Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Friday, February 3, 2012

Aku..Mahukan Cinta 2


I guess you should find another person,then.”Amir Isyraf berkata selamba.Kedua tangannya disilangkan ke dada.Dia mula bersandar angkuh pada kerusi yang didudukinya. Matanya kaku pada raut wajah lewat 40-an dihadapannya yang nampak tak keruan. Baru gertak sikit dah gelabah? Dia tersenyum sinis. Saja berlagak pandai dihadapan orang yang paling dia anti.Bukan sebab mereka bermusuh tetapi sebab lelaki dihadapannya ini seorang yang langsung tak boleh dipercayai,tak boleh di buat kawan err…walaupun umur mereka memang jauh beza, langsung tak boleh ngam dan err..apa lagi ya.Ahh..in short,memang lelaki ini sukar diduga.Nampak sahaja macam dah insaf tapi tak tahu entah betul insafnya atau tak.
Dato’ Azman mengeluh.Susah untuk dia memujuk lelaki dihadapannya ini.Pelbagai cara sudah dilakukannya.Dengan sogokan duit berpuluh ribu dan dengan jaminan kerja yang tak terikat.Tetapi semuanya bagaikan sia-sia.Rasa macam nak hempuk aja kepala budak nie.Dah terlalu baik dia sogok,but it’s still  not working.
Dia menongkat kepalanya dengan tangan.Seketika kemudian dia memandang lelaki muda di hadapannya ini dengan pandangan penuh pengharapan. Dalam hati, sudah ketawa dengan lakonannya sendiri. Terpaksa berlagak seperti seorang yang sudah putus harapan minta di cerahkan semula impiannya. Serius,kalau tak kerana harta,takkan dia sanggup untuk  merayu-rayu. Dulu orang yang datang merayu kepadanya,bukan sebaliknya.
“Tolonglah En Amir. I really need your help. Cakap saja berapa yang awak nak,saya akan bayar.”rayunya lagi. Lakonan dipermantapkan. Demi harta!
Amir tersenyum sinis.Inilah dia orang kaya yang lupa daratan. Masa muda-muda dahulu tak terfikir bahawa kerja jahatnya itu akan turut melibatkan keluarga.Kini tengoklah siapa yang susah.Berduit banyak pun tak ada maknanya kalau hidup selalu dalam belenggu masalah.Itu yang ada difikiran Amir.Namun lelaki muda ini masih tidak tahu tujuan sebenar Dato’ Azman.

Like I said before,this’s not all about money,Dato’. Saya dah sememangnya tak mahu lagi terlibat dalam kerja-kerja penyiasatan ni.” Dia berjeda seketika.Penyiasat persendirian?Pasti saja orang terbayangkan watak yang bersuit lengkap dengan cermin mata hitam yang sentiasa tersarung dimata ,memegang pistol dan jalannya bergaya dengan penuh lagak.Tapi itu dalam televisyen!Dunia sebenar penyiasat persendirian memerlukan seseorang itu bekerja tanpa mengira jam,perlu melindungi identiti diri,kerja yang tidak tentu dan semestinya memerlukan tindakan fizikal di atas fikiran yang rasional.Tetapi,satu aja yang betul,dia memang bergaya dengan penuh lagak!Tak percaya?Wait and see!
“Tapi saya tak perlukan awak untuk menyiasat.Saya perlukan awak untuk jaga keselamatan anak saya.”
Amir ketawa.Nampak  sangat orang tua bergelar Dato’ nie tak tahu skop bidang pernyiasatan. Masakan dia nak kehulu-kehilir jaga anak orang bagai nak rak dan ikut pergi sana-sini, tanpa siasat segala latar belakang mereka dahulu.Huhhh....memang cakap tak pakai otak betul orang tua ni.
“Saya dah buat keputusan untuk ambil alih syarikat ayah saya.So,saya harap Dato’ faham.” Amir bersuara tegas. Dia mula ingin beredar.
