Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Tuesday, January 25, 2011

Sains dalam Islam

Berikut ini adalah petikan temubual dengan Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, seorang professor toksikologi dari California University, yang disiarkan dalam TV Al-Rahman/Al-Rawdha, pada Disember 2, 2010:

Pengacara: Seperti yang kita tahu, Barat mahu mengubah wanita jauh dari kesuciannya, kewanitaannya, dan kemulian yang dianugerahkan oleh Islam kepadanya, kepada kehidupan Barat, kepada lesbianism, kepada "Kenapa wanita tidak boleh memiliki ramai suami?", kepada "Kenapa wanita tidak boleh menikmati seks bebas sebelum kahwin?", kepada "Kenapa tidak boeh difokuskan pada wanita sahaja, seperti di Barat – supaya wanita boleh bersama wanita, tanpa memerlukan lelaki, dan lelaki boleh bersama lelaki, tanpa memerlukan wanita?" Ini adalah isu-isu yang merbahaya. Adakah sains mempunyai penjelasan dalam hal-hal seperti ini?

Jamal Al-Din Ibrahim: Berhubung dengan persoalan wanita, masyarakat Amerika sendiri mengakui bahawa wanita di Amerika mempunyai kurangnya hak-hak berbanding lelaki. Sebagai contoh: Apabila seorang wanita itu berkahwin, beliau akan menggunakan nama keluarga suaminya, dan membuang nama keluarganya sendiri. Jika dia mengahwini A, dia akan menjadi Mrs. A. Sebelum revolusi saintifik, dan sebelum adanya mesin-mesin, seorang wanita itu akan menjadi hamba kepada suaminya. Beliau tidak mempunyai apa-apa hak langsung. Ini berlaku kurang dari 250 tahun yang lampau.
Situasi ini berkembang apabila wanita diperlukan untuk membantu lelaki dalam kehidupan moden. Akibatnya, wanita menjadi semakin maju dalam banyak aspek, tetapi masih ketinggalan dalam hal tentang perlunya nama keluarga mereka dibuang.
Keduanya, wanita di Amerika dipergunakan seperti barangan. Wanita dilihat sebagai barang. Jika seorang wanita itu cantik, maka beliau mempunyai harga dan status tertentu dalam masyarakat. Di universiti pun, professor akan memberi markah yang lebih baik kepada yang cantik berbanding yang biasa. Dalam pengiklanan, wanita yang mempunyai susuk badan yang lebih menawan akan memenangi harga yang lebih tinggi.

[...]

Sewaktu saya masih menuntut di sebuah universiti, sekitar tahun 1975-1977, mereka menjalankan kaji selidik yang menunjukkan pelajar wanita Amerika, yang secara puratanya menghabiskan masa empat tahun di universiti, telah melakukan hubungan seks dengan 200-300 pasangan lelaki dalam tempoh empat tahun.
Apabila seorang wanita mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki, ia akan menjejaskan kesihatannya, kerana hubungan seperti itu melemahkan sistem immunisasinya.

Pengacara: Bagaimana sebenarnya?

Jamal Al-Din Ibrahim: Apabila seorang wanita itu melakukan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki... Bila dia melakukannya dengan lelaki pertama, tubuhnya cuba menentukan identiti sperma lelaki tersebut.

Interviewer: Sebelum siaran ini, awak dah jelaskan tentang proses identifikasi kepada saya.

Jamal Al-Din Ibrahim: Ya, terdapat satu proses identifikasi, dan sperma itu didaftarkan dalam tubuhnya. Ianya seperti apabila seorang itu memasuki rumah seseorang, beliau akan dikenali, dan sama seperti kad pengenalan dihasilkan... Lelaki ini sekarang mempunyai kedudukan istimewa. Proses ini dikendalikan oleh sistem immunisasi. Ianya seperti apabila seorang lelaki bekerja untuk syarikat tertentu, maka pihak syarikat ini akan berusaha mengenali lelaki tersebut, dan memberi beliau jawatan yang betul. Selepas itu, tubuh wanita tadi dengan mudah mengenalpasti sperma lelaki itu, yang kini menjadi sebahagian dari wanita tersebut. Kemudian datang lelaki lain dan mengadakan seks dengan beliau. Sekarang sistem immunisasi terpaksa mengulangi semula proses tadi.

Pengacara: Sistem immunisasi melakukan banyak kerja untuk mengenalpasti lelaki baru tersebut.

Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya menjadi lebih sukar apabila terdapat dua lelaki dalam satu masa. Wanita-wanita di sana biasa melakukannya. Mereka ada seorang, dua, atau tiga kekasih, dan kawan lelaki. Walaupun tidak rapat, wanita ini tetap melakukan hubungan intim dengan kawan-kawannya. Ini akan melemahkan sistem immunisasi.

Pengacara: Kerana terpaksa melalui terlalu banyak proses identifikasi...

Jamal Al-Din Ibrahim: Ia sibuk dengan identifikasi sepanjang masa akibat hubungan seks dengan teman yang pelbagai. Apabila usia wanita itu mencecah 30an atau 40an, dan selepas 15 tahun terlibat dengan seks, beliau mula dihinggapi penyakit barah payudara dan barah rahim, yang mana sudah menjadi kebiasaan di Amerika.

