Blogger Templates

♥wElCoMe To My MeLoDy♥

♥da presidentz of my heart♥

Tuesday, January 4, 2011

Panggilan Cinta Kedua-bab 9

Sejak peristiwa di pejabatku semalam,Fakrul langsung tak menegurku walau sepatah.
Puas sudah aku menerangkan duduk perkara sebenar,namun tiada reaksi darinya.
Marah ke?Merajuk ke?Sedih ke?Aku pun tak dapat mengagak.

Suhu badanku yang semakin tinggi aku tak endah.Hanya panadol yang aku telan.
Aku rasa Fakrul pun tak tahu aku deman.
Yelah mana aku sempat nak bagitahu keadaan aku  bila semalam Fakrul terus saja balik ke hospital selepas peristiwa itu.
Malamnya pula aku tak tahu dia tidur dimana.
Sama ada di bilik kerjanya atau di ruang tamu.Makan  malam yang aku hidang juga tak terusik.
Bangun saja aku dari tidur,telingaku di sajikan dengan deruman enjin kereta Fakrul.

‘Ahh,marah benar Fakrul denganku.’

Hari ini aku ingat,aku nak berehat dirumah saja.
Tak larat rasanya nak menghadap  segala fail,dengan masalah rumah tangga lagi.
Tengaharinya pula demanku semakin melarat.Rasanya sudah berbiji-biji panadol aku telan tapi masih belum kebah demanku.Rasa sayu pula bila saat-saat aku deman tiada siapa pun yang peduli atau membantu.Semuanya aku buat sendiri.
Setiap jam peningku semakin parah.Kalau aku tak waras dah lama rasanya aku hantukkan kepala ke dinding.
Hendak pergi ke klinik,aku takut nak memandu.Karang tak pasal-pasal jalan cerita hidup aku  hanya tinggal kenangan.Isk tak sanggup aku.Lalu aku baring saja,berharap kurang sedikit semua sakit yang aku rasa.

Aku membuka sedikit kelopak mataku tatkala terasa usapan lembut pada ubun-ubunku.

“Abang..”ucapku lemah.

Macam tak percaya saja Fakrul tengah tersenyum padaku.Kucupannya  di dahiku terasa begitu syahdu.Namun disebabkan kepalaku yang masih berdenyut lalu  aku mengambil keputusan untuk memejam mata kembali.Atau ia mungkin hanya sebuah mimpi Indah.Aku tersenyum dengan mata terpejam

'Tuhan,kalau ini hanya sekadar mimpi,tolong..jangan bangunkan aku.'

Dua jam kemudian.

“Lia,bangun sayang.”Terdengar sayup-sayup suara Fakrul.

Aku mengeliat ke kiri katil.Mata aku buka perlahan-lahan.Fakrul.

“Abang..”Aku memandang tak percaya.

“Lia dah makan?”Tanyanya lembut.

Aku terpana seketika dengan pertanyaannya yang jelas menunjukkan dia risau dengan keadaanku yang lemah dan pucat.
Tapi aku tertanya-tanya juga kemana hilangnya rajuk dan marah Fakrul?

“Belum,Lia tak ada selera.”terangku dengan suara serak serak basah.Seksi gitu.

“Tapi Lia kena makan jugak.Penat tau abang masak bubur dan sup ayam nie.”Ujarnya lagi sambil menunjukkan dulang yang berisi makanan di tepi katil.Sukar untuk aku percaya.Betul ke Fakrul memasak?
Rasa terharu pula aku.Sekurang-kurangnya terubat juga rinduku pada perhatiannya.
Aku senyum nipis.Fakrul membantuku untuk duduk bersandar di kepala katil.Dulang berisi makanan di letakkan dihadapanku.Dengan lemah aku ambil sudu,tapi Fakrul menghalangnya.

“Biar abang suapkan ya?”Aku angguk lemah.'Ahh..rasanya aku semakin lemah bila berhadapan Fakrul.'
Lambat-lambat aku telan makanan yang ada dalam mulut.Bukan tak sedap tapi tak berselera.Tekak pula terasa pahit.Lebih banyak air yang aku minum dari bubur yang aku makan.