Dulu dia memang penyisat persendirian yang berjaya dalam sebuah syarikat penyiasat persendirian yang memegang lesen yang sah di Cheras.Banyak kes yang diselesaikannya sendiri atau dengan kerjasama unit beruniform.Bukan dia meninggi diri,tapi itulah kenyataannya.Cewahh..sempat lagi puji diri ya, Ian!.Tapi itu dulu,waktu dia lebih mementingkan cita-citanya yang sukakan cabaran dan bukan hanya duduk di kerusi empuk sibuk menandatangani dokumen atau menghadiri mesyuarat di bilik berhawa dingin.Tambahan pula di zaman kini yang penuh dengan kes pembunuhan,penculikan,rompak dan seangkatan dengannya.Bak kata pengacara 999,jenayah ada dimana-mana.Huh..masakan dia mahu lihat sahaja semua jenayah itu,sedangkan hatinya berkobar-kobar mahu menegakkan keadilan walaupun dia bukan polis?But..once again,itu dulu.
Sekarang,dia sedar sebagai anak bongsu kepada daddy dan mummy yang sudah lanjut usia,dia perlu berkorban demi kedua buah hatinya itu.Hanya satu cara.Bekerja di syarikat daddynya supaya tenaga tua itu mampu berehat tenang di rumah bersama ibu untuk mendekatkan diri pada Pencipta.Rasanya sudah lama daddy bertungkus-lumus seorang diri memajukan syarikat tanpa pertolongan anak-anaknya.Jadi apa salahnya kalau dia mengambil tugas itu kini.Lagipun rasa lain pulak nak biarkan syarikat hasil usaha daddynya diterajui orang luar.
Dato’ Azman tersenyum dalam hati.Memang dia perlukan prnyiasat persendirian atau agen keselamatan yang sibuk dengan kerja lain untuk menjaga anaknya.Atau erti kata lain untuk menjayakan rancangannya.“Saya dah tak tahu,macamana nak pujuk awak lagi.Saya..saya betul-betul buntu.”
Langkah Amir terhenti.Orang tua nie memang tak kenal putus asa. And one more thing, he’s so annoying. Tak faham bahasa pun ya jugak!
It’s easy Dato’.Tak payah nak buntu-buntu.Just find another private investigator dan bagi bayaran lumayan.And I’m very sure diorang takkan tolak tuah.”
“Memang senang nak cari penyiasat kalau upahnya lumayan.Tapi tak semua penyiasat boleh saya percayai.Saya betul-betul risau kalau diorang jadi macam pagar yang makan padi.Saya tak nak ia terjadi lagi dekat anak saya.” Dato’ Azman bersuara lirih.Siap masukkan peribahasa lagi.Dia pun pelik macamana peribahasa ni boleh ada dalam skrip dia.Tapi yang pasti dia memang sengaja ingin mengupah Amir Isyraf.Amir memang sangat berkarisma dalam menjadi penyiasat dan agen keselamatan.Malah dia selalu menjalankan setiap misi dengan Berjaya.Melalui maklumat yang dibekalkan bodyguardnya,Dato Azman tahu yang Amir tidak lagi berkecimpung dalam bidang ini kerana ingin mengambil alih syarikat ayahnya.Disebabkan itulah dia nak sangat Amir jaga keselamatan anaknya,Azriena.Kerana dia tahu Amir takkan boleh jaga Azriena 24 jam sehari 7 hari seminggu dek kerana Amir akan lebih sibuk dengan urusan pejabat.Dan untuk rancangannya Berjaya,dia perlukan perkara ini.
 “Dan…tak mustahil jugak untuk saya jadi macam one of them.” Amir cuba mengocakkan fikiran Dato’ Azman.
“Saya percayakan awak.”untuk menjayakan rancangan aku,sambung Dato’ Azman dalam hati.
 “Percaya sahaja tak memadai Dato’ Azman.Boleh saja saya pura-pura jaga anak Dato’ and then senang saya nak bunuh dia ke,nak culik ke or nak rogol…ke.” Amir tersenyum sinis.Ahhh…betul ke dia nak buat semua itu?Mustahil,dia masih ada agama yang InsyaAllah akan jaga dia dari buat benda-benda tak berfaedah tu.