Pengacara: Apakah sebabnya?

Jamal Al-Din Ibrahim: Hubungan seks dengan pasangan-pasangan berbeza akan menyebabkan sistem immunisasi wanita berkenaan rosak dan menjadi lemah.

[...]

Makan daging babi boleh menyebabkan seseorang itu bekerja kuat, tapi tidak boleh berfikir. Pemikirannya akan menjadi lemah, kerana perutnya terpaksa bekerja keras untuk memecahkan molekul-molekul kompleks.

[...]

Tabiat makan daging babi didapati boleh melemahkan keupayaaan seseorang untuk berfikir, dan juga melemahkan keinginannya untuk mempunyai perasaan bangga dengan dirinya sendiri. Ia menghilangkan semangatnya.

Pengacara: Adakah ini satu fakta?

Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya memang benar.

Pengacara: Pemakan babi tidak mempunyai semangat patriotik?

Jamal Al-Din Ibrahim: Ini telah dibuktikan secara saintifik. Ia merendahkan kandungan serotonin dalam badan, yang berfungsi melancarkan aktiviti dan meningkatkan perasaan banggga seseorang, dan mungkin juga menambah keceriaan seseorang. Apabila hormon ini berada dalam badan, seseorang itu akan menjadi ceria, tetapi daging babi pula mengurangkan kandungan serotonin ini. Seorang pemakan babi boleh menggunakan otot-ototnya untuk bekerja, tetapi bukan otaknya.

[...]

Beberapa orang doktor telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam mengubati masalah impoten dengan hanya menyuruh pasakit-pesakit menyimpan jambang dan janggut yang panjang.

Pengacara: Subhanallah!

Jamal Al-Din Ibrahim: Menyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut dan jambang, kandungan testosterone akan bertambah... Mereka mengukurnya dalam ukuran mikrogram, dan mendapati tahap testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang.

Interviewer: Subhanallah!

Monday, January 24, 2011

Pohon Aneh di India


As salam semua...cihat???
dssbkan ada beberpa org yg ckp psal pokok nie...so aku edit la ckit post..bg semua puas hatikan..
ak nak berkongsi sdikit pasal keunikan satu pokok nie yea...
ermm...nak thu x???
nak???
ok kalau nak sila scroll ke bawah
*
*
*
*
*
eh...jap2..berhenti dlu...
meh kta bca pasal benda aneh tu dulu....
benda aneh nie wujuk kat disneyland animal(bak kta seseorg 2)
Aku pun mls nk komen byk...
so tgok jer la


















sekian...

Saturday, January 22, 2011

Please Don't Go-Bab 13

‘Nak naik  ke tak?nak naik ke tak.Adoi boleh pening aku kalau gini caranya.’Ilya bermonolog sendiri.

Kini dia sudah berdiri di anak tangga pertama.Berdiri tegak ala-ala askar yang sedang menunggu untuk menyanyikan lagu Negaraku.

‘Negaraku.Tanah tumpahnya darahku.rakyat hidup….’

Tetiba saja dia menyanyikan lagu kebangsaan itu dalam hati.Pantas jari jemarinya menampar perlahan pipi sendiri.

‘Waktu gawat macam nie pun aku boleh nyanyi lagu Negaraku?’

Afzan yang terlihat gelagat Ilya dari pintu dapur memandang pelik.

“Kenapa Ilya?”soalnya tanpa sebarang mukhadimah terlebih dahulu.
Ilya yang terkejut segera mengurut dada.

‘Aishh..boleh mati aku kalau selalu macam nie.Sudah la penat melayan perangai pelanggan aku yang kat atas tu.’

“Sorry sorry.”Pintanya seraya mendekati Ilya.

“Owh tak apa,tak apa.”ujar Ilya tersengih.

“Afzan pergilah buat kerja kat dapur tu.Ilya nak gi jenguk Tengku Izzul kat atas.”Ujar Ilya pantas bergerak memanjat tangga.Terus hilang sifat ragu-ragunya untuk ke atas tadi.
Lagak Ilya tak ubah seperti menyuruh orang gaji masak makan malam sementara dia pergi melihat suami tercinta yang berada di bilik mereka.
Haahahah..memang lucu.

Afzan masih di tempatnya.’Owh kereta tadi tu kereta anak Puan Sharifah rupanya.

********

Dari jauh Ilya sudah perasan sepasang mata ibarat pedang yang sedang menghunus tajam ke arahnya.

‘alamak aii,dia tak suka ke?’

Namun di biarkan saja pandangan itu.Berlagak ala-ala pandangan timpul saja yang diberikan lelaki itu.

“Hai Tengku.Macamana ok ke bilik nie?”Tanyanya dengan lagak terlebih tenang.

Dalam hati dah macam mercun raya cina saja.

Izzul yang tadi ingin menyuara ketidakpuasan hati tentang warna dinding biliknya,terbantut.

‘Tengku?Hurm..Dari planet mana la si Ilya comel nie turun.’

Ilya garu kepala yang bertudung.

