Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Tuesday, February 28, 2012

Aku.. Mahukan Cinta 8

“Gaya,macam nak duduk sana terus aja?”Komen Khairul.Kotak yang sudah tersusun diruang tamu apartment diperhatikan.6 kotak yang besar gedabak kalah gajah pregnant kembar 3. Haishhh…lelaki giler baju,giler kasut, giler kentang dan yang tak boleh tahan,giler perfume memang macam nie kalau nak pindah. Entah-entah dalam kotak-kotak tu penuh dengan perfume jer.Tak pun hanya barang aksesori. Yang barang utama entah dia nak lempar dalam kotak mana pulak
 “Tak adalah.Ada lagi barang aku dalam bilik tu haa.Susahlah aku nak keluar malam selalu kalau duduk dengan mummy aku.Mahu bernanah telinga aku dengar dia berleter.” Amir chek semula kotak-kotak ala-ala besar gajah tu.
“Aik..kata dah buat agreement dengan mummy kau tak jadi playboy?” Khairul pelik. Bukan dah insaf bebenar ke si Amir Isyraf ni. Tunggu tak buat solat taubat aja.
“Ala kau nie  pembaris betul la. Cubalah kau belok sana-sini sikit agreement mummy aku tu. Dia kata nak aku berhenti jadi playboy.Haaa..sekarang aku dah resign myself as a playboy,okay. Siap dengan aweks aku sekali aku firedkan diorang. Simple! Mummy aku pun mana ada cakap pasal keluar malam.  So aku buat conclusion sendirilah, baru ada gaya jadi CEO, ya tak En. Khairul?”
Khairul terangguk-angguk. Memang la aku pembaris lurus,dia nie pembaris ronggak. Tu yang pandai belok sana-sini.
Sambil Amir call mummy dia,Khairul mengambil kesempatan menolong orang-orang dari agensi pindah rumah angkat barang Amir ke hadapan lift.
“Nanti aku balik sini,hujung minggu kot.Kalau hari kerja aku duduk villa aja.Lagi dekat dengan ofis.Jimat duit minyak and tol.”
“Ermm..yelah tu.Jimat duit minyak petrol and tol supaya kau boleh borong minyak wangi dengan baju-baju lagi macam orang perempuan borong make up?”
Amir sengih Nampak giginya yang putih tersusun.”Baru aku tahu yang kau nie pandai rupanya.”
Khairul mencebik.Sememangnya dia pandai dari dalam perut lagi ya.Ibu dia pun cakap macam itu.
“Ehh..kau ada nombor phone Adelia tak?”Dia melangkah menghampiri Khairul yang menuju ke dapur. Dahaga agaknya sebab tolong angkat barang. Tapi bukan sampai dekat lift aja ke? Kalau tak salah jarak pintu hingga lift tak sampai setengah kangkang ayam katik pun.
“Adelia?Consultant baru tu ke?”
Amir menggangguk.
“Tak ada la.Aku bukannya urusankan projek tu dengan kau dan Faris.Baik kau tanya Faris.”
“Aku call Faris,tapi dia tak angkat.”
“Busy la tu kot.Diakan dah nak kahwin.Yang kau beria-ria  nak nombor Adelia nie kenapa?Tak boleh tunggu esok. Jangan cakap kau nak tackle dia pulak.”
Amir tersenyum.”Jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama Adelia di ambil orang.”Dia mula menyanyi sebaris daripada lagu apa entah. Nasib baik sedap.
“Kau jangan main-main Mir.Ingat si Azriena tu,kau kata nak tackle dia and then jaga dia.” Khairul cuak. Muka Amir yang sengeh lepas nyanyi lagu yang dia sendiri tak tahu itu, dipandang serius.
“Sorry sikit erk,aku nak jaga keselamatan dia,sebab tu aku nak tackle dia.” Amir pun berubah jadi serius sikit.
“Tak baiklah main-mainkan perasaan dia.”
“Don’t worry aku rasa problem Dato’ Azman dengan musuh dia tu akan selesai tak lama lagi.So bila semua dah settle dan Azriena pun dah selamat,aku akan terangkan semuanya.”
Khairul terdiam sejenak.
“Tapi aku tak sure,entah betul ke tak yang Dato’ Azman memang bermusuh dengan Megat Syukri. Sebab dah lama Megat stay dekat Dubai.Dah bertahun kot. Tapi yang pasti aku sure Dato’ Azman yang ada niat tak baik dengan anak tiri dia tu.” Amir berjeda baru semalam dia dapat call dari penyiasat  seabgkatan dengan dia yang berbunyi ‘Kau mesti tak percaya,apa yg aku nak bagitau pasal Dato’ Azman nanti. So please prepare mentally.’ So sekarang dengan bangganya dia tengah menunggu hari nak dengar semua itu.
Khairul buat muka terkejut. “Anak tiri?”
“Yup,Azriena tu anak tiri Dato’ Azman.”Terang Amir.
Khairul terkesima. Lupa dah nak bagi ceramah pasal hati dan perasaan perempuan untuk Amir bila,dia dengar fakta mengejut ini.
*******
Amir mendekati ducatinya.Malam ini dia lebih selesa menunggang motosikal untuk turut sama ke villa keluarganya dengan pekerja agensi pindah yang membawa lori mengangkut barangannya.Khairul yang berada di berdekatannya hanya memerhati.