Dato Azman simpan ssenyum.’Memang bagus kalau kau bunuh terus si Azriena tu,senang kerja aku.’bisiknya dalam hati.“Jadi awak buktikan kepada saya yang awak nie adalah seorang yang boleh dipercayai. Bekerja dengan saya dan awasi keselamatan anak saya.”Sengaja dia jerat Amir.
Amir ketawa. Geliga juga Dato’ Azman memujuknya dengan cara memerangkap ayatnya sendiri.
Our conversation is over,Dato’ Azman.” Amir segera meneruskan langkahnya.Berniat untuk keluar dari ofis Dato’ Azman secepat mungkin sebelum hatinya berpaling tadah. Namun hanya beberapa langkah,apabila terasa kakinya dipegang erat. Wajahnya menunduk. Terkejut dengan tindakan Dato’ Azman yang menerpa dan memeluk kakinya erat dengan mata yang sedikit merah.Okay,now he was being a bit over dramatic!
“Apa nie Dato’?”Dia cuba merungkaikan peganggan Dato’ Azman.Sungguh dia tak sangka lelaki seperti Dato’ Azman sanggup melutut di hadapannya hanya untuk mendengar secebis persetujuan dari dia.Dalam masa yang sama dia rasa sangsi.
Seriously, ini akan jadi breaking news kalau-kalau ada gambar Dato’ Azman dalam gaya begini tersebar. Cerita dari mulut ke mulut saja sudah memadai,apatah lagi gambar. Silap haribulan dia dan Dato’ Azman dilabel sebagai gay.Gay?Euuuwww…mintak simpang!Aku lelaki tulen okay!
Dato’ Azman  menggeleng lemah.Air mata lelakinya tumpah setitis. Memang semua ini lakonan semata-mata
“Saya merayu sangat pada En Amir Supaya tolong setuju untuk menjaga dan mengawasi anak perempuan saya satu-satunya.Saya dah tak sanggup kehilangan anak saya lagi.”Dato’ Azman sengaja membuka cerita lama.Semestinya mahu menjerat Amir.Selebihnya dia nak,nanti kalau rancangannya sudah Berjaya,polis tak akan tuding jari kepadanya.
Amir terdiam.Dia ingatkan kisah Dato’ Azman rringkas aja.Rupa-rupanya ada lagi perkara yang dia terlepas pandang mengenai Dato’ Azman.
 “Tolonglah En Amir.”
Amir mengeluh.Tak tahu macamana lagi mahu dia tepis segala rayuan Dato’ Azman.Tapi setengah hatinya sudah mahu bersetuju.Dia rasa macam nak menyiasat tentang Dato’ Azman.Dia tahu ada something fishy.
“Fine..saya setuju.Tapi dengan satu syarat.Saya tak boleh jaga anak dato’ 24 jam sehari.Dan segala yang berlaku kepada anak dato semasa saya tak ada dengan dia,saya takkan sesekali bertanggungjawab.”Amir memutuskan.Dia mula melangkah.”Ohh..ya saya nak surat perjanjian lengkap dengan syarat-syarat saya tadi sampai ke apartment saya esok pagi.Saya rasa,dato’ dah tahukan di mana saya tinggal.”
Dato’ Azman lega.Tetapi dia risau jugak kalau-kalau Amir menyiasat tentangnya dengan lebih dalam.
******* 
Amir menyarungkan Flannel boxer separas lutut dengan sleeveless t-shirt warna putih ke badan sasanya. Rambut yang masih basah dikeringkan dengan tuala kecil. Sebelah tangannya mencapai blackberry diatas meja tepi katil. Badan yang terasa segar segera di landingkan di atas katil bersaiz king. Sambil menyandar di kepala katil,jemarinya ligat bermain di dada telefon bimbit. Nombor seseorang dicarinya perlahan.