‘Salah ke aku cakap?Ok apa aku tanya pasal bilik nie.Bukannya aku tanya dia dah ada makwe ke belum?Kalau ada melepas la saya….Isk apa aku merepek nie.’

Ilya berpura-pura tenang.Naik kebas segala muscle kat muka bila di tenung sebegitu rupa.

‘Aii cik abang nie nak kena blender mata nie…ke…dia tak suka aku panggil tengku?Tapi aku rasa ok jer.Bukan ke orang yang berketurunan tinggi nie suka orang panggil nama pangkal diorang.Tengku la,syed la,megat la…’

Izzul berdehem perlahan.Hampir terangkat Ilya dek terkejut.

‘Ya Allah ya tuhanku panjangkanlah umurku.’Ilya berdoa dalam hati.
Takut juga kalau dalam sijil matinya menyatakan dia mati terkejut sebab dikejutkan dengan lelaki kat Malaysia.Isk merepek betul gadis ini.

Dihadapannya Izzul sudah menahan senyum melihat reaksi Ilya.

“Awak nak mata saya juling ke?”tanyanya terus ke Ilya.Kembali berwajah serius.Serius-serius pun kacak.Heheh

“Alah,juling jer bukan buta.”Ilya menekup mulutnya.

Wah,tak sangka dia boleh jawab begitu dengan pelanggannya.Dia lihat Izzul dah membulatkan matanya.’Heheh..comel.’

“Err bukan semua benda negative tu akan jadi negative sentiasa,Tengku.”

Ilya sudah mula untuk member ceramahnya.Terjangkit dengan Arinalah nie.

“Contohnya warna merah dan hitam nie..”Tmbahnya sambil berjalan mendekati dinding bilik meninggalkan Izzul di muka pintu.

‘Adoi macamana aku boleh terover reaction nie..terpaksa sambunglah nie.’

“Orang mesti ingat yang warna macam nie,sakit mata la,tak de feel la.Tapi sebenarnya warna macam nie la menaikkan semangat,membuatkan orang lebih aktif,megah dan elegan.”Ilya mengakhirkan ceramahnya.

Dia masih memandang dinding,mahu menoleh ke belakang,dia takut.Takut dengan reaksi muka lelaki itu.
Izzul hanya tersenyum.

“Well..ermm not bad.”

Perlahan-lahan Ilya toleh juga mukanya menghadap lelaki berkemeja jalur hitam itu.

‘Apa yang not badny?’

“Tapi saya rasa panas pulak kat dalam bilik nie.”ujarnya tiba-tiba.

“Effect dari warna merah kot.”balas Ilya pula.

“Ehhh..jangan!!!!!!”Ilya menjerit kuat hasil tindakan spontannya bila dilihatnya lelaki itu bagaikan mahu menanggalkan baju.
Izzul pandang pelik.

“Apasal?”

“Err Tengku jangan la tanggalkan baju..err air condkan ada.”Ilya menunjukkan ke arah aircond di satu sudut bilik.

Habis saja sebaris ayat itu,Izzul ketawa kuat.

“Cik Ilyaaaa sayang..saya nak kemaskan baju jer.Bukan nak tanggalkan baju.”terangnya seraya berlalu ke tingkat bawah kembali.Ketawa masih lagi bersisa di bibir lelaki kacak itu.
Muka Ilya dah membahang merah menahan marah.

'Sayang?'

“Isk kenapa la mulut nie asyik nak memalukan aku jer?”

p/s:selamat mmbaca n komen ye...
sorry ye n3 nie simple jer..hehhe..idea kureng

Friday, January 21, 2011

Lelaki tak suka perempuan pakai shawl???

As salam...

kalau patung nie tak suka sila bgaitau sya..sya boleh remove..hehhe
(gurau jer)

vs




erm mesti sume terujakan bila sebut pasal shawl nie???hheeh betul ke teruja???

Ok straight to da titik...

tadi aku n kawan Geo g la jenjalan kat Pusanika UKM....
Aku tgok Pusanika UKM nie dah macam pasar siang dah gayanya...
Macam2 ada....
tambah2 shawl..uhhh xyah cakap la..bertempet sana sini..
ada shawl la,shall we la,shallow la..sume ada...hahha
xkurang jugak ngan tudung bawal,tudung tenggiri,tudung keli dan segala tudung lain..
(ok jika aku melalut lagi sila lempang aku)

lepas tu aku pun g la belek2 inner tudung..biasa la esk nk kuar terus bli inner tudung baru..ahahha
waktu aku tgah belek2 tu tetiba...jeng...jeng...jeng
(nervos x??)
tetiba aku terdengar ada mamat nie cakap kat kawan perempuan dia

mamat:wehhh ko takyah la duk tengok shawl bagai..baek ko g belek tudung bawal 2...ak tak  suka sngat perempuan pkai shawl nie...

minah:(terdiam dan terus berlalu...)

so....
kesimpulannya apa yang korang boleh cakap???

sekian...