“Hai,sayang.”
Amir dan Khairul tersentak.Kelihatan Salmi dengan gaun malam labuhnya yang seksi tersenyum manja.Dia menghampiri Amir.
“Salmi,Salmi,Salmi and Salmi.How many times, I nak cakap yang I tak nak diganggu.” Amir mengawal nada suaranya supaya tak kedengaran nyaring.Kepalanya ditoleh sekilas ke arah pekerja agensi pindah rumah yang sudah bersiap sedia mahu bertolak.”I busy.”ujarnya seraya memzipkan jaketnya dan mula memakai Ducati full face helmet.
“You nie,I bukan nak ganggu you.I Cuma datang nak ajak you pergi dinner aja.”
“I cakap I busy.” Haishhh…waktu nak resign jadi playboy sepenuh masa banyak pulak godaan insane bernama Salmi nie.
Settle cepat.Diorang dah tunggu lama tu.”Khairul terpaksa mencelah berbisik.Dia tak nak pekerja agensi pindah rumah itu rasa marah.Memanglah customers always right.Tapi perasaan pekerja yang dua orang itu kena jaga jugak.
“Alah,please.I boleh tunggu sampai you tak busy.” Salmi tak menghiraukan jelingan Kahairul. Kacaun daun aja.
“You nie….”Kata-kata Amir terhenti saat matanya terpandang seorang gadis dengan di hujung sana. Okay sweet, beberapa hari lepas dia jumpa Adelia dekat hujung parking dekat UKM,sekarang jumpa dekat parking apartment dia pulak. Ini tanda jodoh ke?Dia sengeh.
Adelia yang sudah lama menonton babak drama si-perempuan-gedik-memujuk-kekasih-hatinya-keluar-dinner segera ingin berlalu.Laju sahaja tangannya menarik tangan Julia,kawan satu universitinya dahulu untuk terus ke kereta.Malam ini mereka ingin keluar menonton wayang atas desakan Julia.Kalau tak memang Adelia takkan ikut,sudahlah kena jemput Julia di apartmentnya pulak tu.Macam tak ada kaki pulak si Julia nie. Macam Eima jugak,asyik nak berjemput,berhantar.
“Err..Adelia tunggu!”
Amir sudah bekejar mendapatkan Adelia.Helmet pun tak sempat untuk dia tanggalkan. Dah gaya robocorp kejar orang dah. Okay semua sila bayangkan ya.
“You buat apa dekat sini?Nak pergi mana malam-malam nie?” Amir menggah berlari.Helmet yang terasa memberatkan kepala segera ditanggalkan. Dah macam ikat bata atas kepala,punyalah berat siot.



“I datang apartment kawan I,jemput dia and then kitorang nak pergi tengok movie.”Jawab Adelia acuh tak acuh.Dia malas nak layan Amir yang memang kaki perempuan agaknya.Dulu dia jumpa lelaki itu dengan gadis muka innocent dekat UKM.Hari ini pula,dia dengan perempuan seksi menggoda dekat depan apartment Kasturi.Setiap hari bertukar pasangan kot.Dulu punyalah dia admire lelaki ini yang sememangnya punyai pakej lengkap.Sudahlah muka macam mat salleh.Mix agaknya.Tapi itu dulu,semasa dia tak tahu lelaki ini playboy.Sekarang bila dia dah tahu,baik dia admire lelaki tua single yang soleh dan err.... kaya.Lagi terjamin hidup dia nanti.
“Owh..” Amir berjeda.”Boleh kasi business kad you tak?Senang I nak contact nanti.”
Adelia mengeluarkan kad bussinessnya dan segera diberikan kepada Amir. Malas dia nak lama-lama ddengan Amir yang selalu aja jatuh dari langit dekat mana yang dia duduk. Kemudiannya dia meminta diri bila,Julia dari tadi duduk melambai-lambainya dari dalam kereta. Mintak-mintaklah projek Megamall tu cepat siap.
Dear Diary,
He’s playboyyyyyyyyyyyyyyy!Ahhh….tak sukanyaaaaa
Amir meneliti business card ditangannya.”Hahh..ada nombor ofis aja,aku nak nombor phone. Kedekut betul.” Dia kecewa. Apa class telefon ofis dia dekat syarikat consultant.
“Isyraf,siapa tu?”Salmi bertanya manja ditepi telinga Amir. Amir sudah menahan marah.Baru tadi hatinya sejuk bertemu dengan Adelia,kini dah panas balik dengar suara Salmi.
“Kalau you nak tahu,itulah pekerja I a.k.a girlfriend baru I.” Amir berkata selamba dan tegas.Haaa…ambik kau,Salmi.
Amir simpan senyum tengok muka Salmi yang macam opera cina tu. Cemberut habis. Tak terlintas difikirannya bahawa ayat itu bakal membawa masalah antara mereka bertiga.Dia,Adelia dan Salmi.
Pantas Amir meninggalkan Salmi dan mendekati motosikal besarnya lalu dihidupkan enjin bila muka Khairul dan dua orang lagi pekerja agensi pindah rumah dah macam ahli sumo nak masuk gelanggang.

p/s: Enjoy reading,dearss... :D 

4 comments:

0nion_ring said...

nk lagi..pnjg skit yer,,,

Aida Sherry said...

amir dah kantoi ngan adelia.... lepas ni susahlah nak pikat adelia...

Aida Sherry said...

amir dah kantoi ngan adelia.... lepas ni susahlah nak pikat adelia...

amira aihara said...

onian :ok2.. i'll try..hehhe

aida : 2 la psal..jdi plyboys lgi..kan dh ke blacklist

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