“Hello,bro..aku tak jadi masuk ofis la minggu nie…maybe minggu depan kot.”
“Astagfirullah..baru aja aku miss nak bagi tazkirah dekat kau dua hari lepas..Dah buat balik perangai lama.”
“Perangai lama apa pulak nie.Aku sentiasa baik apa.” Amir menjongketkan keningnya.Memang dia baik..errr..sejak 3 minggu lepas.Apa?Kira lama la tu.3 minggu sama dengan 252 jam tau!
“Perangai lama yang tak reti-reti nak bagi salam.”
“Aku bagi salam dalam hati la.”
“Ehh..boleh pulak bagi salam dalam hati.Jawab salam dalam hati boleh jugak aku terima pakai.”
“Ala…zaman dah moden la bro.”
“Zaman moden jugak.Tapi jangan ajaran agama kau modenkan sekali.Kalau modenkan jadi lebih baik tak apa.Nie entah apa modennya.”
Haishh..terus suci telingga dia dengan ceramah ‘ustaz’ Faris.“Err…encik ustaz, aku cuma nak bagitau yang aku masuk office lambat ,maybe minggu depan.” Amir ulang balik ayatnya seperti awal perbualan tadi.
“La apasal tak bagitau awal-awal.Haishhhh kau nie.Aku dah malas dah nak ambik tau pasal projek dekat Cheras tu.Nasib baik consultant projek tu cun.”
“Hello!aku dah bagitau tadi.Kau aja yang duk bagi ceramah panjang lebar.”Panjang lebar ke?Aku rasa tak sampai tiga lima ayat.
“Owh..ye ke?”Terdengar Faris ketawa.
“Projek tu bukan daddy aku suruh kita dua ke uruskan.Kau janganlah buat tak tahu aja dekat projek tu sebelum aku masuk office.”
“Memanglah kita berdua uruskan tapi,aku assistant jer, project managernya,kau.”
“Memanglah aku project manager.Tapi aku still perlukan kau.”
“Owhh..pasal tu kau jangan risau,I’m always beside you.”
“Euwwww…geli aku.Jangan berangan jadi Shakespeare alaf baru okay!”
Faris mengekek ketawa.”Ai ai kapten!...ehhh serius dia memamg cun.”
“Siapa pulak yang cunnya.”
Consultant project kita tu la.”
Sorry la bro..ku dah malas la nak layan perempuan tak tentu hala.Jadi playboy bagai.”
“Biar betik kau nie.Dah insaf ke?”Pelik,takkan ceramah panjang lebar dia bagi tiga minggu lepas dekat Amir,terus masuk ke hati playboy si Amir ni kot?
“Lebih kuranglah.Lagipun kau aku asyik jadi playboy mummy aku asyik nak cari calon memantu aja. So aku dah buat oral agreement dengan mummy.No playboy,No future wife.”
“Mummy kau setuju?”
“Mestilah aku kan anak bongsu dia.”
“Ermm yelah tu.Tapi kan kalau kau tengok gaya miss consultant kita tu mesti kau tak ambik dia jadi girlfriend kau.
“Kenapa?Teruk sangat ke dia?Ke dia pun playgirl.”
“Bukan la.Kau nie asyik nak fitnah orang jer….”
“Kau takkan ambik dia jadi girlfriend kau,tapi aku sure punya kau akan ambik dia jadi wife kau terus.”sambung Faris.
“Nonsense.Takkan semudah tu nak ambik orang jadi wife.Masa aku jadi playboy pun susah nak pilih perempuan jadi girlfriend tau.”
“Tak susah En Amir oii,kalau dekat dia ada empat perkara rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya
“Mcamana kau tahu semua tu ada pada dia?”
“Err..yang rupa dan hartanya tu aku sure dia ada.Yang lainnya aku teka jer sebab aku tengok dia sopan aja.Pakaian dia memang tak seksi,tapi dia free hair la.Tapi boleh aja didik dia untuk menutup aurat.Boleh jugak kau dapat pahala free.”