Thursday, January 20, 2011

Yeayyy background baru...Jgan jealous

As salam sume...
hari nie hati aku berbunga yang mekar bak taman tasik titiwangsa..haha..apa kes...
cantik x bakground baru nie...??
ke nmpak serabut..hehe..
BTW....
TQ pda mizznina sbb dia ada wat satu n3 cara2 nak tukar bakground...
hasil daripa tunjuk ajar ku sifu beliau..
maka terhsillah blog yang comel ini..heheh(perah santan)
so....lihatlah dunia...ahakzzz

sekian

Wednesday, January 19, 2011

Please Don't Go-Bab 12

Resah mata Ilya memerhatikan Arina yang tertidur setelah menelan dua biji panadol.Sesekali tangannya akan memicit-micit dahi gadis itu.
Sejak mereka sampai dari Kuantan petang tadi Arina asyik mengadu sakit kepala.Ajak ke klinik dia kata sakit kepala biasa saja.Ahh..begitu degil si Arina ini.

Seingat Ilya sudah banyak kali Arina sakit kepala.Cuma kali ini saja sakit kepalanya agak teruk.Hendak dikatakan demam badannya tidak pula panas.

Ilya menghembus nafas perlahan.Berhati-hati dia menuruni katil agar tidak mengejutkan Arina yang lena tidurnya.Dia berjalan keluar bilik.Badannya di sandarkan ke pintu bilik Arina yang ditutup rapat.Otaknya mula ligat memikirkan tentang ubat-ubatan yang terdapat dalam laci gadis itu dulu.
Cuba mengkaitkan antara ubatan itu dan sakit kepala Arina.Namun otaknya blank.
 Ilya tahu dia bukan ahli farmasi yang begitu arif tentang ubat dengan hanya sekali pandang.Lalu petang tadi  dia menyelongkar laci itu kembali bila Arina tidur.
Namun hampa bila laci tersebut  hanya menyimpan sebuah buku tebal dan fail-fail kerja Arina.Laci yang lain juga sempat dia selongkar.
Tapi tiada apa-apa yang memusykilkan di temui.

Kesudahannya,Ilya terus memadam segala memori yang membuatkan dia fikir yang tidak-tidak  tentang kesihatan Arina dari mindanya.Takut kalau-kalau ianya menjadi nyata.

***********

Pagi itu Arina bangun dengan sedikit ceria.Peningnya yang sudah hilang membuatkan kepalanya terasa agak ringan.
Mahu berterima kasih dengan Ilya namun dilihatnya Ilya sudah hilang.Mungkin ke pejabat agaknya.
Arina tersenyum girang bila terpandangkan nasi goreng,roti bakar,telur separuh masak dan susu panas yang elok terhidang di atas meja makan.Sesuai dengan perut yang mulai terasa lapar.
Untuk menghargai jasa Ilya yang amat-amat jarang sekali menyediakan sarapan,Arina menghantar SMS yang berbunyi..
Thank you,sayang.
Sedap nasi goreng nie,tapi banyak sangat sayurnya.Dah macam sayur goreng.                                                           Pembakar roti kita rosak erk Ilya,sebab aku tengok roti nie hitam bebeno.                                                                            Telur nie telur separuh masak ke telur tak masak?Hehe juz kidding...                                                                                                                Bg pendpat lidah akukan,Susu suam lagi sedap dari susu panas
Ilya sayang ,Nanti teman aku gi farmasi jap  erk,aku rasa lidah aku dah terbakar hangus da..
*
*
*
*
BTW I luv who U are,my dear…=)

Ilya tersenyum membaca mesej Arina.Mulanya geram juga dia bila Arina mengutuk semua menu sarapan yang disediakan khas untuk gadis itu.Tapi bila terbaca sebaris ayat terakhir mesej itu,bibirnya kembali memekarkan senyuman.

Ilya kembali meneliti pelan dekorasi untuk rumah pelanggannya.Tinggal ruang dapur saja yang belum disempurnakan.
Dia kira-kira petang ini dia mahu ke sana bagi meneliti lebih jelas hasil kerja mereka.

***********

“Afzan,macam mana?Semua dah ok?”tanya Ilya sambil menguntum senyum buat Afzan Hafiz,ketua  bagi pekerja yang membantu Ilya dalam merealisasikan ideanya.

Everything settle untuk  ruang tamu nie.Cuma tinggal dapur jer.Ilya nak ubah apa-apa ke?Nak tambah ker?”soal lelaki itu kembali.

Ilya hanya berdiam diri.Kakinya perlahan-lahan bergerak meneliti sekeliling ruang tamu.
Dia berpuas hati dengan warna jingga dan coklat yang digunakan bagi ruang tamu ini.
Warna yang agak berlainan dari kamar tidur.Bukan apa dia cuma mahu penghuni rumah ini tidak bosan dengan mainan warna setiap ruang.
Disatu sudut lain Ilya letakkan pasu tembikar  dan cermin kayu bagi menampak gaya etnik.Tak lupa juga dengan pokok buluh hiasan sederhana tinggi di kiri kanan televisyen prisma.Nampak kehijauan di situ.
Sofa empuk dan hamparan karpet berbulu yang berwarna putih di tengah ruang tamu pula jelas menonjolkan elemen moden.