“Kenapa Lia tak bagitau abang kata Lia deman?”Soal Fakrul tiba-tiba.

Aku diam.Macamana aku nak bagitahu kalau dia selalu melarikan diri dariku sejak semalam.

“Lia dah pergi klinik?”Tanyanya lagi bila aku diam saja.
Dek kerana malas mahu buka mulut aku cuma mengeleng .

“Lepas habis makan nanti kita pergi klinik ya?”Aku angguk pula.

Tetiba saja Fakrul gelak besar.Aku pula terkejut di buatnya.

“Lia memang suka angguk dan geleng  jer ya?”Aku menarik senyum sejemput.

Namun seketika cuma,bila tetiba saja hatiku terasa sayu bercampur gembira.Bersyukur kerana ada lagi gurauan Fakrul untuk menceriakan hidupku.

“Hei kenapa menangis nie.Pening kepala lagi ya?”Fakrul kelihatan penuh cemas.Hilang tawanya tadi.Mangkuk bubur ditangannya ditempatkan kembali kedalam dulang yang kemudiannya diletakkan di tepi katil.Perlahan-lahan tangannya menyentuh dahiku.
Dengan drastik aku menyembankan muka di dadanya.Aku teresak-esak disitu.Fakrul semakin kaget tak tahu hendak buat apa.

“Lia ingat abang masih marahkan Lia.”Ujarku dalam esakan yang menjadi-jadi.

Usapan lembut di belakangku terasa bagaikan petanda bahawa masih ada lagi cinta dia buat aku.

“Taklah sayang.Sebenarnya abang yang salah sebab melulu saja  marah Lia tanpa tahu keadaan yang sebenar.”

Tahu keadaan sebenar?Aku keliru.Lingkaran tanganku pada pinggang Fakrul aku kendurkan sambil mataku yang basah mencari kepastian dari anak matanya.Dia tersenyum cuma.

“Ingat tak pagi tadi abang keluar awal?”Aku angguk.

“Sebenarnya abang keluar jumpa Imran,dia telefon abang.Katanya dia nak bagitau abang perkara sebenar.”Terangnya.

Aku terkejut.Apa pula Imran nak buat kali ini.

“Awalnya.”komenku ringkas.Fakrul tergelak kecil.Apa yang lucunya.

‘Ni yang buat aku marah ni.’

“Lia bangun tadi pukul berapa?”Soalnya tiba-tiba.

Aku berfikir sejenak.Aku bangun tadi pukul berapa ya?Entah aku lupa pula.Tapi yang pasti hari sudah cerah.Subuh  pun aku terlepas.Ahh..memang lambat benar aku bangun.Mungkin penangan panadol yang aku telan.

“Abang keluar tadi pukul 9 pagi la sayang.”Aku tersengih.Malunya.Aku ingatkan pukul 7.

“Imran cakap dia memang suka dengan Lia sejak pertama kali dia masuk pejabat,tapi dia buat tak tahu jer sebab Lia dah berkahwin.Tapi lepas jer dia tahu arwah Nazrin dulu seiras muka dia,jadi dia rasa peluang untuk dapat cinta Lia tinggi.Tu yang dia cuba tackle Lia..”Fakrul berjeda seketika.

“Banyak juga cara dia buat tapi tak berjaya.So dia mengalah.Lepas tu Imran bagitau yang dia dah insaf sejak peristiwa kat office Lia.That’s why la dia call abang pagi-pagi buta tu nak terang pasal semua ini.”Terangnya lagi.
Aku menghela nafas lega.Fakrul menarik senyum bahagia.

P/s:jangan lupa komen yea..

xoxo
aMiRa

3 comments:

ASHAZMI. said...

oh.. bestnye cter. wat lar byk2 citer. nanti,boley gempak blog u ni taw! haha

amira aihara said...

heheh..tq dear..nnt sya post byk novel lg..insyallah...hhe

Nisha Ramlan said...

best !
:)

next time buat panjang2 sikit eh..baru best nak baca
:)

♥KliK2♥

♥SAPE YG DAH KLIK BGTAU ye♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥Search This Blog♥