Amir terkedu.Bukan dengan gerangan perempuan yang diperkatakan Faris.Tetapi dengan ayat Faris.Serius dia rasa Faris tersalah ambik kos masa di university dulu.Sepatutnya dia ambik pengajian islam bukan architecture.
“Apasal kau aja yang tak pikat dia.”
“Uishhh…mana boleh.Nanti kang silap haribulan pecah kepala aku Usra hentam dengan kayu pembaris dia.”
Amir ketawa.Tahulah tunang si Faris nie kerja cikgu.
Selesai perbualan dengan Faris,fikiran Amir menerawang memikirkan miss consultant yang diperkatakan Faris.Ehh..kejap,apasal nak fikir pasal dia pulak.
Tok..tok..tok… Amir tersentak.
Tatkala pintu biliknya terbuka,muncul senyuman mummynya sambil membawa satu mug warna hitam.Mug tersebut diberikan padanya.
“Ho..ho..horlick?” Amir bertanya dalam jenakanya.Sebijik macam dalam iklan Horlick.Serius,pihak Horlick patut berikan dia award sebab mempromosikan Horlick.Bukan senang tau nak promot minuman yang dia..err suka?Suka la kalau ibu buatkan.Kalau harap dia yang buat bukan namanya horlick tapi hopeless.Takkan buat punya!
Datin Hannah ketawa.Or also known as Datin Hannah James Abdullah ya. Sebab mummy si Amir nie mualaf.Tapi yang Amir tabik spring dekat mummy dia sebab satu family mummy dia peluk islam sejak mummy dia berusia 10 tahun. Tapi nenek dan atuk Amir sudah lama meninggal dunia sejak tu mummy berpindah ke Malaysia ikut kawan Islam dia yang sama-sama belajar di Ireland dulu. Dan sejak daripada tu juga mummy dia sangat fasih berbahasa melayu,apatah lagi setelah berkahwin dengan daddynya yang sememangnya melayu tulen.
 “Daddy tanya bila anak mummy nie nak mula kerja dekat ofis .”
“Err..next week..kot…Err.. Ian ingat nak kemas barang-barang dekat apartment bawak balik sini dulu.Baru nak start kerja lepas dah settle hal rumah.” Amir berbohong lagi.Adoi,bertambah lagi list dosa dia.Sebenarnya bukan banyak sangat barang dekat apartment yang dia mahu pindahkan ke villa keluarganya ini.Tak sampai pun setengah lori.Itupun dia mintak tolong agensi pindah rumah yang kemaskan.Lagipun bukan dia mahu pindah terus.Padahal,sebab utama dia mula kerja lambat adalah kerana,mahu menyiasat latar belakang Dato’ Azman dan anaknya,Azriena. Dia sendiri mahukan dua biji matanya ini yang merakam paras wajah Azriena supaya nanti dia tak salah orang.Professional investigator la katakan.
Next week lagi?Rasanya dah 40 kali Amir cakap next week.”
“Alaaaa…mummy boleh la.” Amir mula menunjukkan aksi manja.Lenggan mummynya dirangkul ketat.”
“Cakap sendiri dengan daddy.”Datin Hannah melepaskan rangkulan anaknya itu.Dia berlalu ingin keluar.
“Mummy nie memang tak sayangkan Mir la.Benci!” Amir buat-buat merajuk.Terus selimut tebal ditarik menutupi seluruh badannya.
“Malas mummy nak pujuk.”
“Mummy!” Amir menjerit.Terus dibuangnya selimut ke bawah katil.Tanda mogok.Seketika kemudian dia senyum,apabila terdengar mummynya ketawa.Macam tak percaya pulak karektar manjanya yang 100% berbeza waktu dia bekerja.Serius dia ke tu?

p/s : hepy reading....

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum sster :)
sy nak tnya pasal geologi
kalau x keberatan mnx cntct sy :)
Azlin Azman
Leenazman@gmail.com
0134252432

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