“Erm..rasa-rasanya dah ok kot.Kalau ada ada apa-apa nanti Ilya bagitau.”

“Ok.Kalau macam tu saya ke belakang dulu.”Afzan meminta diri.
Ilya masih memikirkan apa yang patut dan tak patut berada di ruang tamu besar ini.Kakinya di hala ke sofa lalu duduk santai disitu.

‘Errm,pandai jugak aku pilih sofa  nie hehe.’sempat lagi dia memuji diri sendiri.

Baru saja dia ingin melentokkan kepala di penyandar sofa empuk itu,kedengaran enjin kereta menuju masuk ke perkarangan banglo.

‘Aik..pelik.Rasanya mak cik Sharifah kata dia busy dua tiga hari nie,tapi ada pulak masa dia nak ke sini?Ke dia nak check aku buat kerja ke tak?’Ilya mengomel sendirian.

Dia bangun dan mengemaskan baju kurung pink yang dipakainya.Ringan kakinya di atur ke pintu utama.
Berkerut dahi Ilya bila dia seperti terlihat kelibat lelaki dalam kereta yang agak familiar pada pandangan matanya.Lelaki itu kemudiannya keluar dari kereta dengan muka selamba.
Wajah Ilya pula sudah pucat tak berdarah.Mahu ternganga mulutnya melihat lelaki itu yang kini mendekati Ilya yang tercegat di muka pintu.Lagak mereka tak ubah seperti seorang isteri yang menunggu kepulangan suami dari tempat kerja.

“Rasanya dua tiga ekor jugak la lalat boleh menetap dalam mulut awak tu.”Ayat yang begitu selamba dilontarkan buat Ilya.

Ilya yang masih tercegat di situ cepat-cepat menutup mulutnya dengan tangan.Dia kemudiannya mengekori  langkah lelaki-sorry-naik-ferry itu masuk ke dalam rumah.

‘Apasal la bumi nie kecik sangat.Macam tak ada orang lain yang aku boleh jumpa.Eh kejap-kejap..takkan dia nie Tengku Izzul pemilik banglo.Adoi habis la aku.’sempat lagi ILya mengomel.

“Adoi!!!!!”Jeritnya agak kuat bila dia terlanggar belakang tubuh Tengku Izzul yang tetiba saja berhenti.Jarinya pantas menggosok dahi.

“Tu la lain kali jalan tu tengok depan.Ke…awak nak…goda saya…??”Ujar Izzul rambang.
Badannya ditoleh menghadap Ilya.

Seperti yang pernah dilakukan dulu,dia sekali lagi mendekatkan mukanya hampir ke wajah Ilya.Kali ini cepat-cepat Ilya menapak ke belakang.Takut juga kalau-kalau pekerja lain yang berada di dapur menjadi penonton tak berbayar adegan mereka ini.

Muka Ilya sudah merah.Tak tahulah sama ada dia menahan marah atau menahan malu.

‘Aku malu la siot.’jerit hati Ilya.

Izzul hanya tersenyum  dengan reaksi gadis itu.

By the way,I’m Izzul.”perkenal lelaki itu seraya menghulur salam.Namun salamnya tak bersambut.

“Saya…”

“Ilya Darisya binti Ahmad Kamal.”potong Izzul sambil menjauh dari Ilya untuk ke tingkat atas.

Mungkin untuk melihat-lihat biliknya yang berimej baru.
Ilya hanya memandang lelaki itu dari bawah.

’Peliklah dia nie.’

*******
p/s:ok x??heee jgn lupa komen yea..

BERAPA JUMLAH KAMBING


yuhuuu..
erm..join kontest lagi..heheh
kali ni ak di tag oleh blackrosehunter
untuk join kontest kira jmlah kambing oleh bulan purnama...
Fuyooo tajuk contest nie memng urmmmm..hhaha

ok nie syarat2nya
1. Anda perlu meneka berapakah jumlah kambing yang terdapat dalam gambar ini. Anda diberi
peluang meneka sebanyak 2 kali.. maksudnya 2 jawapan boleh diberikan.
jwpan pertama:17
jwpn kedua:15

2. Buat satu entry dalam blog anda sendiri bertajuk "BERAPA JUMLAH KAMBING" dan bagi jawapan anda. Jawapan hendaklah ringkas.
dah buat..heheh

3. Entri anda semua mesti lah mempunyai linkhttp://bulanpurnama89.blogspot.com/ dan juga gambar kontest kambing di atas.
dah letak

4. Link mestilah di masukkan didalam bloglist . Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
OTW

5. Bila dah siap semuanya, anda hendaklah meninggalkan permalink entry di bahagian komen entry ini.
permalink???ok2 OTW gak..huhu

6. Jika ramai yang meneka tepat, maka akan menggunakan http://www.random.org/ untuk menentukan siapa pemenang. Adilkan? Heehe..
ok memg adil..haha

7. Tag 3 kawan blogger dan pastikan mereka tahu mereka di tag.
nub
arpiiz
el

8. Tarikh tutup adalah pada : 27 FEB 2011

Kontest blog paling comel!

Salam sume...

