerja I.D tu dengan team deko dia.”Izzul cuba menafikan.Bukan dia tak kisah dengan rumahnya,cuma dia belum nampak hasil kerja pereka dalaman tersebut,jadi macamnana gayanya dia mahu risau.
“Erm..Ilya pulak macamana?”soal ibunya penuh makna tersirat.
Izzul pantas memandang mamanya dengan muka tak puas hati.Tak sangka mamanya masih tak putus asa nak menjododhkan dia dengan Ilya,gadis yang belum bertemu muka dengannya.
“Macamana apa?”Dia buat-buat tak tahu.Walhal dia dah masak benar dengan sikap ibunya yang selalu cuba untuk kenan-kenankan dia dengan setiap gadis yang ibunya sukai.Dulu Sarah anak Uncle Zahid,lepas itu Aliya,doktor di hospital yang sama dengannya,kemudian Jannah anak saudara jiran mereka dan sekarang  Ilya pereka dalaman rumahnya.
“Amboi sudah gaharu bertanya pula.”Sudah terjojol mata Puan Sharifah memandang anaknya.
Izzul ketawa.Aish..mama,peribahasa yang sebetulnya ialah sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula.Main shortcut aja mamanya ini.
 “Ala dia mesti dah ada yang punya tu,ma.Nanti tak pasal-pasal kena belasah pulak dengan pak we dia,tak pun hubby dia.”Izzul bersuara bersahaja.
 “Ilya tu single lagi la.”Puan Sharifah cuba menyakinkan anaknya.Izzul pandang dengan pandangan yang tak berminat.Kalau Ilya single sekali pun,belum tentu dia menyukai gadis itu.Biar masa saja yang tentukan.
“Yakin betul mama.”
“Mama tahulah.Naluri mama kuat mengatakan dia tak berpunya lagi,mama suka benar dengan Ilya tu.Bahagia mama kalau dia jadi menantu kat rumah nie.”tambahnya lagi.
Izzul senyum.Tangannya memegang jemari si ibu.Memang tak boleh off topic mamanya ini.
“Mama,kalau sampai jodoh nanti Izz kahwin jugak okay.”
“Memanglah kamu kahwin kalau dah sampai jodoh.Tapi kalau kamu tak usaha cari,mahunya jodoh kamu sampai waktu umur 40, 50.Kamu nak ke macam tu?”
“Boleh aja kalau orang nak.Dapat jugak isteri,daripada tak ada langsung.”Izzul menjawab sekadar bergurau.Dia senyum sambil kembali berbaring menghadap siling putih.
Puan Sharifah memandang tajam.Geram.
“Malaslah mama nak cakap dengan kamu.”Puan Sharifah mula melangkah keluar.
Izzul ketawa.
“Ok mama,Izz pun malas nak menjawab soalan mama.Good night,sweat dream.Nanti Izz bawak bakal menantu masuk dalam mimpi mama ye?”Izzul menaikkan lagi geram mamanya.
Puan Sharifah mencebik.”Iskk…sakit mental mama dengan angah nie.”
“Tanjung rambutan ada.”
“Izz!!!!!”




1 comment:

Anonymous said...

npe bace novel ni double...

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