Aku dengan rasminya di risik 
di tag oleh cik diba untuk melayari bahtera kemerdekaan kontest dari cik nurul nabiela yeaayyyyyy...
knapa aku join??
sbb cik diba tag..heheh...
& sbb blog aku comel...hhaha (jgan marah yea..aku hnya insan yang kerdil..)

Rsenya sume syarat aku dah patuhi..(tolong ingatkan menangkan aku..haha<---ayat merayu nie..hahah)

oklah aku nak tag...jeng jeng jeng..(sume jgn nevus)
eyqaz
na nyna
ladyNUR
aidanatasya

sekian..

Monday, January 17, 2011

Lagu lagi???

salam...

mesti korang tetiba jer terkezutt monyetkan..sbb blog aku nie kuarkan lagu wali band..hahah
aku pkir2 aku xnak dah letak lagu...dh insaf..
tp entah kenapa hati nie meronta2 nak letak gak lagu...
tp aku letak kejap jer..heheh ..nak release tension la ktakan.....

sekian...

Saturday, January 15, 2011

Takziah pada FaceBook???????

As salam...

aku nak kongsi sdikit pengalaman yang aku rse ak nk kongsi n tak tau la patut di kongsi atau x..gong xi gong xi ni ya..gong xi gong xi...

ok sudah2x

berblik kpd cite tadi...
ada seorang nie,dia meninggal dunia...muda lagi....
selpas arwah meninggal,yang mengejutkan aku byk giler ucpan takziah kat wall FB arwah...
biar betik..
ya tapi itulah yg berlaku...
siap ada org like n comment lg...
tye itu tye ini...
de jgak hamba Allah nie siap bole tye mcamna arwah boleh meninggal...

huuuuhhh..dunia2x

kot ya pun nk tunjuk kta bersedih di atas pemergian beliau...xpyah la smpai kat FB...
kat FB arwah plak 2...
ak pun xtau diorang ucap takziah kat spe???
kang tak pasal2 arwah comment kat post 2..haaa xke trkejut..
slap2 aribulan Mark trus shutdown FB..
klu kat wall family dia ke..logik la jgak...ermmmm
(tp ini pun tak digalakkan la ye..sbbnya mmg la kta nie dah maju tapi xkanlah sumenya nak gna IT..Ada sesetengah perkara kta patut IKUT ADAT...)

oklah itu jer nk kongsi...

p/s:FB BUKAN SEGALA2NYA...PEACE NO WAR

Friday, January 14, 2011

Kejadian Di CIMB Bank...

Assalamualaikum semua...

Hari nie aku sgt berbhgia nak menceritakan 1 kisah di CIMB bank kaunter...
Cite dia macam...
ak nak g bukak bank account bank CIMB..nie no accountnya tutttttt tutttt (Heee gurau je..pe kes aku nak g bg no account bukannya mr nuffy n korang sume nk bank in duet kat aku pun..hhaha)

ihsan dr google
p/s:klu akak n abe nie xsuka xpe..sya ble remove...


aku pun dgn malu2nya beratur la...pas smpai giliran aku,aku pun bgtau la nak bukak account...
pas 2 dia mintak ic...
ak pun bg la yang dah siap phostat...
pas 2 dia tnya aku lagi..(ni lirik dia..haha)

Miss CIMB: Adik nak wat yang kalor merah ke hijau...
(aku pun garu kepala..apa kebende 2)

Aku: errrrrrrrrrrrr(pnjang sikit errrrr dia 2)nak warna hijau la..
(aku main hentam jer ckap...almaklumlah aku tak tau sgt pasal CIMB nie)

Miss CIMB: ok..yang warna hijau nie yang islamic pye ye..bla..bla..(dia terang kat aku..mybe sbb dia nmpak aku blur2 ckit  banyak kot..hehe)

Aku: apa beza dua-dua 2 erk...(aku tye lagi)

Miss CIMB: xde apa beza pun...cuma beza mcam  YUSUF dan JOSEPH jer


(Xpham lgi???meh aku bg contoh len plak antranya
DAUD = DAVID
NUH = NOAH)
erm dah pham??ak pun lmbt gak pham masa dia ckap 2..heheh


lepas 2 terus jer aku angguk2 PAHAM....

 sekian...


P/s:sebelom nak bkk account baru,ingat2 la spy surf mr google dlu..hahha
p/s/s:xde kena mengena dgn isu politik yea..haha

Thursday, January 13, 2011

Please Don't Go-Bab 11


Lagak pemanduan Ilya Darisya mengalahkan formula one saja dihari minggu ini.Bukan setakat laju,malah dia tak lupa untuk melanggar tiga lampu isyarat secara berturut-turut.Lampu isyarat kuning yang menyala dihadapannya langsung tak mematahkan semangatnya untuk terus laju.Baginya lampu isyarat kuning bukan bermaksud pandu perlahan-lahan,tetapi pecut selaju mungkin sebelum lampu bertukar merah.Kesalahan seterusnya ialah dia memotong di lorong yang terdapat double line dek rasa tidak sabarnya mengekor kereta yang bagaikan hidup segan mati tak mahu.Ehh...boleh guna ke peribahasa itu untuk situasi sebegini.
Ahh..abaikan.Apa-apapun yang penting kalau ada pemeriksaan polis,rasanya dialah orang pertama yang paling banyak mendapat ‘surat cinta’.Tidak pun mungkin keretanya antara kereta paling glamour di jalan yang terdapat speed trap.
“Huh..ini semua sebab Rina.Sampai hati tak bagitau aku yang kau nak balik Kuantan sebab nak pergi picnic dekat TC ya..Jaga kau aku sampai nanti.”Sambil tangan memegang kemas stereng kereta yang dipecut dengan kelajuan yang sememangnya tak mematuhi had laju,sempat lagi Ilya Darisya mengomel geram.
Sakit hatinya belum reda apabila pagi tadi Arina memberitahunya ingin balik kampung melawat Ibu Erma.Tak dikhabar pula dia mahu berkelah bersama wanita itu di Teluk Cempedak.Niat hati menelefon Arina untuk bertanyakan sama ada gadis itu sudah sampai atau belum,terbantut dek kedengaran deruan ombak dan suasana riang yang menjadi latar.Huh,memang sah Arina sedang bersuka ria di Teluk Cempedak!
Lalu dengan tekad di dada,di harunginya terik mentari tengahari untuk sampai ke Kuantan dan singgah di Teluk Cempedak dengan perut kosong semata-mata ingin berkelah dengan orang tersayang.
Sampai sahaja di Teluk Cempedak,Ilya Darisya menarik muka masam.“Masa aku tak nak singgah dekat sini,tak adalah pulak kereta berduyun-duyun dekat tempat parking nie.Haishh..saja nak boikot aku ke?”
Matanya mengerling ke kiri kanan tempat meletak kenderaan di situ dengan mulut berleter sakan.Mencari-cari tempat kosong,namun hampa saja.Keretanya dipandu lagi ke hadapan.Berharap akan ada petak kosong untuknya memakir kereta.
Harapan Ilya Darisya bagaikan dimakbulkan bila ada kereta yang baru sahaja meninggalkan tempat letak kenderaan.Cepat-cepat Ilya memandu keretanya dan mahu memarkir disitu.Takut kalau-kalau ada orang lain yang sempat kebas tempat itu sebelumnya.
Namun entah apa silapnya bila keretanya hampir-hampir bergeser dengan kereta yang diparkir di sebelah petak kosong tadi.Berdesir juga bunyi brek yang ditekan bagi menghalang keretanya dari menyentuh kereta sebelah.
Ilya Darisya mengurut-urut dadanya sambil menghela nafas lega.“Selamat tak langgar.”Tapi malang tetap ada bila Ilya terperasankan pemilik kereta itu yang bersandar tenang di bonet kereta.Mungkin menunggu seseorang atau saja berehat disini.
‘Ehh,..macam kenal aja mamat nie.’bisiknya sambil memikirkan sesuatu.Pandangan sisi lelaki itu dipandangnya.Namun jelingan tajamnya membuatkan Ilya Darisya cepat-cepat keluar dari keretanya.Takut disalah tafsir  bahawa dia takut padahal dia belum melakukan apa-apa kesalahan.Hanya kereta yang dipakir agak senget sedikit.Huh..kesah apa dengan senget.Asalkan keretanya masih didalam kotak kuning.
Dengan gerak yang bersahaja Ilya Darisya keluar dari kereta Myvi pinknya.Ayu sahaja lagaknya.Tangannya sibuk membetulkan tudung di bahagian dada sehinggakan lelaki itu langsung tak dipandangnya.Riak wajah pula bagaikan tiada apa-apa yang berlaku.
'Ok steady Ilya Darisya steady,jangan gelabah.Jalan aja macam biasa.'
Nice parking.”Perli lelaki itu.Dikerlingnya kereta Ilya di sebelah yang memang nyata di parkir agak serong.Sebuah senyuman sinis dilemparkan buat gadis yang cukup dikenali walaupun namanya belum diketahui.Mulanya terkejut juga dia bila terjumpa gadis disini.Maklumlah dia pun baru kali pertama datang ke sini.Itu pun hanya  singgah sebentar selepas dia membatalkan hasratnya untuk berjumpa dengan keluarga pesakitnya,seorang gadis malang yang cukup tabah.Entah kenapa jiwanya sebagai doktor bagaikan tidak tenang sekiranya gadis  itu merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan keluarga.Bagaikan ada suara  di telinga yang menyuruhnya menyampaikan hal tersebut kepada keluarga pesakitnya.Disebabkan itulah dia berada di sini.
Namun hasratnya terpaksa dibatalkan setelah baik buruk akan perbuatannya ini di timbang berkali-kali.Takut pula dia akan mengeruhkan lagi keadaan.
Pada fikirannya kini ,lebih baik gadis itu memberitahu keluarganya sendiri.Lagipun pasti ada sebab munasabah kenapa dia berbuat begitu.
Langkah Ilya Darisya terhenti.Dia mengetap giginya kuat.Dadanya diurut lagi supaya jiwanya tenang  sebelum menoleh kearah lelaki di sebelahnya.Dengan beraninya dia meletak pandang pada wajah lelaki itu.Walaupun hatinya bengkak dengan kata-kata lelaki ini,tetapi senyuman tetap diberikan bagi membalas kata perlian tadi.Biarlah jahat lelaki ini,dibalas baik olehnya.Wahhh..baiknya gadis bernama Ilya Darisya!
Tengku Izzul terkesima.Jantungnya berdetak hebat.Cuba menyangkal perasaan hati.Tetapi dia mengaku memang senyuman gadis ini mampu membuatkan dia…..ahh entahlah.
''Terima kasih sebab 'puji' saya."Ilya Darisya membalas.Tangan kanannya menggengam  erat tali beg tangan Bonianya.Berlalu dengan pantas dan hentak kaki yang kuat.Cuba memberontak dalam diam.    
Langkah Ilya Darisya yang semakin menjauh dipandang Tengku Izzul.Tanpa sedar,senyumannya ditarik menghiasi bibir.Cermin mata hitam yang tersangkut di kolar baju dipakainya perlahan.Mungkin sekejap lagi dia ingin beredar.Tetapi hatinya bagaikan tidak merelakan matanya lari dari lenggok gadis tadi.Dia tersenyum panjang.Dua kali pertemuannya dengan gadis tadi,dan semuanya dihiasi dengan kata-kata perlian.Ahhh..memang hatinya sudah gila.
Dalam fikirannya yang masih lagi kelam kabut,Ilya Darisya menoleh ke belakang sekejap.Tindakan drastiknya itu membuatkan jantungnya tak teratur apabila dia bertemu pandang dengan lelaki tadi.Namun seketika saja apabila ingatannya mula mengenangkan sesuatu.Wajah lelaki itu yang baru bercermin mata hitam ditelitinya lama.Dia berfikir sejenak dengan jantungnya yang mulai tak keruan.Wait!That guy is...Ohh My Dior!‘Lelaki dekat Home Garden Warehouse’jeritnya hanya dalam hati.Terkejut untuk pertemuaan kali kedua,membuatkan matanya masih tak melepaskan paras rupa lelaki itu.Lelaki itu yang tetiba saja melambainya dengan senyuman,membuatkan Ilya Darisya terpana.Smart sangat,bisik hatinya lembut.Ahh sudah..Apa nak jadi nie.Dia kembali sedar.Tak manis dia menenung anak teruna orang sebegitu rupa.Ahhh...yang pastinya lelaki itu mesti perasan handsome nanti.Tapi…memang handsome pun!Ok,ok stop it,Ilya! Ilya Darisya kembali meneruskan langkahnya mencari kelibat Arina dan Ibu Erma.Cuba mengawal perasaannya yang mulai bercelaru walau dia sudah menjauh dari lelaki tadi.

***********

“Ibu,!Ilya datang nie”Dari jauh sudah terdengar suara Ilya  Darisya menjerit girang.Suasana yang agak bising memaksanya menekankan intonasi suaranya.Dari kejauhan,senyuman Ibu Erma disambutnya dengan mekar senyuamannya.Senyuman pelik Arina pula dibalas dengan jelingan.Masih geram denganArina yang tidak memberitahunya tentang perkelahan ini.Arina mencebit.Seketika kemudiannya senyumannya kembali menyakitkan hati Ilya Darisya apatah lagi Arina dengan sesedap rasanya melantak ayam KFC dihadapannya dengan lagak manja.Saja mahu menduga nafsu makan Ilya Darisyalah itu.
"Ermm sedapnya ayam goreng nie,Ilya.Sehingga menjilat tapak tangan."ujarnya penuh kenikmatan.
Ilya Darisya yang semakin b geram,segera mendekati Arina.Pantas tangannya merampas kotak ayam KFC dari Arina.Sengaja dia memberi  senyuman kemenangan.Dengan selamba dia mengigit dan mengunyah seketul ayam KFC dengan aksi mengoda.Okay sekarang mereka berdua memang layak menjadi duta KFC.Serius tak tipu.
Arina buat muka tak puas hati.Dikejarnya Ilya Darisya sesungguh hati tanpa menghiraukan penggunjung lain.Sudah tak ubah macam dalam filem Hindustan saja.
Ilya Darisya pula lari sekuat hati.Tak mahu mengalah dengan Arina.Sedikit sebanyak dia bersyuukur kerana dengan kenakalan Arina itulah dia mampu membuang ingatannya pada situasi tadi yang hampir merengut seluruh nafasnya.
Ibu Erma hanya menjadi pemerhati.Sesekali dia mengeleng-gelengkan kepalanya dengan perangai dua beradik angkat itu.Buat malu saja.Namun jauh dalam hatinya dia gembira dengan gelagat mesra Ilya Darisya dan Arina.Pasti sunyi hidup jika tiada dua gadis itu.

Dari jauh Tengku Izzul melihat aksi dua gadis itu dengan pandangan terkejut.Tak sangka tindakannya mengekori langkah gadis yang mulai menjadi pujaan hatinya itu telah menimbulkan  seribu persoalan dalam benaknya.Terfikir-fikir apakah hubungan mereka?

‘Takkan la…’





♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